Wednesday, September 30, 2009

Al-Fatihah.

DariNYa kita datang..kepadaNya kita kembali jua.


Al-Fatihah buat yang telah tiada...

Daripada blog Kak Alina Abdullah, aku mendapat perkhabaran mengenai kepulangan ayahanda tersayang Ili Syazwani,iatu penulis blog SOPPY yang selama ini menjadi salah satu rutin blog yang aku baca. Takziah buat Ili dan sekeluarga. Semoga anda tabah mengharungi dugaan yang diberikan dan juga semoga roh arwah dicucuri rahmat serta diletakkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

Aku faham bagaimana rasa kehilangan insan yang paling disayangi. Apatah lagi..org yg pergi itu adalah org yang paling rapat dengan kita. Walau bagaimana pun hidup tetap diteruskan. Allah lebih sayangkan dia lebih dari kita. Jadi kita kena kuat dan jangan nangis meratap hiba Arwah mesti rasa sedih bila tgk anak-anaknya menangis,meratap dia pergi. Justeru itu,kuatkan semangat ye! (maaflah..aku tak pandai nak bg kata2 memujuk..sbb aku tak pandi pujuk org!)

************

Mula-mula aku membaca blog SOPPY, kerana seseorang. Aku tak perlu sebut siapa. Tapi yang jelasnya,org tu kini menjadi org yang aku sayangi dan telah aku lukai. Aku pasti...bila perkhabaran ni sampai ke pengetahuan dia. Dia mesti sedih. Aku pun sepanjang malam bila dapat tahu...hati aku jd tak keruan. serba tak kena! Sakit...sedih sume ada. Aku harap dia tak sedih. Dah banyak sangat kesedihan dia..sampaikan aku tak sanggup nak lihat kalau dia sedih lagi. Biar aku sedih..biar hati aku sakit, janji dia sentiasa gembira dan bahagia. Bukankah itu yang terbaik buat kami berdua?

Aku tahu aku kuat. Sebab tu Allah berikan ujian sebegini. Sebalik apa yang terjadi,pasti ada hikmahNya yang tersembunyi. Yang penting..aku perlu sabar dan kuatkan diri menghadapi semua ini. Pada Dia, aku serahkan segalanya. So sekarang..aku hanya perlu kemudi kehidupan aku dengan terbaik. Bukan hanya bertemankan airmata. Life goes on,kan!?

Malam tadi,tido aku sekejap je. Tapi,cukup buat aku tersenyum suka. Aku mimpi sesuatu. Indah sekali mimpi aku.Aku harap,mimpi tu jadi kenyataan,Ameen. (hah! perasan!) . oh..aku bukan mimpikan si singa tenuk tu, tapi aku mimpi sesuatu lebih indah. Arghhh..rindunya aku pada kawan-kawan. hehe..oklah...lusa dah nak balik KL. Semoga semuanya berjalan lancar. Ameen.

oklah.enuff for now. Nak breakfast la.cam lapar je. miuhaha.. (^_^)




**
p/s: buat semua pembaca blog aku..harap dapat bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Ameen.


Tuesday, September 29, 2009

Penuhkan folder kosong~~ hehe

Tak tahu nak update apa. sebolehnya,cam nak elak dari merapu je. Few days ni...cuba untuk hidup tanpa menoleh ke belakang. Cuba menjadikan hati keras dan lebih keras. Tapi subuh td...aku teringat kata-kata dia. Dia akan sediakan satu folder khas untuk penuhkan pictures orang yg dia sayang di dalam folder tu. Okeyh. jangan tak tau..aku buat satu folder...dan aku simpan pics dia yg aku suka. Tu la..dulu aku kata dia kritikal..skrang aku yg kritikal. *Padan muka aku*

hahaha..

Entah kenapa..suddenly aku rasa..aku sangat berpasrah pada Allah. kerana Dia juga lebih mengetahui. Penat hidup camni...mmg penat. Takyah cakap. Tu lah..ni la balasan untuk aku. Nakal sangat. banyak main-main. hehe..

Oklah..skrang ni sedang berkira2 mau balik ke KL semula. Harap-harap cukup tabah dan kuat untuk melalui kehidupan di sana. Kenangan...biar je lah tinggal kenangan!

okey la..nnt ada bahan update lagi. Ngantuk sey.
bye peeps.

Sunday, September 27, 2009

broken dreams...



Kalau diikutkan...malam ni aku akan fly ke Portsmouth dan class akan bermula pada 1 oktober. sedih plak rasa...kalau aku tau ini yg akan jd...aku tak patut postpone ke sana. Aku ni mmg indecisive tol. Cepat sgt tukar plan. Tapi kalau di fikirkan balik...aku mmg tak boleh gi sana lagi. Konvo aku hujung bulan depan. banyak benda lagi tak settle so..aku rasa,better aku tunggu dulu. Tapi jangan risau..aku tetap akan ke sana. cuma kali ni mungkin bukan Portsmouth lagi. Tapi tempat lain kot. mayb sumwhere in US? since aku pun dah decide nak sambung master kat UTM dan semua processnya pun dah settle. Cuma nak tau jadual class je,insyaallah. yang penting...aku nak konvo dulu. Dengan keadaan abah dan mama yg tak sihat pun..aku kena consider gak. selain drp masalah aku dengan si tenuk seekor tu.

Semalam, aku tengok pictures tenuk tu kat tempat aku. Menarik. terlalu melukakan hati. Aku tak rasa nk cite pasal cite 8 ekor tenuk tu. Buat sakit hati je. So,aku buat pendekatan cam dalam lagu linkin park tu..leave all out the rest. memang tak mudah. tapi..insyaallah aku yakin boleh. A picture describe 1000 stories and 3 pictures are such more than enuff to make my heart torn to the pieces.

I wont regret...i do believe what was created by Allah is the best for me. trust me, soon or later we will know the end of the story.Let say, kalau end up by putus kawan or what so ever..aku dah minta maaf..dan buat macam-macam untuk pujuk dia..taknak putuskan silaturahim. On my part..ok done! yg selebihnya...terpulang pada dia. aku bukan nk jd seorg optimis atau berfikiran positif. Tapi aku malas and letih dah nak layan perasaan ni. Aku tau..setiap kali aku kata aku nak lupakan dia...then bayang2 dia akan muncul mengacau hidup aku. So what? I dun want to give a damn la pasni. wtf la kan~~

this is me after all. and i wont suicide just bcoz being dump by someone yg takleh nak appreciate and accept who we are. i know..i did a mistake..but i given him so much space for him. banyak sangat dah mengalah. Batul kata abg Ji..aku je g melayan sangat perasaan tu. tenuk tu tak kesah pun. bahagia je ngan tenuk2 betina seksi tu. Namun begitu...at least aku ada improvement bila aku dengar lagu2 yg dia kasi kat aku tu, aku dah tak nanges. yeay!

Untuk beberapa pujian yang aku terima dari beberapa org yg kata style rambut baru aku ni comel..thanks la. Comel ke? haha *winky* Aku nak jd diri aku sendiri. Mustahil sama sekali kalau aku nak jd cam perempuan2 tu..smexy2 semacam ni. Moto-moto pun ckp..jgn change jd sexy women. guys usually wont respect that. Lebih baik jd perempuan dlm botol kaca..cantik di dalam tapi tak boleh dipegang. Tu kan lebih indah.Kalau sume dah tunjuk..apa je yg tinggal utk husband bila dah kawin nnt. hiihiihi.. ok! aku sangat sayang moto moto sbb selalu jd my advisor..my assistant..my tukang buat lawak. Moto-moto mmg pandai buat lawak and bagi aku gelak.such an adorable and cute person la moto-moto tu. Untuk adik Intan ngan Dayya pun..also thanks. a lot of advices juga aku dapat dari diorg. utk marea dan fahmi..yg tak sudah2 ngan pak nujum and stupeed fortune teller (refer application kat facebook) tu...hahaha thanks. funny gile. aku gelak sampai tak hengat dunia.

and u tenuk..i hate yuh~~~~ hate yuh so much.. the most i hate is i cant hate you. damn that was so hard to do. So aku harap..kamu dengan bayang-bayang kamu tu ..perlahan-lahan lah kuar dari hidup aku. I dont want you anymore (insyallah..takmo). org and byg2..both tak mau. Takmoh...toksih...sik mahu,Nehi..bu yao...No! okeh...~?!!?!!!!!!! oh..jgn buat walk to remember..atau pun sidewalk atau nitewalk...just blah je dari idup aku. Out~~ syushhh! syussshhh~~ bad pussy cat *meow meow*

Okeh..melalut sudayy. Tgh layan lagu Iris-Goo Goo Doll. Tapi cam takde feeling. Padahal pagi td...cam nak leleh je air mata tgk pics yg nak tersembul biji mata tuh. kebaaaaaaboommm~~ Satu perkara lagi..td ada buat puisi baru. tajuknya "PSIKOSIS CINTA" . Cam biasa..kalau nk bc..bc kat blog puisi aku atau di kapasitor. oklah..cukuplah entry ni Aku ni mmg suka tulis entry panjang2. Bila la nk tulis entry yg pendek2 pastu padat mampat sume tu. melalut je keje.

oh ya...actually aku dah semangat nak balik KL. tapi..pas tgk pics tu..cam malasnya nak balik KL lagi. Tapi kena keje la..kalau tak mana nk dpt duit~~ takkan nk tunggu duit turun dari langit atau pun takkan nak tunggu anak raja masuk meminang aku. Kalau anak raja berdaulat takpe la..kalau sekali yg masuk meminang tu raja kapor ke...rajakumaran ke rajagopal ke...maunya aku yg merana. isk..isk..(melalut sungguh dah ni).

oklah..i shud end it here la. karang lagi aku melalut. Okeh layan lagu pandang langit malam dari Jikustik. Sbb lagu tu pujuk si putri yg tgh sedih. cam aku la. aku kan putri...hahaha...

Got to go peeps.
Wish me all the best and best of luck for my life.
Daa~~

Saturday, September 26, 2009

trip to Gurney

Seperti yang tidak dirancang..maka kelmarin aku dgn bertemankan adik sepupu aku pun melancarkan program untuk meronggeng di mall di penang. Mula-mula kak bani nak follow tapi since kak suhana datang umah...maka hanya aku dan adik Wan je la yg teruskan misi meronggeng. Destinasi pertama kami ialah Gurney Plaza. Plannya nak tgk movie cite Jin Notti. Tapi bila dah lama queqe, dan petugas kaunter tiket tu cam h*r*m je nak jual tiket bila sampai turn kami..so kami pun blah je la dr situ. then pusing punya pusing sampai penat. Nafsu shopping meluap2 melihatkan mcm2 kedai kat situ..ada superhero boutique...slain yg common la cam zarra,mng,dorothy perkin, quicksilver dan sebagainya. Dah penat pusing..maka kami pun g la makan. Melilau cari KFC..sbb aku pun mmg dah craving dah nak makan snack plate. kalau kat shah alam..bleh kata once a week gak la aku belasah KFC. Tapi...ni since move back to umah mama...susah sikit aku nak makan fast food. Mama dan abah tak suka sangat aku makan fast food. Tak sihat kata mama...heheehehe. (no wonder la eyh aku bleh menyusut berat badan di umah.hehehhe). tapi sedihnya takde KFC plak. So belasah je la A&W. pastu pusing-pusing..dah puaaas pusing we all pun g Prangin Mall. lepas beli apa yg aku kehendaki...hehe..maka kami pun terus balik. Aku dah penant gile.so tak dpt la jumpa Jelat,member aku time sekolah yg juga merupakan cinta monyet aku zaman sekolah.hahaha..tapi we al stil kwn baik k! Perjalanan balik..mmg crowded gile dlm bus rapid. 2 jam; perjalanan (sepatutnya kejap je..tapi ntah pehal la bus tu...) sampai cramp bontot aku. Siap tertdo lagi. hahahaha..gile la. sampai umah jam 9 mlm. penat tak terkira.
oklah..layan pics la pulak.



Friday, September 25, 2009

My huru hara day...

Syawal ke-5 (yesteday) mmg havov abes umah aku dilanda garuda bila mak su,paksu,kak bani and Azrul (abang) datang umah beraya. Kak Ya,abang mirul ngan Firash Irfan balik ke Perak dan Azril (adik) tak dapat follow sebab kawan dia datang dari SP. Oh ya..Azrul ngan Azril ni adik sepupu aku yg kembar.*weee* Best kan ada kembar ni!!!!

Makan tengahari berlangsung dengan meriah sekali. Picnic santai depan tv berkelah makan and makan plak lauk kampung. Nyummyyyyyy...kalau mak mentua lalu pun tak perasan. Nak pulak bersambal belacan (aku buat k sambal belacan!!) berulam timun,daun selom dan pucuk mata itik...yeah!! nyummy~~~ ada sambal sotong, gulai belitung...masyaallah. mmg marvellous. tapi yang best...lepak gosip2 ngan kakak aku yang sorang ni yang bakal menamatkan zaman bujang (alhamdullilah for her but seem to be bad news for me. shall be my turn after this...aiyooo~~).

oklah enuff story...usha pictures plak.

Picnic depan tv sambil makan...

Gossipping sambil makan..

Lauk kampung. nyummy...

Me and my cousin sis(bakal pengantin)

Ma and mak su.. *love u both bonda2~~*

Ladies of the house... woop woop..

with my half twin cousin,Abang Azrul.adik Azril tiada di dalam gambar~~

Bakal pengantin...resepsi raya haji nnt~~ (abeslah,pasni turn aku plak~)

Flattery oily face....*winky winky*


on the same day gak...celcom line cam h*r*m. So no network access for the whole day. dang~~ bijak bijak (sound it cam iklan susu tu k!). oh ya..almost forgot, that Mr and his friends dah sampai sini dah. Tu pun aku dpt tau dr kwn we all. Lantaklah..happy holiday in penang. njoy ur day. aku doakan dia happy je trip kali ni.

Oklah peep...need to siap. Today nak g jalan-jalan n tgk movie. Got to rest my mind,dude! yang penting..mau borong kat S.O.S boutique that thing! dah lama aim..muhahaha. Oh ya...that high heel i shall get it dekat2 nak konvo. Beli skarang nnt takut rosak pulak. Yeay!! beep beep!!

Til here...it's time for shopping~~ woop woop!
bye peeps. muaahhhhxxxx~

Thursday, September 24, 2009

it's already 5 syawal dude!!


Hari ni..da masuk 5 syawal. Hari yang aku nantikan..cuma,aku masih tiada hint..betul ke hari ni dia dan kawan-kawan dia akan datang ke sini? kalau tak salah aku..dia balik beraya ke Pahang. takkan lah dari pahang dia akan berkejar ke Penang? Apa motif dia sebenarnya?? Sifoo geg dah siap buat lawak ngan sound effect dia lagi. "bayangkan dia datang ke rumah awak...bersama keluarga dia.." hahaha..camana nk datang.alamat umah aku pun dia takde. eyh..cop..cop..nama penuh aku pun dia tak tau. hahaha..so nak expect dia tau alamat umah aku. OK! tu mmg gile namanya. ini realiti ye..bukan fantasi yg kelakar.

Walau bagaimana pun..aku tak dpt nak nafikan..such like waiting in the vain. too many questions pop up in my mind.
"kul bape budak2 ni bertolak?"
"dia singgah Grik ngan Taiping dulu ke?"
"bape org datang? betul ke 5?"
"mana diorg nak g kat sini nnt?"
"will him call me later?"
"what's going on here?"

If they are going to stay around USM kejuruteraan..maksudnya..dah dekat sangat dengan umah aku tu. He told me once..dia ada member buat master in engineering and the place suppose to be here kat Transkrian. Damn~~ why am i so nervous. Supernervous k!!

Ya Allah....give me some sign. Tolonglah. kalau dia datang....aku nak tau kemana? kalau diorg cancel last minute trip...then at least say something.aku lg suka kot diorg tak datang. Please! Please!

Arghhhhhhhhhhhhh... sudah la...berhenti berharap boleh. Dah-dah...p solat subuh!! Minta pertunjuk dan hidayah byk2! nyay!

Wednesday, September 23, 2009

Apa Kata Hati?


Mungkin kita boleh selindung soal hati, tapi untuk menipu hati...itu satu perkara mustahil dalam kehidupan. Begitu juga aku. Aku tak mampu nak bohong pada diri aku. Situasi dia begini.Ada seorang lelaki yang menyintai aku setulus hati...yang sanggup lakukan apa saja untuk aku walaupun perlu menggadai nyawa untukku tapi mempunyai latar belakang kehidupan yang sangat menyedihkan dan ingin mnjadikan aku isterinya suatu hari nanti. Masalahnya...dalam hati aku tiada cinta untuk diberikan padanya walau sekelumit. Hidup aku biasa je , ada atau tanpa dia. Aku tak rasa langsung ada perasaan "rama-rama dalam perut" ataupun nampak any "spark" antara aku dan dia. Aku tak mampu terima dia lebih dari seorang kawan... Berkali-kali aku terus-terang pada dia..tapi dia masih tak mahu fahami aku. Lebih memburukkan...aku tak mahu dia buat perkara bodoh dan menyakitkan/melukakan hati dia. Tapi..aku juga tak mampu menipu diri sendiri kerana akhirannya,hati aku yang terluka teruk.

Mungkin ramai akan kata aku memilih...yeap.aku akui..aku memilih. Salah ke kalau memilih untuk kebaikan dan masa depan sendiri. Aku tak minta yg berharta...atau kacak menawan....tapi cukuplah kalau dia mampu mengindahkan perasaan aku.menjadikan aku wanita paling bahagia dan lengkap dengan kehadirannya. Dan yang paling penting..lelaki itu mestilah mampu membimbing aku dan keluarga ke jalan Allah serta manjadi contoh kepada adik-beradiknya. Lelaki itu akan menjadi sebahagian dari kehidupan aku...bukan menjadi kehidupan aku. Dia boleh menerima serta berada di dalam kelompok kaum keluarga dan kawan-kawan aku. Juga, lelaki ini mestilah seorang yang memahami dan protective...

Namun yang sebenarnya...hati aku telah aku serahkan pada seseorang. Lantas bagaimana aku boleh berikan lagi hatiku yang dah tiada ni pada yang lain? Biarpun,aku telah dibuang dari kehidupannya..tapi entah kenapa aku masih tak jumpa lagi hati yang telah aku berikan pada dia. ramai tanya kenapa aku masih sayangkan dia..masih berharap dia kembali...sebenarnya aku takde sebab kenapa aku boleh sayangkan dia. kalau nak dinilai...lelaki itu biasa je...takde la hensem mana. tapi bila bersama dia..aku gembira..aku ketawa,bahagia. Dia buat aku terkeluar dari paksi aku..tapi dia tak pernah lupa mengingatkan aku tentang agamaku. Sikap cemburu..kelakar dan manja dia..sangat2lah buat aku sayangkan dia. sayang sungguh...antara aku dengan dia..dah takde jodoh. Andai ada jodoh kami...akulah manusia yang paling bahagia berada di sisinya sbb pada aku...bersama dia...aku jd diri aku sebenar. Aku bebas membahan dan mengutuk dia...aku bebas ketawa dan menjerit..aku bebas pakai apa saja aku mau..aku boleh lakukan apa je aku hendak..dan dia akan tetap sokong aku.bagi aku semangat dan buat aku tersenyum sepanjang masa. banyak sangat taktik dan idea dia kalau melayan aku. sampaikan..aku ingin sepanjang masa dengar suara dia. oh ya..dan dia gak si gila yang suka menyanyi dan akan menyanyikan apa saja lagu yang aku nak dengar di telefon..lepas tu paksa aku menyanyikan lagu untuk dia. kalau tak..dia akan merajuk..tapi lepas 5 min, dia kool sendiri..sbb dia tahu aku takkan pujuk dia. dia juga gila sbb sanggup telefon maxis center untuk unbar line dia semata-mata nak bergayut dan sms dgn aku. kemudian..balik ofis akan telefon aku sambil drive dan paling tak senonoh..dia akan menyanyikan lagu dlm phone utk mengisi masa dia tersekat dalam jammed! aku pula terpaksa tebalkan muka dengar dia menyanyi sepanjang perjalanan aku balik keje sampai pintu umah.kalau nyanyi slow takpe gak..ni punyalah kuat walaupun aku dah abis slow dah hp aku. tersengih2 akak2 dalam bus dengar dia menyanyi. tapi sebenarnya...itulahh menceriakan aku. Hinggakan...ketika aku menulis entry ni..aku masih tersenyum-senyum mengingati dia.

Aku rasa..aku patut stop cite pasal dia. ramalan zodiak aku pun cam tak best je rini(ok takde kaitan sebenarnya ngan entry ini) :-
"You could be too attached to certain emotions, memories, or relationships from your past that could cause a problem in your present relationships. Your emotions will be intense but not very stable today which could lead to difficulties and undesired changes in your current associations and romantic relationships."

Soalnya sekarang...hati aku tak mampu menipu diri. Untuk sementara waktu ni..aku gembira dan bahagia hidup dalam kenangan. Biar aku hayati kenangan dan perasaan ini..sehinggalah aku temui kunci untuk memulakan perhubungan baru. Biar aku sendiri. Biar aku bahagia dengan cara aku sendiri.

Untuk insan yang menyintai aku itu..aku minta maaf aku tak dpt nak cintakan dia. Aku tak mampu pilih dia sebagai peneman hidup aku.aku sayangkan dia sebagai kawan je selama ni. Dia baik..sangat baik utk aku..cuma aku tak dapat tima cintai dia. Aku tau ramai yg kata,cintai org yg cintakan kita drp cintakan org yg tak cintakan kita. Soalnya, mampukah aku nak tipu perasaan? kalau aku setuju utk kawin dengan dia tanpa perasaan cinta..aku percaya hubungan ini takkan berjaya. akan putus di pertghan jalan. Cukuplah. aku tak mahu terima cinta kerana kasihan.Aku tak mahu tipu diri. Aku tak mahu lagi sakitkan hati aku.

Dan aku minta maaf sbb terpaksa melukakan hati kamu.Aku tiada pilihan. Maafkan aku. Kamu juga kata..kebahagiaan aku lebih penting.kalau aku bahagia..kamu juga akan bahagia. Jadi aku minta pada kamu..izinkanlah aku bahagia dengan menolak cinta kamu.

maafkan aku...

ini kata hatiku.....



Tuesday, September 22, 2009

Selamat pengantin baru kawan-kawan...


Hari ini,salah seorang rakan seperjuangan aku dalam barisan MPP, yang dikenali sebagai Pak Lah telah menamatkan zaman bujangnya dgn gadis pilihan hatinya. Insyaallah..kalau takde aral melintang..majlis sebelah lelaki akan di adakan pada raya haji ke-3 di Sik,Kedah. Kenduri sebelah perempuan di Kelantan hari ini. Insyaallah aku akan ke Kedah nnt. Tapi,aku tak dapat nak janji memandangkan sepupu yg paling rapat dengan aku,Kak Bani juga kenduri pada hari yang sama. Esok pulak....kenduri junior sekolah aku time aku di SERI NIBONG. Jemputan khas lagi. Kalau tak pergi..cam tak sedap plak! Kemudian hari ahad ni bersamaan 27 Sept 2009....Kak Jana (nur Syazana) dan abang Anas pulak menamatkan zaman bujang mereka. Tu lagi la happening..dua2 tu classmate aku dalam team PLK bagi subject strategic planning. Dari kawan biasa..dalam class pun cam tak kenal je....pastu terus Abg Anas ajak kawin. comel je Kak Jana. heehehe... Apa pun bagi mereka yang akan menamatkan zaman bujang mereka..tahniahlah.
Pic Pak Lah& wife was taken from fb mijie. Kredit and thanks to Mijie(admin s46)

there is something i wanna write about hati dan perasaan. But,nanti. terlalu mengantuk. Shall write it soon. sekarang nak tido dulu.

bye peeps.
mau mimpi indah....

Monday, September 21, 2009

Cramping...


Perut cramp lagi. Dah lama tak jd perut cramp. Mayb sebab terlalu banyak makan pulut..dan banyak sgt hangin dalam perut. Plus, gastrik aku juga menjadi-jadi. Cara yang terbaik adalah tido.

Sedih rasa...dah takde "dia" nak bebelkan aku. Kalau dia ada..selalunya dia bebelkan aku. Dan ayat dia adalah seperti berikut (dah masak sangat dah..sampai dah bleh bajet apa nak kuar):

"Jangan degil sangat boleh? Gi minum milo panas,sayang!"
atau..
"minum something yang panas. Nanti kurang la sakit perut tu. Jangan degil,k!"
atau..
"boleh tak jangan degil sangat? gi minum milo panas cepat. Jap lagi B call sayang balik check..dah minum belom?"

hihi..aku degil eyh..ala buat2 je degil. tapi tetap aku g beli/buat milo panas then minum. Kemudian..dalam masa kurang 15minit....rengsa perut aku pun kurang. Tapi kali ni....aku malas nak buat milo atau minum benda yang panas. Tido je la. sakit perut tu..mmg la sakit. Sakit hati mengingatkan dia tu lebih teruk kot rasanya. Dah la semalam tido mimpi dia...td petang tido mimpi dia..boleh tak jangan mimpikan dia..jangan ingatkan dia..jgn muncul langsung apa-apa pasal dia lagi,boleh tak????? tak senang aku dibuatnya *muka skeptikal*

(ok..baca perenggan ni ala-ala cam aku tgh marah2 sayang) Ini..lagi 3 hari dia nak datang ke Penang. Entah jadi ke tak.harap-harap tak jadi. jangan menyemak kat negeri aku ketika aku berada di sini boleh tak???? Bagi aku aman sikit berehat kat sini. Tak senang aku dapat tahu dia nak turun sini. Duduk diam2 kat rumah, boleh tak??eeeeeeeeeeee...geramnya aku.



*p/s:
penggunaan ayat "boleh tak" dan "perlu ke"adalah pegaruh yang dibawa dia dan telah diserap aku dengan baik. eeeeeee....

Syawal..

Kesempatan Kedua

Sungguh ku sesali

nyata cintamu kasih
tak sempat terbaca hatiku
malah terabai olehku
lelah ku sembunyi
tutupi maksud hati
yang justru hidup karenamu
dan bisa mati tanpamu
andai saja aku masih punya
kesempatan kedua
pasti akan ku hapuskan lukamu
menjagamu, memberimu segenap cinta
ku sadari tak selayaknya
selalu penuh kecewa
kau lebih pantas bahagia
bahagia karena cintaku
kau bawa bersamamu
sebelah hatiku separuh jiwaku
yang mampu sempurnakan aku

********************************************

Syawal pertama..seperti biasa. Seperti syawal sebelum-sebelum ini. Cuma bezanya, tahun ni tak seramai tahun-tahun yang lalu. Biasalah..tahun ni, menyaksikan ramai kehilangan. Pak Long pun da takde...mak long pulak beraya di Mekah. Tak kurang juga..ramai yang dah mendirikan rumahtangga. Kak Farah beraya di rumah mentua di Johor..lagipun tak lama lagi kan Kak Farah nak cuti panjang sbb nak dapat baby baru (yeay!)....Abang E pun beraya rumah mak mentua..adam juga dengan isteri tersayang. So pendek kata..ramai yang dah pun mengakhiri zaman bujang...dan majoriti balik beraya ke rumah mentua. Sunyinya raya tahun ni....

Makanan memang banyak...dan sepanjang hari, aku asyik belasah nasi impit, ketupat palas dgn rendang tok. nyum nyum..rendang tok tu kan favourite aku. Akibat terlalu banyak makan ketupat palas..aku rasa perut aku cam dah kembung. Aiya...pulut kan angin!

Kelmarin..selain membantu mama di dapur...masa aku dihabiskan depan TV. Penat sangat..sampaikan petang tu..aku mmg surrender terus tertido depan TV. Mana taknya, malam sebelum itu..dua biji kek dan agar-agar aku buat sorang k! (bernada riak...aahaha) hehe...

Kelmarin, hari terakhir aku text dia. Tapi..text kali ni berbeza dengan text sebelum2 ini. kelmarin text mestilah text minta maaf...ucap selamat hari raya. Tapi..dia tetap senyap gak. Diam mebisu,jadi adalah terbaik aku pun diam juga. Susa sangat ke nak maafkan aku? Dalam sangat ke luka di hati dia? Bencikah dia pada aku? Gile kan...semalam..sebelum tido..aku tengok gambar raya dia dan famiy dia. Pic mama..babah,adik-adik dia. Suka aku..apatah lagi..dia ada 2 orang adik perempuan yang comel-comel dan aku dah lama sangat nak adik perempuan cam tu. Dia dengan baju baju melayu pink..tetiba hati aku jd sebak. Menitis air mata...bila aku rasa,aku tak mungkin berada dalam gambar keluarga dia.(alahai gedik kan?!?!!!!..haha)

Sehari sebelum itu gak..dalam kekalutan aku membakar kek dan memasang kusyen baru (trend umah aku kusyen di pasang malam raya sbb taknak kucing2 kat umah aku ni sibuk me'landing' atas kusyen baru...), aku dapat sms dari seseorg yang jauh tapi tetap juga berada dalam hati aku. Sapa? Si Shrek tu..(aku ada tulis pasal dia dlm entry sblom ni). sms dia berbunyi begini," Selamat hari raya, maaf zahir je. Batin aku takde kena mengena dengan kau.hehe". Sarcastic betul! tak payah sindir-sindir. Harap je belajar sampai luar negara..tapi bodoh. Ingat batin tu kalau buat benda tu je ke? bodoh~~ batin ialah sesuatu yg dalaman...lahiriah manusia. bukannya hanya buat s** je maka akan dapat kesalahan batin. Ala...aku pun tak mahu nak ada kaitan batin dengan ko la. Kalau dengan kawan setaman dengan ko tu..aku nak la. muhahaha..*gelak setan* . Tak mengapalah..dah lama sangat duk luar negara..maka aku maafkan je la. Lagipun..dia pernah berada di hati aku juga kan suatu ketika dahulu. kalau tak kerana dia..mesti aku tak kenal si simba the malay lion (also known as agar-agar) ni. haha.. banyak sangat dah mistakes and sejarah melibatkan aku dengan dia dan geng-geng panglima dia ni. Tak larat nak berlinangan air mata. But again..round and round,we meet again. such really in circle. Stupid! what a fate~~ aahahaha

oklah...time to go. nak dating ngan Akim dan Airil kat rumah terbuka AF di astro. hehe...will write soon.

Selamat Hari Raya peeps!

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri


Di kesempatan ini...aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf zahir dan batin buat:
  • Sahabat baik aku, Fatah,Yumiza,Fairuz,Aina,Izan,Izwan Ariff,Saleha,Ilah,Sue..
  • khas buat saudara Ahmad Ruzaini Rezuan(yg dh banyak aku kacau dia lately)
  • kakanda2 serta adinda-adinda ku, angahlinda..kak mel,Khaira,Ain,Elly,
  • Barisan Majlis Perwakilan Pelajar 2006/2007 (team semagat 46') serta alumni MPP UITM
  • Barisan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA/IPTS Malaysia (MPP/MPM) bagi penggal 2006/2007
  • Rakan-rakan penulisan di Kapasitor, Syud,apun,Mr.T,Bot,Acan,Syawal,Imran,Cikgu Ida,Cikgu Eme,Dueng,Pejal dan ramai lg
  • Rakan-rakan penggiat bidang penulisan...specially Kak Alina Abdullah yg banyak beri tunjuk ajar..Azzam Supardi dan Aliff Mikail yg juga singgah membaca..
  • Rakan-rakan blogger..
  • rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah di Fakulti Pengurusan Maklumat,UITM Puncak Perdana
  • rakan-rakan dan kenalan di Universiti Teknologi MARA kampus Shah Alam,Puncak Perdana dan cawangan
  • rakan-rakan seperjuangan dan guru-guru tingkatan 6 ketika di Sek.Men. Keb. Tunku Abdul Rahman @ STAR (tahun 2003/2004)
  • rakan-rakan di Sek.Men.Keb.Seri Nibong (1998-2002)
  • rakan-rakan di medium maya...raudhah.com, facebook,friendster,twitter dsb.
  • team Emerging Solutions Sdn Bhd, Hatching Sdn Bhd serta rakan niaga..
  • Housemate aku di M3-10-234-ina,hanis,ayu,hani,fisha, krun,faeza, bekas housemate aku ketika di Puncak 1-2-3 (sue,islah,shark, paan,fuera,ayu,adda) dan umah blok 2 (da lupa dah no umah aku..hahaha specially Yang,kak Nana,Kak Asmahani,Mas)
  • silent reader aku di sini..
  • serta semua yang mengenali ku...

Semoga bergembira hendaknya dgn kehadiran syawal ini..



p/s:sorry..aku terpaksa sebut secara general..kalau nak sebut sorang2..mau sampai dah habis solat sunat aidilfitri pun aku tak abis lagi..hihi

Saturday, September 19, 2009

Sahur terakhir

Kalau tiada aral melintang...ahad ni akan raya,insyaallah. Jika ahad raya,maka...pagi ini merupakan sahur yang terakhir bagi ramadhan ini. Dah sampai ke penghujung pun. Banyak sangat kenangan..pahit manis di bulan ramadhan kali ini. Tadi, sebelum sahur....aku terlelap sekejap. Kemudian terjaga. Aku teringat pada dia. Kenapa aku pelu bersusah payah sebegini? Bukankah sepatutnya aku sibukkan diri daripada mengingati dia?!?!! Betul kata Sue..aku dah cuba segalanya,tapi kalau dia tak mahu dengar..bodoh sombong, then...he don't deserve me as well. Apa kurangnya aku?Cukup segala sifat dan aku tak perlu untuk jadi orang lain atau tukar jd lain hanya kerana aku nak dia kembali dalam hidup aku. Nope! and yes..i did a mistake.

"You come to love not by finding the perfect person, but by seeing an imperfect person perfectly."


Kalau aku ni ditakdirkan utk dia..maka akan tetap jd milik dia bukan? Tapi kalau mmg antara kami tiada jodoh..kenapa pulak aku nak bersedih dan bersusah hati. Bukankah percaturan itu ditetapkan Allah? Kun fa ya kun..kalau dah ditakdirkan Dia terjadi, tak perlu kita susah payah pun tetap terjadi. Betul tak? Yang penting redha!Justeru itu,aku rasa dah sampai masanya...ramadhan pun dah nak abis..dah nak berlalu. Maka aku pun..kena gak move on. Sampai bila nak duk di takuk yang sama? Padahal kawan-kawan lain dah maju dan berjaya ke hadapan. Aku?stil cam tu la. Penuh sangat dengan kenangan.

Fuck it off all those shit.

Sekarang, light up semangat nak raya. Yeay!!!!!!!!!


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Jari disusun,ampun dan maaf di pinta,
Minal Aidil Wal faizin..


Friday, September 18, 2009

Compact Story malam 29 ramadhan..


|| Aku,dia dan sms berantai...lalala..||

Demi nak memujuk dia, aku sekarang ni lancarkan sms berantai setiap hari (eyh?xtau nak panggil apa...belasah je la sms berantai). Setiap hari...aku akan sms dia satu sms yang comel2 untuk dia sekitar jam 8.00 mlm-8.10 malam. Tujuannya,adalah aku nak dia tahu..aku bersungguh-sungguh nak dia kembali jd sebahagian dari aku seperti dulu. Kedua,aku nak dia maafkan aku dan terima aku sebagai kawan dia semula (at least,kawan la). Ketiga..aku tak mahu dia lupakan aku. Ke-empat..aku taknak dia sedih tak dapat sms. hahaha..
Hari ini..merupakan hari ke-4 aku bg sms pada dia. Nak tahu apa sms yang aku bagi? haha...

hari pertama (8.03pm)
SMILE (^_^) =
S = sets u free
M = makes u special
I = increase ur face value
L = lifts up ur spirits
E = erases all ur tension
So,please keep smiling (^_^) ,FRIEND?

hari kedua (8.00pm)
I wish i cud b a dove 2 bring u peace, a cupid 2 bring u luv, an angel 2 bring u a miracle. All i want is 2 b ur frenz, i'll promise bring u hapiness. (^_^).
So FRIEND?

hari ketiga (8.02pm)
"Life is a railway station in which love is a trai. It will come & go at any time. but friendship is the track,it will be 4ever. .." (^_^)

hari ke-empat (8.06pm)
Friendship is a network that needs no recharge,no roaming, no activation,no signal problem, no expiry date. Just make sure u dont switch off ur heart. (^_^)


Dan akibat anta sms2 sebegini..aku telah di marah oleh sifoo geg. kerana aku sudah tidak cool dan menampakkan terhegeh-hegeh padanya. Tapi setelah aku terangkan padanya..maka biarpun tidah dipersetujui beliau..namun dia membenarkan aku mencapai misi aku. Untuk satu tempoh yang singkat dan sementara je. Pasni..aku janji pada sifoo geg, pada diri sendiri..dan seperti aku bgtau kat King Azwan and moto moto...aku akan hentikan sume ni. And just let the time lead everything. Barangkali, hati dia terlalu keras dan terlalu susah nak maafkan aku. Jadi,diam je la yang terbaik.

*******************************************

|| wajah baru ||

Haaa..jangan tak tahu..aku pun dah berwajah baru dengan rambut baru yang agak hot ni. Baju raya pun lain dah.takdenye hijau dah cam selalu. Tunggu la nnt..aku amik pic sambil memperagakan baju raya time raya nnt. Kalau pakai sekarang rugi ar. habis la seri baju raya aku. Sepanjang malam semalam...aku dah selamat formatkan laptop aku. So rini plak..aku dah kasi wajah baru kat blog aku. selalunya kaler hitam je kan. Emo gothic la konon..haha..kalau pada asalnya layout dia mmg gerun gothic. Tapi since aku dah change untuk jd 'hot woman but stay cool' maka aku pun tukarlah layout ni kpd white emo raccoon. ok tak?? hahaha....hopefully tak menyakitkan mata pembaca aku. huhu..

kenapa racoon..sbb aku rasa..aku pun dah cam raccoon. tak caya?tgk pic ni. haha...

comel kan? hihihi...


Tu la...dah tak cukup tido..mmg jd mata raccoon la. hihi (^_^)


Hanya Kau Yang Mampu..

Rutin aku seharian seperti biasa biarpun keje-keje nak raya ni semakin bertimbun. maklumlah...anak dara sorang, jd selayaknya aku membantu mama. Sepanjang malam semalam.. aku isi dengan mem"format"kan laptop aku. Dan sengal dah lappy ni. Maklumlah..byk software diinstall kemudian remove. mau tak buat perangai.
Tapi hari ini...ada satu kisah menarik aku dapat dari blog kak fyn jamal.

*********************************
satu masa dulu,
ada seorang manusia yang bernama Insan.
dia seorang pemarah.

tapi dia bukanlah seorang yang jahat hati.
dia cuma kejam bila melampiaskan rasa benci.
bagi Insan, dia jujur.
lebih elok diluahkan dari disimpan, katanya bila ditegur.

Insan itu hatinya baik, semua tahu.
tapi bila datang hari celakanya, aduh --haru!

pada satu hari, bundanya, setelah sekian lama bermasakranum memikirkan jalan yang terelok untuk menegur sifat anaknya itu, membuka mulut.

"wahai anak. harap dibuanglah engkau yang itu. yang pemarah. yang pendengus. yang pencaci."
"kenapa? bunda lebih mahu aku jadi pembohong yang menidakkan kebenaran hati?"

berterusan telingkahnya.

sang bunda diam. tunduk dan sunyi. dia usap wajah Insan dengan pandangan sedikit rawan. dia bilang:

"ini minta aku sebagai ibu. tak usah berhenti. tak apa. sudah. cuma minta aku, di setiapnya kau rasa marah dan benci, tanamkan paku ini pada tiang rumah kayu kita. cuma itu."

"boleh"

bermula hari itu, dilakukan seperti dimahukan.
sebulan, tiang sudah hampir penuh.
paku sudah bersimpang-siur.

tersaksi olehnya betapa terlalu ramai yang dia sudah lukakan dalam sepurnama semata. dia rasa malu dengan jiwa dia. dia rujuk pada bunda. bunda bisik dengan kasih.

"rujuk pada semua yang kau marah2kan itu. minta dimaafkan, meski terpaksa kau mengemis untuknya. setiap satu lafaz ampun, cabutlah satu paku yang telah kau sematkan sejak sebulan lamanya."

diikutkan juga.

satu-persatu diceraikan di setiap satu-persatu keampunan. Insan rasa uja. dia semakin hampir dengan taraf kosong benci sesama manusia. dia gembira.

selesai paku2nya.

"bunda, aku berjaya. tidak lagi ada yang benci aku sepertimana tiada aku pada mereka."
"apa benar?"
"ya. dan betapa bijaksana wahai engkau, si bunda. mendidik aku untuk menyedari betapa keji aku ini"

si bunda diam. dia senyum dan diam. dia senyum, diam dan hela nafasnya kuat2.

"anak, bukan paku itu yang utama. lihatkan tiang itu yang sudah sompek dan separuh hancur jisimnya. rasakan serpih2 yang membungkam dari hayunan tukul pada paku2 itu semua. itu, nak, yang perlu kau sayukan"


*************************************

Aku paham bagaimana perasaan itu. Apatah lagi kini...aku telah melukakan hati seseorang. seseorang yang aku rasa..aku perlukan dia dalam hidup aku. Aku tak mahu dia membenci aku..aku tak mahu dia lupakan aku..tapi aku tak mampu buat apa2 untuk memenangi kembali hatinya.
mungkin...hayunan paku yg aku tanam dalam dirinya terlalu dalam..hinggakan tak mampu di kuarkan semula. Lantas, tiada kemaafan yang bisa diberikan untuk aku.

Mungkin juga...tapi aku amat berharap....Lebaran yang datang ini...bisa merubah segalanya.

Wednesday, September 16, 2009

26 Ramadhan: kenangan lalu...

Diam tak diam...arini dah 9 tahun,orang yang paling aku sayang tinggalkan aku. Dan untuk 9 tahun itu..raya tak pernah ada makna bagi aku. Segalanya berubah selepas dia pergi tinggalkan aku dan keluarga. Arini..mama mungkin tak ingat..atau mungkin mama buat-buat lupa....tapi hakikatnya,pada malam raya pasti mama tunggu kepulangannya.Setiap kali malam raya juga, kami akan tunggu kepulangan dia.Walaupun dah nak masuk 9 tahun dia meninggalkan kami kerana menyahut panggilan Ilahi...tapi kami masih menanti.dan mama pastinya,akan menanti dengan linangan air mata.
waktu kecik...kami akan tunggu arwah acik pulang pada malam raya. bersengkang mata tak mahu tido sbb nak tunggu acik balik ngan pak chad. tapi last-last...kami yg kecik-kecik ni gaklah yang terbongkang depan TV tido dulu. mana taknya..siang lasak sangat. tapi selepas arwah pergi...aku pula dengan keadaan yang selalu sakit..mama dan abah tak bagi sangat aku ni lasak. segalanya di pantau.segalanya di perhatikan. Betapa sayangnya mama,abah,adik dan along. Sampaikan kasih sayang tu terasa melimpah ruah pada aku seorang. Umpamanya aku ni si kecil yang tak pernah besar. Tak kurang keluarga aku..keluarga Pak Chad juga sangat sayangkan aku. Bagi pak chad..aku bagai pengganti Aj. lagipun usia aku dan Aj sebaya..cuma 10 tahun yang lalu..Aj pergi meninggalkan kami kerana penyakit misteri yang tak dapat dikenal pasti. semuanya bagai trauma. sebab tu..bila aku dimasukkan ke hospital...aku tak mahu pak chad tahu. aku tak mahu mama tgk aku menangis tahan sakit. Paling penting...diorg kena tgk aku ketawa je.
Aku tak tahu sampai bila kami akan terus begini..tapi aku harap syawal kali ini akan bawa rahmat dan seribu kemanisan hendakNya. Ameen.

Malam Lailatul Qadar...


" Mungkin Allah ingin menguji kita dengan cara menemukan kita dengan orang yang salah dan bercinta dengannya,sebelum bertemu dengan orang yang tepat.Kita harus mengerti dan berterima kasih dengan kurniaan tersebut..."




Ada satu lagi yang buat aku teringat pada si dia sepanjang malam ni. yep..lagu Scorpian-Stil loving you. Aku pernah cakap kat dia..aku suka lagu ni..then dlm phone dia nyanyi lagu ni sampai terjerit2. Haha..comel sungguh. Suddenly, bila teringatkan lirik lagu ni..cam terkena batang hidung sendiri plak.


Time, it needs time
To win back your love again.
I will be there, I will be there.

Love, only love
Can bring back your love someday.
I will be there, I will be there.

Fight, babe, I’ll fight
To win back your love again.
I will be there, I will be there.

Love, only love
Can bring back your love someday.
I will be there, I will be there.

If we’d go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.

Your pride has build a wall, so strong
That I can’t get through.
Is there really no chance
To start once again?
I´m loving you

Try, baby try
To trust in my love again.
I will be there, I will be there.

Love, our love
Just shouldn’t be thrown away.
I will be there, I will be there.

If we’d go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.

Your pride has build a wall, so strong
That I can’t get through.
Is there really no chance
To start once again?

If we’d go again
All the way from the start,
I would try to change
The things that killed our love.

Yes I’ve hurt your pride, and I know
What you’ve been through.
You should give me a chance
This can’t be the end.

I’m still loving you.
I’m still loving you,
I need your love.
I’m still loving you.
Still loving you, baby…


Ramadhan pun tinggal beberapa hari je lagi nak berakhir dan malam-malam terakhir ini dikenali juga sebagai malam Lailatul Qadar. Di malam Lailatul Qadar..segala doa akan diangkat ke langit untuk diperkenankan. Tapi aku...entahlah...tak pasti sama ada doa aku adalah salah satu yang diangkat dan diperkenankanNya. Apa pun...jgn putus harap..terukan je berdoa. Ameen.


Tuesday, September 15, 2009

nikmati perasaan...


Wedy : BTW kamu percaya gk dibalik marahnya dia, dia tuh juga suka/cinta ma kamu...

Aku :kenapa kamu kata sedemikian?aku rasa..dia sukakan org lain selain aku

Wedy : cowo tuh memang seperti itu kelakuannya...sok jual mahal...ngerti kan yg Qu maksud...

Aku : ya aku ngerti..tapi aku juga bingung.aku rasa..dia sukakan org lain selain aku. aku curious

Wedy : truz km yakin gk sama dia?

Aku : maksud kamu yakin itu bagaimana?

Wedy : yakin dia suka sama orang lain?

Aku : dulu dia pernah bicara sama aku..dia suka pd yg lain..tapi cewek itu udah punya pacar yg lain

Wedy : yd biarkan aja...kamu cari yg lain...coz hati dia udah sama yg lain...

Aku : iya..aku mau juga buat begitu.tapi entah napa..hati aku seolah2 enggak benarkan.seolah2 dia mmg utk aku

Wedy : gk,itu cuma karena rasa bersalah km aja AL...karena uda buat dia kecewa...

Aku : rasa bersalah?lalu sebenarnya aku enggak sukakan dia?begitu juga dia?

Wedy :rasa bersalah & sikap dia yg belum mau maafin kamu...makanya kamu terus kepikiran tentang dia...

Aku : mayb

Wedy : sekarang tenangin diri kamu...

Aku :bagaimana?

Wedy : coba berfikir jernih, & hilangkan rasa bersalah..Lagipula km udah minta maaf kan...

Wedy : biarkan semua berjalan seperti semestinya..& biarkan waktu yg mengatakan ke kamu dia cinta atau tidak. udah di baca & dipahami lum AL?

Aku : ya..aku paham

Wedy : truz apa rencana kedepannya tuk masalah ini??

Aku : entah..aku enggak tahu.cuma yg aku tau...raya ni..aku akan cuba contactnya lagi.sekali lg aku minta maaf

Wedy : minta maaf??ma siapa?

Aku : sama dia

Wedy : sepertinya kamu terobsesi banget ya AL...

Aku : maksud mu?

Wedy : kamu lum bisa hilang kan dia dari pikiran km AL...

Aku : ya.aku admit itu

Wedy : ya udah, klo gitu nikmati aja perasaan itu dulu...

Aku : langsung?

Wedy : ya..nanti jg bisa berubah...

Aku: bagaiman kalau enggak berubah?

Wedy :walau gk tau akan berkurang atau bertambah rasanya...& klo gk berubah,kasian kamunya...malah jadi menutup diri sama cowo lain yg suka sama kamu AL...

Aku : kamu mau tahu..aku mau aja dimasukkan ke dalam rumah sakit jiwa

Wedy : Astagfirullah...jangan AL...mending masuk kerumah Qu..

Aku : kamu tahu..aku ini parasnya kritikal.aku gak bisa tidur.kerana aku sering mimpikan dia.kamu tau..bru2 ini aku mimpi dia dtg ke tempat ku..dan kemudian aku dpt khabar..mmg dia akan dtg ke tempat ku

Wedy : klo kata orang jawa, itu namanya kesengsem....rasa berlebih yg membuat suasana hati terbawa ke dalam mimpi...

Aku : ooo

Wedy : yupzzz...& itu bisa menyiksa perasaan...

Aku : ya..aku setuju

Wedy : makanya nikmati z rasa itu,jangan di lawan atau coba dilupakan....!!!Justru tersenyumlah setiap ingat dirinya,& smua kejadian dengannya...karena tambah kamu lawan atau coba lupakan,justru akan tambah bikin kamu tersiksa...

Monday, September 14, 2009

Biar Kejam jangan Keji...

Kelmarin enjoy sangat! Puas berjalan buat and terapi minda....apa lagi kalau tak shopping...then bergelak tawa sampai lepas buka puasa.Habis seluruh Prangin and penang road dijelajah.Buka puasa pulak kat Samudera. dah lama siot tak makan citu. balik je...dah flat. then rini plak..perut cramp...adoiya...
tapi yang lagi tak best, rini ...dgn sahnya..aku dapat tahu "dia" akan datang ke Penang pada raya ke-5 ni dengan kawan-kawannya. Aku ingat before ni...dia hanya main-main je. Yang paling penting..aku tahu dia yg jd mastermind nak datang ke sini. Dulu, time we all stil get together..dia yang beriya-iya nak turun ke sini. tapi aku tak kasi. Skrang ni..time aku balik ke rumah untuk tenangkan pikiran..kenapa dia nak datang sini. Pergilah tempat lain..Taiping ke Grik ke Kedah ke Negeri sembilan ke Johor ke. But y must be in Penang?
Tak tahu napa..tapi hati aku cukup tak suka. Aku rasa cam dah tak boleh nak gelak ketawa dgn riang. takkan raya ke-5 onward aku nak duduk umah je..takyah berjalan semata-mata aku nak avoid dia? That was stupid idea k. aku ingat nak balik KL...gile apa..takkan nak raya sorang. Budusss...atau g Johor?raya umah Saleha atau umah Indah?euchhhhhh..aku nak raya umah mak ayah aku la. Lgpon, raya nnt aku nak g wedding Anas, junior sekolah aku lagi. Dia ni kan...kenapalah buat aku dalam dilema. Jangan bagi aku sakit hati and menangis lagi boleh tak?
menci tau...

Sunday, September 13, 2009

Tired of being sorry..

Hari ini dah 22 ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu. tinggal seminggu lagi,insyaallah untuk umat Islam berpuasa dan kemudian menyambut syawal. 3 minggu ramadhan dah pergi..dan bermaksud dah 3 minggu juga demam aku tak baik-baik. Selesema tu datang dan pergi...dan batuk..mmg tak henti-henti. Cumanya, dah tak muntah time pagi..dan tak muntah darah dah. Alhamdullilah.

Bulan puasa ni.....aku berjayalah menguruskan badan. Dengan demam yang tak mahu-mahu nak baik (demam mengada..demam rindu..demam menyusahkan..hahaha) memang menyumbang kepada sessi menguruskan badan aku. Okeh,ada nampk sedikit mengecil...tapi yang paling ketara ialah raccoon eyes, kesan daripada gejala sukar nak tido malam. hihi...

Habis je raya ni...bila oktober menjelma...aku insyaallah akan balik ke Shah Alam semula..menyemakkan otak aku dengan tugas-tugas keje sana plak. Pasal design lifefray pun aku tak update apa-apa lagi. Biarlah dulu....tengah semangat nak raya.

Sehari dua ni asyik layan lagu Enrique Inglesis ngan Ciara.-Taking' back my love. Kasi semangat. Pastu..layan lagu Love is gone by David Guetta. Hopefully semangat kembali pulih!! yosh!!!

oklah nak rehat jap.sat g nak jalan2 ngan sal.

Saturday, September 12, 2009

pergi mati cinta itu...

Dengar sini segenap pelusuk mukim dan daerah-daerah hati
Aku isytiharkan perang berdarah
Aku laungkan pembebasan
untuk aku lepaskan tali yang menjerut seluruh hidup aku

Pergi mati dengan cinta itu
jahanam sahaja setiap kenangan itu
hentikan permainanmu
jangan lagi bermain dengan aku

Dengar sini rakyat jelata hati
Aku ragut kembali cinta yang aku serahkan pada kamu
Aku tak mahu lagi
terseksa dan terluka
dengan mainan perasaan ini.

penang

Mungkinkah mimpi aku akan jadi kenyataan?Tak..mungkin tidak. Aku tak tahu...tapi hati aku sakit sangat.
Kalau takde aral melintang..dia akan dapat kereta baru yg ditunggu-tunggu selepas raya ni. Sejak abis belajar dan kerja..dia pakai kereta mama dia je ke sana sini. Tapi satu je aku pelik..kenapa...destinasi pertama dia nak pergi ialah PENANG? apa ada dengan penang? Aku tahu dia ada sorang coursemate dia amik master kat USM,berdekatan rumah aku ni. Tapi mengapa Penang? (ye..dulu dia pernah janji ngan aku nak turun penang)
Okeh..fine..aku pikir positif. Penang ialah sebuah tempat perlancongan yang menarik..ada pulau yang indah (indah ke?haha)...ada kawasan bersejarah...ada bukit bendera..ada port cornwallis..ada mcm2 la. Tapi..betul ke dia nak datang Penang sbb nak bercuti?erm..
Kalau mimpi aku jd kenyataan..akulah manusia paling bahagia. Tapi, aku tahu semua tu mustahil. Jadi,kenapa nak bagi harapan palsu??kenapa??kenapa? Maka..BERHENTI lah berharap. semua tu palsu je.

Aku ingat kata-kata Sal, kita ingat je benda yang tak baik pasal dia. Damn..aku pun tak tahu apa benda yang tak baik ttg dia. Time dia marah pun..dia tetap mengutamakan aku. Walaupun dia marah..dia takpernah lukakan hati aku. Dia terlalu baik...baik sangat. Sampaikan..aku takut nak lukakan hati dia.euch...

okeh..cari point lagi nak lukakan hati dia. tgk post dekat blog x-makwe dia. ok..byk sgt entry jiwang ex dia kasi kat dia sblom diorg putus. well..that is enuff utk hati jd luluh. ahaha...teruklah lu hati.

dah la...cukup2. next entry plak. gile posting!!

Friday, September 11, 2009

Kotak Mimpi..

"Dreams are part of our heart and soul
Our dreams go to the depths of our thoughts,
Wants, and needs to fulfill our destiny.
In order to fulfill our destiny we must
fulfill our dreams..." - JR Travis


Selepas sahur yang melukakan hati dengan segala genap ruang rindu pada dia...aku gagahkan mata untuk lelap semula. Kebelakangan ini...memang aku susah tido malam. Jaga ku adakalanya sampai ke subuh...adakalanya, aku dapat tgk dia online sampai pagi dan adakalanya,aku berpeluang untuk bebual dengannya walaupun seketika...biarpun bait-bait perbualan kami meranapkan hati aku. Cuma beberapa hari ni,aku jauhkan diri daripadanya. aku buat-buat sibuk..aku rasa aku berjaya untuk melepaskan dia pergi. Tapi, bila sahur tadi begitu sayu menggigit tangkai hati...maka,aku mengambil keputusan untuk tido kembali. itu yang terbaik dari otak aku berhenti berfikir seketika. Tapi aku salah...
Dalam mimpi juga..bayangan dia tetap menjelma. Setiap kali aku ingin membuang ingatan terhadapnya..setiap kali aku ingin berhenti berfikir tentangnya..dia akan menjelma di dalam mimpi aku. Aku mimpikan dia lagi pagi ini. Dia datang ke kampung aku. Kemudian memujuk aku kembali ke sana dengannya. Bila aku ingkar..dia merajuk..kemudian aku pujuk dia...dan akhirnya,aku setuju ikut dia kembali ke sana dan seperti biasa..begaduh lagi. kemudian aku terjaga dari tido.
Masih lagi awal..jadi aku sambung kembali tido aku...dan mimpi dia datang lagi. mimpi kali kedua..sedikit sedih. aku cuba tidak mahu mengingati..bimbang aku nangis pula. sedangkan dalam mimpi juga aku menangis..maka bagaimana aku boleh kata aku kuat takkan menangis di dalam realiti?
Aku rasa..benar-benar terseksa. Benar-benar terluka. Lebih melukakan lagi..ada seorang lagi wanita di sisinya....yang dah jatuh hati padanya. Aku? hanya boleh memandang. Aku tahu hati dia..tapi kalau ramai yang ingin memiliki hatinya..kenapa dia tak bahagia? Salahkah aku kalau aku mahu dia bahagia..walaupun akhirya aku yang akan kecewa..sedih parah dan terluka? Tapi lebih baik begitu kan.sekurang-kurangnya aku tahu dia bahagia.
Dia bukan cinta pertama aku..cinta pertama aku juga akhiranya tragis. Cuma,tidak lah aku sekecewa begini. Cinta pertama aku dengan seorang anak golongan bangsawan dari negeri Pantai Timur. Keluarga dia menghalang hubungan kami. Tak ubah macam kisah antara dua darjat. Tapi, aku cepat bangkit. Tidaklah terlalu terluka begini...kali ini...sakitnya lebih dalam. Sangat menyakitkan..dan aku tak mampu bangkit. sekadar bertahan.
kalau ikutkan hati..mahu sahaja aku menghubunginya..berbual dengannya..aku mahu dengar suaranya. Ok fine! aku addicted dgn suara dia. haha..tapi, aku tak boleh buat begitu. Semua itu akan menyakitkan hati dia. Ye..hati dia sakit..hati aku juga sakit.
Cinta apakah ini?kalau hati kedua-duanya sakit?
Aku harap...sume ini sementara. sementara cuma...tapi sampai bila? bila??

p/s: aku suka sangat short filem signs tu. nanti bila berkesempatan..aku upload di sini k! hehe

Thursday, September 10, 2009

KONVOKESYEN!!!!!!!!!!!!!!






Alhamdullilah...kalau takde aral melintang, aku akan konvo 26 Oktober 2009,bersamaan Isnin. Sidang ke-18,sessi petang pada istiadat Konvokesyen ke-71 UiTM.

Kepada sume pembaca blog aku..specially team MPP aku..adalah dijemput hadir ke Dewan Sri Budiman,Universiti Teknologi MARA Malaysia kampus Shah Alam.

Finally...konvo gak aku. Tak sabarnya aku, muhaha.....

p/s: jangan lupa bawak bunga k. haha....

Tuesday, September 8, 2009

"She wear short skirt..i wear t-shirt..."



"she wears short skirts
I wear t-shirts
She's cheer captain
And I'm on the bleachers
Dreaming about the day
When you wake up and find
That what you're looking for
Has been here the whole time..
If you could see
That I'm the one
Who understands you
Been here all along
So why can't you
See you belong with me
You belong with me..."



When it was destiny that u're belong to me..and it always gonna be mine forever. Percaya tak?
Tak caya sudah...We will see.

Wait and see...


kisah 8 september 2009..haha

"This is a time of great personal change. You become tired of your role in life, and you are very sensitive to habits, customs, and social requirements that hide the "real you". You feel as though you have been drifting along with the tide and following the crowd for too long, and your inner needs and motivations must assert themselves more strongly. "

tu....ramalan zodiak aku untuk hari ni. Saja je aku letak. takde bawa apa-apa maksud pun. Sekarang ni aku tgh menguap bagai nak rak. Aku memang ngantuk gile.aku siapkan untuk thesis aku sampai kul 6.30pagi. Then tido sekejap...kul 8.30 pagi aku dah dikejutkan dengan panggilan dari EC Council pasal event Hackers Hilite. Dengan suara bangun tido,aku selamber je jawap. Then,aku bermalas-malasan atas katil sampai jam 10pg. 10 pagi..aku bangun dan siap untuk mula kelam-kabut. Aku g print thesis aku..yang cam haram mahal. Ada ke print hitam sekeping RM 0.50. Tapi nak buat camana...dah terdesak ink printer kat umah dah habis la pulak. isk isk.tension!! Belasah je la. Then terkejar g photostat apa yang tak cukup lagi..then g pejabat pos...buat kiriman ekspress ke Skudai. ya Allah..semoga sampai tepat pada masanya. Mudahkanlah urusan hambaMu ini.Amin. hehe..

Dah terkejar-kejar dengan panas di bulan posa ni....aku g kat saloon auntie. Dari kecik, auntie ni yang potong rambut aku. Aku rasa...dia lagi tau apa yg sesuai ngan tak ngan rambut aku. dengan nekad nak ubah penampilan..haha..maka...terjadilah rambut baru aku. Habis sume rambut panjang aku. haha..mmglah nmpk hot (auntie ni cam tau2 je aku nak nampk hot....haha) tapi sekali imbas...ada la juga cam gaya rambut minah UKM yg pujaan hati aku tgh gilerkan tu. haha...Lantaklah,janji lawa. aku malas dah nak pk.

oklah..aku dah ngantuk sangat. aku nak tido jap. jap lagi nak tolong mama masak untuk berbuka. hehe..

18 ramadhan sudeyy la.....

Sudah berjaga semalaman untuk menyiapkan thesis proposal dan jam 10 pagi ini aku perlu menghantarnya ke Skudai. yeay!! Alhamdullilah..siap juga. hihi..Napa Skudai? haaa...sebab aku sambung master kat UTM. bukan kat UKM. hehe..gotcha!
Aku tak mahu g UKM. Atas beberapa sebab.
1- Course MIS aku tak competitive kat sana. Giler bosan tak mencabar. Semuanya aku dah amik(belajar) time buat degree.
2- Dia tahu aku nak masuk UKM..kan aku dah cakap..aku akan ubah 360 darjah apa aku buat seblom ni.
3-Budak perempuan yang dia tgh gilakan sekarang ni adalah budak UKM dalam jurusan geosains kalau tak salah aku. Dan budak itu adalah sebaya adik Ain. huhuhu...tidak~~~~
4- Dia kata dulu..dia pun cam minat nak sambung kat UKM jugak. Tapi dia nak keje dulu...kumpul harta banyak-banyak dulu.hahaa...
jadi aku rasa..aku ada lebih dari 1 alasan takmo duduk UKM. haha..

aku ni pon satu..budak serabai camtuh pun aku nak tunggu lagi. nak feeling-feeling..sedih2 emo bagai. (ceh..cakap nak kasi sedap hati.podahh~~!! haha).

Masa berjalan terlalu pantas...hari ini je dah hari ke-18 puasa. Tak lama lagi dah nak raya. Lagi dua hari dan onward..aku akan mula emo menangis. Kejadian beberapa tahun lalu..dalam keluarga aku..buat aku sedih.Sedih teramat dan klimaxnya pada malam raya. Sungguh...masa berlari terlalu pantas..dah 9 tahun arwah acik balik ke pangkuan Illahi. Aku ingat lagi..time tu 25 ramadhan..dia pergi tinggalkan kami. Selepas arwah acik pergi...kehidupan kami juga berubah. Setahun sblom itu..si AJ pergi meninggalkan kami..kemudian diikuti oleh arwah acik..then kejadian kemalangan adik yang mengerikan tu. Sampai mati aku akan ingat...3 tahun berturut-turut ketika ramadhan keluarga aku diuji. Tahun ni pulak..aku diuji dengan kepulangan dua org yang aku sayang(yeay!happynya)...tapi akhirnya kehilangan seorang yang amat aku kasihi. tapi sekurang-kurangnya aku tahu dia bahagia. Yang penting jgn dia kecewa je. Itu je yang aku harap.

Oh ya satu lagi happy ialah..aku tak perlu berebut dan bersusah payah nak beli tiket bus balik kampung sbb kali ni..puasa juga aku dapat berpuasa di rumah.....walaupun tak sepenuhnya dapat buka puasa dan sahur dirumah. hehehe...

oklah..dah ngantuk la. nak baring2 jap. Jap lg nak settlekan keje2 yang masih terbengkalai! yeah!

Monday, September 7, 2009

lambang



Sila paham-paham sendiri. HAHA..





btw..comelkan ayam tuh?muhahhaha...

Biar Jiwa

Dah lama aku tak menulis cerpen atau puisi. Lepas tamat pengajian,hasil seni aku lebih kepada design system. Aku jadi tak pandai nak menulis cerpen,puisi dan sebagainya lagi. Tambah lagi..aku sekarang sedikit sebanyak dah mula jadi perahsia. Pendiam? Mungkin tak lama lagi. hihi..
Apa pun, aku dah siapkan satu cerpen baru bertajuk Biar Jiwa. kenapa Biar Jiwa? Aku amik tajuk tu sempena puisi Fynn Jamal. Aku pun taktau nak letak tajuk apa..tiba-tiba winamp aku terpasang lagu Biar Jiwa dari Fynn Jamal. terus aku letak je la tajuk tu.muhaha...
Selepas 3 bulan..aku baru tulis satu cerpen,dan itu pun entah kenapa ada rasa nak taknak je post. Tapi serious dowh...aku memang jd speechless..wordless... tak tahu nak susun ayat, nak berjiwang. Selepas habis belajar, aku banyak curahkan ilham aku pada design2 system. Even,dalam otak aku ni pun sedang berlegar-legar design lifefray untuk projek kat Skali tu, Tapi nak buat camana...aku demam panas. Macam mana aku nak tolong design tu.
Cakap pasal demam...demam aku dah ok dah. Dah tak panas dah. Pergh! selepas seminggu lebih terseksa baru nak ok. Cuma,batuk aku tu...tak boleh nak hilang lagi. Bila lepas sahur je..aku batuk sampai muntah. kerana demam ni juga, aku terpaksa tinggal puasa aku beberapa hari. Sedihnya tak boleh puasa. Padahal dah nekad nk puasa. manalah tau boleh kuruskan badan. Kurus? haha..demam ni betul2 buat aku jd cengkung. Berat badan aku menyusut. Sampaikan time kat farmasi tu, org kat situ kata aku dah kurus,buat apa nak diet lagi. Ekceli aku ada sebab tersendiri kenapa aku nak kurus, tapi sayangnya...biar sbb itu terpendam dalam lubuk hati aku je. Yang penting, aku kurus k!
baru-baru ni aku text dia. Minta maaf dengan apa yang dah terjadi. lantaklah..aku malas dah nak pikir. lagipon,sekarang ni..aku dah ada Sir gegmadness yang menjadi Quality Assuarance aku. Setiap malam buat counter check..aku cool ke tak rini. Aku nanges ke tak. Secara tak langsung..boleh dikatakan,aku gelakla setiap malam. erm seperkara lagi..antara aku dengan dia..memang takde jodoh,barangkali. Dia memang terluka sekarang.Aku pasti itu...tapi dia terluka kerana mengharap cinta orang lain. Bukannya aku. Jadi..move on je la. Nak tunggu apa lagi. Dan yang bestnya..dengan cool(padahal hati terluka koyak rabak) aku borak dengan dia rini di facebook. Siap kasi nasihat lagi untuk tackle makwe sorang tu. Gilakan aku ni?!?!! Hati batu lah konon. padahal...kalau tak kerana aku dah janji ngan Sir Geg..mmg aku boleh buat lagu Newboyz,meraung dah time ni.HAHA..
Cinta buat apa nak paksa-paksa kan....hahaha..jap lagi...aku nak g kedai gunting rambut. Sebenarnya,aku sayang nak potong rambut panjang ni. Just nak rebonding je. Tapi entahlah...terasa nak pendekkan je. Baru nampak cool sikit. hahaha....tengoklah camana pagi nnt. apa pun...aku dah ok sikit dah,ok?jangan risau k! Cuma...

cuma..doakan aku bahagia k!




Friday, September 4, 2009

Ramadhan 13th: Kool and Hot~~




Tak tahu napa...lately ni..asik nak kelihatan cantik je.Ni pun tgh sibuk nak nampk hot. Nak g rebonding rambut la...nak perm la...nk hilite, macam-macam plan nak buat. Semuanya lain dari yang lain..sebab nak nampak hot. Gile kan?putus cinta..lepas tu sibuk nak cantikkan diri. nak nampak hot.
Tapi ada seorang kenalan aku di facebook...yang juga seorang consultant...hahaha....baru2 ni...kami berbual dekat chatbox facebook. Lama juga berbual....dan byk benda gak dia nasihatkan aku. Kenapa susah sgt nak seksa badan?nk kurus dan sebagainya utk nama hot? sebenarnya tak perlu...yang penting...kamu tahu camana nk jd kool tapi masih nampak hot kat mata orang.
So sekarang...aku dah tahu apa aku nak buat. Tapi..berperasaan seperti seorang yang hot tapi cool tu sedikit sebanyak membantu juga. hahahah. Erm...biarlah aku sibuk gini dulu..sibuk dgn mencari identiti dan personaliti aku sendiri. Asalkan aku tak terus menangis. Itu yang lebih penting,bukan?
baru-baru ni tgk DVD cite princess prepration program. Best sangat. aku suka ayat Demi LOvato yg jd princess Rosalinda. "It's not what u wear or who u are to show u are princess. anyone can be princess. It's a feel that growth inside you." Em banyak gak aku belajar dari cite ni...tapi apa yang paling penting, aku memang suka sangat dengan Selena Marie Gomez. Comel kan?
erm..aku gak dah decide. Dia akan jd fasion icon aku. Comel sgt. tak caya..tgklah pics dia yang aku letak banyak tu. Comel kan??? hehhe