Our dreams go to the depths of our thoughts,
Wants, and needs to fulfill our destiny.
In order to fulfill our destiny we must
fulfill our dreams..." - JR Travis
Selepas sahur yang melukakan hati dengan segala genap ruang rindu pada dia...aku gagahkan mata untuk lelap semula. Kebelakangan ini...memang aku susah tido malam. Jaga ku adakalanya sampai ke subuh...adakalanya, aku dapat tgk dia online sampai pagi dan adakalanya,aku berpeluang untuk bebual dengannya walaupun seketika...biarpun bait-bait perbualan kami meranapkan hati aku. Cuma beberapa hari ni,aku jauhkan diri daripadanya. aku buat-buat sibuk..aku rasa aku berjaya untuk melepaskan dia pergi. Tapi, bila sahur tadi begitu sayu menggigit tangkai hati...maka,aku mengambil keputusan untuk tido kembali. itu yang terbaik dari otak aku berhenti berfikir seketika. Tapi aku salah...
Dalam mimpi juga..bayangan dia tetap menjelma. Setiap kali aku ingin membuang ingatan terhadapnya..setiap kali aku ingin berhenti berfikir tentangnya..dia akan menjelma di dalam mimpi aku. Aku mimpikan dia lagi pagi ini. Dia datang ke kampung aku. Kemudian memujuk aku kembali ke sana dengannya. Bila aku ingkar..dia merajuk..kemudian aku pujuk dia...dan akhirnya,aku setuju ikut dia kembali ke sana dan seperti biasa..begaduh lagi. kemudian aku terjaga dari tido.
Masih lagi awal..jadi aku sambung kembali tido aku...dan mimpi dia datang lagi. mimpi kali kedua..sedikit sedih. aku cuba tidak mahu mengingati..bimbang aku nangis pula. sedangkan dalam mimpi juga aku menangis..maka bagaimana aku boleh kata aku kuat takkan menangis di dalam realiti?
Aku rasa..benar-benar terseksa. Benar-benar terluka. Lebih melukakan lagi..ada seorang lagi wanita di sisinya....yang dah jatuh hati padanya. Aku? hanya boleh memandang. Aku tahu hati dia..tapi kalau ramai yang ingin memiliki hatinya..kenapa dia tak bahagia? Salahkah aku kalau aku mahu dia bahagia..walaupun akhirya aku yang akan kecewa..sedih parah dan terluka? Tapi lebih baik begitu kan.sekurang-kurangnya aku tahu dia bahagia.
Dia bukan cinta pertama aku..cinta pertama aku juga akhiranya tragis. Cuma,tidak lah aku sekecewa begini. Cinta pertama aku dengan seorang anak golongan bangsawan dari negeri Pantai Timur. Keluarga dia menghalang hubungan kami. Tak ubah macam kisah antara dua darjat. Tapi, aku cepat bangkit. Tidaklah terlalu terluka begini...kali ini...sakitnya lebih dalam. Sangat menyakitkan..dan aku tak mampu bangkit. sekadar bertahan.
kalau ikutkan hati..mahu sahaja aku menghubunginya..berbual dengannya..aku mahu dengar suaranya. Ok fine! aku addicted dgn suara dia. haha..tapi, aku tak boleh buat begitu. Semua itu akan menyakitkan hati dia. Ye..hati dia sakit..hati aku juga sakit.
Cinta apakah ini?kalau hati kedua-duanya sakit?
Aku harap...sume ini sementara. sementara cuma...tapi sampai bila? bila??
p/s: aku suka sangat short filem signs tu. nanti bila berkesempatan..aku upload di sini k! hehe
No comments:
Post a Comment