Thursday, December 31, 2009

Last Posting of the year..

Arini ialah ari terakhir bagi bulan ni...dan juga hari terakhir untuk tahun ni. selepas jam 12 malam nanti..dah masuk tahun baru. Bila cakap pasal tahun baru..mestilah azam baru juga mulalah org cakap2kan. azam aku tahun ni..alhamdullilah...dah tercapai. Aku dah grad dgn selamat. amin. so..skrang masa untuk ke hadapan dgn azam baru.

Apa azam aku tahun ni? hehe...rahsia! ngee~~~

Apa pun....selamat tahun baru 2010. semoga tahun hadapan membawa tuah kepada kita sume. oh ya..malam ni...aku lepak somewhere..dan nak tgk gerhana bulan. c u there!

muaahhh...

Tuesday, December 29, 2009

Unrated Happiness...


well...these few days mmg sangat sibuk. A lot of wishes.....thanks so much yg ingatkan aku. Hadiah...ada la satu dua...tapi hadiah tebaik bagi aku ialah insan-insan tersayang aku sentiasa mengingati aku....dan bersama aku susah dan senang.

On birthday aku...aku sambut dengan Dayya dan Ahnep. Well a lot things happen as i mention previous entry....tapi it's fine for me. Untuk mengelak pertumpahan darah..aku tak gi ke Alamanda. Lagipun aku demam hari tu. maka..ke Pavillion saja kami bertiga. Meeting point kami bertiga ialah KL sentral depan station monorail. hehe...then terus ke bukit bintang. Amik tiket wayang pukul 11.55am. cite apa? Cirque Du Freak: Vampire Assistant. Okeyh takmo cite pasal filem tu. tu...Ahnep cakap sekarang ni aku dah suku sakat puak vampire sebab suka sangat cite2 vampire tu. hahaha....okeyh la..aku admit aku suka cite2 vampire and warewolf. pas cite tu...dalam jam 2 petang..kami berjalan-jalan sekitar pavillion..then kami ke KLCC pulak. Di KLCC, we all celebrate birthday aku. Dayya siap buat penampilan istimewa secara solo menyanyikan lagu" happy birthday" kat aku. (Thanks to ahnep sbb amekkan video bakal peserta malaysian idol musim depan.hahahaha....)

Kat KLCC,dengan kek comel hadiah dari Dayya yg juga comel (muka dayya sebiji cam anak sepupu aku, si Nurul Izzati yang tahun ni SPM). makan..dan makan..dan makan. Lepas tu...amik LRT sampai pasar seni..then amik bas U80 ke shah alam. Sampai shah alam...apa lagi menyinggah plak karaoke selama 2 jam. Then..lepas tu....pekena satay Hj Samuri yang kat PKNS. kenyang, then balik umah masing-masing. Thanks to Dayya and Ahnep. Luv u guys so much! Muaaaahhhh!!!

Cirque Du Freak's Poster. Vampire Handsome...hehehehe

Aku dan Dayya....hehehe

jalan-jalan sekitar Pavillion. hehe...

Strawberry cake.nyummy2...comel cam we all! ngee~~~

hoho..merry x-mas.... aku kan x-mas baby! hehehehe...

26hb december...masa aku kat rumah je. sebab suppose to be ada budak baru nak masuk menyewa umah aku. tapi tunggu punya tunggu tak nampak bayang..so aku blah je ke midvalley makan. Sepatutnya gi Rock the world ngan ahnep..tapi ahnep takmo g plak. member aku sukh ye ye je suruh we all gi. Tapi alhamdullilah la tak gi..dah la ramai org. kata sukh almost 6 ribu org...then hujan lebat plak. fuihhhhh~~ selamat. hehehe...

Al-kisah nak jadikan cerita..umah aku tgh takde air sbb org repair paip kat level aku ni. Dgn bekalan air yg limited..aku hanya mampu mengelap2 badan je. Bukan mandi secara totalnya. Maka boleh dikatakan..aku kuar makan tanpa mandi.muahahaha..tak senonoh sungguh kan?! hehehhe. oh ya satu lagi kejadian paling kelakar. Aku rasa...aku mengigau la malam sebelum tu. mungkin penat sangat merayap. Aku mimpi aku makan KFC. teringin sgt nak makan KFC...sekali roomate aku, Adda tanya aku nak KFC tak. hahaha...agak2 Adda dengar kot aku mengigau nk makan KFC. hehehhe...dah la time makan KFC tu sambil tengok cite jeniffer's body. Eee~~ rasa cam tak tertelan ayam tu kat tekak bila tgk scene si Megan Fox sembur darah hitam kat kawan dia Needy. buwek~~~ dah la ayam KFC snack plate aku tu penuh ngan sos cili. Demmit! hahahahhaha....

27 haribulan pulak....un-planning..aku ke wedding Hazim fahmi. kawan aku time sekolah rendah. malam sebelum tu..aku ajak housemateku, cik Munirah temankan aku..since dia free, maka suddenly on je nak gi wedding Hazim Fahmi. So...pagi kul 11 pagi aku ngan Munirah kuar ke Ikea beli hadiah. benda tak plan..maka kelam-kabut la cari hadiah. hehe..mujur ada Ikea..then wrap kat Ikano. dahlah almost 30minute mencari parking dan tension ngan perangai org-org yg sama2 cari parking. fullhouse parking beb. few times almost eksiden. lastly berjaya park dgn bantuan sorang pengawal keselamatan bangla ni. Tapi haram aku ngan Nira tak paham apa dia cakap. grab je apa yang mampu...gi wrap then terus out dari Ikea menghala ke Pandan Lake Club kat pandan indah. Alhamdullilah...takde masalah nak cari tempat tu. Time kami sampai tu dah la hujan lebat...then pengantin juga baru sampai. Kasi hadiah kat mak pengantin perempuan..amik nasi then duduk kat meja..mengisi perut yg dah start berdondang sayang. Then, sempat gak la amik pictures pengantin..dan bergambar dengan pengantin. Pas settle bergambar....blah la..nak tunggu apa. Balik pulak...jammed yang amat. penat tahap gaban. sampai umah jam 5 petang. Pergh! almost 2 hours dlm jammed.

Pengantin sedang bersanding di atas pelamin..

Mohd Hazim Fahmi dan pasangan, Maria Syazwani.

Okeyh..ni santapan aku. makan tak hengat dunia.

Housemate aku, Munirah Mokhtar yang sudi menemaniku. xiexie~~ hehe

Aku dan pasangan flower girl and flower boy Hazim& Maria. Comel kan?

sampai umah..Munirah belasah tido..aku plak baring sambil baca buku. Then..dekat kul 8malam...Walter datang ngan Ahnep. Walter sampai tghari dari Melaka. So dah kasi sume dolphin things yang beli untuk dia. then, kami ke uptown lama Damansara. Makan steak. kat pirrates. yummy!! sangat kenyang!!! aku makan beef sirloin steak. then..lepas makan...pusing2 cari DVD. then kul 12 am, botak call. Dia ngan Zurin dah sampai kat SS2. so kami pun bergegas ke SS2. kat SS2..makan lagi. Satay la...kerang la. ya Allah..cam nak meletup perut aku. Oh ya..tidak dilupakan...walter hadiahkan cuppycake dari wondermilk untuk aku. yeaaaa~~ bestnya!!

then almost kul 1 am, ben plak join aku,ahnep,walter,botak and zurin. borak and borak..sampai kul 2.30 am. mata dah penat..walter pun nak drive balik melaka....yang lain sume nak keje. Walter hantar aku balik umah..sampai dalam kul 3 pagi. cuci muka sume..terus tido kepenatan.

then rini..aku bangun jam 1.13 pm. bangun..masak and kemas-kemas. Pastu jam 4 pm kuar ke Curve jalan-jalan dengan ahnep lepas dia habis keje. then balik shah alam. malam...kul 11pm kamal sms aku..dia dah otw balik UTEM,melaka. and dia nak singgah kejap kat aku. and jap tadi..dia sampai..we all kuar lepak Hakim..sembang-sembang jap sambil teman dia makan. And aku mmg totally full. terlampau kenyang. So..sok kena diet la camni. lepas tu...terus balik.

Aku dgn muka yang sangat penat dan walter di sebelah aku. heheh

Cuppycake hadiah dari walter from wondermilk. nyummmy~~ thanks bro.

Untuk semua yang temankan aku these few days..specially ahnep..thanks so much. aku sangat gembira.

oklah..skrang dah penat. Nak tido dulu.

Nite peeps. Sweet dreams!


Friday, December 25, 2009

happy birthday to me then...

and the day i've been waiting arrived. another year older. dah tua dah..dah nak masuk suku abad dah..but i'm stil the same.Anak manja mak ayah...yg degil..keras kepala dan disayangi ramai. masih lagi buat ikut suka hati...dan suka melawan. Dalam keras ada lembutnya..the unpredictable one..and that is me.

To all who wish...thanks beb. thanks sebab ingat birthday aku. this few days..mmg aku cepat sangat nanges. sampaikan ada satu ketika tu..aku meleleh air mata dalam bus. Panik pompuan duk sebelah aku tu. ingatkan aku sakit ke. hahaha....malam ni....dalam banyak2 ucapan..aku nanges bila walter call aku. Guess what? My pleasant surprise...he is coming back this Saturday becoz of me. WOW! what kin of suprise. so....sabtu ni..mmg open table sungguh2 la. suppose to be 25hb aku belanje budak BEST Team makan..tapi...memandangan masing2 pun sibuk dan penat dengan tugasan masing2..maka aku postpone kan sehingga walter datang sini. bru happening sikit kalau sume ada. Baru complete family aku. Lepas walter datang....kitaorg open table..pastu aku nak balik penang. Aku dah rindu sangat3 kat mama dan abah..along dan adik.

Pastu wedding si Fahmi. Kalau takde aral melintang..sampailah aku ke wedding fahmi tu. Tapi tu pun kalau ada teman la. kalau tak..hehe....tak berani nak cakap. just wait and see je la.

Bila cakap pasal birthday....bila my birthday arrive, it is an indicator. indicator bagitau yang new year is just around the corner..and as well...we are about leaving the present year jadi history. Gile la..tahun ni..banyak sangat suka duka aku. Hanya Allah yang tahu.

oklah..dah dekat jam 1 pagi dah...better aku g rehat. The whole day tadi redah hujan gi sana sini.... sok lagi nak cirque Du freak lagi kat Pavilion sebagai. So better get off. karang tertido plak dlm cinema. hehehe....

got to go. sleep tight honeyz.bye.


Happy birthday to me!

Thursday, December 24, 2009

hari binatang sedunia.

Lately..banyak sangat perkara terjadi. Marah..sakit hati benggang dengan seekor mangkuk hayun tak paham bahasa species pukim*k seekor tu..mmg menyakitkan hati. Dah la mak dia cam haram jad*h...anak dia lagi cam babi punya har*am jad*h! Tak kisah la..janji azab aku kat Damansara dah habis. Sekarang masa aku tenangkan pikiran..jangan pikirkan apa dah jadi. Buat tak tau je. keluarga babi tu jangan dilayan.

Sumpah. ni pertama kali aku membabi kan orang dengan serius. dan org yg aku babikan tu ialah manusia bernama azmifaris. nama sedap..muka innocent..perangai memang pukimak. Dah la mak dia suka seleweng duit company...anak dia pon sama je sekaki babi hutan! dah kantoi..report mak..pastu mak cam haram jadah lebih kurang je. Patutlah sume anak kurang ajar...dah mak pun sama species kurang ajar. Amek kau aku maki puas2 kat sini. Lantaklah. mengingatkan nama dua babi tu..mmg buat aku naik hangin tahap petala dewa kelapan.

ok dah cite babi2 sekalian. Nak cite pasal hadiah krismas. jeng jeng jeng..tengoklah..apa yg kami belikan utk walter. sume about dolphin. sampaikan chiken little dah bebel aku. cam aku ni fanatik sangat dgn dolphin. hua hua hua...

2 pairs dolphin- 1 pairs milik walter, 1 lagi aku ngan chicken little.
marble yang diukir bentul dolphin.

gelang tangan kristal sepasang dolphin

tempat letak cincin bentuk dolphin. white gold platted lagi tu!


cantik kan? hehe....

Thursday, December 17, 2009

erm...

Life as usual.....nak tak nak..berjalan cam biasa. Rumah..dapat housemate baru 2 orang and soon to be...insyaallah ada lagi 2 org.So far alhamdullilah...okeyh je.Lagipun aku tak banyak sgt masa kat rumah. Keje pun cam biasa...cuma few days ni ada banyak benda yang terjadi.

Naik hangin kepada 2 manusia. Akhirnya...kesabaran aku pecah juga. Sorang kawan baik aku yang selama ini aku sayang sangat...tapi sbenarnya dalam diam menikam aku dari belakang. Aku kecewa dengan apa dia buat pada aku...sbb kalau posisi aku yang dihendakkan,amik je la. Dengan rela hati aku bagi...takyah buat camtuh. langsung hilang rasa hormat aku pada dia.

kedua...ada org sambung keje GTN aku tanpa bertanya pada aku apa yang perlu dibuat. Dan alasan dia buat keje aku sbb dia terlalu boring...and damn..borang GTN yg tinggal sekeping tu..yg aku maintain taknak kotor sebagai..akhirnya,jahanam juga dengan garisan2 dan conteng suka hatinya. DAMN!! Marah aku pun terbarai sudah maka keluarlah statement..."ko ingat mak ko exec kat sini..aku heran!" hohoho....kalau dia tolong "pelingkup" GTN aku pastu bagi alasan dia nak tolong aku..aku bleh tima lagi. bila alasan dia'bosan'...langsung aku takleh tima. Padahal..dia patut masuk shift pukul 2 ptg...dia masuk 3.30ptg. dan aku...macam org gila buat keje sorang2. haram~~~ sumpah PENAT siyal! tu pun..aku dah buat mata terkumpul secara kumulatif dgn mamat tu..sampai aku bleh marah dia camtu. Tapi..aku kan jenis yg mmg tak pk sblom cakap..pastu...sendiri plak menyesal. Aku dah say sorry dah..and dia kata dia tak simpan dalam hati sbb dia tahu aku tgh penat dan marah. Apa pun..thanks kat raymee...bekas colleague aku dulu2 la..time aku keje part time sambil blaja dulu...dia siap call aku cool down kan aku lagi. hahaha..cayalah beb! ko mmg best la bhai! hahahahah...

oklah..dah ngantuk...nnt sambung update blog kalau rajin.
Nite sume.

Sunday, December 13, 2009

dolphin mode attack!

Seem that i'm not longer a fan of raccon since lately asyik tengok barang dolphin. It start with my bro.....he love to collect dolphin thingy. dah macam-macam barang dolphin dah diangkutnya. teddy bear dolphin...came in various size...dari sekecil2 alam....sampai sebesar2 alam. Pastu.. carpet and tikar gambar dolphin..bantal dolphin...rantai dolphin..braclet..necklace...sume dolphin.

there were something behind it..why he kept looking for dolphin stuff. Such a romantic story.. tapi biarlah hanya aku dan orang2 tertentu saja yang tahu. Since my big2 bro pesan kalau jumpa barang dolphin bagitau dia....so bila g mana-mana je..dan asal aku nampak je barang dolphin aku mesti belek...kalau mampu aku beli. hehehe...Nak dijadikan kisah, aku ke Ikano last week ngan lil' cuttie si Dayya. Kat Ikano Xmas celebration theme dia about underwater sea. so banyaklah barang dolphin. Tapi dalam banyak2...ada 2 benda yang aku suka sangat. satu ialah rantai kristal..dan satu lagi ialah kotak cincin bentuk doplhin with white gold platted. cantik~~~~~~

Aku bgtau my big bro...and here we go..petang ni aku akan membeli kedua2 barang yang aku suka itu utk my big big bro. tapi bila pikir2 balik...aku ni dah addicted ngan barang dolphin ke? hahaha..kalau ye, habislah..hahaha..

but i bet..nope. i still the cute raccon after all. tak caya..tgk la mata aku. dah sebijik dah cam emo racoon. ahahaahahahahaha....cuma muncung je tak macam dolphin lagi. Going to be i guess. hehehe...

Thursday, December 10, 2009

Makan bersama Orang2 yang TERSAYANG..







Ada banyak benda yang dalam dunia yang sebenarnya tak terbeli dengan wang ringgit.

salah satunya Persahabatan...

Kerana persahabatan..kami merentas negeri..bertemu yang amat disayangi.

Biar hanya sejam dua bersama..cukup menggembirakan dengan gelak tawa.

Tak mungkin dapat dilupakan....

Semuanya brothers and sister-ly Hood mode! yeah!! sampai juga aku ke Umbai makan ikan bakar dan jumpa my big...big bro,Walter Tan! yeah.... Kampai~~~

Sunday, December 6, 2009

Demam lagi...

Asyik main hujan je dua tiga hari nak ke tempat keje. Akibatnya...dah kena demam selesema yang teruk. Aduh! leceh la.

Cuma tinggal beberapa hari je lagi. Tak sabar menghitung hari. hehehe

Friday, December 4, 2009

my addiction...

After such a long wait...then finally the time arrived. Semalam, dapat juga tgk 'buah hati' aku si Cullen and Jacob tu...di Pavillion. tu pun midnite show yang sangat best. Thanks dear belanje i tgk new moon walaupun you cam separuh jiwa (cam tak ikhlas) je masuk cinema teman i. hahahahha...

Cite yang sangat best. walaupun..hakikatnya novel dia lagi gempak..lagi favourite aku. tapi plot drama dia okeyh la..tak lari sangat dari novel. Compare to twilight..mmg beza sgt dari novel dia. part favourite aku...dekat Voltera time Edward ngan Bellla jumpa Aro dan Volturi. Best2! hehehe

.








Tapi, walaupun cite i gempak..permulaan cite aku tak dpt fokus sangat kat plot cite dia sebab ada couple banggang yang baru keluar dari hutan kat belakang kami tu cam sial. Dah la kaki bau cangu..muka cam pecah rumah...kurang ajar nak mampus. Asyik tendang2 kerusi kami. Ko kalau nak berasmaradana..p sewa hotel ke..taman tasik ke..bukan menyemak dlm panggung wayang. Kacau orang je. Korang ingat duit mak bapak korang ke beli tiket untuk aku tu. Sumpah aku memang hangin gile. Tapi nasib baik sepasang makhluk tuhan paling bodoh tu blah awal sebelum masuk Voltari. kalau tak..mmg ada harapan kena maki sblom kuar cinema la.

Takpe3...nanti nak tgk agi new moon. hahaha..mesti ada org sengsara pasal twilight series ni. sebab...dari dulu org tu kena temankan aku beli novel twilight sampai complete satu set..pastu beli set box twilight jurnal yang aku tak buka2 lagi sbb sayang sangat...then temankan aku tgk new moon....and of coz la..kalau panjang umur aku...pasni ada...eclipse and breaking dawn yang dah start shooting dah skrang ni. Jangan tak tahu..aku ni kan fan no 1 TWILIGHT SERIES.


HAHAHA...okeyhla..mau g makan. hampir kebuluran juga, hahaha...

off for now.

Wednesday, December 2, 2009

Is it??

I found this in his social network page which is connected to my account. Well....this is a wedding photoshoot. I have no idea. Bukan sekeping tau..banyak keping sangat. selalunya..org amik gambar camni kan sblom kawin...so is that mean..he is going married?


OMG.... sumpah sial. mesti ramai yg frust menonggeng kalau ye dia nak kawin dah. hahaha...


Apa pun....i wish him all the best and congratulation. hihi..





Erm so tired...even mata tak leh nak lelap lagi. The whole day kat Mines after g Big Bad Wolf yang bosan tu. need to sleep now. Sok keje.

Adios.

takleh tulis "bye peeps" dah. Sbb aku restrict blog aku untuk sementara. malas nak melayan macam-macam karenah punya manusia.

keep myself bzz and cheers always.

-End-

Monday, November 30, 2009

Anak manja mama...


Malam ni..malam terakhir aku di rumah.Esok tengahari,aku akan bertolak balik ke KL dengan kawan aku,Zam. Entah napa...hati aku berat sangat. Hiba dan sebak silih berganti. Bukan berat dan hiba sebab nak balik ngan Zam, tapi...sbb nak berpisah ngan mama. Seminggu dah lepak umah selepas aku kuar wad tempoh hari. Seminggu ni...apa saja yang ingin aku makan sume mama masakkan. Bila pinggang aku sakit kesan dari operation..mama lah yang setia mengurut pinggang aku.

Mama dan abah ialah parents aku yang paling terbaik dianugerahkan pada aku. Kasih sayang aku sentiasa pada mama dan abah. Aku yan selalu sakit dari lahir sampai la besar. Aku yang selalu mendatangkan masalah...aku yang nakal..aku yg suka menjawab kata-kata..aku yg suka meninggikan suara bila keinginan aku tidak dipenuhi...dan aku yang suka merajuk dan marah kpd ibubapaku kerana tak mengikut kemahuan aku. Tapi masih...marah mereka kerana sayang...kerana cinta dan kasih pada anak yang satu ni.bahkan..kasih mama dan abah juga lebih buat aku berbanding adik dan abang.

Dah dua tiga hari aku pendamkan sebak hati..bila Zam ajak aku balik. Pertama kali aku rasa sebak nak balik. Pernah sekali aku rasa perasaan sebak camni..iaitu ketika kali pertama berpisah ngan mama dan abah. Sejak kecil aku tak pernah berpisah dgn mama dan abah. Kalau ada pun berenggan seminggu dua sebab aku ke rumah mak su..ke rumah kak ya atau ikut aktiviti sekolah je.Pertama kali berpisah ngan mama dan abah...time tu mama dan abah menghantar aku ke UiTM. Anak manja abah dan mama dah kuar dari kepompong. Semester 1, boleh dikatakan setiap minggu aku balik umah. bayangkan...5 jam dari KL ke penang. Tapi aku tak kesah.walaupun cuti sehari...aku tetap nak balik.

Tadi, aku baring atas riba mama sambil tgk cite kat Astro Oasis. Sambil berbaring, mama urutkan pinggang aku yang sakit ni. Usai urut, ditepuk plak bahu aku. Bertambah-tambahlah sebak dalam hati. Seb baik cite tu cite sedih..so aku menitik air mata pun..mama ingat sbb cite tu sedih.Padahal cite tu tak cuit pun hati aku. Time aku tulis entri ni pun...aku menitik air mata. aku sayang mama. Sayang sangat2.

Harap-harap perjalanan aku selamat hendakNya. 25 hari lagi..ialah hari jadi aku. harap-harap, aku dpt balik umah. Tapi pikirkan balik...lawak gak. Umur dah cecah 25tahun...tapi masih lagi manja2 tido ngan mama. sumpah..aku ni mmg anak manja mama. hahaha...

ma, akak sayang mama.

Wednesday, November 25, 2009

cite suka hati...

Untuk selama 365 hari setahun, tak semestinya setiap minit dan setiap saat kita mencatat apa saja berlaku di blog. ada banyak perkara yang tak mungkin..dan tak semestinya kita akan ceritakan disini. aku menulis sekadar melepaskan apa aku rasa..aku nak tulis..yg aku rasa aku tak perlu nak bebankan kepala otak aku. Bak kata seseorang yang lebih senior dalam penulisan blog..yang amat aku kagumi penulisanya..."persetankan kata orang. blog kamu..kamu yang tentu kan.blog kamu..suka hati kamulah nak tulis apa."

selama aku menulis..ada beberapa kelompok manusia yang aku jumpa dan kenal...daripada tak kenal...boleh jd kenal..kemudian jd kawan. Pelik sungguh kan?

Aku tak menulis untuk orang lain baca..tapi pada yg membaca terima kasih. Dan pada yg meninggalkan komen..terima kasih banyak2. Yang mana baik..aku terima...aku pikir..aku kunyah dan kalau bersesuaian aku terima pakai dalam kehidupan. kebiasaannya,komen itu aku amik dari kawan-kawan yang aku kenal yakni..aku tahu namanya... sbb hanya yg kenal diri aku sebenar...yg tau pasal aku walaupun sedikit....tapi at least aku tahu manusia itu wujud dan aku tau nasihat dia bukan mempunyai maksud tersirat disebaliknya. Tapi..kalau yg memberi nasihat atau komen tu org yg tak mahu memperkenalkan dirinya..bagaimana kita boleh meletakkan kepercayaan?bagaimana nak dijadikan rujukan? Macam mana nak letakkan takat ukur tu??? Dan ia membuatkan aku teringat pada kata-kata seorg kakak senior aku, " those using anonymous is people who only brave to speak from back"

Keduanya, sepanjang menulis blog...ada ramai yg cepat terasa dan cepat stigma. Cthnya seorg kawan aku, fairuz...banyak kali dia terasa dgn penulisan blog aku. walaupun...aku menulis secara general. Tidak ditujukan kepada sesiapa. tapi..sikap perasa dia tu tinggi. kesian dia..sampai aku terpaksa buat kenyataan secara terbuka. Fairuz..kawan yg baik. Membetulkan kesalahan aku kalau aku salah..dia komen..aduh bisa tercedera hati kalau siapa yang tak paham dia. tapi pada aku..dah tak heran dah dia. Cuma satu selalu aku pesan pada Fairuz....jangan terlalu cepat buat konklusi. walaupun dia rapat dengan aku....boleh kata paling rapatlah juga....hampir setiap masalah aku dia tahu...jgn cepat buat hipotesis..kesimpulan dan pernyataan menyimpulkan keadaan diri aku. sebab...walaupun rapat tak semestinya dia tahu aku 100% bak kata fairuz sendiri..aku ni unpredictable. subject to change.

satu lagi...aku ni bukan dewa. dan aku mengaku aku ni pun bukannya baik sgt. kalau aku ni baik sangat....dah sure2 aku ni takyah di hisab..golek2 masuk dalam syurga. tapi sblom aku buat sesuatu..mmg aku pikir dulu. Jadi,apa pun risikonya...aku akan tanggung kemudian. Sendiri. Tak minta tolong org lain. Sama lah cam time aku sakit...time aku susah..takde duit nak makan..aku tak minta kat orang. Aku tak tulis kat blog kat sini..utk buat rayuan ke derma kilat suruh bantu aku sebab aku tak makan. aku makan ke tak...ada ke orang tahu. So, takyah la nak mengutuk mengata aku ego la..sombong bongkak sume..sbb untuk ego..sombong..bongkak dan seangkatan dgnnya, aku yg decide dan pilih. So, ikut suka aku la kan nak sombong,nak ego mahupun nak baik ngan sapa pun. kadang-kadang aku rasa kelakar sbb..org suka judge aku..suka cakap dia kenal aku. sama cam cinta pertama aku..dia kata dia paham sgt aku...tapi end up...dia cakap dia tak paham aku. Jadi bertambah lucu bila bila org yg mengaku paham apa aku rasa..sedangkan dia tak pernah kenal aku. well..some people said, he/she been in my shoes..tapi..masalahnya kasut kamu size berapa..kasut aku size bape.

Takde istilah menang atau kalah...sbb sememangnya aku ni tak pernah heran..tak pernah peduli. kalau aku rasa aku marah..sedih..aku akan cakap aku marah dan aku sedih. Kalau aku terluka..aku cakap aku terluka dan kalau aku rasa aku tak kesah..aku memang tak kesah. sikap ignorance ni mmg sesuatu yg aku pelajari dari abang amer. Kalau aku dah buat sikap ignorance ni..sumpah mmg ramai sakit hati ngan aku..tapi apa perlu aku peduli ,aku tak kacau org.

aku rasa..aku tak perlu nak perjelaskan apa-apa. bak kata Bot, yang tahu kisah sebenar ialah aku. Org lain yang tak tahu apa-apa cuma tahu cakap pastu paksa kita mengaku benda yg dia sendiri tak tahu tak pasti. selagi diorg nak bebel..nak melalak dan nak maki hamun..silakan. Sikit pun aku tak luak. lagipun, since aku ni bukan budak baik..bila lagi la nak dpt pahala free.
oklah.. dah malas nk menaip kat sini.aku nak habiskan tetamu senja.

Dedebu..


Dah hampir subuh, tapi masih gagal melelapkan mata. Sakit yang menyucuk2 pinggang ni....betul-betul buatkan aku sukar lelapkan mata. Sepatutnya, semalam, aku hadiri appointment dgn specialist kat PPUM. Tapi aku tak g. Entahlah..aku tak rasa lagi nak pergi PPUM. Aku dirujukkan ke PPUM kerana masalah darah aku. Last time check, doctor dapati sel darah putih aku lebih tinggi dari dari sel darah merah. Untuk hampir seminggu juga aku demam...sampai sekarang aku tak baik lagi. Memang sejak operation tahun lalu lagi...kes aku memang dikendalikan di PPUM...tapi selepas aku ketahui cinta pertama aku berkahwin dgn salah seorg nurse di PPUM...aku jd giler berat hati nak pergi PPUM lagi. Siot je kan? Sungguh tak kewl!

oh ya kerana entry luahan hati aku yg lalu...pasal cinta pertama aku yg macam chipsmore mengaku bujang tunggu aku..tapi rupanya kahwin dgn sepupu sendiri yg merupakan nurse kat PPUM (panjangnya description.haha)....ada satu nama muncul. Shrek. tak tau kenapa..rasa nak ketawa pun ada. Dah lama...nama tu aku kuburkan. Tak ingat langsung pun. Kali terakhir aku berborak ngan Shrek pun...waktu hari raya aidilfitri yg lalu. Aku dgn Shrek cuma kawan je. Tak terasa nak panjangkan relationship tu menjadi lebih dari kawan. kenapa? haha..sbb aku dgn dia ni lebih kurang je. Bak kata kawan kami Pierre, sama-sama degil..sama2 panas baran..sama2 'player'. Cuma yg aku kesalkan...bila aku kenal Shrek, banyak sungguh musibah yang melanda. terutama melibatkan aku dan abang Amer. Lepas putus ngan abang Amer...aku dah nekad...tak mahu lagi pegang status 'player'. Bukan je taknak jd 'player'...tapi aku nak lebih serius...nak bina kerjaya dan fokus pada pelajaran aku. Master beb..master!!! Project dgn thesis plak tu!tempoh 2 tahun ni....masa berjuang habis-habisan...sebab selepas 2 tahun ni..aku akan bepindah ke UK. Yeah!!!!!

" Demi hati yang tersiat-siatkan,
mimpi ini aku bunuh dulu....

-Robot "
Malam tadi, sambil berbaring kat mama....banyak benda yang kami bualkan. Dan soalan yang merunsingkan ialah...usia. well..soalan yang sama aku beri pada Thalasiah...kini kembali padaku. Macam Sirih pulang ke ganggang plak. hahaha... soalan aku pada Thalasiah, "How was being 25 and you have nothing yet. takde asset...hidup tak stabil lagi...dan langsung takde pasangan hidup lagi?" Speechless budak tu nak menjawab. Sekarang baru aku tahu perasaannya. Ditambah pula bila tgk cinta pertama kau dengan gembiranya bersanding di atas pelamin....well, sedikit sebanyak tipulah kalau kata tak rasa apa-apakan. memanglah terasa jeles sikit. Tapi...buat apa nak pening-peningkan kepala otak pikir? buat tatau je sudah. senang je kan?

Tapi, ada juga manusia..yg menasihatkan kita..lupakan je..buat tak tau sebagainya...tapi diri sendiri....lagi teruk. Dahlah kena rejct ngan chenta hati...tapi siap aim plak perempuan yg nak rapat dgn chenta hati dia. Wah..tu mmg obsessed giler tu. Siap jd penasihat tak dijemput.,perhati gerak gei perempuan tu.macam-macamlah. Sebut je pasal lelaki chenta hati dia...macam-macam tak elok keluar. Padahal nak cover..takut ada perempuan lain dpt lelaki tu. aisey..macam-macam sungguh ragam manusia. Okeyh2...aku tau aku ni banyak sangat tgk tv. terpengaruh dengan tv la ni. haahahaha....

Tapi sumpah, bila balik je umah..mesti tak lekang depan tv. Sampai tido malam pun depan tv. kadang-kadang bukan aku tgk tv. Tapi tv tgk aku. hehe...tambah-tambah plak skrang dah addicted ngan cite Awan Dania siri 2. (setiap isnin malam), Kau dan Aku (sabtu malam), Nur Kasih (setiap malam jumaat dan ulangan setiap selasa hingga khamis petang). Pastu petang plak...apa lagi kalau tak melayan Nenek Kebaya dgn Dyesebel. Ya Allah...huduh betul perangai.hehehe....

Skrang ni sebenarnya tgh cari ilham untuk plot cite cerpen baru. Rasa nak tulis cerpen..tapi ide plak takde. Puisi takyah kata...dah lama tak tulis. takde feel nk tulis. hehehe...Ni nak kena cari mood balik. Tapi tgklah camana nnt. hehehe

oklah..dah ngantuk lah. nak tido. sakit pinggang ni tak kurang-kurang plak!

Monday, November 23, 2009

Tapi bukan aku...

Erm..macam mana eyh aku nak mulakan entri blog aku ni. Okeyh..apa aku nak cite ni pasal seseorg yang pernah bertahta di hati aku. Lelaki ni ialah cinta pertama aku. Tapi cinta di zaman monyet la. Aku kenal dia lepas SPM. Time tu aku dekat Ipoh, on the way ke KL ke rumah kakak aku. Yelah lepas SPM, nak release tension. Perkenalan dengannya tercetus bila aku dan dia duduk bersebelahan di dalam bas. Bila sampai KL...dia tunggu sampai Kak Ya,kakak aku dan abg ipar aku,abang mirul datang amik. oh ya...itu 1st time aku datang ke KL berseorangan. Selalunya ngan mama dan abah. Dari perkenalan atas bas.....kami mula rapat dan sehingga setahun, time tu aku dah sambung STPM...baru dia luahkan perasaan dia pada aku dan aku...tak nampak apa kekurangannya, walaupun pada aku dia cakap dia hanya mat kilang.

Hubungan kami berterusan...dan aku selalu gak turun naik KL untuk jumpa dia. selalunya...aku dan dia akan berbuka puasa dan bersahur sama-sama bila aku turun ke KL. Kami gak selalu menghabiskan masa berjalan-jalan di Putrajaya menikmati pemandangan malam yg cantik di sana. Dia lelaki yang baik...matang. Family aku pun suka. Kemudian, aku ditawarkan sambung pengajian di UiTM..dan entah mana silapnya, dia mula menghilangkan diri. katanya, nak mengajar aku berdikari. Yep,aku mengaku...aku tak berdikari sangat. Dia biarkan aku terkontang- kanting. Time tu aku dapat tahu dia kerja kat HQ TNB. Suatu hari, aku kena buat assigment kat TNB...dan kebetulan, aku terjumpa kembali dengan dia. Dan hubungan berjalan seperti biasa. ntah mana silapnya...dia kembali menghilangkan diri. macam-macam alasan diberi. Panggilan aku tak lagi dijawab...sms langsung tak dilayan. Dan aku masih menanti...seperti biasa. Cuma, kali ini...Allah temukan aku dengan seorang lelaki yang baik. Sama-sama dalam barisan perwakilan pelajar . namun kami berbeza universiti. Dia lelaki yang baik. Sangat baik. Sayangnya...cinta antara aku dengan dia tak bertahan. Aku tak sanggup jadi replacement utk cinta yang tak sampai dia dengan kekasih kawan dia. walaupun aku muncul selepas perempuan tu...tapi hati dia masih bersisa pada perempuan tu. buktinya...selepas aku pergi mereka dah pun bersatu. Lagipun...aku bukan sekaum dengannya...biasalah..org kelantan..mestilah nak cari sama-sama puak diorg, Mungkin aku je terlalu menganyam tinggi sebuah mimpi,akhirnya berkecai..aku juga yg kecewa. Dalam aku cuba mengubati kekecewaan...cinta pertama aku muncul balik. Dia banyak bagi semangat pada aku...dalam masa yg sama bagi harapan pada aku. hubungan kami bejalan seperti biasa semula untuk setahun..dan usia pekenalan kami sudah pun menjangkau 4 tahun. kemudian....dia hilang lagi tanpa sebab dan alasan. Tapi kali ni..aku benar-benar perlukan dia. Aku akan menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di rahim. Aku perlukan sokongan dia. Tapi yang aku dapat hanyalah sebaris ayat yg menyentap hati aku. "What do you want exactly?" Itu je soalan yang betul-betul buat aku marah. kemudian, aku tak lagi pedulikan dia. Selepas pembedahan....dia hubungi aku. katanya pada aku, dia tak pernah pahami aku. Dia tak tahu apa aku nak. Dia juga cakap..aku tak pernah paham dia. Selepas tahun ke-4 aku mengenali dia...dia boleh kata macam tu??? dalam kesakitan...aku bagi kata putus. Masing-masing bawa haluan sendiri. Selepas itu...antara aku dengan dia..tak pernah lagi dengar sebarang khabar berita. Aku teruskan pengajian...dan dalam masa yang sama...tak putus-putus dengan ujian dan dugaan hati. hati aku sentiasa diisi. Bak kata perpatah, patah tumbuh hilang bergaaanti. hari esok ilang...lusa dah ada pengganti. Tapi hati aku tak bahagia. api bila Shrek...abg Amer muncul dalam hidup aku...semuanya berubah. Hidup aku ceria..tapi.. sume itu hanya itu mimpi yang sementara juga. Mungkin balasan untuk aku mempermainkan hati orang selama ni. Aku kecewa lagi. Kecewa dengan cinta dan persahabatan yang gagal antara kami bertiga. Sekali lagi....lelaki yang cinta pertama aku ini muncul lagi. Meminjamkan bahunya untuk aku menangis. Memberikan aku semangat dan keyakinan untuk terus berjalan..bercinta lagi. kerana dia ada di sisi aku. alhamdullilah..segalanya berjalan dengan selamat dan membahagiakan. Cuma,aku letakkan satu landasan pemisah...dia akan hilang lagi..seperti biasa.dan aku tidak mahu pergantungan. Dia yakinkan aku...dia masih single..masih menanti aku. semuanya indah..sehinggalah bulan puasa yang lalu. kemudian...dia menghilangkan diri lagi. Sukar nak menghubunginya. telefon tak dijawab...sms tak dibalas. Jawapannya mudah sahaja...HP dia rosak. Malas nak beli HP baru. dan aku seperti tergula dengan katanya....terima dengan mudah. semuanya masih berjalan dengan lancar...hinggalah semalam...ye semalam..

Terima kasih pada seorang kawan...kalau tak kerana dia..aku tak tahu lelaki cinta pertama aku tu..telah pun menjadi suami seorang wanita. kalau tak kerana gambar yang diberikan...tak mungkin aku tahu...lelaki itu menipu aku. Lelaki yang aku anggap baik. lelaki yang mengaku menanti aku. yang mengaku single tiada masa untuk berkahwin dan berkomitment...lelaki yang memberi harapan yang palsu. cantik sekali persandingan yang diadakan. Pelamin dan baju pengantin serba hijau impian aku. sama seperti yang aku pernah beritahu pada dia. Untuk dia..tahniah menjadi raja sehari menempuh alam perkahwinan. Tahniah juga sebab berjaya menipu aku...tahniah seribu kali tahniah. Sikit pun aku tak menitiskan air mata...terima kasih kepada kenyataan.....kenyataan yang menyakitkan tapi meleraikan segala kekusutan.

Untuk apa yang berlaku..membuatkan aku lebih kuat...membuatkan aku lebih cekal. Mungkin perangai dan perwatakan ceria aku menampakkan aku kebudak-budakkan. dan rupa aku menjadikan aku kelihatan seperti muda walaupun usia aku mencecah suku abad. Tapi tak bermakna....aku tidak matang dan tak mampu nak selesaikan masalah yang mndatang. Demi Allah..aku terlalu bodoh menilai kebaikan kamu,wahai lelaki cinta pertama aku. Tapi...hari ini...kau jadikan aku lebih kuat...lpenuh dengan perasa dan deria rasa. hari ini...bila aku lihat gambar persandingan kamu...tidak sedikit pun air mata aku menitis. Aku hanya tersenyum...dalam keadaan yang tak sihat. Kamu lihat.....3 bulan dari sekarang. yep...3 bulan dari sekarang...kamu akan tahu jawapannya. yang pastinya..tiada lagi perempuan yang berhati lembut dan cenggeng. Tiada lagi air mata yang tidak akan menitis. Cuma...jangan lah kamu menyesal dengan apa kamu lihat..kerana kamu yang menjadikan aku sedemikian keadaan.

3 bulan dari sekarang...Yup 3 bulan dari sekarang. Positif! aku dah tak sabar tunggu 3 bulan dari sekarang. Lihat sahaja la nnt....


Lelaki...kalau kamu rasa kamu kuat
kamu terlupa, kaum wanita itu bisa menggegarkan dunia...
kamu lupa..kamu juga lahir dari rahim wanita...
dan diayun serta dididik dari sebesar tapak tangan wanita..
Justeru itu...jangan terlalu berbangga diri wahai lelaki.

Jangan kamu risau...aku gembira. akan aku pastikan aku lebih gembira dari kamu.


Selamat Berbahagia, kamu!



entri off!




Sunday, November 22, 2009

Survive ke?

video

Kebelakangan ni..kesihatan tak begitu mengizinkan. Memandangkan aidiladha pun semakin dekat...maka aku pun amik keputusan utk bercuti awal sedikit. Di rumah...tak banyak keje yg bleh aku buat..memandangkan aku di bawah pengaruh ubat, asyik tido je. hehehe....

erm...tak tau nak update apa...just enjoy the video. Geli hati plak aku lihat video evergreen ni. hahahahaha...

Friday, November 20, 2009

the best of BEST TEAM...

Selesai sudah book fair 1Malasia dekat Dewan D'Kelana....alhamdullilah. Tapi sikit sedih..sebab entah napa...event kali ini...terasakan bagai satu family. Dan lebih menyedihkan lagi....ia event terakhir Walter dengan BEST TEAM. Kat sini gak...aku kenal Azira Nur...yg dikatakan iras aku..perangai leih kurang..muka dan style pun sama. Kepala dah memang lebih kurang pun. hehehehe...Senang cite...memang aku nangeslah time buat last cashout utk aku. Lepas settle kemas rak buku...kami lepak makan kat Murni kat SS2. hehe..


Hari Rabu bersamaan 18 November,bagai dijanjikan..aku pun ke subang jaya ss15 untuk amik offer letter dari Empires Group. Aku plak ritu demam...dan selesema dgn teruk. Lepas amik surat tu...aku ditemani Hanif (BEST TEAM)...pun pergilah merayau kat Sunway Piramid. Tapi entah napa..malangnya...time usha buku kat MPH Sunway Piramid...aku bleh plak jatuh pengsan. Cuak sume dibuatnya (bak kata Hanif la....). Akibatnya...aku dimasukkan ke dalam PPUM dan diberikan rawatan. setelah beberaapa jam didalam wad..aku dibenarkan balik..namun kena pergi rawatan susulan pulak lepas ni. aduh!!!


Kuar dari wad, Walter yang amik. Kesian dia...terkejut dgn berita aku masuk wad. Bila dia sampai...nampak sgt muka risau. yelah..aku kan adik kecil....dan seperti biasa...kena bebel. hahahaha....then kuar wad...terus gi makan kat SS2. makan dengan banyak..pastu...balik umah terus tido kepenatan.

Keesokannya pulak...aku dan geng2 BEST TEAM...kami berkumpul di MINES untuk makan besar. Papa Lua belanje sempena farewell party buat Walter. hari ni...hari terakhir walter dgn BEST TEAM. sedih rasa....tapi..since walter dah amik keputusan untuk move on...aku kena terima. walaupun hilang kawan baik dan abang sebaik dia...tapi aku tau...deep inside..dia takkan lupakan aku dan BEST TEAM. aku memang sayang sangat BEST TEAM. Lepas dinner...aku,Hanif, Botak ngan Kacang hantar Walter sampai naik bus ke Penang. Harap-harap lepas ni akan berjumpa lagi la hendakNya.






oklah..dah lewat sangat ni...nak tido dulu. dah ngantuk sangat dah ni. esok dah nak balik penang...hehehhehe...

till then....bye.

Sunday, November 15, 2009

Gudbye my bro. Will be missing you...always!

******************************
And you asked me what I want this year
and I try to make this kind and clear
just a chance that maybe we'll find better days
'cause I don't need boxes wrapped in strings
and designer love and empty things
just a chance that maybe we'll find better days
- Better Days,Goo Goo Dolls
******************************

Esok ialah hari terakhir Pesta Buku MPH 1Malaysia...dan ia juga merupakan event terakhir BEST TEAM bersama Walter. He will be leaving us. Sedih..tapi kalau itu yang terbaik, sebagai kawan dan adik...aku doakan dia yang terbaik. Gonna miss you so much bro. Lepas Remy keluar dari BEST TEAM...then last week plak Teo...and now Walter. Sedih sangat! Bila kami dah macam satu family...tapi end up...family ni terpisah juga. BEST Team....ada Ben,Teo,Remy,Abe Joe,Bob,Kacang,Botak,SIngh, Boy,Ridho, Kak Sue,Ahnep. Kemudian ada Stanley, Micheal dan Fun (bunyi 'Fern'). Kemudian ada Papa Lua dan mak cik Saadiah also Kak Irdah yang memeriahkan suasana bergossip kami selaku bahan umpatan. ehehehe. Tanpa Walter...terasa sangat kehilangannya. Selalunya ada Remy dan Teo..tapi bila diorg takde...dah terasa sunyi..inikan pulak Walter. Dah la Walter dah macam abang aku...yg banyak bagi nasihat dan pandangan...yang menjaga sakit pening aku

Apa pun...Walter dah janji ngan kami...once a month..dia akan datang KL lepak ngan kami..and aku ngan yg lain gak nak turun Melaka pasni. To Walter...all the best to you bro. i doakan u dari kejauhan. Gonna miss you!

oklah..next time...aku cite pasal Walter lagi. Too bad...sekarang aku dah ngantuk sangat. hopefully tak terbabas tido pagi esok. ngehhhh ngehh ngehhhhh...hahahah