Monday, November 30, 2009

Anak manja mama...


Malam ni..malam terakhir aku di rumah.Esok tengahari,aku akan bertolak balik ke KL dengan kawan aku,Zam. Entah napa...hati aku berat sangat. Hiba dan sebak silih berganti. Bukan berat dan hiba sebab nak balik ngan Zam, tapi...sbb nak berpisah ngan mama. Seminggu dah lepak umah selepas aku kuar wad tempoh hari. Seminggu ni...apa saja yang ingin aku makan sume mama masakkan. Bila pinggang aku sakit kesan dari operation..mama lah yang setia mengurut pinggang aku.

Mama dan abah ialah parents aku yang paling terbaik dianugerahkan pada aku. Kasih sayang aku sentiasa pada mama dan abah. Aku yan selalu sakit dari lahir sampai la besar. Aku yang selalu mendatangkan masalah...aku yang nakal..aku yg suka menjawab kata-kata..aku yg suka meninggikan suara bila keinginan aku tidak dipenuhi...dan aku yang suka merajuk dan marah kpd ibubapaku kerana tak mengikut kemahuan aku. Tapi masih...marah mereka kerana sayang...kerana cinta dan kasih pada anak yang satu ni.bahkan..kasih mama dan abah juga lebih buat aku berbanding adik dan abang.

Dah dua tiga hari aku pendamkan sebak hati..bila Zam ajak aku balik. Pertama kali aku rasa sebak nak balik. Pernah sekali aku rasa perasaan sebak camni..iaitu ketika kali pertama berpisah ngan mama dan abah. Sejak kecil aku tak pernah berpisah dgn mama dan abah. Kalau ada pun berenggan seminggu dua sebab aku ke rumah mak su..ke rumah kak ya atau ikut aktiviti sekolah je.Pertama kali berpisah ngan mama dan abah...time tu mama dan abah menghantar aku ke UiTM. Anak manja abah dan mama dah kuar dari kepompong. Semester 1, boleh dikatakan setiap minggu aku balik umah. bayangkan...5 jam dari KL ke penang. Tapi aku tak kesah.walaupun cuti sehari...aku tetap nak balik.

Tadi, aku baring atas riba mama sambil tgk cite kat Astro Oasis. Sambil berbaring, mama urutkan pinggang aku yang sakit ni. Usai urut, ditepuk plak bahu aku. Bertambah-tambahlah sebak dalam hati. Seb baik cite tu cite sedih..so aku menitik air mata pun..mama ingat sbb cite tu sedih.Padahal cite tu tak cuit pun hati aku. Time aku tulis entri ni pun...aku menitik air mata. aku sayang mama. Sayang sangat2.

Harap-harap perjalanan aku selamat hendakNya. 25 hari lagi..ialah hari jadi aku. harap-harap, aku dpt balik umah. Tapi pikirkan balik...lawak gak. Umur dah cecah 25tahun...tapi masih lagi manja2 tido ngan mama. sumpah..aku ni mmg anak manja mama. hahaha...

ma, akak sayang mama.

Wednesday, November 25, 2009

cite suka hati...

Untuk selama 365 hari setahun, tak semestinya setiap minit dan setiap saat kita mencatat apa saja berlaku di blog. ada banyak perkara yang tak mungkin..dan tak semestinya kita akan ceritakan disini. aku menulis sekadar melepaskan apa aku rasa..aku nak tulis..yg aku rasa aku tak perlu nak bebankan kepala otak aku. Bak kata seseorang yang lebih senior dalam penulisan blog..yang amat aku kagumi penulisanya..."persetankan kata orang. blog kamu..kamu yang tentu kan.blog kamu..suka hati kamulah nak tulis apa."

selama aku menulis..ada beberapa kelompok manusia yang aku jumpa dan kenal...daripada tak kenal...boleh jd kenal..kemudian jd kawan. Pelik sungguh kan?

Aku tak menulis untuk orang lain baca..tapi pada yg membaca terima kasih. Dan pada yg meninggalkan komen..terima kasih banyak2. Yang mana baik..aku terima...aku pikir..aku kunyah dan kalau bersesuaian aku terima pakai dalam kehidupan. kebiasaannya,komen itu aku amik dari kawan-kawan yang aku kenal yakni..aku tahu namanya... sbb hanya yg kenal diri aku sebenar...yg tau pasal aku walaupun sedikit....tapi at least aku tahu manusia itu wujud dan aku tau nasihat dia bukan mempunyai maksud tersirat disebaliknya. Tapi..kalau yg memberi nasihat atau komen tu org yg tak mahu memperkenalkan dirinya..bagaimana kita boleh meletakkan kepercayaan?bagaimana nak dijadikan rujukan? Macam mana nak letakkan takat ukur tu??? Dan ia membuatkan aku teringat pada kata-kata seorg kakak senior aku, " those using anonymous is people who only brave to speak from back"

Keduanya, sepanjang menulis blog...ada ramai yg cepat terasa dan cepat stigma. Cthnya seorg kawan aku, fairuz...banyak kali dia terasa dgn penulisan blog aku. walaupun...aku menulis secara general. Tidak ditujukan kepada sesiapa. tapi..sikap perasa dia tu tinggi. kesian dia..sampai aku terpaksa buat kenyataan secara terbuka. Fairuz..kawan yg baik. Membetulkan kesalahan aku kalau aku salah..dia komen..aduh bisa tercedera hati kalau siapa yang tak paham dia. tapi pada aku..dah tak heran dah dia. Cuma satu selalu aku pesan pada Fairuz....jangan terlalu cepat buat konklusi. walaupun dia rapat dengan aku....boleh kata paling rapatlah juga....hampir setiap masalah aku dia tahu...jgn cepat buat hipotesis..kesimpulan dan pernyataan menyimpulkan keadaan diri aku. sebab...walaupun rapat tak semestinya dia tahu aku 100% bak kata fairuz sendiri..aku ni unpredictable. subject to change.

satu lagi...aku ni bukan dewa. dan aku mengaku aku ni pun bukannya baik sgt. kalau aku ni baik sangat....dah sure2 aku ni takyah di hisab..golek2 masuk dalam syurga. tapi sblom aku buat sesuatu..mmg aku pikir dulu. Jadi,apa pun risikonya...aku akan tanggung kemudian. Sendiri. Tak minta tolong org lain. Sama lah cam time aku sakit...time aku susah..takde duit nak makan..aku tak minta kat orang. Aku tak tulis kat blog kat sini..utk buat rayuan ke derma kilat suruh bantu aku sebab aku tak makan. aku makan ke tak...ada ke orang tahu. So, takyah la nak mengutuk mengata aku ego la..sombong bongkak sume..sbb untuk ego..sombong..bongkak dan seangkatan dgnnya, aku yg decide dan pilih. So, ikut suka aku la kan nak sombong,nak ego mahupun nak baik ngan sapa pun. kadang-kadang aku rasa kelakar sbb..org suka judge aku..suka cakap dia kenal aku. sama cam cinta pertama aku..dia kata dia paham sgt aku...tapi end up...dia cakap dia tak paham aku. Jadi bertambah lucu bila bila org yg mengaku paham apa aku rasa..sedangkan dia tak pernah kenal aku. well..some people said, he/she been in my shoes..tapi..masalahnya kasut kamu size berapa..kasut aku size bape.

Takde istilah menang atau kalah...sbb sememangnya aku ni tak pernah heran..tak pernah peduli. kalau aku rasa aku marah..sedih..aku akan cakap aku marah dan aku sedih. Kalau aku terluka..aku cakap aku terluka dan kalau aku rasa aku tak kesah..aku memang tak kesah. sikap ignorance ni mmg sesuatu yg aku pelajari dari abang amer. Kalau aku dah buat sikap ignorance ni..sumpah mmg ramai sakit hati ngan aku..tapi apa perlu aku peduli ,aku tak kacau org.

aku rasa..aku tak perlu nak perjelaskan apa-apa. bak kata Bot, yang tahu kisah sebenar ialah aku. Org lain yang tak tahu apa-apa cuma tahu cakap pastu paksa kita mengaku benda yg dia sendiri tak tahu tak pasti. selagi diorg nak bebel..nak melalak dan nak maki hamun..silakan. Sikit pun aku tak luak. lagipun, since aku ni bukan budak baik..bila lagi la nak dpt pahala free.
oklah.. dah malas nk menaip kat sini.aku nak habiskan tetamu senja.

Dedebu..


Dah hampir subuh, tapi masih gagal melelapkan mata. Sakit yang menyucuk2 pinggang ni....betul-betul buatkan aku sukar lelapkan mata. Sepatutnya, semalam, aku hadiri appointment dgn specialist kat PPUM. Tapi aku tak g. Entahlah..aku tak rasa lagi nak pergi PPUM. Aku dirujukkan ke PPUM kerana masalah darah aku. Last time check, doctor dapati sel darah putih aku lebih tinggi dari dari sel darah merah. Untuk hampir seminggu juga aku demam...sampai sekarang aku tak baik lagi. Memang sejak operation tahun lalu lagi...kes aku memang dikendalikan di PPUM...tapi selepas aku ketahui cinta pertama aku berkahwin dgn salah seorg nurse di PPUM...aku jd giler berat hati nak pergi PPUM lagi. Siot je kan? Sungguh tak kewl!

oh ya kerana entry luahan hati aku yg lalu...pasal cinta pertama aku yg macam chipsmore mengaku bujang tunggu aku..tapi rupanya kahwin dgn sepupu sendiri yg merupakan nurse kat PPUM (panjangnya description.haha)....ada satu nama muncul. Shrek. tak tau kenapa..rasa nak ketawa pun ada. Dah lama...nama tu aku kuburkan. Tak ingat langsung pun. Kali terakhir aku berborak ngan Shrek pun...waktu hari raya aidilfitri yg lalu. Aku dgn Shrek cuma kawan je. Tak terasa nak panjangkan relationship tu menjadi lebih dari kawan. kenapa? haha..sbb aku dgn dia ni lebih kurang je. Bak kata kawan kami Pierre, sama-sama degil..sama2 panas baran..sama2 'player'. Cuma yg aku kesalkan...bila aku kenal Shrek, banyak sungguh musibah yang melanda. terutama melibatkan aku dan abang Amer. Lepas putus ngan abang Amer...aku dah nekad...tak mahu lagi pegang status 'player'. Bukan je taknak jd 'player'...tapi aku nak lebih serius...nak bina kerjaya dan fokus pada pelajaran aku. Master beb..master!!! Project dgn thesis plak tu!tempoh 2 tahun ni....masa berjuang habis-habisan...sebab selepas 2 tahun ni..aku akan bepindah ke UK. Yeah!!!!!

" Demi hati yang tersiat-siatkan,
mimpi ini aku bunuh dulu....

-Robot "
Malam tadi, sambil berbaring kat mama....banyak benda yang kami bualkan. Dan soalan yang merunsingkan ialah...usia. well..soalan yang sama aku beri pada Thalasiah...kini kembali padaku. Macam Sirih pulang ke ganggang plak. hahaha... soalan aku pada Thalasiah, "How was being 25 and you have nothing yet. takde asset...hidup tak stabil lagi...dan langsung takde pasangan hidup lagi?" Speechless budak tu nak menjawab. Sekarang baru aku tahu perasaannya. Ditambah pula bila tgk cinta pertama kau dengan gembiranya bersanding di atas pelamin....well, sedikit sebanyak tipulah kalau kata tak rasa apa-apakan. memanglah terasa jeles sikit. Tapi...buat apa nak pening-peningkan kepala otak pikir? buat tatau je sudah. senang je kan?

Tapi, ada juga manusia..yg menasihatkan kita..lupakan je..buat tak tau sebagainya...tapi diri sendiri....lagi teruk. Dahlah kena rejct ngan chenta hati...tapi siap aim plak perempuan yg nak rapat dgn chenta hati dia. Wah..tu mmg obsessed giler tu. Siap jd penasihat tak dijemput.,perhati gerak gei perempuan tu.macam-macamlah. Sebut je pasal lelaki chenta hati dia...macam-macam tak elok keluar. Padahal nak cover..takut ada perempuan lain dpt lelaki tu. aisey..macam-macam sungguh ragam manusia. Okeyh2...aku tau aku ni banyak sangat tgk tv. terpengaruh dengan tv la ni. haahahaha....

Tapi sumpah, bila balik je umah..mesti tak lekang depan tv. Sampai tido malam pun depan tv. kadang-kadang bukan aku tgk tv. Tapi tv tgk aku. hehe...tambah-tambah plak skrang dah addicted ngan cite Awan Dania siri 2. (setiap isnin malam), Kau dan Aku (sabtu malam), Nur Kasih (setiap malam jumaat dan ulangan setiap selasa hingga khamis petang). Pastu petang plak...apa lagi kalau tak melayan Nenek Kebaya dgn Dyesebel. Ya Allah...huduh betul perangai.hehehe....

Skrang ni sebenarnya tgh cari ilham untuk plot cite cerpen baru. Rasa nak tulis cerpen..tapi ide plak takde. Puisi takyah kata...dah lama tak tulis. takde feel nk tulis. hehehe...Ni nak kena cari mood balik. Tapi tgklah camana nnt. hehehe

oklah..dah ngantuk lah. nak tido. sakit pinggang ni tak kurang-kurang plak!

Monday, November 23, 2009

Tapi bukan aku...

Erm..macam mana eyh aku nak mulakan entri blog aku ni. Okeyh..apa aku nak cite ni pasal seseorg yang pernah bertahta di hati aku. Lelaki ni ialah cinta pertama aku. Tapi cinta di zaman monyet la. Aku kenal dia lepas SPM. Time tu aku dekat Ipoh, on the way ke KL ke rumah kakak aku. Yelah lepas SPM, nak release tension. Perkenalan dengannya tercetus bila aku dan dia duduk bersebelahan di dalam bas. Bila sampai KL...dia tunggu sampai Kak Ya,kakak aku dan abg ipar aku,abang mirul datang amik. oh ya...itu 1st time aku datang ke KL berseorangan. Selalunya ngan mama dan abah. Dari perkenalan atas bas.....kami mula rapat dan sehingga setahun, time tu aku dah sambung STPM...baru dia luahkan perasaan dia pada aku dan aku...tak nampak apa kekurangannya, walaupun pada aku dia cakap dia hanya mat kilang.

Hubungan kami berterusan...dan aku selalu gak turun naik KL untuk jumpa dia. selalunya...aku dan dia akan berbuka puasa dan bersahur sama-sama bila aku turun ke KL. Kami gak selalu menghabiskan masa berjalan-jalan di Putrajaya menikmati pemandangan malam yg cantik di sana. Dia lelaki yang baik...matang. Family aku pun suka. Kemudian, aku ditawarkan sambung pengajian di UiTM..dan entah mana silapnya, dia mula menghilangkan diri. katanya, nak mengajar aku berdikari. Yep,aku mengaku...aku tak berdikari sangat. Dia biarkan aku terkontang- kanting. Time tu aku dapat tahu dia kerja kat HQ TNB. Suatu hari, aku kena buat assigment kat TNB...dan kebetulan, aku terjumpa kembali dengan dia. Dan hubungan berjalan seperti biasa. ntah mana silapnya...dia kembali menghilangkan diri. macam-macam alasan diberi. Panggilan aku tak lagi dijawab...sms langsung tak dilayan. Dan aku masih menanti...seperti biasa. Cuma, kali ini...Allah temukan aku dengan seorang lelaki yang baik. Sama-sama dalam barisan perwakilan pelajar . namun kami berbeza universiti. Dia lelaki yang baik. Sangat baik. Sayangnya...cinta antara aku dengan dia tak bertahan. Aku tak sanggup jadi replacement utk cinta yang tak sampai dia dengan kekasih kawan dia. walaupun aku muncul selepas perempuan tu...tapi hati dia masih bersisa pada perempuan tu. buktinya...selepas aku pergi mereka dah pun bersatu. Lagipun...aku bukan sekaum dengannya...biasalah..org kelantan..mestilah nak cari sama-sama puak diorg, Mungkin aku je terlalu menganyam tinggi sebuah mimpi,akhirnya berkecai..aku juga yg kecewa. Dalam aku cuba mengubati kekecewaan...cinta pertama aku muncul balik. Dia banyak bagi semangat pada aku...dalam masa yg sama bagi harapan pada aku. hubungan kami bejalan seperti biasa semula untuk setahun..dan usia pekenalan kami sudah pun menjangkau 4 tahun. kemudian....dia hilang lagi tanpa sebab dan alasan. Tapi kali ni..aku benar-benar perlukan dia. Aku akan menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di rahim. Aku perlukan sokongan dia. Tapi yang aku dapat hanyalah sebaris ayat yg menyentap hati aku. "What do you want exactly?" Itu je soalan yang betul-betul buat aku marah. kemudian, aku tak lagi pedulikan dia. Selepas pembedahan....dia hubungi aku. katanya pada aku, dia tak pernah pahami aku. Dia tak tahu apa aku nak. Dia juga cakap..aku tak pernah paham dia. Selepas tahun ke-4 aku mengenali dia...dia boleh kata macam tu??? dalam kesakitan...aku bagi kata putus. Masing-masing bawa haluan sendiri. Selepas itu...antara aku dengan dia..tak pernah lagi dengar sebarang khabar berita. Aku teruskan pengajian...dan dalam masa yang sama...tak putus-putus dengan ujian dan dugaan hati. hati aku sentiasa diisi. Bak kata perpatah, patah tumbuh hilang bergaaanti. hari esok ilang...lusa dah ada pengganti. Tapi hati aku tak bahagia. api bila Shrek...abg Amer muncul dalam hidup aku...semuanya berubah. Hidup aku ceria..tapi.. sume itu hanya itu mimpi yang sementara juga. Mungkin balasan untuk aku mempermainkan hati orang selama ni. Aku kecewa lagi. Kecewa dengan cinta dan persahabatan yang gagal antara kami bertiga. Sekali lagi....lelaki yang cinta pertama aku ini muncul lagi. Meminjamkan bahunya untuk aku menangis. Memberikan aku semangat dan keyakinan untuk terus berjalan..bercinta lagi. kerana dia ada di sisi aku. alhamdullilah..segalanya berjalan dengan selamat dan membahagiakan. Cuma,aku letakkan satu landasan pemisah...dia akan hilang lagi..seperti biasa.dan aku tidak mahu pergantungan. Dia yakinkan aku...dia masih single..masih menanti aku. semuanya indah..sehinggalah bulan puasa yang lalu. kemudian...dia menghilangkan diri lagi. Sukar nak menghubunginya. telefon tak dijawab...sms tak dibalas. Jawapannya mudah sahaja...HP dia rosak. Malas nak beli HP baru. dan aku seperti tergula dengan katanya....terima dengan mudah. semuanya masih berjalan dengan lancar...hinggalah semalam...ye semalam..

Terima kasih pada seorang kawan...kalau tak kerana dia..aku tak tahu lelaki cinta pertama aku tu..telah pun menjadi suami seorang wanita. kalau tak kerana gambar yang diberikan...tak mungkin aku tahu...lelaki itu menipu aku. Lelaki yang aku anggap baik. lelaki yang mengaku menanti aku. yang mengaku single tiada masa untuk berkahwin dan berkomitment...lelaki yang memberi harapan yang palsu. cantik sekali persandingan yang diadakan. Pelamin dan baju pengantin serba hijau impian aku. sama seperti yang aku pernah beritahu pada dia. Untuk dia..tahniah menjadi raja sehari menempuh alam perkahwinan. Tahniah juga sebab berjaya menipu aku...tahniah seribu kali tahniah. Sikit pun aku tak menitiskan air mata...terima kasih kepada kenyataan.....kenyataan yang menyakitkan tapi meleraikan segala kekusutan.

Untuk apa yang berlaku..membuatkan aku lebih kuat...membuatkan aku lebih cekal. Mungkin perangai dan perwatakan ceria aku menampakkan aku kebudak-budakkan. dan rupa aku menjadikan aku kelihatan seperti muda walaupun usia aku mencecah suku abad. Tapi tak bermakna....aku tidak matang dan tak mampu nak selesaikan masalah yang mndatang. Demi Allah..aku terlalu bodoh menilai kebaikan kamu,wahai lelaki cinta pertama aku. Tapi...hari ini...kau jadikan aku lebih kuat...lpenuh dengan perasa dan deria rasa. hari ini...bila aku lihat gambar persandingan kamu...tidak sedikit pun air mata aku menitis. Aku hanya tersenyum...dalam keadaan yang tak sihat. Kamu lihat.....3 bulan dari sekarang. yep...3 bulan dari sekarang...kamu akan tahu jawapannya. yang pastinya..tiada lagi perempuan yang berhati lembut dan cenggeng. Tiada lagi air mata yang tidak akan menitis. Cuma...jangan lah kamu menyesal dengan apa kamu lihat..kerana kamu yang menjadikan aku sedemikian keadaan.

3 bulan dari sekarang...Yup 3 bulan dari sekarang. Positif! aku dah tak sabar tunggu 3 bulan dari sekarang. Lihat sahaja la nnt....


Lelaki...kalau kamu rasa kamu kuat
kamu terlupa, kaum wanita itu bisa menggegarkan dunia...
kamu lupa..kamu juga lahir dari rahim wanita...
dan diayun serta dididik dari sebesar tapak tangan wanita..
Justeru itu...jangan terlalu berbangga diri wahai lelaki.

Jangan kamu risau...aku gembira. akan aku pastikan aku lebih gembira dari kamu.


Selamat Berbahagia, kamu!



entri off!




Sunday, November 22, 2009

Survive ke?

video

Kebelakangan ni..kesihatan tak begitu mengizinkan. Memandangkan aidiladha pun semakin dekat...maka aku pun amik keputusan utk bercuti awal sedikit. Di rumah...tak banyak keje yg bleh aku buat..memandangkan aku di bawah pengaruh ubat, asyik tido je. hehehe....

erm...tak tau nak update apa...just enjoy the video. Geli hati plak aku lihat video evergreen ni. hahahahaha...

Friday, November 20, 2009

the best of BEST TEAM...

Selesai sudah book fair 1Malasia dekat Dewan D'Kelana....alhamdullilah. Tapi sikit sedih..sebab entah napa...event kali ini...terasakan bagai satu family. Dan lebih menyedihkan lagi....ia event terakhir Walter dengan BEST TEAM. Kat sini gak...aku kenal Azira Nur...yg dikatakan iras aku..perangai leih kurang..muka dan style pun sama. Kepala dah memang lebih kurang pun. hehehehe...Senang cite...memang aku nangeslah time buat last cashout utk aku. Lepas settle kemas rak buku...kami lepak makan kat Murni kat SS2. hehe..


Hari Rabu bersamaan 18 November,bagai dijanjikan..aku pun ke subang jaya ss15 untuk amik offer letter dari Empires Group. Aku plak ritu demam...dan selesema dgn teruk. Lepas amik surat tu...aku ditemani Hanif (BEST TEAM)...pun pergilah merayau kat Sunway Piramid. Tapi entah napa..malangnya...time usha buku kat MPH Sunway Piramid...aku bleh plak jatuh pengsan. Cuak sume dibuatnya (bak kata Hanif la....). Akibatnya...aku dimasukkan ke dalam PPUM dan diberikan rawatan. setelah beberaapa jam didalam wad..aku dibenarkan balik..namun kena pergi rawatan susulan pulak lepas ni. aduh!!!


Kuar dari wad, Walter yang amik. Kesian dia...terkejut dgn berita aku masuk wad. Bila dia sampai...nampak sgt muka risau. yelah..aku kan adik kecil....dan seperti biasa...kena bebel. hahahaha....then kuar wad...terus gi makan kat SS2. makan dengan banyak..pastu...balik umah terus tido kepenatan.

Keesokannya pulak...aku dan geng2 BEST TEAM...kami berkumpul di MINES untuk makan besar. Papa Lua belanje sempena farewell party buat Walter. hari ni...hari terakhir walter dgn BEST TEAM. sedih rasa....tapi..since walter dah amik keputusan untuk move on...aku kena terima. walaupun hilang kawan baik dan abang sebaik dia...tapi aku tau...deep inside..dia takkan lupakan aku dan BEST TEAM. aku memang sayang sangat BEST TEAM. Lepas dinner...aku,Hanif, Botak ngan Kacang hantar Walter sampai naik bus ke Penang. Harap-harap lepas ni akan berjumpa lagi la hendakNya.






oklah..dah lewat sangat ni...nak tido dulu. dah ngantuk sangat dah ni. esok dah nak balik penang...hehehhehe...

till then....bye.

Sunday, November 15, 2009

Gudbye my bro. Will be missing you...always!

******************************
And you asked me what I want this year
and I try to make this kind and clear
just a chance that maybe we'll find better days
'cause I don't need boxes wrapped in strings
and designer love and empty things
just a chance that maybe we'll find better days
- Better Days,Goo Goo Dolls
******************************

Esok ialah hari terakhir Pesta Buku MPH 1Malaysia...dan ia juga merupakan event terakhir BEST TEAM bersama Walter. He will be leaving us. Sedih..tapi kalau itu yang terbaik, sebagai kawan dan adik...aku doakan dia yang terbaik. Gonna miss you so much bro. Lepas Remy keluar dari BEST TEAM...then last week plak Teo...and now Walter. Sedih sangat! Bila kami dah macam satu family...tapi end up...family ni terpisah juga. BEST Team....ada Ben,Teo,Remy,Abe Joe,Bob,Kacang,Botak,SIngh, Boy,Ridho, Kak Sue,Ahnep. Kemudian ada Stanley, Micheal dan Fun (bunyi 'Fern'). Kemudian ada Papa Lua dan mak cik Saadiah also Kak Irdah yang memeriahkan suasana bergossip kami selaku bahan umpatan. ehehehe. Tanpa Walter...terasa sangat kehilangannya. Selalunya ada Remy dan Teo..tapi bila diorg takde...dah terasa sunyi..inikan pulak Walter. Dah la Walter dah macam abang aku...yg banyak bagi nasihat dan pandangan...yang menjaga sakit pening aku

Apa pun...Walter dah janji ngan kami...once a month..dia akan datang KL lepak ngan kami..and aku ngan yg lain gak nak turun Melaka pasni. To Walter...all the best to you bro. i doakan u dari kejauhan. Gonna miss you!

oklah..next time...aku cite pasal Walter lagi. Too bad...sekarang aku dah ngantuk sangat. hopefully tak terbabas tido pagi esok. ngehhhh ngehh ngehhhhh...hahahah



Thursday, November 12, 2009

Selamat Malam,Cinta! izinkan aku beradu..

**********************************************
Discount Duration : Wed, 11 Nov 2009 - Sun, 15 Nov 2009, 9am-7pm
Company : MPH Bookstores Sdn. Bhd.
Location : Dewan D’Kelana, Jalan SS7/15, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya
Promotion : 1 Malaysia MPH Pesta Buku is here with a wider selection to cater to your needs. Visit us at Dewan D’Kelana to enjoy lots of offers and great savings!


******************************


Seperti yang aku katakan....aku sangat sibuk skrang ni. aku bantu member2 BEST TEAM aku. Dalam masa yang sama..bagi menjana pendapatan semasa aku. BEST TEAM ni..ialah satu team atau unit dalam MPH yang terlibat dengan exhibition dan seminar. Since aku stil belajar lagi..aku selalu part time dengan MPH...dan aku dah kenal hampir sebahagian executive kat situ..maka dengan mudahnya aku melepak menjana duit buat keje part time jadi cashier ngan bebudak BEST TEAM...sambil dapat beli buku dengan harga durian runtuh. Bayangkan...buku Law of Attraction...yang berharga hampir RM70 utk jenis paperback, aku dapat RM 20 utk yg hardcover. buku Paulo Coelho..dengan harga rm10, The Appeal John grisham siap hardcover lagi dengan harga RM2.00. tu tak masuk lagi cite2 lama....time traveller's wife..Mitch Alboms punya buku2....Nicholas Spark,Laskar Pelangi...novel-novel melayu dan inggeris yang berlambak tu... sampaikan tgk buku pun dah cam nak muntah and banyak giler buku yang aku tak habiskan membaca lagi. hehehe.....Kegilaan pada buku membuatkan aku sanggup buat keje part time ngan BEST TEAM demi mendapatkan buku murah! horeay!!!! Gile kan?hahaha.....susah kalau org terlampau ulat buku ni. hahaha

Penat memanglah penat..tapi that's the best. Dalam kesibukkan tu..rasa sekejap je masa berjalan. Sedar2 dah closing time. Dan alhamdullilah...aku dah hampir menjadi super cashier. Tapi....ada gak la few mistake. So far..cuma sorang je customer yang marah kat aku sebab kena g customer service. hahaha..gile. Sume tu sbb salah kasi price. Tapi...cam takleh void transaction tu...saja je. hahah..apa pun...habis keje...g makan..then balik umah. memang flat habis. tak pikir apa dah..masa tido je.

tapi hari ini..time aku tgh entertain customer....ada call dari mr Chong. nak tak nak...aku terpaksa jawab call tu. Panggilan dari Mr Chong, HR Manager. Offer and appoint letter utk aku dah siap..so dengan rasminya..aku akan menjadi sebahagian dari Empires Group bulan Januari ni. yeah!!!

Few days lagi juga..Walter will be leaving. Tapi..Papa Lua cuba pujuk dia..skrang dia kembali rasa bersalah. Dia tak tau sama ada dia buat keputusan yang betul ke tak. sama ada nak balik melaka..atau stay ngan BEST TEAM. Memang aku taknak Walter pergi..tapi..sebagai kawan...aku sokong apa saja keputusan dia buat asalkan itu terbaik pada dia.

Rini juga...aku dapat invitation dari Fahmi..tak sangka...dah nak kawin dah budak tu. Wedding dia plak....2 hari selepas hari lahir aku. Congrates la Fahmi. Aku doakan dari kejauhan je la. heheh...

oklah..dah pukul 11 malam. aku dah ngantuk sangat, Esok jam 5 pagi dah kena bangun sbb kena kuar umah jam 6.30 pagi. Kalau tak..nanti aku akan terlambat. So..okeyh la....mau tido. Insyaallah...ada masa...aku akan update lagi.

heheh..bye.

Sunday, November 8, 2009

Demam Cova Square....

Dengan segala hormatnya, aku telah resign dari keje aku. Memang aku tak nafikan.....boss macam takmo lepaskan aku..tapi since second boss suruh aku fokus dengan study aku, dia terpaksa gak buat-buat macam dapat terima perletakkan jawatan aku. Lagipun, Sal gak letak jawatan dalam masa yang sama. Bukan aku tak sedih..sedih, tapi demi masa hadapan..ini adalah yang terbaik untuk aku. Dan untuk membantu kewangan aku sementara ini....aku tolong BEST Team dekat book fair. Sekarang ni...aku kat Cova Square dekat area Damansara. Nanti esok..book fair dekat Kelana Jaya dah mula. Tapi aku pun tak decide lagi..nak stay Damansara atau ke Kelana Jaya.

Tapi dalam seronok2 tu...ada gak sedihnya. salah seorg BEST TEAM's member, Walter akan berhenti kerja dan balik Melaka sbb dpt keje baru yang lebih bagus di sana. Terasa sedih juga apatah lagi seorang sahabat yang sebaik Walter tu mmg susah ditemui. Tapi...kalau itu yang terbaik, sebagai kawan...kita kena support dia. Apa pun..aku tetap semuanya akan jadi yg terbaik pada Walter.

okeyhlah...aku takleh lama update. sbb aku dekat Cova Square. sambil keje..sambil blogging. erm...multitasking sungguh. haha....insyaallah..ada kelapangan,aku akan kerap2 update. kalau lama tak update tu...nak buat camana.

Wednesday, November 4, 2009

Hidangan Penuh Kasih Sayang...

Semalam lepak kat Cova Square dekat Damansara dengan bebudak BEST TEAM sampai pagi Lepas subuh,,baru balik ke umah. tapi semalam dah plan dah dgn bebudak ni..nak masak something. ala-ala potluck. boleh la masak lauk ke apa ke makan sama tghari sok. macam-macam plan nak masak...nak masak kari ayam la...ayam masak inai la....spagheti la...macam2 la. last-ast.....taraaaa...tgk la pics kat atas. Puding marble. hehehe.....penuh dengan kasih sayang. Dan aku pulak sengaja buat banyak...untuk housemates aku lagi....untuk Pak Cik Ramly lagi...utk bebudak BEST Team lagi...angah..fara...kawan-kawan yg lain jugak.hehe...sukanya aku!!

Lusa....dah janji nak tgk Time' traveller's wife. yeah. tak sabarnya. dah lama sangat dah menanti. hehehe...semoga idup semakin ceria hari ke hari. Oh ya..so kena telepon mr.Chong tanya pasal surat. oklah...satu ari ni tak tido...then rajin plak ke dapur rini. hehehe....sok dah penat sangat. nak tdo skrang.

nite peeps.
Semoga esok ceria hendaknya. Bye~

Tuesday, November 3, 2009

hey ladies...

video
***************************************************
HEY Ladies!

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis


***************************************************
Teringat perbualan menerusi YM dengan seorang kawan di zaman MPP dulu. Dah lama kami lost contact..kira-kira dua tahun jugaklah. Maklumlah...masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Dia skrang dah keje....jadi cikgu. Cikgu Bahasa Melayu di sebuah sekolah di Desa Pandan. Aku pulak? muka pengganas antarabangsa..apa lagi..mengganas lerh. haha... Okeyh..detik perkenalan antara kami tercetus ketika di Kem PLKN Tanjung Tuan,Port Dickson. Opss.... jangan salah anggap! Aku antara yang terkecuali dari attend PLKN sbb time tu tahun aku abes SPM,program PLKN belum diperkenalkan lagi. (Puhh! Selamat!). kami bertemu di salah satu program atau kursus kepimpinan majlis perwakilan pelajar/mahasiswa IPTA Malaysia bagi penggal 2006/2007. Mula-mula, aku sangkakan dia adik kamal aku..sebab persis giler muka dia dengan Kamal...tapi rupanya aku silap. Kerana tersalah menegur....maka, aku mula mendapat perhatian dia. Ceih buat malu je sepanjang kem tu. dah la time kursus tu bleh sekumpulan.

Aku tak nafikan dia memang hensem and adorable. Tapi..sayangnya..dia bukan 'taste' aku. Berkerjaya...datang dari background no bad gak la loaded...ada rupa..pandai berpantun...rebutan ramai. bak kata complete package la. Tapi aku mmg tak minat abes....walaupun ada kwn kami nak match kan kami berdua..erk..harap maaflah. Tak minat aku. Takde sebab yg specific..tapi mmg aku hanya anggap dia kawan. dan petang tadi sekali lagi buat aku hampir2 jelak dengan dia....bila soalan2 dia tu cam lawak bodoh. Perbualan aku camni la dengan dia :-

Z (bukan nama sebenar) : You keje mana skrang?
Aku : keje kat ampang park.
Z : oooh...dekatlah. I kat Kg Pandan. You weekend suka keluar tak?
Aku (dengan jujunya..) : tengoklah...tapi boleh kata weekend mmg tak lekat umah.
Z : mana you selalu pergi??
Aku : tak tentu..tgk mood. kadang-kadang BB, Curve,Mid atau KLCC. belasah je. Y?
Z : oo..saja je tanya. you suka tgk live band?
Aku : suka jugak.
Z : Uncle's chillies makan tak?
Aku : (dlm hati....apa jenis soalan ni??) layan je...tapi bukan selalu. Napa tanya soalan2 camtuh?
Z : oo..takdelah..i suka makan uncle chillie's..
Aku : cam gitu pulak...
Z : You dah ada pakwe ke???
Aku : Belum. maintain single setakat ni. (dlm hati "maintain la sangat...ritu meraung tak hengat dunia putus cinta..." hahaha)
Z : baguslah. Nanti senanglah nak keluar sama. u single..i single!
Aku : erk?? (dlm hati " H*R*M tul..ckp good??bukan nak doakan aku dapat pakwe cepat.ceih!)

Lepas tu...aku dah malas nak layan. better aku siapkan dokumen2 yang perlu untuk handover tugas since aku akan henti rini. macam ini punya orang pun ada, ceih!!

Monday, November 2, 2009

Quitting Job

hari ini hari terakhir aku kat HTSB. Dulu pun camtuh....kat ESSB,aku quit tapi boss panggil balik keje cuma ESSB dah menjadi HTSB. tapi arini,baik HTSB dan ESSb..dua2 aku tinggalkan. Dan aku tau...kali ini aku pergi..memang utk selamanya. Apatah lagi...januari ni aku akan jadi sebahagian dari Empires team. Ada banyak sebab kenapa aku quit dari sini. yeap..soal bayaran pun satu hal. tapi yang paling penting,aku dah mula tak tahu nak buat apa..dan mula rasa asing dengan environment keje kat sini. Kenapa? Biar itu jadi rahsia aku je la. Dan banyak sebab lagi...tapi yang lain tu..biarlah aku je yang tahu. Tapi ikhlas aku rasa...aku rasa sedih sangat nak tinggalkan HTSB/ESSB. Kat sini aku belajar mula-mula bina kerjaya...karier. kat sini banyak sangat suka dan duka...dan memang banyak duka kat sini. Camana aku jatuh..aku blaja bangun kembali...berjalan dan kini aku dah boleh kembali. cuma aku rasa..kalau aku nak maju..terus berjuang untuk sesuatu yg baik..aku kena pergi dari sini. Kat depan tu..banyak lagi peluang. Aku tau.....bos aku tu sedih (ye ke sedih?) ..tapi apakan daya..dah alasan aku nak sambung belajar...takde masa utk commitment sepenuhnya kat sini...dia kena lah juga lepaskan aku pergi. sebab sambung master la..aku perlukan stability...working hours kat sini susah utk aku..specially bila time ada projek. huhu..sedihnya.

takpe..Sifoo geg kata..perasaan serba salah ni sekejap je. Nanti ilanglah di bawa arus masa. oh ya...untuk sementara menantikan januari..aku akan lepak part time ngan bebudak BEST TEAM. yeah!!!!! at least, ada gak income aku!

sedih..sedih gak..tapi the satu happy news...esok moto moto sampai Malaysia! yeah!