Wednesday, September 23, 2009

Apa Kata Hati?


Mungkin kita boleh selindung soal hati, tapi untuk menipu hati...itu satu perkara mustahil dalam kehidupan. Begitu juga aku. Aku tak mampu nak bohong pada diri aku. Situasi dia begini.Ada seorang lelaki yang menyintai aku setulus hati...yang sanggup lakukan apa saja untuk aku walaupun perlu menggadai nyawa untukku tapi mempunyai latar belakang kehidupan yang sangat menyedihkan dan ingin mnjadikan aku isterinya suatu hari nanti. Masalahnya...dalam hati aku tiada cinta untuk diberikan padanya walau sekelumit. Hidup aku biasa je , ada atau tanpa dia. Aku tak rasa langsung ada perasaan "rama-rama dalam perut" ataupun nampak any "spark" antara aku dan dia. Aku tak mampu terima dia lebih dari seorang kawan... Berkali-kali aku terus-terang pada dia..tapi dia masih tak mahu fahami aku. Lebih memburukkan...aku tak mahu dia buat perkara bodoh dan menyakitkan/melukakan hati dia. Tapi..aku juga tak mampu menipu diri sendiri kerana akhirannya,hati aku yang terluka teruk.

Mungkin ramai akan kata aku memilih...yeap.aku akui..aku memilih. Salah ke kalau memilih untuk kebaikan dan masa depan sendiri. Aku tak minta yg berharta...atau kacak menawan....tapi cukuplah kalau dia mampu mengindahkan perasaan aku.menjadikan aku wanita paling bahagia dan lengkap dengan kehadirannya. Dan yang paling penting..lelaki itu mestilah mampu membimbing aku dan keluarga ke jalan Allah serta manjadi contoh kepada adik-beradiknya. Lelaki itu akan menjadi sebahagian dari kehidupan aku...bukan menjadi kehidupan aku. Dia boleh menerima serta berada di dalam kelompok kaum keluarga dan kawan-kawan aku. Juga, lelaki ini mestilah seorang yang memahami dan protective...

Namun yang sebenarnya...hati aku telah aku serahkan pada seseorang. Lantas bagaimana aku boleh berikan lagi hatiku yang dah tiada ni pada yang lain? Biarpun,aku telah dibuang dari kehidupannya..tapi entah kenapa aku masih tak jumpa lagi hati yang telah aku berikan pada dia. ramai tanya kenapa aku masih sayangkan dia..masih berharap dia kembali...sebenarnya aku takde sebab kenapa aku boleh sayangkan dia. kalau nak dinilai...lelaki itu biasa je...takde la hensem mana. tapi bila bersama dia..aku gembira..aku ketawa,bahagia. Dia buat aku terkeluar dari paksi aku..tapi dia tak pernah lupa mengingatkan aku tentang agamaku. Sikap cemburu..kelakar dan manja dia..sangat2lah buat aku sayangkan dia. sayang sungguh...antara aku dengan dia..dah takde jodoh. Andai ada jodoh kami...akulah manusia yang paling bahagia berada di sisinya sbb pada aku...bersama dia...aku jd diri aku sebenar. Aku bebas membahan dan mengutuk dia...aku bebas ketawa dan menjerit..aku bebas pakai apa saja aku mau..aku boleh lakukan apa je aku hendak..dan dia akan tetap sokong aku.bagi aku semangat dan buat aku tersenyum sepanjang masa. banyak sangat taktik dan idea dia kalau melayan aku. sampaikan..aku ingin sepanjang masa dengar suara dia. oh ya..dan dia gak si gila yang suka menyanyi dan akan menyanyikan apa saja lagu yang aku nak dengar di telefon..lepas tu paksa aku menyanyikan lagu untuk dia. kalau tak..dia akan merajuk..tapi lepas 5 min, dia kool sendiri..sbb dia tahu aku takkan pujuk dia. dia juga gila sbb sanggup telefon maxis center untuk unbar line dia semata-mata nak bergayut dan sms dgn aku. kemudian..balik ofis akan telefon aku sambil drive dan paling tak senonoh..dia akan menyanyikan lagu dlm phone utk mengisi masa dia tersekat dalam jammed! aku pula terpaksa tebalkan muka dengar dia menyanyi sepanjang perjalanan aku balik keje sampai pintu umah.kalau nyanyi slow takpe gak..ni punyalah kuat walaupun aku dah abis slow dah hp aku. tersengih2 akak2 dalam bus dengar dia menyanyi. tapi sebenarnya...itulahh menceriakan aku. Hinggakan...ketika aku menulis entry ni..aku masih tersenyum-senyum mengingati dia.

Aku rasa..aku patut stop cite pasal dia. ramalan zodiak aku pun cam tak best je rini(ok takde kaitan sebenarnya ngan entry ini) :-
"You could be too attached to certain emotions, memories, or relationships from your past that could cause a problem in your present relationships. Your emotions will be intense but not very stable today which could lead to difficulties and undesired changes in your current associations and romantic relationships."

Soalnya sekarang...hati aku tak mampu menipu diri. Untuk sementara waktu ni..aku gembira dan bahagia hidup dalam kenangan. Biar aku hayati kenangan dan perasaan ini..sehinggalah aku temui kunci untuk memulakan perhubungan baru. Biar aku sendiri. Biar aku bahagia dengan cara aku sendiri.

Untuk insan yang menyintai aku itu..aku minta maaf aku tak dpt nak cintakan dia. Aku tak mampu pilih dia sebagai peneman hidup aku.aku sayangkan dia sebagai kawan je selama ni. Dia baik..sangat baik utk aku..cuma aku tak dapat tima cintai dia. Aku tau ramai yg kata,cintai org yg cintakan kita drp cintakan org yg tak cintakan kita. Soalnya, mampukah aku nak tipu perasaan? kalau aku setuju utk kawin dengan dia tanpa perasaan cinta..aku percaya hubungan ini takkan berjaya. akan putus di pertghan jalan. Cukuplah. aku tak mahu terima cinta kerana kasihan.Aku tak mahu tipu diri. Aku tak mahu lagi sakitkan hati aku.

Dan aku minta maaf sbb terpaksa melukakan hati kamu.Aku tiada pilihan. Maafkan aku. Kamu juga kata..kebahagiaan aku lebih penting.kalau aku bahagia..kamu juga akan bahagia. Jadi aku minta pada kamu..izinkanlah aku bahagia dengan menolak cinta kamu.

maafkan aku...

ini kata hatiku.....



No comments: