Wednesday, December 31, 2008

tahun 2008 kian berlalu,2009 mengambil alih....


Pejam celik..pejam celik..tahun 2008 dah hampir berlalu....hanya tinggal beberapa jam dari skrang. Saat ini, aku di opis.
Aku kira terlalu banyak kenangan yang aku lalui tahun ini. terlalu banyak pahit dari manisnya. rentetan dari kepahitan itu, blog ini jadi saksi. tempat aku meluahkan segala rasa isi hati yang terbuku di jiwa. Gembira,suka dan duka...tangisan semuanya disini. Malam ini..bila aku tidur, aku di tahun 2008 dan sebaik sahaja aku membuka mata, aku berada di tahun 2009.
2009..aku harap bawa satu perubahan...satu anjakan paradigma.
banyak perkara aku akan hadapi secara keseorangan mula ari ini. Tapi perkara itu semua bukanlah sesuatu yang akan membuatkan semangat dan keazaman aku berhenti setakat ini. perjuangan ini akan aku tetap teruskan...walau banyak halangan yang berada dihadapan. Insyaallah..dengan izinNya..aku percaya2009 bakal membawa banyak perubahan..insyaallah..harap2 camtu la..
2009..terlalu banyak impian dan harapan aku anyam..
dan seseorang aku sayang itu...aku masih menantikan mereka-mereka yang amat aku sayangi.

ok..sebagai satu pembaharuan...patut atau tidak aku tukar blog skin??apa pendapat anda?

Sunday, December 28, 2008

senyum

Gila..gila..gila......! tu je aku boleh kata.
Aku sedang tersenyum. Aku sangat rindukan dia!
Tu je boleh aku kata saat ini....

dan aku..masih lagi tersenyum, sejak bangun tido tadi...


ahhh..semua hanya khayalan. Tu la..byk sgt pengaruh persandingan mawi ngan ekin!

Friday, December 26, 2008

R-A-N-T-A-I


Aku dah mula menulis novel. Baru dua chapter. Tajuk novel ku rantai. Gambar di atas adalah cover untuk novel aku. tagline aku untuk novel ini:

Mengapa harus bertemu, jika akhirannya satu perpisahan???

Jawapan pertemuan itu ada pada kamu...
Pilihan perpisahan itu ada pada kita...
Penantian bukti setia..
akhiran Dia yang menentukan...

Cerita ini aku berikan penekanan pada watak utama, Najihah, seorang budak kampung. Kisah ini semua tentang pertemuan dan perpisahan..seperti yang aku bagitau angah. Angah ketawa bila aku bagitau,aku akan selitkan juga kisah angah..walaupun tak semua perkara aku tahu tentang angah. aku baru mula dua chapter,aku harap lepas ni aku akan lebih disiplin dalam menulis dan menyiapkan novel pertama aku ni. kan cita-cita aku nak jadi penulis.

semoga berjaya hendaknya.!!! Amin.

bagi yang nak membaca kisah Rantai... klik la kat cover novel di atas.


Peringatan : cerita ini hanya satu rekaan, jika terjadi persamaan dari segi nama, watak adalah secara kebetulan belaka. Tiada kaitan,antara hidup atau mati.

Selamat mengikuti rantai!

Happy Birthday dear!!!!


Dah lama aku tak update blog. mesti ramai yang dah mula tanda tanya. aku seperti biasa...sehat. gembira? entahlah..seolah-olah tiada jawapan untuk itu. selagi aku boleh ketawa dan bersenyum, aku akan terus ketawa dan senyum. Oh ya.....terima kasih kepada para sahabat dan rakan-rakan yang mendoakan kegembiraan dan kebahagiaan aku pada hari lahir aku hari ini. si kembar,fatah seperti biasa..im,joni,caha,aisyah, ain, izan, fairuz,ahnep, elly,qai, syud, taufiq yang jauh di US, angahlinda, Zar,yumi,kamal,abang din dan semua-semualah yang tetap mengingatiku. oh ya..juga tak di lupakan amy (dewi muse) thanks....! Pada mama dan abah,terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini. hadiah paling istimewa aku adalah mempunyai ibu dan ayah yg sebaik seperti abah dan mama,serta mempunyai abang dan adik yg sgt menyanyangi dan memahami ku. Syukur,alhamdullilah.

Kala aku menulis ini,aku berada di kampung di Penang. Aku pulang jumaat lepas,sebab kenduri kak fara yang juga buat di rumah aku. Aku dan kak fara serta adik beradik kami membesar sama-sama, kemudia bersekolah rendah sama-sama. Kak fara dah macam kakak aku, ekceli kami mmg ada sangkut paut pun..sepupu sepapat gak la. Kenduri kak fara sangat meriah, ketika aku tiba di rumah, majlis berinai sedang dilangsungkan dan aku dengan 'gamble'nya selamba je g majlis berinai pakai jeans dan cardigan hitam pastu tudung fav aku. hari sabtu keesokkannya pula, majlis walimah di mulakan dengan marhaban,kemudian persandingan dan makan beradab dan acara potong kek. sangat meriah..apatah lagi di meriahkan dengan karaoke dari Pak Teh. Sebelum acara berakhir,abang zan dan kak zie menyampaikan dua buah lagu secara berasingan dan acara di tutupi dengan nyanyian dari pengantin dengan lagu senja nan merah. ehehhe..cute bangat akak aku ni!!! terlalu pantas masa berlalu...cuti pun dah nak abis. Aku akan segera pulang ke Shah Alam. Class dah nak mula selasa ni, lepas tu kembali bercuti. Oh ya..syukur juga, keputusan peperiksaan aku naik kali ini. Semoga ia kekal naik hendaknya dan kini...aku sedang meninjau beberapa universiti di US. antaranya....aku dah tgk Lancester,Wincosin dan WDC Uni. tinjau dulu....insyaallah,kalau ada rezeki tahun depan aku akan sambung master pulak kat sana. oh ya...bila Amy (dewi muse) sms aku...buat aku teringat pada Firdaus (Le eden) agaknya..dia dah abes blaja ke blom ek?? semoga mereka berdua berbahagia selalu. Daus, aku tak pernah buang kau dalam hidup aku. kau tetap kawan aku selamanya!!!

again...thanks for all the wishes!!

p/s: also hepi besday to u kembar,FATAH!!!!

Wednesday, December 10, 2008

Kau takkan mengerti kerana aku Bella Swan yang terpaut pada Edward Cullen...





Down to you,
You're pushing and pulling me down to you.
But I don't know what I,
Now when I caught myself, I had to stop myself.
I'm saying something that I should have never thought.
Now when I caught myself, I had to stop myself.
From saying something that I should have never thought of you.
You're pushing and pulling me down to you,
But I don't know what I want,
No I don't know what I want.
You got it, you got it,
Some kind of magic.
Hypnotic, hypnotic,
You're leaving me breathless.
I hate this, I hate this,
You're not the one I believe in.
With God as my witness.
Now when I caught myself, I had to stop myself,
I'm saying something that I should have never thought.
Now when I caught myself, I had to stop myself,
From saying something that I should have never thought of you.
You're pushing and pulling me down to you.
But I don't know what I want.
No I don't know what I want.
Don't know what I want.
But I know it's not you.
Keep pushing and pulling me down,
But I know in my heart it's not you.
Now when I caught myself, I had to stop myself,
From saying something that I should have never thought.
Now when I caught myself, I had to stop myself,
From saying something that I should have never thought of you.
I knew, I know in my heart it's not you.
I never know what I want, I want, I want,
Oh no, I should have never thought.


kerana aku telah biasa dengan kegelapan...maka aku ingin terus dalam kegelapan.biarpun disimbah cahaya kegembiraan,aku lebih selesa kaku dalam kegelapan ditemani kebaikan dan keburukan diri sendiri.
Bukan aku tak mencuba..tapi aku dah penat mencuba,dan buktinya kau juga menyisihkan aku jauh.Dari sayang...kuasa kegelapan itu buat aku jadi mual melihat kamu..langsung aku menyampah dengan bodoh sombong kamu..diam dan hanya berani berkata belakang!
Salah ke jika aku ingin menjadi bella swan memiliki cinta edward cullen yang mustahil? Kalau kamu ingin ketawa dengan angan aku...lalu aku ingin kata..betapa bodohnya kamu. kerana ia impian dan angan aku..siapa kamu untuk mengata,menyindir aku tentang impian dan angan-angan aku. barangkali kamu akan kata aku keji...tapi aku rasa kamu lebih keji....pendusta. sekurang-kurangnya..diam aku berasas dari kamu yang memungkiri janji.
kalau kamu rasa..kamu sudah cukup hebat bersama...aku boleh katakan..jelek aku mendengarnya...kelakar. hentikan lawak bodoh kamu...aku dah tak tahan nak ketawa!

Monday, December 8, 2008

Erti pengorbanan...


Aidiladha menjelma lagi. Memandangkan pengarah akan ke UK selama sebulan, office menjadi kelam kabut dan banyak tuntutan pembayaran serta perlantikkan pemangku tugas perlu di laksanakan. Apatah lagi,minggu depan aku akan mula bercuti panjang sebab kenduri kahwin kak farah dan kak dzu, maka aku tidak dapat bercuti. Minggu ni office kosong..dan aku terpaksa menjaga pentadbiran office. Pendek kata,pengarah tak ada...aku la pengarah besar. ehehehe.....

Mula-mula aku rasa, tak ada apa sangat kalau tak balik raya ke kampung di Penang. Bebudak umah sume dah balik kampung sejak cuti semester lagi. Cuma aku je yang berkerja,maka aku masih di rumah. Malam raya, terasa keheningannya. Hati dah mula syahdu. Tapi mujur,ada rakan-rakan di kapasitor dan seseorang yang jauh di France menamani malam aku di internet. Ye, dia juga tak dapat balik raya. Bukan sahaja aidiladha..bahkan aidilfitri dia pun di sana. Sekurang-kurangnya...dia ada 12 orang rakan-rakan senegara yang menemani dia di sana.

pagi ini bila aku bangun, aku rasa sangat syahdu. Mesej ucapan hari raya silih berganti. Aku cuma tersenyum..pura-pura kuat! kalau ikut plan asal, aku boleh je pergi marathon movie kat panggung wayang. Tapi entah napa malas sangat nak pergi. ketika itu lah aku mula teringat...saat dan ketika ini pastinya aku sibuk membantu mama di dapur masak nasi tomato. kemudian seawal pagi, aku akan mengisi kuih dalam balang untuk saudara-mara yang datang..kemudian menonton tv bila keluarga aku ke surau utk tgk upacara korban. aku tak boleh pergi..sebab nanti kalu aku dah mula menangis tengok lembu tu dikorbankan...susah nak henti. petang pula,daging korban akan di agihkan, so time tu boleh la dengar macam-macam plan nak buat dengan daging tu. namun yang pastinya, mama akan masakkan aku nasi daging. nasi daging mama sedap. gulai daging, then air asam campur tomato. (aiyak..perut aku dah berbunyi...)

aku selalu merungut pada mama. banyak betul yang aku bebelkan sampaikan adik tergelak dengar aku membebel setiap kali balik beraya. tapi hari ini...aku keseorangan dalam umah ni. sedih...takde mama,abah,adik dan along. tak ada kuih raya..tak ada nasi himpit yang merupakan satu kemestian ketika beraya,rendang ayam...sedihnya. aku tak tahu dah bape kali aku sebut perkataan sedihnya.

Sekarang aku mengerti perasaan dia bila dia kata sedih tak dapat beraya ngan mama,papa,adik-beradik dia. aku juga mula rasa kenapa parcel dari malaysia itu amat bemakna pada dia...betapa rendang ayam kegemaran dia itu amat dinanti pada hari raya...semuanya amat bermakna pada mereka yang berjauhan dari keluarga di hari raya. Tapi...itu lah erti pengorbanan. Berkorban...dan kita pasti akan lebih menghargai ahli keluarga kita.

syahdunya perasaan ini...agaknya bagaimana perasaan nabi ismail(betul ke nabi ismail??) ketika mengorbankan anaknya dahulu. pastinya maha hebatkan.....aku sendiri pun terasa syahdu berjauhan dengan keluarga tercinta. tahun depan,aku tak peduli..mesti balik raya juga. tak kiralah...raya aidilfitri ke..aidiladha...raya gongxi fatt chai atau depavali sekalipun. Krismas ni aku akan berada di kampung. Untuk bersama insan-insan tersayang pada hari lahir aku.

wei..airmata..berhentilah mengalir!!!!!!!!!!!!

Sunday, December 7, 2008

cuba kosong!

Aku kekurangan idea nak menulis....dan juga sedang sibuk mengukur dan menganggar kedai-kedai yang menjalankan megasale. yup! cuci mata...sebagai alasan untuk mencuci hati yang sedang amarah terhadap seseorang!
dan..lagu Faizal Tahir yang tersenarai dalam Juara Lagu kategori Balada,bertajuk Cuba itu bermain di kepala otak aku!!!

coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau anggap
bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati
dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar senang kau merasa
siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu
coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata kau
bila ku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa
maafkan kerana ku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat ke mataku



argh! emosi lagi.

oh ya..tak lama lagi hari lahir aku. aku dah tak sabar menghitung hari....

Friday, December 5, 2008

being tag again!

Aku di tag oleh incik Jojo. 10 perkara tentang diri aku!

ok la....
1- unpredictable person.buat ikut suka hati je.
2- kalu tgh sedih suka cuci kain...ahahhaha
3-sangat sensitip dan manja
4- addicted to internet specially kapasitor and blog
5-twilight la satu2 cite yg lya g tgk kat muvie sampai 2 kali..insyaAllah..sok lusa nk tgk lagi pastu beli DVD dia!! so suka gile cite twilight ni!
6-suka gile warna hijau. dlm 20 helai baju kurung dalam almari...2 je kaler biru,1 warna itam, 1 warna purple..lain sume hijau!
7-paling tak suka sayur tauge ngan bubur nasi
8-tak makan MCD kecuali aiskrim ngan fries je.
9- suka dengar lagu.kalu nk study kena dengar lagu kalu tak..mmg tak jalan
10- paling benci PHP dan coding programming..ahahhahah

seterusnya, saya akan petik nama 10 orang pula untuk meneruskan tulisan ini. Orang-orang yang saya pilih selepas ini sila tulis 10 fakta tentang diri anda. Ni untuk suka-suka aje.. kalo busy macam mana pon, kena tulis jugak! Lepas anda tulis tentang diri anda, sila petik 10 nama yang lain pula. Sesiapa yang telah dipetik namanya, tak perlu buat untuk kali ke-2 :D

so now time for petik2 plak ek...
1-aisyah1987
2-zinggof
3-enarif
4-xr
5-kapitan
6-fairuz ftmsk
7-didi
8-apei,budak kampung
9-angahlinda
10-abang firdaus,pakwe angahlinda...

agagaga.....

Thursday, December 4, 2008

Disember sepatutnya menjadi bulan kegembiraan ku...

Percutian yang singkat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, kunjungan rakan-rakan silih berganti..kisah luka yang ditinggalkan...secebis ingatan dari cinta lama yang tak kesampaian...silih berganti mencengkam hati aku. Patutkah aku membenci kamu?atau saja bencikan diri ku.

betul kata seseorang,kalau hidup boleh di draft,kemudian draft yang sempurna boleh di publish...yang kurang sempurnanya akan kekal dalam kotak draft, manakala...yang penuh kecacatan,akan di humban ke dalam thrash bin. kalau la hidup semudah itu...

Aku tidak terlalu sebuk, tetapi mencari kesibukkan dalam kesenggangan. Aku tidak mahu kelukaan memenuhi ruang minda dan hati ku, lalu membunuh jiwa aku.

Aku semakin tahu apa yang aku mahu dan inginkan...aku semakin jelas apa yang aku perlukan...biarpun masih kelam dengan pencarian sebuah jawapan yang aku nantikan selama ini...

Disember,mungkin bukanlah bulan yang menggembirakan beberapa pihak...tapi pada aku,aku sangat sukakandisember.Tapi tak lama lagi, hari lahir aku akan menjelang...dan disember gak, salji akan mula berguguran di beberapa tempat.

Aku bahagia..dalam kesedihan...
Aku gembira..dalam keriuhan...

oklah...need to bed. ngatuk gile.sok keje!

Friday, November 28, 2008

Filosofi Empayar Anak Setan



























Aku sedang meracau mencari nilai persamaan pada satu paksi simetri perhubungan
sayangnya, ia persamaan yang wujud hanya satu illusi maya paranormal
yang menutup dogma-dogma pembohongan bagi mengindahkan rasa hati
yang menutup selirat lingkungan rasa yang mula patah
patah dari tunasan dahan yang kian mula bercambah
bercambah dari cebisan picisan baja sedatif satu pengharapan palsu


kita jauh,terlalu jauh barangkali
terpisah dek perbezaan khalatulistiwa dalam garis horizon
berbeda pendapat,taraf kemanusiaan dan mentaliti kehidupan
biar kebarangkalian itu hanya satu nisbah sepuluh
hakikatnya,kita terpisah dalam lautan keegoan manusia
di mana landasananya bukan lagi get logik fikiran
hanya pengisian emosi jiwa tanpa haluan tetap


aku masih lagi berdiri memegang tanjak janji biapun hamparannya palsu
dan hambatan waktu itu bagaikan bersenda tawa mengejek kenaifan aku
setiap putaran detik maya itu sinis menyindir aku pada sebuah mimpi
percaturan yang terlalu sempurna anyamannya bagaikan tidak berpaksi pada putaran bumi,
hanyut berfantasi nikmat hidup yang hakiki dan fana
hinggakan lupa bahawa ciptaan kejadian alam
penuh tipu daya muslihat yang tak mampu di dalami akal


kembali pada logiknya, sang puteri
kau,aku dan mereka itu tidak mampu memahami lukisan hati
yang mana perbentangannya sedang kecewa terluka
tapi bertopeng pada kegembiraan dan keseronokkan duniawi..
sedangkan rawi dunia itu hanya sebentar persinggahan
tapi deritanya bagaikan seribu tahun penghidupan
dan aku tak mahu lagi kamu terjebak,
dalam satu lagi rantaian pemainan
di mana jawapannya kekalahan di sudut kiri kanan kamu.


bangkit,jangan lagi terus berharap tasbih tafsiran mimpi yang kosong..
sebelum lagenda anak setan itu kembali bermaharajalela membina empayar
mencipta lagenda filosofi maha hebat tak terbukti dek sejarah akal manusia!!!

Thursday, November 27, 2008

Dear Diary....


ahahaha....

Ingin ku singkir rindu ini, biar hati tak mengizinkannya....




Aku semakin kurang menulis lewat dewasa ini. Hati aku senang..ya mmg aku senang hati kini. Bukan kerana ada seseorg yang menghiburkan hati...tetapi kerana buat sementara waktu ini aku sedang berehat dari masalah. Terlalu maha hebat masalah yang baru aku lalui baru-baru ini hinggakan membengkam seluruh jiwa dan hati.
Aku kini bertambah satu hobi baru. Aku terlalu suka melihat pemandangan Shah Alam dr sisi beranda penthouse putih yang menumpangkan aku berteduh ketika ini. Indah...damai dan tenang dari tingkat atas. Ya,aku sedang berada di atas..tingkat teratas,sebagaimana kitaran hidup aku kini berada di atas. Tapi,aku tidak pernah lupa bumi dan tanah yang ku pijak. Di atas tanah itu la aku bemula kembali kehidupan ku,dan di tanah itu aku mengembara mencari makna hidup. "Kita kawan..selamanya kawan" "sampai hati awak nak buang saya dari hidup awak..saya tak pernah buang awak" "awak tahu..betapa saya sangat rindukan awak..." awak tak mungkin tahu..betapa sekejap benar persinggahan itu tetapi..terlalu banyak yang awak tinggalkan. Kerana kamu..aku tak lagi makan ubi rebus ketika berbuka puasa...kerana kamu...perkataan syurga itu aku jauhkan dari kamus perkataan aku. Ingin aku singkirkan rindu ini..tetapi aku tahu terlalu sukar. Hai orang jauh...di kala aku rindukan kamu...aku temui seseorg di sini yang persis seperti mu. Aku teringat lirik lagu melly..jika "jika teringat tentang dikau.. jauh di mata dekat di hati ingin jumpa walau ada segan tak ada niat utk berpisah dengan mu.." aku ingin singkir rindu ini,tetapi hati tak izin...apa lagi bisa aku lakukan? apa lagi bisa aku teruskan kehidupan dalam kerinduan? hakikatnya..antara kita semua semakin jauh...jauh di dalam perbezaan horizon. Terpisah dek perbezaan khalatulistiwa dan taraf kemanusiaan. Kamu dengan jalan mu...aku dengan haluan kehidupan ku..apa lagi titik sinambungan yang masih tinggal utk menyatukan kita semua kembali... Jika ada doraemon, aku mahu mesin masa..aku mahu kembali ke saat itu. Aku mahu pintu serbaguna itu..yang bisa membawa aku kepada kamu...untuk aku jelaskan apa yang terselirat. Cuma..itu hanya satu picisan omongan yang di cipta pada anak-anak kecik! Aku bukan lagi kanak-kanak yang mampu di gula-gulakan dengan angan-angan dan kata-kata kosong. Ya Allah..aku ingin berlalu dari cengkaman rindu ini..aku ingin melupakan segalanya... Aku perlukan kekuatan. Aku perlukan ketinggian kesabaran..untuk aku miliki kembali keyakinan dan keteguhan ku yang hilang. Aku perlu comforter..serangan ashtma kembali. Aku perlu berehat!!!

Wednesday, November 26, 2008

Aku tak tahu apa yang aku sebukkan lewat hari ini..

Kalu lah pencetus blogspot ni sediakan thrash bin, aku rasa..aku rasa,aku rasa..blog aku la yang mendahului. Banyak sangat draft aku yang akhirnya aku delete buang entah kemana. Cuti semester dah mula....dan aku kembali bertugas di pejabat awam. Menyiapkan database..adalah tugas utama aku. aku juga sebuk dengan majlis apresiasi seni: maya.
Boleh dikatakan, aku agak sebuk juga lah..selain memeriahkan diri aku dengan kesibukan tugas,aktiviti masa lapang dengan kembar dan angah...selebihnya adalah masa utk merehatkan diri dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. penat, tapi cukup menenangkan diri. Tak perlu memikirkan tentang perkara yang tak perlu nk di pikirkan lagi.
selain keje2 yang menimbun, serta aktiviti sampingan.....aku selalu jugak ber 'gathering' lewat kebelakangan ini. As always..the same faces. tak kawan-kawan sepenulisan..kawan2 mpp...atau pun kawan sepejabat. Aktiviti di pejabat juga seperti biasa....keje..gosip..politikus dalaman.
oh ya..fred datang melawat aku di opis petang ni. waaaa..windu nya,dah lama kami tak ketemu. rasanya kali terakhir cuti dua sem lepas...si Fred datang ke penang tgk kawan dia kawen. Dikesempatan itu lah,kami berjalan-jalan bersama di sekitar Penang. mengigat kembali detik karniawan ke-6 di USM. kelakar..pikirkan balik.
Malam ni ada futsal game, tapi sebenarnya aku masih terfikir..aku tak selesa nak bermain. Perasaan aku. Aku tak suka sebenarnya..tapi...entahlah..biar apa yg terbuku dalam hati tu tetap di situ. tak perlu ada orang lain tahu apa yang bermain di hati,minda dan benak ku.
dah abes opis hour..aku nak balik. daaa..

aku windu kan satu manusia..yang aku tak pernah miliki dia..walaupun aku tak patut rasa kehilangan sebab tak pernah memilikinya..tapi aku sangat rindukan dia. rindu utk berbual dengan dia...rindu utk bercerita ttg mimpi aku..rindu utk bgtau dia tentang apa yg aku suka..

ok laaa..bye...

jom pulang!

Sunday, November 23, 2008

K-I-T-A

kita selalu rasa diri kita tak sempurna..padahal kita ada sesuatu yang orang lain tak ada...kenapa kita tak sedar ye?

bila kita rasa diri kita terbaik...padahal kita dah kehilangan apa yang kita ada dalam idup kita..lalu camana kita bleh kata diri kita terbaik ye?

memang nak jd diri sendiri atau menjadi acuan orang..dua2 pun tak senang..tapi mengapa kita masih berjuang dgn pilihan ye?

Pening2...Adoiya...

windunya aku pada dia..

Tuesday, November 18, 2008

langit pagi

aku sedang melihat keindahan subuh dari penthouse tingkat sepuluh. kononnya,penuh kemewahan dan tersergam indah. cantik! refeklsi langit yang kebiruan, berhadapan lot banglo yang mempunyai kolam renang yang menawan hati. aku sangat tenang. tiada kondisi yang lebih tenang selain melihat langit subuh!

Dalam ketenangan pagi subuh hati aku sebenarnya sedang bekecamuk. sakit perut yang tajam menyucuk2...kerisauan ttg tahap penglihatan yang semakin membatas,kehendak hati yang semakin liar serta tuntutan hidup yang semakin tinggi...buatkan nada aku jadi suram. dan kembar dapat rasa betapa suramnya hati aku..hinggakan menemani aku seketika waktu malam semalam. itu kah kembar,sentiasa memahami aku. walaupun, adakalanya, aku rasa aku tak memahami diri sendiri.

aku sedang menguji dia...seperti mana aku menguji diri aku..hati aku sendiri. gembira dan kecamuk..dua entiti halus yang sedang menghantui aku. lalu betul kata filosofi, musuh kita adalah diri sendiri.

kesejukan pagi mecengkam hingga ke tulang hitam.Sangat sejuk dan tenang.

aku penat! kejap lagi dah nak sambung keje..keje tak pernah berhenti!

aduhaii...

Saturday, November 15, 2008

Happy Birthday!



hepi birthday to you..
hepi birthday to you...
hepi birthday to angah linda...
hepi birthday to you..


rini birthday angah linda a.k.a puan panda... aku tak sempat nk singgah umah angah arini. sibuk sangat! tapi...untuk angah tersayang,selamat hari lahir. In sayang angah. muaahhhhhh.....
ini angah ku yang cumel...


hepi besday angah! luv you!

ehh! angah...dah tua la..ahahhaha...sowi..luv u!

surat hati...

Minggu yang sangat sibuk hinggakan tulisan coretan hati aku seringkali tersimpan di kotak draft. Aku sangat penat! penat menyiapkan tugasan projek akhir yang aku hampir give up. Mujur...adanya kekasih yang sentiasa menyokong aku dari tulang belakang. yang membebelkan aku...makan,tido...yang mengejutkan aku kala aku tertdo kepenatan mengejar masa menyiapkan tugasan.Alhamdullilah, setelah hampir seminggu bersengkang mata...jadi budak skema melepak di library menyiapkan tugasan...akhirnya,siap juga. Presentation pun ok je. Aku nak say thanks berbanyak pada lecturer yang amat sayangkan aku itu,Encik Zul. Sejak aku operation, encik zul banyak bei tumpuan pada tahap kesihatan aku dan pencapaian aakdemik selain supervisor aku sendiri. Thanks encik Zul sebab tolong settleka project yang hampir aku give up ini.
Seminggu sudah juga..aku telah berpindah ke rumah banglo ini. Aku tenang dan selesa di sini. Alhamdullilah...dan aku kini semakin jelas..dua manusia itu aku perlu jauhi..kerana setiap kali mereka menghampiri aku...hidup aku di dalam keserabutan dan kekusutan yang teramat!
kekasih, sentiasa melimpahkan aku dengan penuh kasih sayang. Adakalanya, aku terpikir..adakah aku telah menyusahkan dia dengan karenah dan permintaan aku??Adakah aku terlalu mengongkong kehidupan nya?? aku sedar..kemanjaan aku..sikap degil aku....adalah satu ancaman pada diri aku sendiri. dan adakalanya,..aku ingin jauh dai kekasih. Aku tak mahu kekasih terlalu menurut permintaan atau kata-kata aku....aku tak mahu kekasih terlalu manjakan aku. Aku takut! aku takut aku akan sengsara..bila suatu hari aku kehilangan dia. atau suatu hari jika jodoh kami tak panjang........aku takut aku terluka.
kekasih sayangkan aku...
kekasih sangat manjakan aku..
kekasih sangat menjaga aku...
kekasih sangat merisaukan aku...

'sayang,sampai ofis telefon ya!' dan permintaan aku di tunaikan....

'sayang,kejutkan syg bgun subuh ya," subuh itu dia kejutkan...

'sayang..lunch nnt call syg ya! ' permintaan berbentuk arahan...masih lagi di turutkan.

dan dia...dengan tenang....

"syg, sayang nak sayang jaga kesihatan ye!"

"sayang taknak tgk syg tdo lewat lagi pasni..kecuali kalu ada task yang pelu diselesaikan!"

"sayang nak syg makan makanan yang sihat2 pasni, jangan makan megi lagi k!"

"syg,jgn cakap lama2 tau...nnt abes kredit. syg blaja lagi...sayang takpe la...dah keje!"

"syg jgn isaukan sayang ya!"

tapi..aku tetap aku. masih lagi makan megi...masih lagi tido lambat..masih lagi menyakat kekasih dengan perempuan-perempuan lain..masih lagi muncungkan mulut sambil berpura-pura cemburu (tapi ada gakk betul2 aku cemburu..cuma aku sembunyikan dlm ketawa ku..ahahh)

aku tahu..kekasih mula mengenali aku melalui penulisan aku. Tima kasih,kekasih krn cuab untuk mengenali aku. cuba memahami aku..dan sentiasa meletakkan aku di tangga pertama kehidupan kekasih. ahaha....hidup kamu tanpa aku jauh lebih baik..apatah lagi kekasih mempunyai kesayangan yang manja..cenggeng..mudah merajuk. ahaha..layan je la sayang. sayang kan selalu kata sayang maintained and cool. eheheh..

arini..kekasih kurang sihat. barangkali jadual kerja dan rehat tak menentu membuatkan kekasih jatuh sakit. Aku isau...sangat risau sebenarnya. tambah lagi bila kekasih tidak membalas mesej aku, menelefon aku. kekasih perlu rehat. Aku cuba pahamkan diri yang tak mahu paham! aish...semua ini kekasih punya pasal. sampaikan aku sedang mengira kehadiran tahun 2010. aduhai tuan putri...wake up!! jgn terlalu dibuai perasaan...masa itu masih panjang. kalu sesuatu nak jd..sekelip mata bleh jadi...

"sayang janji sayang takkan tinggalkan syg...."

kekasih dah janji takkan tinggalkan aku..pastikan kamu tunaikan janji kamu..jika tidak..aku akan benci kamu seumur hidup. jangan tinggalkan aku...kecuali Allah lebih sayangkan kamu. Aku akan redha...jika terbukti Allah lebih menyanyangi kamu dari aku.

esok aku akan ketemu kekasih.,..teruja?ahaha..gedik tak kalu aku katakan...aku tak sabar nk tunggu subuh mnjelang. aku tak sabar menanti hadirnya esok. aku mahu berjalan beriingan dengan kekasih....aku mahu kekasih memimpin tangan ku...menikmati detik-detik manis aku dan dia...di dalam lautan manusia yg membanjiri kawasan..tapi, aku tak mahu kekasih gagahkan diri kerana aku. Aku mahu kekasih cepat sihat...aku mahu kekasih sentiasa bahagia...

sayang,kalu kamu baca coretan aku..jangan ketawa ya sayang. cepat sembuh sayang...aku nntkan panggilan dan mesej kamu seperti biasa.....jgn lupa mkn ubat ya!!!

Monday, November 10, 2008

Endless Story: New Chapter re-open!

Hai.

Setelah sekian lama aku menyepi. kesibukan, peperiksaan dan perasaan yang mencengkam sanubari lewat beberapa hari ini benar-benar membuatkan aku sedikit celaru. Alhamdullilah, peperiksaan akhir telah berlangsung hendaknya. semoga...dalam penghitungan aku ia telah berakhir untuk utk beberapa tahun ini. Malam ini,aku perlu selesaikan hal FYP aku. again,bersekang mata lagi. tapi sebelum itu, aku ingin mencoret di sini.

Lewat kebelakangan ini, telephone aku sering kedengaran...bunyi sms dan panggilan silih berganti. mmberi laporan harian...bertanyakan keadaan aku....membuat permintaan-permintaan yang berbentuk arahan tapi tersembunyi dek rasa kasih yang melampau-lampau. dan malam aku pula di akhiri dengan ucapan rindu-rinduan....penuh syahdu menyentuh hati aku. tapi, saat ini, hati aku..tak dapat diluahkan. biarlah ia kekal menjadi rahsia wajah hati. Aku, dia dan Dia...biar kami sahaja yang ketahui..biar Dia sahaja menjadi saksi. iya..hati aku sedang diketuk. dan pari-pari cinta itu sedang membidik kan anak panah di hati aku. sayangnya, aku masih mengharapkan sesuatu yang samar. Penuh kesamaran...setelah begitu lama..aku sukakan dia..aku sayangkan dia..walaupun..tiada bicara kami lewat kebelakangan ini. Saat aku besumpah pada hati aku perlu menjauhkan diri aku dari dia. aku mahu dia bahagia...perolehi apa yang di mahukan...bahagia walau apa..di mana dan dgn siapa dia berada.

tapi, biar apa pun, masa sedang bergerak langsung tidak menanti aku,dia atau kamu. 10-10-2010, aku akan bergelar pemaisuri hati seseorang. yang menyintai aku dan meyanyangi aku sepenuhnya. biarpun kala itu,aku tak mampu memberikan cinta hati aku pada dia yang menakluki aku dengan ikatan yang sah. Cermin hati ini telah retak..hancur lumat walaupun aku sedang berketawa dengan gembira.

ya..aku sedang ketawa dengan gembira. sangat gembira juga barangkali. Aku telah berpindah..dari kesunyian bukit ke kesibukan bandar. Kontra sekali kan..kamu sukakan ketenangan jauh dari manusia,tapi aku pula masuk dalam kelompok manusia yang berbagai ragam..yg penuh tipu muslihat. terlalu lama aku berada di kesunyian pinggir bukit menikmati ketenangan dalam kesepian. melihat semua jalan dengan mata hati..melihat setiap arah lurus jalan hinggakan adakala,aku terperangkap di persimpangan. tapi kehadiran kami dan kisah kamu mengubah aku, mengubah aah haluan hidup aku. Aku bukan lagi seorang adik berusia 15 tahun..tapi aku seorang kakak..yg usia nya bakal mencecah suku abad pada tarikh perkahwinan aku kelak. ahahha...aku kakak kepada adik-adik yang cumel,kacak dan nakal2 belaka.

sebelum aku berhenti..entah napa aku ingin berpesan sesuatu....barangkali pesanan ini pesanan terakhir..atau mungkin aku bimbang aku terlupa untuk berpesan pada esok hari...maka biar saja aku coretkan kala ini.

untuk angah tercinta, terima kasih kerana tak putus memberikan nasihat, panduan tunjuk ajar...sama-sama berkongsi rahsia..menjadi firewall aku..jd cctv dan filter aku...juga menjadi heater aku saat aku hampir tewas..menjadi tempat aku bermukim di kala diselubungi saat kejatuhan. Angah..kakak terbaik yang penah aku ada dunia dan akhirat.

kembar....aku sangat menyintai kamu saudara ku. kau lah kembar aku, sahabat,teman, kawan,saudara bahkan sebahagian yang melengkapkan kehidupan aku. Aku tak pernah rasa sisih adanya kamu di sisi..aku tak pernah rasa sepi dan kosong dengan bicara kamu. Aku sentiasa gembira dengan kamu. sangat gembira. terima kasih atas pengorbanan kamu...

untuk seorang pembaca blog ku yang aku kenali sebagai Kak Ina, terima kasih membaca blog in. ia hanya coretan hati tentang kehidupan seorang putri kecil dalam mencapai kegembiraan dan berjuang demi ke. Kehidupan ini adakalanya kejam.. tapi kita akan lebih menghargai nikmat kehidupan setelah mengharungi susah senang perit hidup. transformasi kehidupan ini sedetik hanya..cuma semuanya terletak di tangan kita. bagaiman kita menconteng kanvas warna itu.InsyaAllah...Allah itu bersama kita sentiasa. kesedihan yang ada datang dlm kehidupan kita itu sebenarnya menjadikan kita lebih matang. Percayalah..doa in sentiasa mngiring Kak Ina.

untuk kamu, mungkin kamu tidak lagi membaca blog ku. barangkali kehadiran aku juga sudah lupus dalam kotak pemikiran kamu. yelah, hanya satu nama bermain di minda kamu. Aku senantiasa doakan yang baik2 belaka buat kalian.

untuk fairuz yang tengah kebosanan..ahah(saja je nak mengata fairuz..)..sila update blog anda dan kasikan addressnya kat aku...eheh tak sengaja terpadam url blog ko. Thanks juga sahabat, yang membantu aku berpindah..dan membantu aku ketika aku mati kutu laptop aku rosak. mujurlah kabel bateri je. kalu tak mau nanges tak henti...ahahha.....

specially to Kak Wani (Che'Yam Comel) eheh..SELAMAT PENGANTIN BARU. INSYAALLAH...i'll be in ur wedding on that date. jgn lupa present kat saya ye..date tu besday saya jugak! ngeee..ngee....

untuk rakan serumah aku, ayu, hani,kay'on, ena, fieza,fariza dan anis(roommate aku)..selamat berkongsi kehidupan dengan aku dalam penthouse serba sederhana ini. aku sangat selesa..Thanks hani sebab temankan aku berjogging sekitar tasik tadi...kemudian singgah McD belasah McFlurry.ehehe...esok kita jogging lagik ye. jogging sampai aku kurus sebelum tarikh lahir ku ke-24.


untuk kamu sayang...terima kasih menyayang dan menyintai aku. bahkan sentiasa memenuhi permintaan aku. Aku sedang belajar membuat keputusan..juga sedang belajar menilai hati aku. Aku benar-benar butuh waktu. tapi hadir kamu sangat membahagia kan aku kala ini. Cuma,aku tak mahu masa indah yg seketika ini akan meluluhkan dan memusnahkan kehidupan kita kelak. Aku benar-benar perlu masa. untuk aku,kamu..dan rumahtangga yang bakal kita harungi. Kelak, jika keputusan aku menerima kamu dalam hidupku, menyerahkan cinta dan seluruh hidupku pada mu..aku pohon kau didiklah aku. Didiklah aku menjadi wanita paling bertuah dan bahagia di sisi mu. Jadikanlah aku satu-satunya permaisuri di hati mu bukan dua,tiga dan empat..dan jgn la kau kasari aku dengan maki hamun,kejian dan tamparan. Aku akui aku mula sayangkan kamu..dan perasaan ini hadir tanpa dipaksa, tapi sayang..cinta dan sayang itu berbeza. Aku harap kau paham. Terima kasih atas pemahaman kamu selama ini. Aku perlukan ruang lingkup untuk aku membuat keputusan. terima kasih ye sayang...

oklah...aku mahu sambung menyiapkan keje aku sekejap lgi. tapi aroma dari dapur sangat sedap dan perut aku sedang berkeroncong dangdut.lapar..ahahaha....

untuk pembaca dan pengikut blog aku. tima kasih...

Friday, November 7, 2008

Quantam Of Solace...


Kesibukan...gelak tawa...tension..sedih...sume bergumpal menjadi satu di saat-saat akhir perjuangan dalam pengajian. Aku tak banyak masa...tak dapat menyajikan pembaca blog aku dengan pelbagai cite suka dan duka. Aku benar butuh waktu!

Tapi, bagi tidak menghampakan pembaca dan pengikut setia blog ku, akak-akak kesayangan ku..rakan-rakan yg banyak membantu... aku ingin berkongsi lagu yang menemani aku..menjadi halwa telinga di kala kesibukkan aku. (sila klik di link sebelah) Thunder

thanks to Izwan Ariff....for the song and others songs. Jom...hayati lirik lagu ini bersama...ehhehe

Thunder
Today is a winding road
Thats taking me to places that I didn't want to go, whoa
Today in the blink of an eye
I'm holding on to something and I do not know why I tried
I tried to read between the lines
I tried to look in your eyes
I want a simple explanation; what I'm feeling inside
I gotta find a way out
Maybe there's a way out
Your voice was the soundtrack of my summer
Do you know you're unlike any other?
You'll always be my thunder, and I said
Your eyes are the brightest of all the colors
I don't wanna ever love another
You'll always be my thunder
So bring on the rain
And bring on the thunder
Today is a winding road
Tell me where to start and tell me something I don't know, whoa
Today I'm on my own
I cant move a muscle and I cant pick up the phone, I don't know
And now I'm itching for the tall grass
And longing for the breeze
I need to step outside, just to see if I can breathe
I gotta find a way out
Maybe there's a way out
Your voice was the soundtrack of my summer
Do you know you're unlike any other?
You'll always be my thunder, and I said
Your eyes are the brightest of all the colors
I don't wanna ever love another
You'll always be my thunder
So bring on the rain
And bring on the thunder
Yeah I'm walking on a tightrope
I'm wrapped up in vines
I think Ill make it out but you just gotta give me time
Strike me down with lightning
Let me feel you in my veins
I wanna let you know how much I feel your pain
Today is a winding road
That's taking me to places that I didn't want to go, whoa
Your voice was the soundtrack of my summer
Do you know you're unlike any other?
You'll always be my thunder, and I said
Your eyes are the brightest of all the colors
I don't wanna ever love another
You'll always be my thunder
Your voice was the soundtrack of my summer
Do you know you're unlike any other?
You'll always be my thunder
So bring on the rain
Oh baby bring on the pain
And listen to the thunder


oh ya....aku sehat2 dan baik-baik belaka. Sedang menghitung hari untuk abis peperiksaan..juga untuk MRRI. jgn risau..aku sehat..dan ketawa dengan gembira. Oh ya..sesuatu....Ain, Elly, Apun,Aisyah, Jue...Angahlinda...Fatah..aku sayang sama kalian semua.... terima kasih kerana selalu beri aku semangat! Aite! Selamat berjuang ya kalian....

lagi satu...aku dah tgk cite James Bond OO7 Quantam of Solace. Maaf..aku tak layan High Scool Musical! ahaks...ahahah

Tuesday, November 4, 2008

Mahkamah Dewata Raja-raja


Perbicaraan terhadap kes oxoxoxox akan di mulakan.

Pengawal mahkamah : (hormat terhadap mahkamah) Bangun!!!!!

* Yang Mulia hakim tinggi Mahkamah agung Dewata raja-raja masuk mengambil tempat*

sebutan kes oxoxoxox bemula.

Tertuduh : prinzessinzlya bt si polan si polan
defenden : prinzessinzlya binti si polan si polan..

daripada barisan pendakwaraya di wakilli oleh yang mulia agen 44 dari titik putih and co mewakili tertuduh. manakala dari barisan defenden di wakili oleh titik hitam and friends.

hakim yang akan mendengar dan menjadi neraca penimbang untuk kes ini adalah yang mulia dewata prinzesinzlya bt si polan si polan si polan, amn aka ajm mpp mpq acca ccna dsb annex(panjang pangkat yg telah diperolehi). kes ini merupakan satu kes terpencil maka sistem penghakiman adalah menggunakan kaedah jurispunden yakni pengubalan keputusan berdasarkan pendapat juri-juri melalui konsep common law

barisan juri terdiri daripada yang mulia kembar, yang mulia apple pie, yang mulia kekanda beruang panda, yang mulia raja buaya,yang mulia optimistik_guy, yang mulia agar-agar.

mahkamah bersidang setelah sebutan kes dilaksanakan.

Pengangkat sumpah : (sambil mengangkat tangan seperti membaca ikrar) saya bersumpah akan berkata benar,sebenar-benarnya dan tiada yang lain melainkan kebenaran.

Dikandang pesalah...

Tertuduh : saya bersumpah akan berkata benar,sebenar-benar-benarnya dan tiada lain melainkan kebenaran! (sambil menurunkan tangan yang berikrar setelah selesai angkat sumpah)

Pendakwaraya : yang arif cik hakim (masih bujang ya,maka cik bukan puan..!) saya ingin bertanya pada tertuduh.

Hakim : mahkamah membenarkan.silakan.

Pendakwaraya : cik prinzessin, adakah kamu mengaku..bahawa kamu menulis blog sensasi itu bertujuan untuk memalukan seta mengaibkan pihak tertuduh dan berniat mahu meletakkan pasir di dalam periuk nasi beliau?

Peguambela : (berdiri) Yang arif, saya membantah yang arif. Pihak pendakwaraya sedang menghina anak buah saya yang arif!

Hakim : Mahkamah membenarkan soalan itu diteruskan. tertuduh..sila jawab.

Tertuduh : (dengan muka comel) Tidak Yang Arif! saya sekadar menulis. apa yang saya rasa saya ingin tulis. tidak pulak saya terpikir akan menyebabkan pihak sana terasa bila saya mengeluarkan kisah tentang resepi hati masak sambal dengan menggunakan kompilasi cili boh dan cili api. saya tidak sangka pihak defenden mempunyai aura yang sangat kuat akibat penggunaan cili-cili tersebut cik hakim!


Pendakwaraya : Mengapa kamu memilih cili?bukan lada atau lada sulah??atau barangkali sos cili atau "tobasco's sos"


Tertuduh : barangkali disebabkan masyarakat melayu suka makan cili dan saya sendiri suka makan cili terutama cili padi, maka saya tidak pula terfikir menggunakan lada sulah tuan pendakwaraya. yang tobasco'c sos tu..maaf..kalu sebutan tak betul...erk...saya tidak pasti di mana boleh dibeli. sebab saya hanya lihat ia di pizza hut sahaja tuan hakim.takkan saya nak merompak kat pizza hut pulak..jadi saya tak tahu bagaimana penggunaan tobasco sos. justeru itu,pada pandangan saya....cili lebih effesien dan effektif untuk diperolehi.


Pendakwaraya : itu saja yang arif soalan saya....


mahkamah terus bersidang..pertanyaan dan hujahan demi hujahan di keluarkan..serangan dai kedua-dua pihak semakin hangat. Setelah hampir 3 jam berbalas hujah dan cik hakim yang cumel pun hampir bernanah telinga... maka...
Hakim : Setelah mendengar segala hujah, dengan itu...mahkamah akan di tangguhkan sehingga minggu hadapan..(sambil mengetuk 'hammer' ke atas meja hakim) tok..tok.

Pengawal mahkamah : bangun......................... (hakim pun berjalan keluar dari tempat hakim sambil menggeleng-geleng kepala...)


sidang mahkamah pun bersurai.

Perbicaraan ini sangat mendapati liputan yang sangat meluas oleh media massa tak kira lah CNN, BERNAMA, TAKBERNAMA, CCTV dan sebagainya. Terjahan di luar mahkamah juga semakin hebat. Lalu wartawan hangat untuk sesi terjah menerjah dari TAKBERNAMA pun menemubual tertuduh.

wartawan TAKBERNAMA : mengapakah cik tertuduh menulis tentang cili? tertuduh : sebab saya suka makan cili. terutama cili padi yang dijeruk...bla..bla..bla...

setelah menebual tertuduh, wartawan TAKBERNAMA berambut megi kerinting ini menemubual pula defenden...

wartawan TAKBERNAMA : mengapa pihak defenden terasa dengan kepedasan cili yang di tulis oleh pihak tetuduh?

Defeden : Dia menjatuhkan maruah saya sebagai salah seorg yang tidak makan cili.sebagai seorang yang sensitip dan mempunyai aura kepedasan yang tinggi maka saya amat terasa.langkah terbaik..i'll see u in court ..bla bla.. bla...

lalu pada keesokkan hari maka keluarlah headline di muka surat hadapan suratkhabar AKHBAR HARI-HARI:

MAHKAMAH DEWATA RAJA-RAJA MENANGGUHKAN ISU SAMAN MENYAMAN CILI PADI DAN LADA SULAH
Kuala Hanget,13/13/1313-Mahkamah Dewata Raja-raja telah menangguhkan perbicaraan keatas kes saman menyaman cili padi dan lada sulah. tertuduh si xxxxxxxxx dan defenden si xxxxxxxxx. Menlalui temubual yang di jalankan tertuduh si xxxxxxx mengatakan bahawa pihak defenden seorang magkuk hayun yang berlagak best dan lupa daratan sebab tak makan cili padi. manakala, di pihak defenden pula membalas kenyataan mengatakan si tertuduh xxxxxxx merupakan orang kampung yang tidak mempunyai pendidikan tinggi. "apa kelas makan cili padi" menurut kata-kata defenden. -melaporkan TAKBERNAMA

hari berikutnya...tertuduh telah menfailkan saman malu terhadap defenden atas tuduhan memalukan nama tertuduh dengan mengatakan tertuduh orang kampung yang tidak mempunyai kelas dan pihak defenden juga menfailkan satu lagi saman malu terhadap terrtuduh yang mengeluarkan kenyataan bahaya defenden mangkuk hayun yang berlagak best dan lupa daratan sebab tak makan cili padi.


P/S:

* cite ini tiada kaitan ngan yg hidup atau mati.kalu terasa tue...maaflah yek!

**mood tgh tah apa-apa. Masih mamai setelah sepanjang malam dalam perjalanan mengira bintang-bintang di langit. kejap lagi nak wat statistik analisis bintang-bintang yang entah bape aku kira sepanjang malam...

***layan je la labu.... *wink wink*

Sunday, November 2, 2008

How to work better???ehem...

Kenangan...

STAR 04/05

FPM/ IS221MPP 06/07

Japan 07/08


Aidilfirtri 2008

Friday, October 31, 2008

Aku nyanyi aku punya suka lagu yang aku nak nyanyi...kalu kamu rasa nak pengsan..itu masalah kamu..

Putri, jangan menangis
Hapus air mata
Di wajah cantikmu
Putri, kepergianku
Tak akan lama
Tahan rindumu
Putri, seandainya saja
Ku bisa, menghentikan waktu
Ku hentikan waktu
Bila kau rindukan aku putri,
Coba kau pandangi langit malam ini, aku di situ
Bila itu tak cukup mengganti
Cobalah kau hirup udara pagi, aku di situ
Mungkin dengan perpisahan
Kita kan mengerti arti pertemuan
Putri, percaya padaku
lni hanya likuan hidup
Yang pasti berakhirnya

......aku pandang langit malam...dan aku harap bintang itu akan sentiasa bersinar...menemaniku biar di mana aku ada seperti mana bintang itu sentiasa setia pada langit malam biarpun ada kalanya, langit gelap itu tidak menyinarkan cahaya pada bintang....aku pasti menanti kamu...sambil mengira bintang di langit. itu janji aku....

***************************************************************************************************************

Selepas kau pergi
Tinggalah disini kusendiri
Kumerasakan sesuatu
Yang tlah hilang didalam hidupku
Dalam lubuk hatimu
Kutahu kau sebenarnya tak
Inginkan lepas dariku
Hilanglah dambaku kala hampa
Bantu aku membencimu
Kuterlalu mencintaimu
Dirimu begitu
Berarti untuk ku
Kau telah mencinta
Dan dicintai kekasihmu
Ini tak adil bagiku
Tahu kah kau kini ku terluka
Lupakan ku dalam tidurmu
Yang pernah mencintaimu
Kau memang tercipta
Bukanlah untukku
Selepas kau pergi
Tinggalah disini kusendiri
Kumerasakan sesuatu
Yang tlah hilang didalam hidupku


........bantu aku membenci mu, bantu aku lupakan kamu. memang aku kecewa..aku kecewa dengan sikap da kepercayaan yang kamu berikan pada aku...kamu yakinkan semula aku tentang cinta...tentang hidup, akhirnya kamu biarkan aku terkontang-kanting. Aku mahu membenci kamu...

***************************************************************************************************************
mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu
telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

.....cinta tak semestinya di miliki. memiliki perasaan menyintai itu juga satu anugerah. bukan senang..untuk mengenali, menyanyangi dan menyintai. tapi aku pasti..setiap berlaku ada hikmahnya. kau tidak ditakdirkan untuk aku bergitu sebaliknya...tapi aku bahagia asalkan kau bahagia...itu sudah memadai..kerana biarlah cintaku dalam hati. itu yang pasti...


*****************************************************************************************************************

If you haven’t changed your mind
Then I want you by my side Tonight
I’m so tired of always having to bluff
Everytime I think about you baby, I feel so young
If I could just tell you I miss you
It’s so hard to say I’m sorry
You see, I want to sing this song, not for just anyone
but just for you
An ENDLESS STORY that keeps on shining
Always, I wanna show you, forever and ever
Memories of our time together
this way, they don’t go away
Once I knew that the warmth between us had disappeared,
gentle tears started to spread over my chest
This is not where it ends, I’m missing you
please don’t let go of my hand
You see, I wish I could sing this song, just for you
just one more time
An ENDLESS STORY of undying love
tell me why, please tell me, forever and ever

.....well seems like it just a beginning of the chapter yet to end it. but i'm sure it gonna be an endless story..hate to see coming episodes; but i have to agree dat i'm an impatient person..also, i wish it end up quickly..tho it's not easier as wat we see...ahhh..dun wanna care. i stil gonna sing the song for us... (demmit)......dis sucks!...

***************************************************************************************************************

kompang dipalu, pengantin baru
duduk bersanding, tersipu malu
kompang dipalu, pengantin malu
moga bahagia, ke anak cucu
kami doakan moga berkekalan
selamat sejahtera hingga akhir zaman
mempelai tersenyum manis
air mawar direnjis-renjis
bunga manggar indah berseri
ooooooooo
senyum tawa dan gembira
sanak saudara semua
oohh, indahnya
merahnya inai dijari
tanda kasih sudah termateri
ikatan raja sehari
hari yg dinanti-nanti
sudahlah menjelma kini
kekal dan abadi
selamat pengantin baru
moga kekal ke anak cucu
selamat pengantin baru


..erk...aku terdengar-dengar lagu ini. bila tiba di umah je pagi tadi...aku lihat beberapa barang yang aku sgt jelas fungsinya sedang berada menghiasi kamar tido aku. Ingatkan barang kak La atau along, sekali...aduss...cincin di dalam kotak atas meja. Apa aku nak buat hah?

tidakkk...aku baru 15 tahun utk itu..rasanya....baru semalam aku amik UPSR..(eh melampau plak) erk....erm...
Nanti lah aku pk.......

tapi apakah 10-10-10 itu kian dekat??? mak aih...jgn la.....

sama tapi tak serupa...

Kisah 1
Suatu masa dulu....sebelum istiadat konvo yang entah ke berapa..aku berbual Aina..

Aina : Ko tgk tue mak cik...(sambil menunjukkan aku ke satu arah)
Aku : mende ??(sambil mata melihat ke arah yang di tunjukan) ala...biarlah..
Aina: ko nie benggong la....(diam agak lama..memikirkan sesuatu...) apa beza menggong ngan benggong??
Aku : beza..erm huruf 'm' ngan 'b'...(selamber)
Aina : mangkuk...!!!
Aku : ko la hayun.....(blah lari..selamatkan diri!!!!)



Kisah 2
Sedang sibuk ber'ym' dengan manusia itu yang jauh di perantauan...

+Luke : watpe je tue?
+Aku : rehat....saya sangat penat laaaa rini...(cam biasa..sesi melaporkan aktiviti harian)
+Luke : Penat watpe je??
+Aku : baca buku....(jawab dengan malas)
+Luke : baca buku pun letih?
+Aku : sapa kata letih..penat je!
+Luke : penat ngan letih tak sama ke?????(bunyi ayat konfius je...)
+Aku : tak sama. cuba eja....(aku dah sengih2...)
+Luke : ^&*%$#@!!#$$$# (tak dapat nak huraikan persamaan kimia ini..)




Thursday, October 30, 2008

emotional song...

Pernah dengar lagu emotional song dari kumpulan Dewa? itu lah perasaan aku kala ini. sukar nak digambarkan..tapi lewat kebelakangan ini aku terlalu sensitif..telalu mudah terusik..terlalu mudah terasa hati walaupun untuk sesuatu yang remeh.
Aku windu rumah...aku tak nafikan. sekarang..aku sedang melepak di McD seksyen 3...mengabiskan masa aku dengan menyiapkan report. Aku mahu tenggelam dalam kebisingan dan kesibukkan bandar..bukannya hanyut dalam kesepian dan kesejukan atas bukit. kembar aku temankan aku..seperti biasa. Cuma kali ini, chenor juga turut sama.

bagus juga ya..kalu semua tempat ada wi-fi, lalu aku boleh surf internet tanpa batasan.

aku sedang cuba untuk tidak melewati ke chatroom seperti biasa...sebab itu aku berada di sini ketika ini. Aku tak mahu...kemurungan, ketidak stabilan emosi aku menyebabkan semakin ramai yg bekecil hati. Buktinya..lihat sahaja semalam. kalu bukan Izwan yang memujuk, sudah pasti aku tak tersenyum. Kalu tidak incik Shrek yang membalas sapaan ku setelah lama tidak berkomunikasi....mungkin aku masih bermuram durja pagi ini. yep..cik Shrek itu buat dunia aku kembali berbunga,..cik shrek juga buat aku ketawa....

Aku nak terus mengabiskan report aku. sok aku akan kembali ke kampung halaman tercinta. sudah rindu mama dan abah serta adik-beradik aku. Bila balik ke kampung,at least ia mendidik aku agar tidak lupa kesusahan hidup...tidak lupa bumi yang di pijak biar langit yang di junjung. oklah..aku nak mengundurkan diri.

semoga nyanyian emosi ni hanya setakat ini....


Tuesday, October 28, 2008

hilang tumpuan...

Esok petang aku akan menduduki final exam. tapi entah kenapa..aku hilang konsentrasi. kaki dan tangan aku yang lebam dan terseliuh nie dah ok..cuma demam pulak. Aku cepat marah kebelakangan ini..terutama bila menyebut nama seseorg itu.

hari ini aku begaduh di chatroom....dengan manusia yg nama seakan-akan nama dia. entahlah....

petang td, kepala aku masih berdenyut hinggakan aku tertdo ketika membaca note.dalam mimpi aku..aku nampak dia. Aku mula risau...setelah beberapa hari aku tak nampak nick dia online dan dia juga tak mengupdatekan blog seperti kebiasaan. sakit kah dia....

aku cuba paksa minda aku utk konsentrate. tapi masih gagal..td..aku majuk dan mengamuk marah ngan apple pie. sian apple pie..lewat kebelakangan ini, aku sangat sensitip..teramat sangat. entah napa....
bila dah marah2..baru aku rasa sakit hati sbb apple pie diam je. ahahahaha.....bodoh la tuan putri yang sorang nie,

sudahlah...aku nak g study. hope dapat catch up semua chapter b4 exam sok ptg.

Monday, October 27, 2008

Takdir,jatuh dan bangun......

" Cari aku antara lilin cair dan bayang malap. antara alun cahaya yang kecil seakan mahu saja terpadam terus. Dan bayang dekat dinding kayu yg juga gelap, kalau kau terjumpa sisa jasad antara duanya maka biarkan di situ menikmati kusam...

pinjam sebentar cuping, sebelum aku senyap ada wasiat mahu sampai ke jiwa kamu esok mungkin aku mati kawan, bantulah balutkan aku dengan kafan besi warnanya biar putih dan tebal sampai kali rotan dari dua malaikat sulamkan jawapan pada kayu lahad tentang Tuhan, tentang Agama, tentang Muhammad, tentang Quran, tentang Ka'bah, dan tentang Kawan......" -Zinggof



Aku mulakan entry aku dengan para puisi yang masih belum siap dari Zinggof, sahabat seperjuangan dalam arena puisi. Mungkin aku tak pandai berbicara dengan kiasan dan metafora, tapi....secara direct speech and write are the better way in order nak elak salah paham terjadi. Aku dah bosan..di tuduh..di kutuk sebarangan hanya kerana salah penafsiran akan tulisan aku. Aku tak mahu lagi...ada yang terluka hanya kerana tulisan aku...lalu membuatkan aku akan rasa bersalah untuk sepanjang usia aku.

ketika aku menulis ini aku sedang demam. suhu badan aku mula tinggi. Barangkali demam urat. Sabtu yang lepas, aku, elly dan ain kami bermain ice-skate. Untuk pertama kalinya kami bermain skate. Aku suka melihat orang bermain skate....kali ini aku ingin mencuba. Perasaan takut...mesti ada. Aku takut sangat jika jatuh, sbb ia akan effect kesan operation aku yang masih baru. tambah pulak, aku tak mengambil ubat mengikut skala yang sepatutnya. Aku tak mahu terlalu bergantungan pada ubat. jadi ubat-ubat itu aku simpan sahaja dan makan bila memerlukan.

Mula-mula masuk ke gelanggan ice-skate, nervous! tapi aku tiupkan juga kata-kata semangat. berani tak semestinya takut...dan aku nak lihat bagaimana rasanya jatuh dan bangun kembali...demi mencapai apa yang aku mahu. Matlamat aku..aku nak skate...dan proses jatuh bangun itu adalah sebahagian perjalanan utk mencapai matlamat aku. Yup...aku jatuh...bukan sekali..bukan dua...tapi berkali-kali. Tutor di situ bantu aku untuk bangun....elly dan ain juga tak lepaskan tangan aku ketika slide walhal kami sama-sama baru belajar sliding and skating. kat sini juga, aku kenal dan berbual dengan beberapa kenalan baru.

Apa perasaan jatuh?malu?
tak...Aku tak rasa camtue...dalam kehidupan ini ada byk yg kita bleh pelajari di luar bilik darjah. walaupun ada yg bertangganpan men skate nie membazir dan bodoh sebab tak reti pastu asik jatuh..tapi tak sume org ada kekuatan utk melawan ketakutan utk jatuh..kemudian...jatuh dan mencari kekuatan untuk bangun semula sama ada dengan bantuan org yg kita kenal atau tak..or bangun sendiri selepas jatuh. tapi, setelah kita berjaya bangun...adakah kita akan terus slide?atau berpatah balik dan quit dari main?atau give up begitu saja..suh strecher angkat?? pilihan ada ditangan sendiri...Aku tak rasa malu ..sebab dalam hidup aku sendiri..aku banyak kali jatuh. kemudian bangun dan bertatih kembali berjalan. bila dah pandai...dah bleh berlari..tapi tetap akan terjatuh. so, bila aku dah boleh mula skate..aku tak mahu elly atau sesiapa pegang aku...sebab aku nak berusaha. Aku tak mahu sentiasa ada org di belakang atau sisi aku utk membantu. Aku nak belajar independent

jelas dalam kehidupan aku..aku terlalu bergantung. kembar aku, fatah sebagai bukti..sangat manjakan aku..tanpa disedari sampaikan aku rasa tanpa dia aku tak mampu buat apa. tanpa dia..hidup aku sunyi. betul juga kata fairuz...aku terlalu manja tanpa aku sedari...bila berhadapan ngan masalah..pasti sahaja ada sesiapa di sini aku walaupun aku berjauhan dr keluarga. sampai bila? sampai bila aku akan bersifat keanak-anakkan.

percubaan pertama...jatuh, bangun, dan jatuh ketika skate..sekarang aku yakin aku bleh skate. Aku bleh bangun tanpa memegang tangan org...sekarang..apa yang perlu..aku mengetahui matlamat aku. Fokus pada matlamat..sama seperti aku fokus pada gerak kaki ketika skate. Kalu tidak fokus, aku akan jatuh. Mungkin sekarang aku jatuh...aku bisa lagi bangun dan skate kembali..tapi bagaimana kalu aku cuai...dan aku jatuh aku tak mampu bangun lagi....jadi bak kata Izwan, aku perlu lebih behati-hati setiap masa. InsyaAllah...

walaupun sekarang nie kaki aku berbalut bandage...tangan aku bengkak dan lebam sebab asik terjatuh...(paling tak bleh blah sbb jatuh ketika berdiri kat tepi gelanggang coz terberangan.. sampai ankle sprink) pastu...sesi tolak menolak ketika nak naik bus rapid..membuatkan kaki aku semakin teruk...lebam tangan takyah kata la....aku tenang. Aku senum dan ketawa dengan ikhlas. setelah apa yang aku pendam..aku luahkan...aku uraikan ia dan lepaskan dalam gelanggang ice-skate tue.

Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. jauh dari apa yang aku nampak sebenarnya...

thanks fatah...sbb bg aku 1 litre of tears. Banyak benda aku blaja dari 1 litre of tears.

well..rabu ini sudah final exam...aku nak study.....

buat pembaca blog aku..tima kasih... dan tima kasih sbb memberi aku kekuatan dan semangat. kehidupan..penuh dengan misteri yang tak terkupas. Hanya masa dan takdir menentukan....sehingga ia tersingkap dan terungkap...kita hanya mampu berusaha,dan Dia yang menentukan.

Aku akhiri entry ini...dengan lirik lagu Yuna Ito, Faith.

FAITH-YUNA ITO
I walk all by myself...
But I don’t regret
the things I decided back on that day
at times, the pain gets worse
Though I’m still in love
I will not stray the path I chose
If somehow, this time
a light called hope
could appear
then surely, we could be together
and I’d get the strength I need to live on
Those days of love, those times you loved me
its warmth, still has not faded
I can’t say anything to you
No matter what the words might be
I simply can’t bear to tell you everything
On the nights I can’t be with you, even though I want to
I lay in my room, hugging myself without sleeping
I still believe in love, so once more
I will believe, and I won’t give up, cuz I have
Faith in my future
Show me the way
To the days of yesterday
If they’re things that can be thrown away
then they’re just simple things
This kind of selfishness,
you answered it with kindness
because I needed an anwser
Caught in a mass of people
I feel shaken, and yet
there are some things that don’t change
So whenever I stop myself, I am reborn,
because my dream gives me the proof I need
Whether this freedom is eye opening
or mundane, I know I can’t rely on it
Don’t make it fade away to be
drained away
because it’s connected to my heart
On the nights I can’t be with you, even though I want to
I can hear your voice
I do believe in love, so I won’t let go
And I will hold on to the things I believe, cuz I have
Faith in my future
I will believe, and I won’t give up, cuz I have
Faith in my future....


bye!




Friday, October 24, 2008

Syaitan tepuk tangan tengok aku marah.....

Syaitan tepuk tangan bila tengok perangai aku....
hanyut dengan sifat amarah aku....hanyut dengan emosi dan badai apa ntah....

malaikat pulak menangis...tgk aku kalah pada ujian perasaan

Innalilahwainallilahiirahjihun...

waraskan akal...minda...masyaAllah..

sembah sujud pada Yang Esa, aku hamba Mu yang tersalah langkah. Moga Kau berikan aku kekuatan berdepan dengan konflik ini. semoga tiada hati yang terbunuh..musnah kerana ini.


Pertama- Orang Baru;kesah lama.
Abang KAM contact aku. Pesan aku ke walimah dia ahad ini di area Cheras. Ahaha..aku dah lupa dah ke rumah dia. Dah lama tak pergi umah dia..ehehheh.... Joe atau nama sebenar Amiruddin plak bgtau kak Rus dah dapat baby gurl.Nama baby gurl Siti Khadeejah Tasnem yakni membawa makna gabungan nama isteri Rasullulah Khadijah dan tasneem iaitu mata air di dalam syurga. Satu lagi berita gembira, Kak yue juga dah bersalin. Baby gurl. Nama Izzah Al-Huda. sedap bangat nama. sukanya aku. Kiranya, aku dah jadi mak cik la...aahahaha...Acik Su In.tak dapat nak bayangkan...dah tua rupanya aku ini.


Kedua-pergi entah bila kembali.
Faiz dah ke Korea. Takpe la,dia tak mahu aku hantar dia dekat KLIA. sedih barangkali tengok aku menanges. ala..katakan saja....muka aku huduh kalu menanges..tambah lagi kalu esak dan menggonggoi bagai anak kecil. itulah cik faiz...sapa suh kamu manjakan aku??? sekarang baru kamu tahu betapa susahnya nak tinggalkan aku keseorangan.. Tapi kamu tak usah risau. Aku masih ada kembar yang sentiasa tak pernah tinggalkan aku walupun sibuk denga awek-aweknya dan skandelus nya. ahahhahahahah....Aku tau ko akan kembali, aku tak isau. Ala bukan jauh pun Korea dan Malaysia, 7 hingga 8 jam perjalanan je. paling tidak, kau kumpulkan dana....sponsor aku ke sana makan angin. kau kan nak aku berehat..ahahahha


Ketiga-Denda kes terpencil
Aku didenda dan mendenda diri. Aku langgar arahan Kak Mel. sekarang, aku perlu didenda. kalu Kak Mel tahu aku langgar arahan dia.....pastinya timbalan dekan itu mengamuk. Nama je akak aku...tapi cam student dia plak..aku diperlakukan. wahahaha..kejinya. kalu Kak Mel baca, nahas aku dikembirikan. Wahahaha.... Apple pie juga kata begitu...cik agar-agar pun kata begitu..jd..begitulah..mendenda diri aku menjadi terpencil wat seketika waktu. ehehhehe..jgn isau..aku sentiasa gembira dan bahagia! ok selepas ini..tiaada lagi novel indah,tiada lagi madah kata,tiada lagi kiasan andrea. Kita balik guna get logik!
Argh windu benar aku dengan timbalan dekan aku tue..ahhaha


Keempat -Take home,take test
baru sahaja nak settlekan satu take home test yg bakal di submit beberapa jam lagi....datang lagi dua take home test. aku nak tanya..ini take honme ke take test? kalu take home test..mesti buat kat home ke?buat kat library tak boleh ke?


Kelima- Closed house,open heart.Ops..bahaya nih!
Raya dah nak sampai penghujung..maka open house pun dah nk close house. hihihi..kat sini aku dengan rendah hati, dengan penuh kekhilafan, aku nak minta maaf kepada beberapa manusia...yang mengikuti blog aku. Aku tahu mereka tahu sapa yang aku maksudkan...tak terniat aku nak mengambil hak sesiapa..atau melukakan hati sesiapa...kebelakangan ini, posting aku byk bercampur emosi. gembira benar ciptaan Allah bernama Iblis dan syaitan sebab berjaya menyesatkan aku dalam amarah. Aku mohon MAAF yang teramat banyak. Juga pada kawan-kawan baik aku yang secara langsung dan tidak langsung aku lukakan hati mereka


Keenam- Demam orang normad...
waaahahahahahaha..aku kena pindah umah, dan pindah tempat keje...sekrang dah start cuti. bila lapor diri aku makin jauh. jauh ke dalam.....Bagus lah.... dan...sekarang jugak demam periksa dah mula. adeih...strugle for future..itu priority aku sekarang! pasnie...kena gigih keje...bulan 3..ehehe...ada satu impian dan keinginan aku kena capai tanpa bantuan sesiapa. Dah byk sgt org berkorban untuk aku, aku tak mahu korbankan sesapa lagi demi yang satu ini. Abah dah setuju...jadi ini perjanjian aku dengan abah..oh ya..kejap lagi mau shopping barang ke tempat baru .takut nanti tak sempat, jd better beli awal-awal. singgah umah kembar jap, amik 1 litter tear...tak sabar nk tgk erika sawajiri! aku suka yang pelik-pelikkan...adeih...pelik betul...tak ubah gaya org normad tapi kira kategori org normad educated tapi cenggeng..wahhahaha...siot je!


Ketujuh-jangan cari,tanya lagi...
henti menangis..senyum! jangan tanya mana aku pergi..jgn cari mana aku hilang! esok, aku tukar no tel..aku juga tukar alamat rumah...aku juga tukar alamat email...apa lagi ye aku nak tukar. Blog ni...ahaha...kamu tgk saja la. senang cite...kalu banyak cite pun, akhiran nya spekulasi kan..kan...
kalu 1 september menyaksikan satu perubahan rutin harian....tak salah kan jika 1 november menyaksikan satu lagi titik berubah kerana tiupan angin monsun. Bukankah aku selalu bilang..aku simple tapi unpredictable. Jadi..jgn jangka tingkahlaku aku..sebab..johari sahaja mengenal maniam.hahahha ah seng, kamu jgn terasa kalu maniam dan johari saling berkenalan. Argh...

ok..aku nak g balai polis. settle!!


tima kasih membaca blog aku...ini semua falSAMPAH bukan falsafah yang boleh di gunapakai...

Jom layan Yuna Ito, Faith....

Lepaskan aku kembali ke laut...jangan cari aku lagi!!


syaitan...hentikanlah bersorak..aku takkan bg kamu ketawa gembira lagi! kali ni, hanya aku akan ketawa...ahahahahha....

Thursday, October 23, 2008

Greek Goddess...

Aku letak noktah. pada titik bicara. aku tak suka keadaan ini.







otak aku penat, badan aku penat, hati aku sakit. walaupun aku tahu..otak kamu lagi sakit, jiwa kamu lagi sengsara. sila makan ubat..kalu tidak sakit kamu melarat!



Aku ingin berhenti.....dia minta aku jgn berhenti!
aku tak mahu berkawan...dia suruh aku terus berkawan..
Aku ingin berlari..dia tambat kaki aku di hujung petala langit.



kamu ingat aku heran?aku kesah dan peduli?

nie jawapan aku... "pergi mati! " *evil laugh*




ini aku.....aku tak perlu kamu , kamu, kamu dan kamu... dalam kamus hidup aku. jadi, aku akan kembali..buat apa aku rasa aku nak buat. walau aku cenggeng, aku tahu langit ku junjung, bumi yang ku pijak.Aku ada apa yg kamu tak ada..itu lebih penting...walupun kamu ada apa yang aku inginkan. Dah tak penting lagi bagi aku apa yang kamu ada...sakitkan?keji kan? itu aku!!


sila berhenti jadi si tepung talam. Aku tak suka makan tepung talam.
Lebih baik makan Donut big Apple perisa choclate dan apple green! Dunia dah maju,zaman dah berubah.....



oh ya kamu..tak perlu femeskan blog aku dengan publisiti murahan. kalu nk baca..terus baca...kalu nak komen..komen saja di time-capsul...tak perlu sindir tepi-tepian. itu kerja siamang picisan sahaja. tak baca disclaimer aku letak ke?



kalu tak berubah..sok lusa, aku private kan blog aku. puas hati kan?!!!?!?!?!!!!

Tuesday, October 21, 2008

hari ini...

Kak Hana dah pulang. Bakal abang ipar ku yang ambil. Walaupun sekejap sahaja dia datang, dah cukup mengembirakan aku yang tengah kusut dan tak terurus nie. Tadi sebelum abg Imran datang jemput kak hana, aku teman kak Hana shopping. Beli baju utk open house TM hari sabtu nie di La Meridian,KL. Tiba-tiba aku jd penasihat pemakaian kak Hana. Al-maklumlah...bakal isteri kepada executive kewangan TM, takkan takmo nampak elegent dan penuh ciri-ciri wanita melayu terakhir. kami menjelajah semua butik yang ada menjual jubah kat PKNS dan PAS. akhirnya, kak Hana aku sangat berkenan dengan jubah berwarna pink tue....jalan dan berjalan, kami masuk ke satu section yang tak sepatutnya...ahhaha...dah selepas menunjukkan muka yang sangat manja..penat..sedih dan letih....ehehhe..akhirnya kak hana telah memilih ini yang ini untuk aku..ehhehhehehe..cumel kan?! Ketika aku menulis nie pun aku tengah peluk ia. erm..masih terpikirkan nama yang sesuai..ssemoga ia menemani aku ketika menjawab peperiksaan...kesedihan dan kesukaan aku. ehehhe....muka teddy nie cam muka sedih je....tak tersampai hati aku lihat..ahahahha...
Selepas aku berjaya memeluk teddy yang telah berpindah milik menjadi binatang peliharaan aku kini, aku dan kak hana pun meneruskan aktiviti mengukur dan membanci kedai. Last sekali, kami singgah di kiosk McD untuk membeli McFlury strawbery mudpie. ekceli aku minta mcflury mudpie..tapi dia kasi strawberry mudpie..ehehh..best nye!!! selepas beli mudpie, kami terus ke bus stop menanti bus balik ke Puncak. sampai di puncak, kami singgah makan di kedai makan kebiasaan aku. Kenyang sangat...dengan nasi paprik campur,tomyam campur,telur dadar dan sambal..pergh memang kenyang. Lagi best bila abg Imran yang belanja...ahhahha....
by the way, kak hana dan abg Imran akan bertunang Ahad ini,insyaAllah dan majlis pernikahannya akan dilangsungkan pada januari 2009 nanti. Aku yang menyaksikan cinta mereka berputik, seronok sangat. Semuanya berjalan dengan lancar. Tue la asik gaduh je...kan sekarang dah takleh berpisah..wahahhaha....aku doakan kak hana dan abg imran sentiasa bahagia. Abg imran dan kak Hana ini selalu jd malaikat aku..sentiasa ada ketika aku memerlukan..ketika aku kesedihan. tak pernah sekalipun merekan biarkan aku terkontang-kanting selesaikan masalah aku. Agaknya..betul la kata fairuz, aku nie manja dan dimanjakan sangat. apa nak buat..itu lah aku....
Sepanjang kak hana berada di sini, dia banyak menasihat aku. Semalam aku berbaring atas ribanya bercerita apa yang terbuku di dada. kata-kata Kak hana banyak memberi aku semangat dan memulihkan hati aku. Ya, aku tak perlu terlalu memikirkannya. Aku telah menjalankan apa yg patut aku buat...dan selebihnya biarlah Allah yang menentukan. Yang penting sekarang, aku kena pentingkan apa yang lebih penting dikalangan yg sangat penting.Aku tak boleh biarkan emosi mengambil alih kewarasan aku hingga menyebabkan aku hanyut dalam alunan perasaan yg caca merba ini.

setelah berfikir panjang...aku pikir semasak-masaknya..setelah beberapa hari menghadap IP Domain pembaca-pembaca blog aku...erm... kamu..aku tahu kamu membaca blog aku. Mengikuti setiap coretan aku...aku tau aku sangat sukar berbicara dewasa ini...tapi kalu kamu aku berkata..aku menantikan kamu. Sabtu ini..jam 2petang hingga 3 petang,aku akan menanti kamu di hadapan chinoz, level 1 yang berhampiran pintu keluar ke taman di KLCC. Kamu tak akan sukar utk mengecam aku..kerana aku akan berpakaian serba putih pada hari itu. Aku nantikan kamu..ya kamu..kamu yang tertanda tanya akan kehadiran aku...rupa ku...tutur pekerti aku..ya...biar kita bicara hati ke hati. Walupun aku tak suka ke KLCC, tapi KLCC itu menjadi tempat kesukaan seseorang yang pernah aku suka...barangkali org yang sama kita suka....maka...kita bertemu di situ sahaja. selebihnya..biar lewat pertemuan itu menjadi saksi kejujuran kita semua. mungkin sukar untuk aku mengenali kamu...jadi aku pohon, kau pegang lah sebuah novel di tangan mu dalam posisi yang terbalik. Aku menantikan kamu di situ..kau tanyalah gerak hati kamu....jika kau benar iingin dengar bicara ku, aku menanti kamu di sana.

tadi, mua'adz call aku..dah lama tak dengar cite mua'adz. tertiba sahaja call dah dengar dah jd usahawan berjaya, sampai nk hadiahkan aku sebiji myvv sebagai hadiah hantaran perkahwinan untuk aku. Dia kata aku jual mahal...sengal la mamat nie. tak abis-abis usik aku. ada-ada sahaja idea mahu kenakan aku. ehehhe...cumel la budak sorang tue..ehhehe

Aku dah menguap byk kali..tapi aku perlu mandi..then siapkan slide untuk ITPM sebelum compile petang esok dan juga study untuk test PR..malam sok aku kena settlekan keje baru yang diberikan puan utk strategik management. Jumaat nie test web. so, aku tak jd balik minggu nie. lepas siap berpindah..aku akan balik kejap ke Penang. windu sangat pada mama...

kata kak hana, semalam, aku dah mula meracau dan bercakap dalam tido. Yelah,semalam aku tertido awal sedangkan kak hana masih menulis thesis. ehehehe..mujur kak hana tak pasang telinga. kalu tak..wat malu je...

kamu nak tahu mimpi apa? ahahha...

aku mimpi emmy dan grup project aku tengah bentangkan progress report ITPM dan SA kat ASO. ahahhaha.....jgn salahkan aku....aku terlalu penat!

aku nak rehat sekejap seblom mandi dan mulakan keje. aku juga...sangat kekenyangan di suap dengan macam-macam makanan oleh kak Hana dan abg Imran...

Aku mau peluk teddy bear baru aku.....