Friday, November 28, 2008

Filosofi Empayar Anak Setan



























Aku sedang meracau mencari nilai persamaan pada satu paksi simetri perhubungan
sayangnya, ia persamaan yang wujud hanya satu illusi maya paranormal
yang menutup dogma-dogma pembohongan bagi mengindahkan rasa hati
yang menutup selirat lingkungan rasa yang mula patah
patah dari tunasan dahan yang kian mula bercambah
bercambah dari cebisan picisan baja sedatif satu pengharapan palsu


kita jauh,terlalu jauh barangkali
terpisah dek perbezaan khalatulistiwa dalam garis horizon
berbeda pendapat,taraf kemanusiaan dan mentaliti kehidupan
biar kebarangkalian itu hanya satu nisbah sepuluh
hakikatnya,kita terpisah dalam lautan keegoan manusia
di mana landasananya bukan lagi get logik fikiran
hanya pengisian emosi jiwa tanpa haluan tetap


aku masih lagi berdiri memegang tanjak janji biapun hamparannya palsu
dan hambatan waktu itu bagaikan bersenda tawa mengejek kenaifan aku
setiap putaran detik maya itu sinis menyindir aku pada sebuah mimpi
percaturan yang terlalu sempurna anyamannya bagaikan tidak berpaksi pada putaran bumi,
hanyut berfantasi nikmat hidup yang hakiki dan fana
hinggakan lupa bahawa ciptaan kejadian alam
penuh tipu daya muslihat yang tak mampu di dalami akal


kembali pada logiknya, sang puteri
kau,aku dan mereka itu tidak mampu memahami lukisan hati
yang mana perbentangannya sedang kecewa terluka
tapi bertopeng pada kegembiraan dan keseronokkan duniawi..
sedangkan rawi dunia itu hanya sebentar persinggahan
tapi deritanya bagaikan seribu tahun penghidupan
dan aku tak mahu lagi kamu terjebak,
dalam satu lagi rantaian pemainan
di mana jawapannya kekalahan di sudut kiri kanan kamu.


bangkit,jangan lagi terus berharap tasbih tafsiran mimpi yang kosong..
sebelum lagenda anak setan itu kembali bermaharajalela membina empayar
mencipta lagenda filosofi maha hebat tak terbukti dek sejarah akal manusia!!!

Thursday, November 27, 2008

Dear Diary....


ahahaha....

Ingin ku singkir rindu ini, biar hati tak mengizinkannya....




Aku semakin kurang menulis lewat dewasa ini. Hati aku senang..ya mmg aku senang hati kini. Bukan kerana ada seseorg yang menghiburkan hati...tetapi kerana buat sementara waktu ini aku sedang berehat dari masalah. Terlalu maha hebat masalah yang baru aku lalui baru-baru ini hinggakan membengkam seluruh jiwa dan hati.
Aku kini bertambah satu hobi baru. Aku terlalu suka melihat pemandangan Shah Alam dr sisi beranda penthouse putih yang menumpangkan aku berteduh ketika ini. Indah...damai dan tenang dari tingkat atas. Ya,aku sedang berada di atas..tingkat teratas,sebagaimana kitaran hidup aku kini berada di atas. Tapi,aku tidak pernah lupa bumi dan tanah yang ku pijak. Di atas tanah itu la aku bemula kembali kehidupan ku,dan di tanah itu aku mengembara mencari makna hidup. "Kita kawan..selamanya kawan" "sampai hati awak nak buang saya dari hidup awak..saya tak pernah buang awak" "awak tahu..betapa saya sangat rindukan awak..." awak tak mungkin tahu..betapa sekejap benar persinggahan itu tetapi..terlalu banyak yang awak tinggalkan. Kerana kamu..aku tak lagi makan ubi rebus ketika berbuka puasa...kerana kamu...perkataan syurga itu aku jauhkan dari kamus perkataan aku. Ingin aku singkirkan rindu ini..tetapi aku tahu terlalu sukar. Hai orang jauh...di kala aku rindukan kamu...aku temui seseorg di sini yang persis seperti mu. Aku teringat lirik lagu melly..jika "jika teringat tentang dikau.. jauh di mata dekat di hati ingin jumpa walau ada segan tak ada niat utk berpisah dengan mu.." aku ingin singkir rindu ini,tetapi hati tak izin...apa lagi bisa aku lakukan? apa lagi bisa aku teruskan kehidupan dalam kerinduan? hakikatnya..antara kita semua semakin jauh...jauh di dalam perbezaan horizon. Terpisah dek perbezaan khalatulistiwa dan taraf kemanusiaan. Kamu dengan jalan mu...aku dengan haluan kehidupan ku..apa lagi titik sinambungan yang masih tinggal utk menyatukan kita semua kembali... Jika ada doraemon, aku mahu mesin masa..aku mahu kembali ke saat itu. Aku mahu pintu serbaguna itu..yang bisa membawa aku kepada kamu...untuk aku jelaskan apa yang terselirat. Cuma..itu hanya satu picisan omongan yang di cipta pada anak-anak kecik! Aku bukan lagi kanak-kanak yang mampu di gula-gulakan dengan angan-angan dan kata-kata kosong. Ya Allah..aku ingin berlalu dari cengkaman rindu ini..aku ingin melupakan segalanya... Aku perlukan kekuatan. Aku perlukan ketinggian kesabaran..untuk aku miliki kembali keyakinan dan keteguhan ku yang hilang. Aku perlu comforter..serangan ashtma kembali. Aku perlu berehat!!!

Wednesday, November 26, 2008

Aku tak tahu apa yang aku sebukkan lewat hari ini..

Kalu lah pencetus blogspot ni sediakan thrash bin, aku rasa..aku rasa,aku rasa..blog aku la yang mendahului. Banyak sangat draft aku yang akhirnya aku delete buang entah kemana. Cuti semester dah mula....dan aku kembali bertugas di pejabat awam. Menyiapkan database..adalah tugas utama aku. aku juga sebuk dengan majlis apresiasi seni: maya.
Boleh dikatakan, aku agak sebuk juga lah..selain memeriahkan diri aku dengan kesibukan tugas,aktiviti masa lapang dengan kembar dan angah...selebihnya adalah masa utk merehatkan diri dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. penat, tapi cukup menenangkan diri. Tak perlu memikirkan tentang perkara yang tak perlu nk di pikirkan lagi.
selain keje2 yang menimbun, serta aktiviti sampingan.....aku selalu jugak ber 'gathering' lewat kebelakangan ini. As always..the same faces. tak kawan-kawan sepenulisan..kawan2 mpp...atau pun kawan sepejabat. Aktiviti di pejabat juga seperti biasa....keje..gosip..politikus dalaman.
oh ya..fred datang melawat aku di opis petang ni. waaaa..windu nya,dah lama kami tak ketemu. rasanya kali terakhir cuti dua sem lepas...si Fred datang ke penang tgk kawan dia kawen. Dikesempatan itu lah,kami berjalan-jalan bersama di sekitar Penang. mengigat kembali detik karniawan ke-6 di USM. kelakar..pikirkan balik.
Malam ni ada futsal game, tapi sebenarnya aku masih terfikir..aku tak selesa nak bermain. Perasaan aku. Aku tak suka sebenarnya..tapi...entahlah..biar apa yg terbuku dalam hati tu tetap di situ. tak perlu ada orang lain tahu apa yang bermain di hati,minda dan benak ku.
dah abes opis hour..aku nak balik. daaa..

aku windu kan satu manusia..yang aku tak pernah miliki dia..walaupun aku tak patut rasa kehilangan sebab tak pernah memilikinya..tapi aku sangat rindukan dia. rindu utk berbual dengan dia...rindu utk bercerita ttg mimpi aku..rindu utk bgtau dia tentang apa yg aku suka..

ok laaa..bye...

jom pulang!

Sunday, November 23, 2008

K-I-T-A

kita selalu rasa diri kita tak sempurna..padahal kita ada sesuatu yang orang lain tak ada...kenapa kita tak sedar ye?

bila kita rasa diri kita terbaik...padahal kita dah kehilangan apa yang kita ada dalam idup kita..lalu camana kita bleh kata diri kita terbaik ye?

memang nak jd diri sendiri atau menjadi acuan orang..dua2 pun tak senang..tapi mengapa kita masih berjuang dgn pilihan ye?

Pening2...Adoiya...

windunya aku pada dia..

Tuesday, November 18, 2008

langit pagi

aku sedang melihat keindahan subuh dari penthouse tingkat sepuluh. kononnya,penuh kemewahan dan tersergam indah. cantik! refeklsi langit yang kebiruan, berhadapan lot banglo yang mempunyai kolam renang yang menawan hati. aku sangat tenang. tiada kondisi yang lebih tenang selain melihat langit subuh!

Dalam ketenangan pagi subuh hati aku sebenarnya sedang bekecamuk. sakit perut yang tajam menyucuk2...kerisauan ttg tahap penglihatan yang semakin membatas,kehendak hati yang semakin liar serta tuntutan hidup yang semakin tinggi...buatkan nada aku jadi suram. dan kembar dapat rasa betapa suramnya hati aku..hinggakan menemani aku seketika waktu malam semalam. itu kah kembar,sentiasa memahami aku. walaupun, adakalanya, aku rasa aku tak memahami diri sendiri.

aku sedang menguji dia...seperti mana aku menguji diri aku..hati aku sendiri. gembira dan kecamuk..dua entiti halus yang sedang menghantui aku. lalu betul kata filosofi, musuh kita adalah diri sendiri.

kesejukan pagi mecengkam hingga ke tulang hitam.Sangat sejuk dan tenang.

aku penat! kejap lagi dah nak sambung keje..keje tak pernah berhenti!

aduhaii...

Saturday, November 15, 2008

Happy Birthday!



hepi birthday to you..
hepi birthday to you...
hepi birthday to angah linda...
hepi birthday to you..


rini birthday angah linda a.k.a puan panda... aku tak sempat nk singgah umah angah arini. sibuk sangat! tapi...untuk angah tersayang,selamat hari lahir. In sayang angah. muaahhhhhh.....
ini angah ku yang cumel...


hepi besday angah! luv you!

ehh! angah...dah tua la..ahahhaha...sowi..luv u!

surat hati...

Minggu yang sangat sibuk hinggakan tulisan coretan hati aku seringkali tersimpan di kotak draft. Aku sangat penat! penat menyiapkan tugasan projek akhir yang aku hampir give up. Mujur...adanya kekasih yang sentiasa menyokong aku dari tulang belakang. yang membebelkan aku...makan,tido...yang mengejutkan aku kala aku tertdo kepenatan mengejar masa menyiapkan tugasan.Alhamdullilah, setelah hampir seminggu bersengkang mata...jadi budak skema melepak di library menyiapkan tugasan...akhirnya,siap juga. Presentation pun ok je. Aku nak say thanks berbanyak pada lecturer yang amat sayangkan aku itu,Encik Zul. Sejak aku operation, encik zul banyak bei tumpuan pada tahap kesihatan aku dan pencapaian aakdemik selain supervisor aku sendiri. Thanks encik Zul sebab tolong settleka project yang hampir aku give up ini.
Seminggu sudah juga..aku telah berpindah ke rumah banglo ini. Aku tenang dan selesa di sini. Alhamdullilah...dan aku kini semakin jelas..dua manusia itu aku perlu jauhi..kerana setiap kali mereka menghampiri aku...hidup aku di dalam keserabutan dan kekusutan yang teramat!
kekasih, sentiasa melimpahkan aku dengan penuh kasih sayang. Adakalanya, aku terpikir..adakah aku telah menyusahkan dia dengan karenah dan permintaan aku??Adakah aku terlalu mengongkong kehidupan nya?? aku sedar..kemanjaan aku..sikap degil aku....adalah satu ancaman pada diri aku sendiri. dan adakalanya,..aku ingin jauh dai kekasih. Aku tak mahu kekasih terlalu menurut permintaan atau kata-kata aku....aku tak mahu kekasih terlalu manjakan aku. Aku takut! aku takut aku akan sengsara..bila suatu hari aku kehilangan dia. atau suatu hari jika jodoh kami tak panjang........aku takut aku terluka.
kekasih sayangkan aku...
kekasih sangat manjakan aku..
kekasih sangat menjaga aku...
kekasih sangat merisaukan aku...

'sayang,sampai ofis telefon ya!' dan permintaan aku di tunaikan....

'sayang,kejutkan syg bgun subuh ya," subuh itu dia kejutkan...

'sayang..lunch nnt call syg ya! ' permintaan berbentuk arahan...masih lagi di turutkan.

dan dia...dengan tenang....

"syg, sayang nak sayang jaga kesihatan ye!"

"sayang taknak tgk syg tdo lewat lagi pasni..kecuali kalu ada task yang pelu diselesaikan!"

"sayang nak syg makan makanan yang sihat2 pasni, jangan makan megi lagi k!"

"syg,jgn cakap lama2 tau...nnt abes kredit. syg blaja lagi...sayang takpe la...dah keje!"

"syg jgn isaukan sayang ya!"

tapi..aku tetap aku. masih lagi makan megi...masih lagi tido lambat..masih lagi menyakat kekasih dengan perempuan-perempuan lain..masih lagi muncungkan mulut sambil berpura-pura cemburu (tapi ada gakk betul2 aku cemburu..cuma aku sembunyikan dlm ketawa ku..ahahh)

aku tahu..kekasih mula mengenali aku melalui penulisan aku. Tima kasih,kekasih krn cuab untuk mengenali aku. cuba memahami aku..dan sentiasa meletakkan aku di tangga pertama kehidupan kekasih. ahaha....hidup kamu tanpa aku jauh lebih baik..apatah lagi kekasih mempunyai kesayangan yang manja..cenggeng..mudah merajuk. ahaha..layan je la sayang. sayang kan selalu kata sayang maintained and cool. eheheh..

arini..kekasih kurang sihat. barangkali jadual kerja dan rehat tak menentu membuatkan kekasih jatuh sakit. Aku isau...sangat risau sebenarnya. tambah lagi bila kekasih tidak membalas mesej aku, menelefon aku. kekasih perlu rehat. Aku cuba pahamkan diri yang tak mahu paham! aish...semua ini kekasih punya pasal. sampaikan aku sedang mengira kehadiran tahun 2010. aduhai tuan putri...wake up!! jgn terlalu dibuai perasaan...masa itu masih panjang. kalu sesuatu nak jd..sekelip mata bleh jadi...

"sayang janji sayang takkan tinggalkan syg...."

kekasih dah janji takkan tinggalkan aku..pastikan kamu tunaikan janji kamu..jika tidak..aku akan benci kamu seumur hidup. jangan tinggalkan aku...kecuali Allah lebih sayangkan kamu. Aku akan redha...jika terbukti Allah lebih menyanyangi kamu dari aku.

esok aku akan ketemu kekasih.,..teruja?ahaha..gedik tak kalu aku katakan...aku tak sabar nk tunggu subuh mnjelang. aku tak sabar menanti hadirnya esok. aku mahu berjalan beriingan dengan kekasih....aku mahu kekasih memimpin tangan ku...menikmati detik-detik manis aku dan dia...di dalam lautan manusia yg membanjiri kawasan..tapi, aku tak mahu kekasih gagahkan diri kerana aku. Aku mahu kekasih cepat sihat...aku mahu kekasih sentiasa bahagia...

sayang,kalu kamu baca coretan aku..jangan ketawa ya sayang. cepat sembuh sayang...aku nntkan panggilan dan mesej kamu seperti biasa.....jgn lupa mkn ubat ya!!!

Monday, November 10, 2008

Endless Story: New Chapter re-open!

Hai.

Setelah sekian lama aku menyepi. kesibukan, peperiksaan dan perasaan yang mencengkam sanubari lewat beberapa hari ini benar-benar membuatkan aku sedikit celaru. Alhamdullilah, peperiksaan akhir telah berlangsung hendaknya. semoga...dalam penghitungan aku ia telah berakhir untuk utk beberapa tahun ini. Malam ini,aku perlu selesaikan hal FYP aku. again,bersekang mata lagi. tapi sebelum itu, aku ingin mencoret di sini.

Lewat kebelakangan ini, telephone aku sering kedengaran...bunyi sms dan panggilan silih berganti. mmberi laporan harian...bertanyakan keadaan aku....membuat permintaan-permintaan yang berbentuk arahan tapi tersembunyi dek rasa kasih yang melampau-lampau. dan malam aku pula di akhiri dengan ucapan rindu-rinduan....penuh syahdu menyentuh hati aku. tapi, saat ini, hati aku..tak dapat diluahkan. biarlah ia kekal menjadi rahsia wajah hati. Aku, dia dan Dia...biar kami sahaja yang ketahui..biar Dia sahaja menjadi saksi. iya..hati aku sedang diketuk. dan pari-pari cinta itu sedang membidik kan anak panah di hati aku. sayangnya, aku masih mengharapkan sesuatu yang samar. Penuh kesamaran...setelah begitu lama..aku sukakan dia..aku sayangkan dia..walaupun..tiada bicara kami lewat kebelakangan ini. Saat aku besumpah pada hati aku perlu menjauhkan diri aku dari dia. aku mahu dia bahagia...perolehi apa yang di mahukan...bahagia walau apa..di mana dan dgn siapa dia berada.

tapi, biar apa pun, masa sedang bergerak langsung tidak menanti aku,dia atau kamu. 10-10-2010, aku akan bergelar pemaisuri hati seseorang. yang menyintai aku dan meyanyangi aku sepenuhnya. biarpun kala itu,aku tak mampu memberikan cinta hati aku pada dia yang menakluki aku dengan ikatan yang sah. Cermin hati ini telah retak..hancur lumat walaupun aku sedang berketawa dengan gembira.

ya..aku sedang ketawa dengan gembira. sangat gembira juga barangkali. Aku telah berpindah..dari kesunyian bukit ke kesibukan bandar. Kontra sekali kan..kamu sukakan ketenangan jauh dari manusia,tapi aku pula masuk dalam kelompok manusia yang berbagai ragam..yg penuh tipu muslihat. terlalu lama aku berada di kesunyian pinggir bukit menikmati ketenangan dalam kesepian. melihat semua jalan dengan mata hati..melihat setiap arah lurus jalan hinggakan adakala,aku terperangkap di persimpangan. tapi kehadiran kami dan kisah kamu mengubah aku, mengubah aah haluan hidup aku. Aku bukan lagi seorang adik berusia 15 tahun..tapi aku seorang kakak..yg usia nya bakal mencecah suku abad pada tarikh perkahwinan aku kelak. ahahha...aku kakak kepada adik-adik yang cumel,kacak dan nakal2 belaka.

sebelum aku berhenti..entah napa aku ingin berpesan sesuatu....barangkali pesanan ini pesanan terakhir..atau mungkin aku bimbang aku terlupa untuk berpesan pada esok hari...maka biar saja aku coretkan kala ini.

untuk angah tercinta, terima kasih kerana tak putus memberikan nasihat, panduan tunjuk ajar...sama-sama berkongsi rahsia..menjadi firewall aku..jd cctv dan filter aku...juga menjadi heater aku saat aku hampir tewas..menjadi tempat aku bermukim di kala diselubungi saat kejatuhan. Angah..kakak terbaik yang penah aku ada dunia dan akhirat.

kembar....aku sangat menyintai kamu saudara ku. kau lah kembar aku, sahabat,teman, kawan,saudara bahkan sebahagian yang melengkapkan kehidupan aku. Aku tak pernah rasa sisih adanya kamu di sisi..aku tak pernah rasa sepi dan kosong dengan bicara kamu. Aku sentiasa gembira dengan kamu. sangat gembira. terima kasih atas pengorbanan kamu...

untuk seorang pembaca blog ku yang aku kenali sebagai Kak Ina, terima kasih membaca blog in. ia hanya coretan hati tentang kehidupan seorang putri kecil dalam mencapai kegembiraan dan berjuang demi ke. Kehidupan ini adakalanya kejam.. tapi kita akan lebih menghargai nikmat kehidupan setelah mengharungi susah senang perit hidup. transformasi kehidupan ini sedetik hanya..cuma semuanya terletak di tangan kita. bagaiman kita menconteng kanvas warna itu.InsyaAllah...Allah itu bersama kita sentiasa. kesedihan yang ada datang dlm kehidupan kita itu sebenarnya menjadikan kita lebih matang. Percayalah..doa in sentiasa mngiring Kak Ina.

untuk kamu, mungkin kamu tidak lagi membaca blog ku. barangkali kehadiran aku juga sudah lupus dalam kotak pemikiran kamu. yelah, hanya satu nama bermain di minda kamu. Aku senantiasa doakan yang baik2 belaka buat kalian.

untuk fairuz yang tengah kebosanan..ahah(saja je nak mengata fairuz..)..sila update blog anda dan kasikan addressnya kat aku...eheh tak sengaja terpadam url blog ko. Thanks juga sahabat, yang membantu aku berpindah..dan membantu aku ketika aku mati kutu laptop aku rosak. mujurlah kabel bateri je. kalu tak mau nanges tak henti...ahahha.....

specially to Kak Wani (Che'Yam Comel) eheh..SELAMAT PENGANTIN BARU. INSYAALLAH...i'll be in ur wedding on that date. jgn lupa present kat saya ye..date tu besday saya jugak! ngeee..ngee....

untuk rakan serumah aku, ayu, hani,kay'on, ena, fieza,fariza dan anis(roommate aku)..selamat berkongsi kehidupan dengan aku dalam penthouse serba sederhana ini. aku sangat selesa..Thanks hani sebab temankan aku berjogging sekitar tasik tadi...kemudian singgah McD belasah McFlurry.ehehe...esok kita jogging lagik ye. jogging sampai aku kurus sebelum tarikh lahir ku ke-24.


untuk kamu sayang...terima kasih menyayang dan menyintai aku. bahkan sentiasa memenuhi permintaan aku. Aku sedang belajar membuat keputusan..juga sedang belajar menilai hati aku. Aku benar-benar butuh waktu. tapi hadir kamu sangat membahagia kan aku kala ini. Cuma,aku tak mahu masa indah yg seketika ini akan meluluhkan dan memusnahkan kehidupan kita kelak. Aku benar-benar perlu masa. untuk aku,kamu..dan rumahtangga yang bakal kita harungi. Kelak, jika keputusan aku menerima kamu dalam hidupku, menyerahkan cinta dan seluruh hidupku pada mu..aku pohon kau didiklah aku. Didiklah aku menjadi wanita paling bertuah dan bahagia di sisi mu. Jadikanlah aku satu-satunya permaisuri di hati mu bukan dua,tiga dan empat..dan jgn la kau kasari aku dengan maki hamun,kejian dan tamparan. Aku akui aku mula sayangkan kamu..dan perasaan ini hadir tanpa dipaksa, tapi sayang..cinta dan sayang itu berbeza. Aku harap kau paham. Terima kasih atas pemahaman kamu selama ini. Aku perlukan ruang lingkup untuk aku membuat keputusan. terima kasih ye sayang...

oklah...aku mahu sambung menyiapkan keje aku sekejap lgi. tapi aroma dari dapur sangat sedap dan perut aku sedang berkeroncong dangdut.lapar..ahahaha....

untuk pembaca dan pengikut blog aku. tima kasih...

Friday, November 7, 2008

Quantam Of Solace...


Kesibukan...gelak tawa...tension..sedih...sume bergumpal menjadi satu di saat-saat akhir perjuangan dalam pengajian. Aku tak banyak masa...tak dapat menyajikan pembaca blog aku dengan pelbagai cite suka dan duka. Aku benar butuh waktu!

Tapi, bagi tidak menghampakan pembaca dan pengikut setia blog ku, akak-akak kesayangan ku..rakan-rakan yg banyak membantu... aku ingin berkongsi lagu yang menemani aku..menjadi halwa telinga di kala kesibukkan aku. (sila klik di link sebelah) Thunder

thanks to Izwan Ariff....for the song and others songs. Jom...hayati lirik lagu ini bersama...ehhehe

Thunder
Today is a winding road
Thats taking me to places that I didn't want to go, whoa
Today in the blink of an eye
I'm holding on to something and I do not know why I tried
I tried to read between the lines
I tried to look in your eyes
I want a simple explanation; what I'm feeling inside
I gotta find a way out
Maybe there's a way out
Your voice was the soundtrack of my summer
Do you know you're unlike any other?
You'll always be my thunder, and I said
Your eyes are the brightest of all the colors
I don't wanna ever love another
You'll always be my thunder
So bring on the rain
And bring on the thunder
Today is a winding road
Tell me where to start and tell me something I don't know, whoa
Today I'm on my own
I cant move a muscle and I cant pick up the phone, I don't know
And now I'm itching for the tall grass
And longing for the breeze
I need to step outside, just to see if I can breathe
I gotta find a way out
Maybe there's a way out
Your voice was the soundtrack of my summer
Do you know you're unlike any other?
You'll always be my thunder, and I said
Your eyes are the brightest of all the colors
I don't wanna ever love another
You'll always be my thunder
So bring on the rain
And bring on the thunder
Yeah I'm walking on a tightrope
I'm wrapped up in vines
I think Ill make it out but you just gotta give me time
Strike me down with lightning
Let me feel you in my veins
I wanna let you know how much I feel your pain
Today is a winding road
That's taking me to places that I didn't want to go, whoa
Your voice was the soundtrack of my summer
Do you know you're unlike any other?
You'll always be my thunder, and I said
Your eyes are the brightest of all the colors
I don't wanna ever love another
You'll always be my thunder
Your voice was the soundtrack of my summer
Do you know you're unlike any other?
You'll always be my thunder
So bring on the rain
Oh baby bring on the pain
And listen to the thunder


oh ya....aku sehat2 dan baik-baik belaka. Sedang menghitung hari untuk abis peperiksaan..juga untuk MRRI. jgn risau..aku sehat..dan ketawa dengan gembira. Oh ya..sesuatu....Ain, Elly, Apun,Aisyah, Jue...Angahlinda...Fatah..aku sayang sama kalian semua.... terima kasih kerana selalu beri aku semangat! Aite! Selamat berjuang ya kalian....

lagi satu...aku dah tgk cite James Bond OO7 Quantam of Solace. Maaf..aku tak layan High Scool Musical! ahaks...ahahah

Tuesday, November 4, 2008

Mahkamah Dewata Raja-raja


Perbicaraan terhadap kes oxoxoxox akan di mulakan.

Pengawal mahkamah : (hormat terhadap mahkamah) Bangun!!!!!

* Yang Mulia hakim tinggi Mahkamah agung Dewata raja-raja masuk mengambil tempat*

sebutan kes oxoxoxox bemula.

Tertuduh : prinzessinzlya bt si polan si polan
defenden : prinzessinzlya binti si polan si polan..

daripada barisan pendakwaraya di wakilli oleh yang mulia agen 44 dari titik putih and co mewakili tertuduh. manakala dari barisan defenden di wakili oleh titik hitam and friends.

hakim yang akan mendengar dan menjadi neraca penimbang untuk kes ini adalah yang mulia dewata prinzesinzlya bt si polan si polan si polan, amn aka ajm mpp mpq acca ccna dsb annex(panjang pangkat yg telah diperolehi). kes ini merupakan satu kes terpencil maka sistem penghakiman adalah menggunakan kaedah jurispunden yakni pengubalan keputusan berdasarkan pendapat juri-juri melalui konsep common law

barisan juri terdiri daripada yang mulia kembar, yang mulia apple pie, yang mulia kekanda beruang panda, yang mulia raja buaya,yang mulia optimistik_guy, yang mulia agar-agar.

mahkamah bersidang setelah sebutan kes dilaksanakan.

Pengangkat sumpah : (sambil mengangkat tangan seperti membaca ikrar) saya bersumpah akan berkata benar,sebenar-benarnya dan tiada yang lain melainkan kebenaran.

Dikandang pesalah...

Tertuduh : saya bersumpah akan berkata benar,sebenar-benar-benarnya dan tiada lain melainkan kebenaran! (sambil menurunkan tangan yang berikrar setelah selesai angkat sumpah)

Pendakwaraya : yang arif cik hakim (masih bujang ya,maka cik bukan puan..!) saya ingin bertanya pada tertuduh.

Hakim : mahkamah membenarkan.silakan.

Pendakwaraya : cik prinzessin, adakah kamu mengaku..bahawa kamu menulis blog sensasi itu bertujuan untuk memalukan seta mengaibkan pihak tertuduh dan berniat mahu meletakkan pasir di dalam periuk nasi beliau?

Peguambela : (berdiri) Yang arif, saya membantah yang arif. Pihak pendakwaraya sedang menghina anak buah saya yang arif!

Hakim : Mahkamah membenarkan soalan itu diteruskan. tertuduh..sila jawab.

Tertuduh : (dengan muka comel) Tidak Yang Arif! saya sekadar menulis. apa yang saya rasa saya ingin tulis. tidak pulak saya terpikir akan menyebabkan pihak sana terasa bila saya mengeluarkan kisah tentang resepi hati masak sambal dengan menggunakan kompilasi cili boh dan cili api. saya tidak sangka pihak defenden mempunyai aura yang sangat kuat akibat penggunaan cili-cili tersebut cik hakim!


Pendakwaraya : Mengapa kamu memilih cili?bukan lada atau lada sulah??atau barangkali sos cili atau "tobasco's sos"


Tertuduh : barangkali disebabkan masyarakat melayu suka makan cili dan saya sendiri suka makan cili terutama cili padi, maka saya tidak pula terfikir menggunakan lada sulah tuan pendakwaraya. yang tobasco'c sos tu..maaf..kalu sebutan tak betul...erk...saya tidak pasti di mana boleh dibeli. sebab saya hanya lihat ia di pizza hut sahaja tuan hakim.takkan saya nak merompak kat pizza hut pulak..jadi saya tak tahu bagaimana penggunaan tobasco sos. justeru itu,pada pandangan saya....cili lebih effesien dan effektif untuk diperolehi.


Pendakwaraya : itu saja yang arif soalan saya....


mahkamah terus bersidang..pertanyaan dan hujahan demi hujahan di keluarkan..serangan dai kedua-dua pihak semakin hangat. Setelah hampir 3 jam berbalas hujah dan cik hakim yang cumel pun hampir bernanah telinga... maka...
Hakim : Setelah mendengar segala hujah, dengan itu...mahkamah akan di tangguhkan sehingga minggu hadapan..(sambil mengetuk 'hammer' ke atas meja hakim) tok..tok.

Pengawal mahkamah : bangun......................... (hakim pun berjalan keluar dari tempat hakim sambil menggeleng-geleng kepala...)


sidang mahkamah pun bersurai.

Perbicaraan ini sangat mendapati liputan yang sangat meluas oleh media massa tak kira lah CNN, BERNAMA, TAKBERNAMA, CCTV dan sebagainya. Terjahan di luar mahkamah juga semakin hebat. Lalu wartawan hangat untuk sesi terjah menerjah dari TAKBERNAMA pun menemubual tertuduh.

wartawan TAKBERNAMA : mengapakah cik tertuduh menulis tentang cili? tertuduh : sebab saya suka makan cili. terutama cili padi yang dijeruk...bla..bla..bla...

setelah menebual tertuduh, wartawan TAKBERNAMA berambut megi kerinting ini menemubual pula defenden...

wartawan TAKBERNAMA : mengapa pihak defenden terasa dengan kepedasan cili yang di tulis oleh pihak tetuduh?

Defeden : Dia menjatuhkan maruah saya sebagai salah seorg yang tidak makan cili.sebagai seorang yang sensitip dan mempunyai aura kepedasan yang tinggi maka saya amat terasa.langkah terbaik..i'll see u in court ..bla bla.. bla...

lalu pada keesokkan hari maka keluarlah headline di muka surat hadapan suratkhabar AKHBAR HARI-HARI:

MAHKAMAH DEWATA RAJA-RAJA MENANGGUHKAN ISU SAMAN MENYAMAN CILI PADI DAN LADA SULAH
Kuala Hanget,13/13/1313-Mahkamah Dewata Raja-raja telah menangguhkan perbicaraan keatas kes saman menyaman cili padi dan lada sulah. tertuduh si xxxxxxxxx dan defenden si xxxxxxxxx. Menlalui temubual yang di jalankan tertuduh si xxxxxxx mengatakan bahawa pihak defenden seorang magkuk hayun yang berlagak best dan lupa daratan sebab tak makan cili padi. manakala, di pihak defenden pula membalas kenyataan mengatakan si tertuduh xxxxxxx merupakan orang kampung yang tidak mempunyai pendidikan tinggi. "apa kelas makan cili padi" menurut kata-kata defenden. -melaporkan TAKBERNAMA

hari berikutnya...tertuduh telah menfailkan saman malu terhadap defenden atas tuduhan memalukan nama tertuduh dengan mengatakan tertuduh orang kampung yang tidak mempunyai kelas dan pihak defenden juga menfailkan satu lagi saman malu terhadap terrtuduh yang mengeluarkan kenyataan bahaya defenden mangkuk hayun yang berlagak best dan lupa daratan sebab tak makan cili padi.


P/S:

* cite ini tiada kaitan ngan yg hidup atau mati.kalu terasa tue...maaflah yek!

**mood tgh tah apa-apa. Masih mamai setelah sepanjang malam dalam perjalanan mengira bintang-bintang di langit. kejap lagi nak wat statistik analisis bintang-bintang yang entah bape aku kira sepanjang malam...

***layan je la labu.... *wink wink*

Sunday, November 2, 2008

How to work better???ehem...

Kenangan...

STAR 04/05

FPM/ IS221MPP 06/07

Japan 07/08


Aidilfirtri 2008