Wednesday, September 16, 2009
26 Ramadhan: kenangan lalu...
Diam tak diam...arini dah 9 tahun,orang yang paling aku sayang tinggalkan aku. Dan untuk 9 tahun itu..raya tak pernah ada makna bagi aku. Segalanya berubah selepas dia pergi tinggalkan aku dan keluarga. Arini..mama mungkin tak ingat..atau mungkin mama buat-buat lupa....tapi hakikatnya,pada malam raya pasti mama tunggu kepulangannya.Setiap kali malam raya juga, kami akan tunggu kepulangan dia.Walaupun dah nak masuk 9 tahun dia meninggalkan kami kerana menyahut panggilan Ilahi...tapi kami masih menanti.dan mama pastinya,akan menanti dengan linangan air mata.
waktu kecik...kami akan tunggu arwah acik pulang pada malam raya. bersengkang mata tak mahu tido sbb nak tunggu acik balik ngan pak chad. tapi last-last...kami yg kecik-kecik ni gaklah yang terbongkang depan TV tido dulu. mana taknya..siang lasak sangat. tapi selepas arwah pergi...aku pula dengan keadaan yang selalu sakit..mama dan abah tak bagi sangat aku ni lasak. segalanya di pantau.segalanya di perhatikan. Betapa sayangnya mama,abah,adik dan along. Sampaikan kasih sayang tu terasa melimpah ruah pada aku seorang. Umpamanya aku ni si kecil yang tak pernah besar. Tak kurang keluarga aku..keluarga Pak Chad juga sangat sayangkan aku. Bagi pak chad..aku bagai pengganti Aj. lagipun usia aku dan Aj sebaya..cuma 10 tahun yang lalu..Aj pergi meninggalkan kami kerana penyakit misteri yang tak dapat dikenal pasti. semuanya bagai trauma. sebab tu..bila aku dimasukkan ke hospital...aku tak mahu pak chad tahu. aku tak mahu mama tgk aku menangis tahan sakit. Paling penting...diorg kena tgk aku ketawa je.
Aku tak tahu sampai bila kami akan terus begini..tapi aku harap syawal kali ini akan bawa rahmat dan seribu kemanisan hendakNya. Ameen.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment