Saturday, September 12, 2009

pergi mati cinta itu...

Dengar sini segenap pelusuk mukim dan daerah-daerah hati
Aku isytiharkan perang berdarah
Aku laungkan pembebasan
untuk aku lepaskan tali yang menjerut seluruh hidup aku

Pergi mati dengan cinta itu
jahanam sahaja setiap kenangan itu
hentikan permainanmu
jangan lagi bermain dengan aku

Dengar sini rakyat jelata hati
Aku ragut kembali cinta yang aku serahkan pada kamu
Aku tak mahu lagi
terseksa dan terluka
dengan mainan perasaan ini.