Tuesday, June 30, 2009

rindu

entah kenapa..rindu ini terlalu menggebu rasa.
Kenapa..


aku sangat rindu dia.

TOLONGLAH~~

jgn tunggu lagi...nnt bertambah demam pulak.


rindu oh rindu..silalah berlalu pergi~~

Monday, June 29, 2009

Edisi Khas untuk saudara Fairuz...

Ni entry khas untuk seorang kawan sahabat yang bernama Mohd Fairuz bin Hassan.

(Gambar : fairuz- tengah berbaju kuning)


Kerana dia..aku terpaksa mengeluarkan statistik ini:-

  • facebook - 316 orang kawan yang aku add
  • friendster -436 orang kawan yang aku add
  • raudhah.com- 19 902 orang user berdaftar di mana aku adalah salah seorang moderator di situ sejak tahun 2001 sampai sekarang
  • kapasitor - aku ada 64 orang tag team a.ka kawan yg di add daripda 2671 Members berdftar yang masuk ke kapasitor untuk membaca dan berkarya dn aku adalah salah seorg yg menghantar karya seni kat situ...
  • last but not least...setakat yg aku perolehi dari sitemeter reader di blog..aku ada 1707 orang readers termasuk ko sejak entry kekecohan tahun lalu...
  • itu belum lagi budak faculty aku..junior yang aku jaga time MMS dan sebagai..serta rakan-rakan dari university yang lain dan juga lelaki2 picisan yg aku jumpa time naik bus..hahaha
Jadi..kenapa setiap kali kalau entry aku marah ke..sedih ke..aku lepaskan perasaan kat orang..apa je aku tulis kat blog aku ni tanpa nama. dia selalu terasa...

Kenapa ek??


kalau dengan ko Fairuz....paling2 aku menyampah sangat..aku cakap je straight, pastu aku diam..aku invisible ym..fb (selain dari aku demam dan tak sehat) tu..pepaham la aku tgh menyampah sangat. selagi aku boleh gelak..ko boleh dengar suara aku bercakap dengan ko..selagi aku tak bertindak bertentangan dengan sikap aaku yg ko kenal...maka ko berada dalam posisi "selamat". HAHAHAh...


amik ko..tak pasal2...aku betul2 glemerkan ko dlm blog aku! padan muka ko!!!

Sunday, June 28, 2009

ada apa dengan cinta...

Apa ada dengan cinta?

Apa sebenarnya cinta?

Kenapa...terlalu ramai manusia menderita kerana cinta..tapi masih menginginkanya?

Kenapa? Apa itu cinta?






argh!! malas dah mau pikir. aku sedang dalam mood bermalas-malasan. maka, layan je la lagu ni.



Saturday, June 27, 2009

Seribu satu cite...

rini aku off keje. bos bagi aku off, so rini aku tak masuk office. dah la semalam tido sampai kul 3 pagi sebab dok berym dgn org jauh. tak lama lagi..diorg nak balik sini. Insyaallah 30hb konvo diorg. sabtu pagi papa ngan mama dan seluruh keluarga dia akan sampai disana untuk meraikan konvo master dia. congrate!

pagi ni...tido aku dikejutkan dengan sms dari angah. Tapi mungkin juga aku dibawah pengaruh ubat..maka aku sambung je tido lepas baca mesej tu (ampun angah!!) tapi..bila aku betul-betul terjaga, time tu jam 11.30 pagi..(hahaha..anak dara bangun lambat..kih kih)..aku baca balik sms angah. terkejut..tak caya sume ada. bukan apa..bukan pertama kali angah kata break up dgn abg F****** (okeh tak boleh sebut nama..sbb nnt org yg kebetulan sama nama akan perasan plak! hihihi). Angah bgtau dia ada kat shah alam (maklumlah..org tu dah masuk class balik jd student buat master..) so, aku ajak angah lunch ngan aku tp angah plak dah janji nak jumpa Fara. Kebetulan si Fara YM maka...boraklah YM ngan Fara. sekali Fara ajak makan sama-sama. Apa lagi kelam-kabutlah siap. janji 10 minit, tapi makan masa 15 minit la gak nak siap sebagai.

Destinasi kami...luar sikit dari Shah Alam. Iaitu Jusco Bukit Raja. Bila sampai kat sana kereta Fara dah berasap. Cuak gak si Fara ni. Aku plak maybe sbb blur-blur, so aku takde rasa cuak sgt. Sempat gak la makan..merayap pusing-pusing..angah ngan Fara sempat shopping lagi. Fara beli baju...Angah beli batu ajaib yang boleh kasi tenaga batin untuk pulihkan kesihatan. Aku pun tatau la nama apa batu tu..janji batu bentuk lampu la. (lupa plak nak amik pic tadi. isk isk isk..)
Bila mechanic sampai...kitaorg pun turun...katanya, air dah kosong. So aku ngan angah pun gi la mengangkut air dari tandas yang separa jauhlah juga. Makin kurus plak rasa..hahaha... Lepas dah settle masukkan air ke dalam enjin...kami pun naiklah semula ke jusco..sessi shopping dlm masa yg singkat. sbb Fara nak belikan present kat adik kecik dia. beli transformer la katakan. hehehe..(kakak yg baik ni!)

Kat bawah ni pic bersuka ria di Jusco Bukit Raja.



Lepas shopping dengan tergesa-gesa, Fara ngan Angah perlu bergegas masuk kedalam UITM untuk amik kunci lab. Tapi bila on the way nak balik tu.boleh plak tersalah jalan. (angah lah ni silap tunjuk jalan...) so boleh terkeluar kat Highway Perlabuhan Klang Utara. Aku pernah guna highway tu nak gi umah adik Ain kat Perlabuhan Klang Selatan time nak gi jamuan hari raya tahun lepas kat umah Ain.hehehe...Dah dekat ngan Jusco Bukit Raja dah tu. hahahahha. so perjalanan jd sedikit jauh..so kami pun keluarlah kat highway elite, dekat dengan NST Bukit Jelutong. sampai dekat traffic light nak menghala ke Giant ke-13, nak menghala ke federal highway, kereta Fara buat hal lagi. Maka, kami pun terpaksa berhenti..dan demi keselamatan, terpaksalah kami parking dekat area Jln batu 3 lama mengala ke SSF curtain untuk sejukkan kereta.

Again, Fara dah cuak..and keep calling ayah dia. sementara menanti ayah Fara, tow truck dari kurnia insurans sempatlah juga kami berposing amik pics. Akan tetapi..semakin masa berganjak..kawasan yg sedia terkenal dengan menakutkan itu menjadi semakin menakutkan. Adakala..kami lepak kat luar kereta sebab terlalu panas dan nak tengok enjin kereta..dan ada pula terpaksa lari ke masuk dlm kereta sbb terlalu banyak anjing dan monyet-monyet (aku tak tau la monyet ke beruk ke apa..tapi adik beradik tu la...) berkeliaran terlalu banyak sekitar kami.

memandangkan keadaan bagaikan kurang selamat...aku dengan rasa tak sedap hati..maka aku hubungi Azham. Mujur Azham ada kat Shah Alam. Dalam masa lebih kurang 15 minit, Azham pun sampai..kemudian diikuti plak Fairuz. Mujur,alhamdullilah.Boleh gak buat semangat! Takde la cuak sangat. Azham dgn Fairuz la yang bantu we all tunjukkan arah kepada ayah Fara dan Tow truck yang ntah mana dah sesat. hehehheeh..okeh la..tgk pics je la. dah tak larat dah nak taip panjang2. hehehehhe....







settle je naik tow truck kereta tu, Azham tolong antarkan aku,angah dan Fara balik. Thanks so much pada Fairuz dan Azham. Oh ya..sebelum balik. aku,Fara,angah dan Azham..we all gi makan kat Geng's Corner. Rindu gile nak makan kat situ. hehehhe......



(video Fara ngan Angah-klik butang play utk tgk reaksi diorg yg comel.hehheh)


sampai di umah...tengok Nur Kasih..pastu kemas almari. maklumlah beli almari baru. Almari lama dah rosak. Alang-alang..kemas terus bilik. nampak la tak serabut sangat.heheheh...penat tak yah kata la...tapi untuk hari ini..dah cukup melucukan.

Untuk angah yang putus cinta..hopefully apa yg terjadi rini..buat angah ketawa sepuas2nya..dan sila...jgn kuruskan lagi badan yg dah cam kurus tu. tak comel la tak tembam. Sila tambahkan balik ke"tembam"an pipi semula. tak best la kurus2..tambah2 pipi. huhuhu..tak best.

Apa pun...aku SANGAT sayangkan Angah dah Fara.

till here today...aku dah penat sangat. time tido! hehhe



P/S : thanks Fara belanje Dunkin Donuts! heheh

Wednesday, June 24, 2009

rehatkan minda...

Tak sabar tunggu cite ni...lantaklah orang kata jambu ke jagung ke...cincau ke budu cencaluk ke!







.............

Aku inin berehat seketika...
mungkin tak dapat update blog sementara!1

Tuesday, June 23, 2009

........

feel lost.......

Monday, June 22, 2009

balik awal...

Rini bos bagi aku balik awal..siap kena marah2 sayang suh jg kesihatan dan banyakkan berehat lagi. hihi...
sok aku MC. dah teruk dah demam ni.
Sumenya sebab satu je...

HABUK!

aku mmg alergik habuk sungguh!

Lagi-lagi pasal per"sahabat"an.

Dan jika berkata,
berkatalah kepada aku tentang kebenaran persahabatan?

Sahabat adalah kebutuhan jiwa, yang mesti terpenuhi.
Dialah ladang hati,
yang kau taburi dengan kasih
dan kau panen dengan penuh rasa terima kasih.

Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Karena kau menghampirinya
saat hati lapa dan
mencarinya saat jiwa butuh kedamaian.
Bila dia bicara, mengungkapkan pikirannya,
kau tiada takut membisikkan kata “tidak” di kalbumu sendiri,
paronomasia tiada kau menyembunyikan kata “ya”.

Dan bilamana ia diam,
hatimu tiada ‘kan henti mencoba
merangkum bahasa hatinya;
karena tanpa ungkapan kata, dalam rangkuman persahabatan,
segala pikiran, hasrat, dan keinginan terlahirkan
bersama dengan sukacita yang utuh, paronomasia tiada terkirakan.

Di kala berpisah dengan sahabat,
janganlah berduka cita;
Karena yang fencing kaukasihi dalam dirinya,
mungkin lebih cemerlang dalam ketiadaannya,
bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki,
nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali
saling memperkaya ruh kejiwaan.
Karena kasih yang masih menyisakan pamrih,
di luar jangkauan misterinya, bukanlah kasih,
tetapi sebuah jala yang ditebarkan:
hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu,
biarlah dia mengenal pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu hingga kau senantiasa mencarinya,
untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan herba waktu!
Karena dialah yang bisa mengisi
kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan,
biarkanlah ada tawa ria berbagi kebahagiaan.
Karena dalam titik-titik kecil embun pagi,
hati manusia menemukan fajar jati dan ghairah segar kehidupan.(-Khalil Gibran-)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Produktiviti aku terjejas hari ini gara-gara demam selesema kembali melanda. Tetiba pulak, aku terasa ingin menulis tentang "persahabatan". baru-baru ini, aku menerima kiriman email dari seorang sahabat kawan . (setiap hari aku menerima puluhan email dari rakan-rakan dan juga pembaca blog aku.) Tapi kiriman ini menarik perhatian aku. Dia mengirimkan aku sesuatu..dan kiriman dia membuatkan aku berasa sangat sarcastic. Mahu sahaja aku ketawa..tapi, biarlah. aku anggap, ia sebagai suatu perkara yg baru menjelang perubahan usia. Sebelum aku terus menulis tentang pesahabatan, aku nak tanya pada dia...dan juga pada mereka-mereka yang merasakan aku sahabat mereka.

-apa makanan kegemaran aku?
-apa hobi aku?
-apa music kegemaran aku?

cukuplah 3 soalan ini...dan aku yakin belum tentu mereka pasti menjawab dengan tepat. kecuali 2 orang selain ibu dan abah aku. Orang yang aku maksudkan ialah angah dan fatah. jadi layakkan mereka menggelarkan diri mereka sahabat aku?
Aku mungkin tidak matang dari tingkah laku..suka ketawa..suka mengusik..kenak-anakkan adakalanya suka bersikap terburu-buru. Tapi, adakah itu sahaja sudah menunjukkan aku tidak matang? Kematangan bukan dikira dengan sikap dan tingkahlaku..tapi bagaimana seseorang itu mengatasi sesuatu pekara dengan baik. dikelilingi dengan ramai orang bukan menunjukkan orang tu akan suka kita, itu pelajaran pertama yg kamu kena belajar kawan!
untuk perhatian kamu yang masih tidak sedar-sedar, aku ini orang yang sukar digambar atau diramal. Mak bapa aku sendiri keluarkan statement! Tapi, aku masih pelik...macam mana kamu mengaku kamu tahu aku lebih dari aku sendiri. Lebih dari kedua ibubapa aku sendiri.
"kamu bisa bicara, tapi pokoknya omongan kamu bohong belaka sik!"
kamu tak pernah paham aku...tak pernah kenal aku, jadi tak payahlah mencanang pada dunia seolah-olah kamu itu kawan baik ku yang sangat memahami. Kawan baik je, aku tak bawa sampai mati,. Bila perlu aku letakkan nokhtah, maka aku letakkan noktah. Tapi jika atas nama sahabat...mungkin aku telan sampai mati...tapi setakat ini pon, maaf la...kamu masih belum LAYAK jadi sahabat aku.
oh ya..seperkara lagi...kamu mungkin ingat kamu adalah terbaik. Baru sahaja berkerja,sudah boleh pakai kereta besar...boleh sambung master..dan hebat itu ini. Tolonglah kawan (okeh..aku tulis kawan ye..bukan sahabat..) , kalau aku mahu, lebih dari itu aku boleh dapat. Tapi..kegembiraan yang aku ada,adakah kamu ada? pengalaman hidup yang aku ada, kamu ada ke? Dey tambi..kasi pikir guna otak la!!
Biar aku beritahu suatu fakta....kamu selalu suruh aku hidup dalam realiti. tapi kamu sendiri "hilang" atau bahasa inggerisnya "LOST" dalam kehidupan kamu. Sekali lagi ya..u're L-O-S-T (aku triple highlightkan perkataan ini). kamu cari aku...kamu cerita tentang kamu..dan aku mendengar. Aku minta tolong, ya kamu menolong dengan penuh bebelan..dengan penuh rungutan. Kalau tak ikhlas..tak payah tolonglah. Pastu nak bangga diri..kamu kawan yg baik. sorry lah kawan..aku ni manusia yg kolektif...aku mengumpul segala sifat baik buruk kamu utk aku buat penilaian. Tapi kata-kata lamu yg semakin riak..sombong membuatkan aku semakin meluat.
kawan berpijaklah di dunia yang nyata.
Kalau kamu tu baik sangat..sudah pastinya perempuan yang baik telah tersedia ada untuk kamu. tapi, hakikatnya kamu sebenarnya "sanga kelakar". sebab itulah semua wanita yang baik-baik tak payahlah hipokrit, jadi je diri sebenarnya. Tak perlu berbangga-bangga dengan apa kamu ada...sebab apa yg kamu ada tu sebenarnya tak seberapa sangat pon.

kalau aku tinggal kamu seorg tanpa kereta, tanpa duit dan tanpa telefon bimbit ditengah kotaraya KL ni..kamu rasa, kamu boleh hidup tak?

jawapannya TAK.

memanglah Allah sentiasa ada dan akan sentiasa membantu hambaNya, tapi dengan perangai kamu tu...kamu rasa kamu boleh ke "survive"? naik bus rapidKL tu je dah pening dan kecoh! tu blom disuruh berjalan berbatu-batu.

sebab itulah..aku katakan,kamu lebih "miskin" daripada aku dalam persahabatan dan pengalaman hidup.

aku mungkin bukan kawan yang baik...tapi aku cuba untuk menjadi kawan yang baik. tapi untuk aku..aku tak rasa aku mampu dan mahu menjadi kawan kamu lagi.

TAHNIAH..nampaknya kamu salah seorang yang bakal aku delete dari dalam kehidupan aku.


tapi seperti yang aku janjikan...aku ingin menjadi kawan yang baik maka aku berikan kamu tempoh untuk sedarkan diri yang tak bape nak sedar tu.

kalau aku diam tu..paham2 la..aku malas nak melayan. Menyampah aku!

kalau tak pandai nak jg hati org..tapi nak org jaga hati awak..gi duduk dalam hutanlah. beuk-beruk ngan gajah-gajah tu boleh jgkan hati awak dan awak tak payah nak susah jg hati org lain.

Oh ya..henti2lah berangan nak jadi SAHABAT aku!


ahahaha....

untuk kamu..tahniahlah dapat menjadi bahan "pujian" di blog aku. Bukan senang nak dpt peluang ni...pembaca aku seharian pon...dekat seribu org gak ( based onstatistik traffic report yang aku pasang kat sini.. ). kata keje company IT..takkanlah tatau kot..

hahaha...kasi aku gelak dulu. manalah tau demam aku bleh reda pasni!

Sunday, June 21, 2009

balada perempuan gila



ya..dan aku juga orang gila yang cintakan dunianya...
jadi jgn mampir pada ku lagi...


rupanya hujan tak pernah menangis kerna kasihankan aku
suria tak pernah ketawa semata menceriakan duniaku
baru ku tahu bulan tak pernah muncul demi menemanku
ribut tak pernah menerkam hanya untuk dendam marahku.

rupanya aku ini orang-orang biasa sahaja
aku bukan lindungan awan dibelai manja
baru ku sedar aku ini tiada istimewanya
betapa bodoh menganggap diri bertakhta.

bergolek-golek juga bumi bila aku tiada
tetap berlari sang angin walau tak aku bersama
sungai berkolek tak perlu aku mengempangjaga
lesap aku nanti pastinya berganti dua tiga.

payah benar menelan hakiki kebenaran
aku ini hidup dalam dongeng anganan
tidak aku tidak langsung memutar dunia
maka diterbangkitkan, terbeliak kini mata.

rupanya hujan, suria, bulan, ribut semua
tidaklah mereka bercanggung semata saya
seperti kamu yang kuanggap buat aku--
hujan aku, suria aku, bulan aku, ribut aku. ( -fyn jamal-)

Friday, June 19, 2009

B*b* tol la!!!!


Sekarang, aku dah malas gile nak menulis puisi ke...chatting ym ke. aku suka main facebook! main pet society dsb.

tapi rini..cam b*b* sungguh ar..aku sedap gelak ketawa main facebook ngan member2 aku...account aku kena block plak.

sialan!

bodoh!

bangang!!

b*b*!


@#$%^&**&*%%##%$%^%^^$@@!!!!!!!

Thursday, June 18, 2009

tag lagi!!

Sebenarnya malas nak menulis blog rini...asik ketawa sepanjang hari. senang hati? takde la..susah hati la...sbb tu asik ketawa.supaya..segala susah hati tu dapat dilupakan. Rutin aku seperti biasa..membaca blog kawan-kawan. so, kali ni aku di tag oleh Robot.

oklah here my answers:-

1. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??

.last sekali beli roti ngan tuna and susu strawberry dutchlady


2. Apakah bende paling penting dlm hidup kamu?
.family dan kawan-kawan aku


3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??
. bora2 palace of golden horses (sebenarnya aku pun tak pasti..hahha)


4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
. entahlah.. semoga berkekalan lah hendaknya..


5. Adakah anda sedang dilamun cinta??
. (pinjam jawapan robot gak la..hehe)Ye. Tak. Ye. Tak. Ntah!


6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??
.restoran mamak belakang opis aku kat KJ.ari2 makan pun aku tak tau nama restoran tuh. ahahha


7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
.hilang punca



8. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??
.dua2


10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??
. hrm..hrm..hrm... fariz irham entahlah..


11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.
mana cukup 8, nanati dorang kecik hati kalau tak tersenarai. heh..
  1. fatah
  2. sacred cow teams dan gedixx.com
  3. Izwan Ariff
  4. Ain
  5. Elly
  6. Qaira
  7. semua budak mpp 06/06 uitm shah alam..
  8. budak umah 1-2-3 ,Blok 3 ,Kolej Puncak Perdana thn 2006-2007
** angahlinda dan kak Im (felicia LFF) merupakan kakak2 kesayangan aku dan juga sahabat baik aku! hehhe


12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??
.secara amnya ya, secara faktanya tidak. masih sendiri menggunakan tangan utk memasukkan baju dan serbuk pencuci ke dalam mesin basuh.


13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?
.Venice,Italy


14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
. Robot
1.satu UITM
2. tapi kenal kat kapasitor-geng penulisan!

3. kongsi minat yg sama
4.baik
5. kepalagila2 tapi cam ala2 malu2



15. 8 perkara yang amat saya gilai
  1. main facebook setiap hari
  2. ym dengan insan tersayang2 setiap hari
  3. baca buku
  4. tgk cite hantu
  5. menonton wayang
  6. jalan-jalan/melancong
  7. shopping

16. Pelukan atau ciuman??
. both,please...heheh


17. 8 perkataan yang sering diucapkan

  1. ek?
  2. hahahahahah
  3. waklu
  4. sacred cow
  5. entah
  6. blur
  7. ler~~~
  8. okeh


18. 8 buah buku yang paling baru di baca??

1. Dan Brown- Angel and Demon
2. Norhayati Berahim-setiap jumaat
3. pipiyapong- kacip-blog hilang punca
4. mitch albom - 5 people u meet in heaven
5. Aweks KL
6. Cecilia Ahern-Place call here
7. Oracle, Java,.Net dan MySQL
8. Web-based development

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??
  1. Rawan-Azharina
  2. Entah-afgan
  3. terima kasih cinta-afgan
  4. Bencinta-faizal tahir
  5. saviour/mimpi-anggun
  6. trauma-ayumi hamasaki
  7. berhenti bercinta-Flava
  8. jangan kau pergi-farahwahida
  9. dan semua la lagu dlm mp3 aku tuh...


20. Mari men'TAG' 8 orang lain...

aku nak tag
-abg din
- didi
- fairuz
- ain
- cikgu Ida
- apun
- mijie
- jumirah

Wednesday, June 17, 2009

My Name's Women

光るモノとかわいいモノ
好きなとこは相変わらずだけど
よりクールでタフなものも
この頃じゃ大切で

時代はほら こんなにも
移り変り それなのに
涙が武器だなんてねぇいつの話   

簡単には泣かないし
甘えてばかりでもない
私達着飾っただけの
人形なんかじゃないから

もろいとこだってあるし
笑ってばかりでもない
都合よく存在してる訳じゃない事を
忘れないで  

ちょっと胸が痛むような
夜も確かにあるけど

   ホントかもね 人はほら
傷を負った その分だけ  
優しくも強くもなれるっていう話

わかったような顔して
全て支配したつもり?
私達夢ばかり見てる人形なんか
じゃないってば

満足そうな顔して
うまく誤魔化したつもり?
そんなにも単純な生き物じゃない事を
覚えていて

簡単には泣かないし
甘えてばかりでもない
私達着飾っただけの
人形なんかじゃないから

もろいとこだってあるし
笑ってばかりでもない
都合よく存在してる訳じゃない事を
忘れないで

わかったような顔して
全て支配したつもり?
私達夢ばかり見てる人形なんか
じゃないってば

満足そうな顔して
うまく誤魔化したつもり?
そんなにも単純な生き物じゃない事を
覚えていて 


Biar aku sorang je yang paham!!hahahahha...

Tuesday, June 16, 2009

M-i-M-P-!



dalam hitam kelap malam
kuberdiri melawan sepi
di sini di pantai ini
telah terkubur sejuta kenangan
dihempas keras gelombang
dan tertimbun batu karang
yang tak kan mungkin dapat terulang

wajah putih pucat pasi
tergores luka di hati
matamu membuka kisah
kasih asmara yang telah ternoda
hapuskan semua khayalan
lenyapkan satu harapan
kemana lagi harus mencari

kau sandarkan sejenak beban diri
kau taburkan benih kasih
hanyalah emosi

melambung jauh terbang tinggi
bersama mimpi
terlelap dalam lautan emosi
setelah aku sadar diri
kau tlah jauh pergi
tinggalkan mimpi yang tiada bertepi

kini hanya rasa rindu
merasuk di dada
serasa sumpah melayang pergi
terbawa arus kasih membara

Monday, June 15, 2009

Cinta itu buta...(tribute to kak Rifhan a,k.a Kak An)







untuk kak An yang aku sayang..selamat pengantin baru kak! hehehe..akak kawin dulu dari in ngan angah. hehehehe..going to miss u alot sis! Jangan nakal2 sokmo dah pasni..hehehehe....

kredit pic utk: angah dan farah(pengapit popular kak an..heheh)

Friday, June 12, 2009

cite pasal keje..

Aku dpt keje yg sekarang ni atas recommend dari lecturer yg hari-hari aku lalu depan bilik dia. dan nasib aku lebih baik, bila Saleha(che Chal) dan Ilah (che'Lah) juga bersama-sama aku. Mula-mula interview, kami dtg opis di Kelana Jaya ni..memang rasa menyesal tak sudah. Time discussion tu, kami buat memain je tapi GM aku sekarang ni mati-mati negotiate ngan we all suh keje ngan dia. GM aku tu muda lagi...sekitar umur 33 tahun. finally, we all pun masuk keje kat sini walaupun...perjanjian nya agak sedikit zimbabwe.
bila masuk ke opis aku sekarang, hanya ada kak Fashiha sorang je yang menyambut kami. dan ada few tugas dah diberikan. semakin lama aku disini..semakin byk keje dan tugasan yang diberikan. dan mostly aku involved bahagian design utk project. Ilah lebih kepada grafic dan che' chal juga sama cam aku...plus che chal lagi rajin buat editting dari aku. baru 5 hari aku berkerja di sini..dah macam bos pulak rasa. Aku,che chal dan Ilah...dah men"kecoh"kan opis ni. dah la kami asik ketawa..buat lawak je. then, hari ni sekali lagi kami "gegar"kan opis dengan operasi mencantikkan opis yang takde enviroment langsung. lagipun staff lain akan datang balik selepas tender berharga RM15.5 juta kami persetujui. penat takyah kata...tapi, syukurlah..masa keje agak linean. masuk 9.30 pagi dan balik kul 5.30 petang. Taxi expenses cover by bos. hahahaha... Bos aku juga sangat baik. walaupun muka tegas..muka serius memanjang, tapi kami tak pernah dimarah walaupun melalak dalam pejabat. Masa solat dan makan juga tak bergantung pada kami...takde limit masa asalkan tugas yg diberikan siap on the time sebelum beliau present pada client.
kelmarin, sebelum bos gi meeting, dia bawa kami berempat (aku,che chal, che ilah dan kak shiha) gi makan dekat2 ngan kawasan stadium MBBJ. dan yg lebih tak menahan..kami bergelak sakan pasal isu sesat kat Pusat latihan MAS KJ. tak pasal2 bos aku nak kenalkan aku ngan kawan dia yang baru putus tunang,seorang pilot..housemate dia time dia keje kat US dulu. Kak Shiha plak tukang mngiyakan sahaja. mau nya aku tak tergelak sakan.
seminggu pertama keje juga...macam cite kelakar terjadi. ada sekali..kami menapak sampai 5 km utk cari perhentian bus. hari pertama lagi la...kononnya nak belajar naik bus...ber'landmark'kan padang..sekali turun kat padang MBPJ. Padahal kena turun dekat padang PKNS dekat depan Kastam tu. jalan-punya jalan...masuk pusat latihan MAS. tak pasal2 kak shiha suggest aku suh camping je depan MAS. hehehe..
dah penat gile...balik nak rehat dan tido puas2. lepas tu, minggu depan aku kena study banyak benda utk project tebaru. tapi paling best..WAR Stimulator software oleh kementerian pertahanan malaysia. bak kata keje..cukuplah 3 tahun keje sini..gaji dah bleh cecah 10 ribu sebulan. siap bleh demand gaji lagi..erm..menarik sgt. kalau tak kerana gaji yg menarik..mmg aku takde kat sini dah..heheh

oklah..masa utk sambung buat keje dan study. ahad ni nak gi cycling ngan kak im. yosh! tak sabar tol! hehehehhe...

sapa yg pandai bahagian software dan IT, kalau nak extra big income..bleh freelance kat sini. desprately need a freelance utk 7 major project ni. (penat gile aku nak study sume projects tu sekarang!!!!)

Monday, June 8, 2009

wajah-wajah kegembiraan...

untuk setiap kenangan yang kita rakamkan bersama..
untuk setiap suka duka yang kita lalui bersama..
walau tak pernah aku lafazkan rindu dan sendu
tapi kasih dan doa sentiasa mengiringi kalian,
teman hatiku.....

untuk sepanjang beberapa minggu yang berlalu...aku sangat sibuk dengan beberapa aktiviti ini.
buat semua yang konvo...batch IS dan AS kelas kimia dan fizik 2005/2008, Iqbal, KF dan sumelah yg konvo...tahniah.
Yang berkahwin juga....
- Jue
- Subha
- Abang Shahrul Anwar
- Kak Lin
- *Kak An atau Rifhan (pic dari Muar masih belum dapat! Fara Fazel..jgn lupa kasi pic kat aku yep!!)

Selamat Pengantin Baru semua..semoga kekal ke anak cucu.







Tapi yang paling istimewa...rombongan cik Azham ke rumah pengantin Jue di Raub,Pahang cam ala-ala rombongan cik kiah. Dalam masa yang sama....kami dpt gathering bersama. rindu sangat ngan semua semangat 46 MPP UITM Shah Alam 2006/2007.



oh ya...pic terakhir dengan si budak kecik gendut tuh,,tu anak buah aku yang dah lama tak jumpa. dah besar panjang pun si Nabila Huda ngan Si Nina tu. (Nampak sangat aku dah makin tua..hehehe)


oh lupa jugak, aku sudah berkerja sekarang dalam bidang yang aku pelajari. lepas ini, adalah masa untuk memperbetulkan kehidupan..hidup berpaksi realiti..bukan lagi angan-angan atau fantasi. walaupun setiap hari aku menghadap internet...selesaikan project dan sekali sekala mencuri tulang membaca blog2 kegemaran aku, tapi untuk selalu2 update blog aku ni..aku tak pasti lagi.

dah mula kerja..misi untuk menguruskan badan sudah bermula. hik3....



oh ya satu lagi..lupa nak cakap...ehsan gambar dari:
-fara fazel
-camera abang din
-camera mijie
-camera ayu rohaidah
-abang ande taqiudin
dan semua2 la yang terlibat.



pesanan khidmat masyarakat untuk angah linda aku yang juga baru lepas berkonvo ritu, "angah...sila lambat2 sikit kahwin ye. kasi in abis buat master dulu,buat phd pun bleh gak...sambil buat second master degree...."hehehehe

Sunday, June 7, 2009

miss google.

aku dah jadi miss "google". sibuk meng'google' sini sana. tak sedar siang dah bertukar malam. Mata pun dah pedih. apa lah nak jd nih!!

Thursday, June 4, 2009

known error proces

Hidup ini bagaikan satu process "known-error". dan sebahagian dari hidup, kita abiskan dengan mempertaruhkan hidup untuk melengkapkan process kehidupan. Berjalan, berlari..ketawa dan menangis ada sebahagian method yang digunakan dalam ribuan method untuk melengkapkan kitaran kehidupan.
untuk hari ini, izinkan aku berehat seketika dari lelah yang panjang ini. esok, lusa dan hari-hari berikutnya, aku akan kembali mula berjalan, langsung terus berlari. Aku tahu, jalan hari ini bertambah berat dan sukar...tapi aku akan cuba harunginya.
untuk sebulan..aku akan buktikan kebolehan aku...aku yakin aku akan perform!
untuk 3 bulan yang akan datang, aku semakin berdebar. Tapi, insyaallah...aku cuba yang tuk bertahan..aku pasti akan pergi.

hingga itu..terus mencuba dan mencuba..walaupun lepas ni akan terus menangis dan menangis. aite...ganbatte!!

Wednesday, June 3, 2009

bubbling around..

is to be is not to be..
once it done
shall it complete?
thus,
once it start
will it be end

again..do it have end?
to be answer without bubbling
with satisfaction..with
relevant mind

do it exist...or just a hallucinogen?



erk dah la merepek..pakcik postman dah hon2 kat depan tu suh amik surat!! nanti aku postkan pics tuan puteri-tuan puteri and sang putera-sang putera kesayangan aku. Life will be never fortified witout their smiles. ehem3..

Monday, June 1, 2009

lemas

banyak benda dah dalam kepala aku nak aku post ke sini. tapi, otak aku, badan aku semua sakit. Aku betul3 trauma bila semalam,sedang aku bermain di tepi2 batu di air terjun chamang
Aku cuma bermain di gigi-gigi air ditepi batu sahaja sebab aku mempunyai asthma dan kesan operation dahulu membuatkan aku camtakut nak mandi sampai ke tengah. Aku tak mahu nanti bila pulang ke rumah aku akan merengkok kesakitan akibat kesejukkan. aku rasa kakiku bagai ditarik sesuatu. Walaupun air tu taklah berapa dalam sangat melihatkan kawan-kawan aku yang mandi, tapi aku tak dapat nak berpijak di atas pasir atau batu membuatkan aku lemas. Mujur Fairuz tarik aku. Dan apa yang aku lihat di dalam air ketika lemas, membuatkan aku hampir gila seharian. Aku tak dapat tidur atau jaga sebab aku terbayang-bayang kejadian dalam air.
sekejap, tapi cukup buat aku gila.
Ya aku hampir gila.

aku yakin kakiku ditarik walaupun kawan-kawan yang lain kata aku tergelincir. dan apa yang aku lihat didalam air..aku tak dapat nak ceritakan. susah aku nak bagi gambaran. mula-mula aku meronta bila melihat semuanya putih dengan gelembung putih dan aku cuba berusaha naik ke atas, tapi....kaki aku bagai ditarik semula kedalam air dengan lebih dalam, dan aku nampak..satu kawasan yang cantik,putih..serba putih.terlalu putih!!! ...dan saat itu aku dah tak rasa nak naik ke atas dan saat aku mula berpijak sesuatu...aku terkejut bila Fairuz tarik tangan aku. aku rasa takut sangat! aku tak dapat berdiri,kaki kananku lemah. sampai sekarang..kaki kananku masih terasa sakit.