Sunday, December 15, 2013

Dec 15

Heys!

It's been awhile =)

Novemeber had passed and December already half month to go.

Today is abah's birthday. Happy another year older abah.Stay healthy and moga panjang umur.


Saturday, October 19, 2013

Day elevens

Not gonna mention anything about the mission anymore.

I raise my flag.


Kalah teruk.


bye.

Tuesday, October 8, 2013

A-B-C-D-E


Day 1 mission :

Berjaya melarikan diri walaupun ada banyak insiden yang terjadi. renungan mata dia buatkan aku goyah,tapi alhamdullilah bejaya stay still. Mengelak dia setahap maksima habis.

Tiada senyuman. Tiada pandangan mata. Cuba mengelak sehabis mungkin.

Tapi aku bangga dengan hasil kerja dia.

Mungkin dia akan mula terasa kenapa aku menjauhkan diri.  Dia cakap, dia akan ok kalau aku tak ada. Jadi, lebih baik aku tak ada dalam hidup dia.

Aku takut lagi lama, aku yang makin terluka dan makin teruk kecewa.






Sunday, October 6, 2013

Rain Sound


Kebelakangan ini, keresahan aku tidak dapat dibendung.

Apa yang berlaku sekarang, bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi untuk masa ini, adalah sesuatu yang sangat menakutkan dan mengelirukan. Aku jadi takut dengan perasaan yang dipinjamkan. Aku bimbang, keindahannya hanya sementara hakikatnya luka yang terhasil akan membuatkan ia lama.

Mungkin sekarang, aku dah dapat ruang untuk bernafas dari terus ingat Abang Amer. 5 tahun dah berlalu, aku rasa aku cukup kuat untuk tidak bepasak pada kenangan.

Tapi kenapa perlu ia datang lagi?  Dan datang dalam keadaan yang amat parah pula tu!

Aku tak mahu hanyut...sbb aku nampak tiada penghujung untuk ini. Aku perlu kuatkan diri sedaya-upaya yang mungkin. Aku  perlu letakkan penamat. Supaya tidak terluka lagi biarpun aku tahu jalan mana yang aku pilih, aku masih yg paling teruk akan terluka. Sekurang-kurangnya aku nak hidup dalam realiti. Bukannya fantasi atau kenangan. aku dah tak sanggup menangis lagi. Cukup-cukuplah!

So now,starting from today.....aku mesti elak dia. Sebaik mungkin!

Selebihnya, aku serahkan pada Allah.




Sunday, September 22, 2013

Hot and cold....



Hati aku, fikiran aku sekarang memang dah macam beat lagu kat atas. Kelam kabut, bersepah,penuh kekeliruan tapi gembira-la.

Baru-baru ni aku terfikirkan sesuatu. Betul ke boleh demam di sebabkan rindu?? Well, jujur aku cakap...aku kalau demam mesti pasal aku banyak main panas dan hujan.Aku ni sensitif sikit kalau bab lama-lama berpanas dan berhujan. Memang cepat la dapat demam.

Tapi bila kau rindu seseorang sampai demam panas. Wujud ke situasi tu?? Boleh sesiapa berikan relevannya kat aku?

Oh ya...jangan fikir bukan-bukan. Memang aku demam panas sekarang. Tapi bukan pasal rindu kat sapa-sapa. Punca aku demam adalah sebab main hujan lama sangat waktu kenduri rumah Kak Noris. Siap basah melampau redah air. Lepas tu ber"air-cond" pulak ke BTS. Memang la aku cepat sangat demam.

Dan bila officemate aku mengusik aku yang aku ni demam rindu kat seseorang..then mula aku terfikir. Wujud ke situasi ni. Btw,aku tak ada yang dikatakan "seseorang" tu nak rindu2. Paling-paling pun nak rindu..mak ayah aku. Tapi tu agak mustahil la kan sebab baru je balik dari cuti panjang kat Penang =)

Cuma...ada satu manusia ni di satu hari dia cakap kat aku yang dia terasa nak demam juga pasal tgk aku demam dan tak aktif. Nak tergelak pun ada...nak sambung demam pun ada. Hehe....

anywa..aku nak cari seorang kawan lama. Yang dah lama terpisah. erm...aku ada hutang nak selesaikan dgn dia. (oh ya...jangan baca macam bunyi yakuza nak cari pasal). Ni memang betul2 hutang yang aku dah berhutang dgn dia.Walaupun..hutang budi dibawa ke mati...aku harap aku dapat buat something kat dia. Macam mana boleh lost contact, erm..sbb sesuatu berlaku dan aku pulak dapat temporary amnesia. dan sekarang...ingatan tu semakin menganggu hidup aku.

Muka kawan aku ni..saling tak tumpah.....sama macam Kenta Kiritari( sila google image kalau nak tahu siapa Kenta). Graduated dari UM. Aku harap dia still ada kat Malaysia lagi.

Erk..kesan dari temporary amnesia, aku macam kena possessed.. kemaruk lagu2 kpop. ekekkeh....gurau jer!

Ok lah...nak kena off dah. Nak siap jumpa Mak Uda dekat Coffee Bean.

Yosh! Bye.

Thursday, September 12, 2013

Gone


When you're gone,the pieces of my heart are missing you....





















......

Saturday, July 20, 2013

Movin' On Without You

video



Kata Lala, moving On tu...bukan setakat melepaskan sesuatu tu pergi. Tapi juga menerima seadanya apa juga yang terjadi dan mendoakan yg sebaik-baiknya untuk semua. Ada sesetengah manusia, mulut kata lepas tapi jauh disudut hati, masih ada rasa yg terpendam.  Maka, sebenarnya...dia tidaklah ikhlas dalam melepaskan perkara itu. 

Pada aku, movin on tu lagi senang cakap daripada buat. Betul tak?

hehe... Oklah, enough for now. Nak layan cite Mohabattein dekat tv. 

Btw...selamat berpuasa~


Monday, June 24, 2013

Calon Menantu Mama

Music bground : Arashi - One Love.


Had a conversation with Mama recently about menantu and her calon menantu.

Mama   :
Father in law adik dah sibuk tanya tu. Nnt bila Kakak balik Penang, kita pergi rumah In-Law adik. Pi discuss apa yang patut.

Me       :
Dah bagitau Bapak ( bapak ialah my uncle. My dad we call abah and another uncle , we call ayah. Dont ask, it is complicated to explain.)

Mama   : Later Kakak bagitaulah Bapak.

Me       : Ok.

Mama   :
Isk yang mama tak berkenan tu la yang jadi menantu. Mama kata jangan cari anak polis, your Along married to anak polis.  Kata jangan cari satu kawasan, tunang adik pula orang sini. Nak buat macam mana, dah jodoh dorang la kan.. (bunyi macam redha habis,mak aku ni)  Kakak nanti, taktau la macam mana. Mama dah malas nak cakap apa la. Kakak think wisely before cari calon suami.

Me (dalam hati)      :
 Eyh....Bukan dulu, Mama cakap jangan kahwin ngan foreigner ker? Erk, tak mungkin kot! Erk tapi......Agak-agak Mama  pengsan tak kalau dia tahu aku suka kat Orang Jepun? hoh!



Note : Who ever anak polis yang read this entry, dont get offended. Mama got her own reason why she choose not to have menantu anak polis. But end up dapat juga menantu anak polis! haha..


Saturday, May 25, 2013

Persembahan Terakhir - 서른 즈음에

video


Lagu untuk persembahan terakhir grade ni Still few weeks to go before last class and till last class for this grade, i'll be busy with lots of stuff.  So better buat prep awal2 supaya tak malu nanti. =)

 Lagu ni dah tentu-tentu 선생님 ( Cikgu)  yang pilih. Kalau nak harap sendiri pilih, barulah keluar segala bagai kumpulan. FTIsland,CNBlue, Super Junior dan yang banyak lagi tu. Bila aku dengar lagu ni, memang melancholic habis. Bila tengok lyric, aku senyum jer. Kena batang hidung sendiri.

Lagu ni, lagu lama. Lagu dah berusia 29tahun tahun ni. Hebatkan! =)

서른 즈음에


하루 멀어져 간다 
내뿜는 담배 연기처럼 

작기만한 기억 속에 
무얼 채워 살고 있는지 

점점 멀어져 간다 
머물러 있는 청춘인 알았는데 

비어가는 내가슴 속엔 
아무것도 찾을 없네 

계절은 다시 돌아오지만 
떠나간 사랑은 어디에 

내가 떠나 보낸 것도 아닌데 
내가 떠나 것도 아닌데 

조금씩 잊혀져 간다 
머물러 있는 사랑인 알았는데 

하루 멀어져 간다 

매일 이별하며 살고 있구나 
매일 이별하며 살고 있구나 

Repeat…… 

점점 멀어져 간다 
머물러 있는 청춘인 알았는데 

비어가는 내가슴 속엔 
아무것도 찾을 없네 

계절은 다시 돌아오지만 
떠나간 사랑은 어디에 

내가 떠나 보낸 것도 아닌데 
내가 떠나 것도 아닌데 

조금씩 잊혀져 간다 
머물러 있는 사랑인 알았는데 

하루 멀어져 간다 

매일 이별하며 살고 있구나 
매일 이별하며 살고 있구나 

Tuesday, May 14, 2013

Husnuzon


Music Bground : Tuhan Jagakan Dia -Motif Band
2240pm

" On no soul doth Allah Place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns, and it suffers every ill that it earns. (Pray:) "Our Lord! Condemn us not if we forget or fall into error; our Lord! Lay not on us a burden Like that which Thou didst lay on those before us; Our Lord! Lay not on us a burden greater than we have strength to bear. Blot out our sins, and grant us forgiveness. Have mercy on us. Thou art our Protector; Help us against those who stand against faith." (Al-Baqarah 2:286)

Sesungguhnya, semuanya ada-lah pinjaman di dunia. Tiada satu pun yang kekal melainkan Dia,Allah s.wt.
Aku berysukur dengan segalan nikmat yang Allah berikan pada aku.

Dikurniakan kedua ibubapa yang penyanyang, sporting dan amat memahami. Kedua adik dan abang yamg amat mengasihi diri ini. Kakak-kakak yang melengkapi diri aku dan menjadi contoh terbaik buat aku. Dikelilingi kawan-kawan, rakan-rakan,sahabat-handai dan sanak-saudara yang sentiasa tidak penat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Untuk segala kasih sayang yang diberikan, aku amat bersyukur hendakNya,Ya Allah.
Untuk setiap saaat bernafas, kenangan pahit dan manis, aku amat-amat bersyukur.

Terima kasih Ya Allah.

Mohon terus diberikan kekuatan dan ketabahan serta rezeki yang murah. Dibukakan pintu hati dan ditunjukkan jalan yg lurus;jalan menuju ke arahMu.

Amin ya rabbal-alamin.


xoxo
2257pm.





Monday, May 13, 2013

#Random -Self-explanation.


Bground music:  Be Warmed by Davinchi.
2245pm




Life hectic as usual.  Work and classes silih berganti. Night life can be said ,tak ada langsung. Party dan segala hanky panky event memang dah  tak join sangat.

Alhamdullilah,Angah is undergo recovering  process. Thanks untuk semua yang mendoakan. Along still with his love-marriage crisis and adik is busy with his wedding preparation.

 For Ina (my ex-homie) and Azliani (coursemate who shared the same birthdate wth me), hope both of you will be strong. Kehilangan anakanda yang disayangi, benar-benar menguji kalian. Doa shj yang mampu aku kirimkan dari kejauhan. Be strong ya.

Recently. too much things happen. Rasa macam sabar tu nampaknya ada a lots of improvement la juga. Tak tahu la sejak bila jadi sesabar ni. Tak semua perkara boleh diselasaikan dgn air mata. But alhamdullilah, try to see and take it positive way.

Oh ya...nak buat self explanation.

Ramai yang ingat, aku kena demam k-pop sebab asyik asyik menulis dalam hangul (bhs Korea). Jangan salah paham, aku tak ada lah tersejat dengan budaya K-pop walaupun aku dengar lagu diorg,layan drama dorang.

Jangan jumud-kan pemikiran dengan melabelkan sesorg itu K-pop hanya kerana org tu dengar lagu di dalam bahasa Korea. Macam playlist aku sendiri, penuh dgn mcm2 jenis lagu dari Melayu, Inggeris, Cina, Korea, Japan, German, Latin, Hindi dll.

Untuk menjadi seorang Interpreter yang baik, seseorang itu mestilah boleh dan well verse dengan bahasa yang dia skill.  Tak tau apa tu interpreter? Bawah ialah definition interpreter by wikipedia.

" An interpreter is a person who converts a thought or expression in a source language into an expression with a comparable meaning in a target language either simultaneously in "real time" or consecutively after one party has finished speaking. The interpreter's function is to convey every semantic element (tone and register) and every intention and feeling of the message that the source-language speaker is directing to target-language recipients...."

Dalam erti lain, juga dikenali sebgai translator atau juru-bahasa.  Bila surrounding engkau cuma English and Malay speaking person, apa lagi medium yang boleh dibuat practise.  Lagu dan drama-drama ni la membantu sebutan dan memahami lg dialect daerah.

Orang ingat, bahasa Korea tu cuma sejenis. Tapi...mungkin ada yang tak perasan, yang Korea juga ada dialect masing-masing. Macam kita ada dialect Neg Sembilan, Kelantan, dialect Utara,dialect Sarawak dan lain-lain lg.  Dari segi tulisan, mereka mengunakan Hanggul dan Hanja.  Mereka juga ada dialect Seoul, Buhsan,Ilsan dan lain-lain lagi.   Alhamdullilah,setakat ni penguasaan Bahasa Korea aku dari segi tulisan, percakapan..alhamdullilah semakin maju.

Namun begitu, dalam masa yang sama nak kena polish balik bahasa Jepun, Mandarin, Bahasa Arab dan Hindi. Tahun depan, insyaallah kalau tiada aral melintang mayb aku nak buat Bahasa Jerman dan Latin. Bhs France..mcm last-last kot. huhuhu... Bak kata HonewDew, bajet nak jd macam Mahadhir Lokman, well known intrepretor in Malaysia. =)


Ok...mcm dah panjang sangat. Need to go to bed already. Esok nak bangun awal sahur. *wink*


Ttyl.


Bye peeps.


xoxo
2330pm
Music bground : Midnight -Beast



Sunday, May 12, 2013

창문



투명한 나이지만 네 앞에 서있잖아
네 눈은 날 너머 쳐다볼 뿐이야 !!

=(


Wednesday, May 1, 2013

Anthem

Moga semuanya berakhir dengan baik-baik hendakNya.


Monday, April 8, 2013

Awan Nano


Music Background : Sad touch by No Min Woo. 


Terlalu banyak rasa sedih hinggakan satu pun tak terkeluar.

Kepada yang mendoakan,aku harap kalian terus doakan kesejahteraan dan kekuatan "awan nano" aku.
Supaya dia terus kuat untuk berjuang. Supaya dia cepat bangun dan berdiri. Supaya dia cepat bercakap..berdiri..berjalan dan berlari.

Aku rindu puding jagung awan nano.

Aku rindu kena marah dgn dia pasal jodoh.

Aku rindu kena perli sebab sibuk berkerja.

Aku rindu jadi perlarian di rumah sewa dia.

Aku rindu nak study dengan dia.

Aku rindu nak peluk dia....tidur sebelah dia sambil bercerita sehingga ke pagi. Bergossip, bergelak pasal MIL.

...dan kerana dia, aku kena kuat supaya dia juga kuat, kerana dia juga aku kena berhenti menangis dan sentiasa senyum supaya dia terus kuat.

Ya, kerana dia..aku kena kuat walau macam mana pun.







Tuesday, March 26, 2013

Cinta pandang pertama


Pernah dengar cinta pandang pertama?

Mungkin ada dikalangan anda yang sendiri merasakan cinta pandang pertama. Cinta pandang pertama aku pada seorang lelaki berbangsa Jepun, Nagase Tomoyo.

Aku sendiri dah tak ingat kenapa dan apa puncanya aku boleh sukakan Nagase. Tapi yang aku tahu...aku sukakan Nagase dari tahun 1997.  3 tahun lepas Nagase debut dalam Tokio.

Bila difikirkan balik, rasa kelakar pun ada.  Aku sesungguhnya manusia yang cepat jemu dan beralih arah... yang pastinya..dari 1997 sehingga sekarang, without failed..aku tetap akan sukakan Nagase.

Tokio was performed in 1989 tapi Nagase join Tokio pada 1993. Ok 1993 aku darjah 3 ke 4 time tu. Bersama Tokio, Nagase ad 12 full length albums, dan almost 30-35 singles. Selain itu, Nagase juga berlakon hampir 40buah drama dan filem. Wow!

Commercial ad? Hah..tak payah cakap. Tak terkira...jadi ambassador product tak payah cakap. Dari cosmetic...iklan tayar, ikla camera...sampai la road safety campaign..beratus-ratus iklan dah pakcik ni.

Kalau ikut kan calculation aku...tahun ini, genaplah usia dah 36 tahun. Yakni, beliau adalahah bersamaan dengan Abang Long ku. Lahir tahun yg sama!!

Namun begitu...aku masih lagu sukakan beliau. Sampaikan hari ini..aku masih mengulang tgk drama dan dengar lagu-lagu dia.  Aku rasa...dalam semua-semua cerita, aku paling suka watak Yuichiro Sakuraba.
Mukodono, Uthahime, My Boss My Hero, Tiger & dragon adalah antara series yang terbaik lakonan Nagase. Oh ya..Unabore Deka adalah series yg paling aku menyampah lakonan Nagase. Nampak desprate + naive sgt. tak sesuai karakater tu dgn dia!

Haish... for about 14 years, aku masih sukakan Nagase dan Tokio. Memang hebat! Dan aku rasa, aku akan terus sukakan Nagase.  =) *wink*



video


Video ni, aku amek dari last year dorang perform. Nampak sgt diorg dah berusia kan?? hehe..

Oh ya...aside from cerita Nagase, aku dpt berita ttg dia. Skrang ni dia dekat Hwancheon. Semoga dia sentiasa sihat dan ceria!!  Tak sabar nak tunggu dia abes tahun depan!

Monday, March 18, 2013

The art of Gumball aka Trisya Watterson


Heys guys!

My new addiction . Pls meet Gumball, Darwin and Anais Watterson!   =P



Bye.

Wednesday, March 13, 2013

14 September 2014


Kamu...


Yer kamu..

Ada 2 perkara saya nak bgtau kamu!

Pertama, saya ...saya suka kamu!

Kedua...  Saya akan tunggu kamu! Selamat menunaikan tanggungjawab pada negara tanah-air anda yang terchenta!

Sebagai ganti, gambar kamu akan di lekatkan di dinding meja di opejabat saya sebagai peringatan yang saya sedang menanti kamu hingga tarikh itu.  Sorry la kamu....selepas  16 bulan nnt, saham anda mmg menjunam habis la! lol!

Bye.

p/s:  "Here's my number! So... call me,maybe? "  *wink*



Tuesday, February 12, 2013

좋겠어

Fare-the-well, Jess!
It's not the end, it just a beginning of new chapter.

Take care,friend!


=)

Friday, February 1, 2013

남자 에 편집부 과 광고업


Stress? Tell me about it!

Irritating and annoying,semua sekali bundle up.Package macam nescafe 3 in 1.

Kalau dah gatal tu, memang gatal juga. Macam mana tak mau jadi judgemental pun...tetap tak boleh.
Dah tak larat dah nak jadi positif. Kalau buaya tu..buaya la juga la. Tak kiralah buaya tembaga, buaya emas,
buaya tua mahupun  buaya muda.

Mood tengah waras,walaupun virus-virus demam baru nak merebak.


:(

Saturday, January 19, 2013

Monster

video


Andaikan...suatu hari anda bangun dari tidur,dan tanpa disedari anda sukakan seseorang. Seseorang yang pada lahiriahnya nampak terlalu sempurna,yakni memiliki apa yang anda inginkan dan impikan selama ini....secara tak langsung manjadikan anda seorang yang sangat bahagia.

Dan selepas bertahun-tahun bersama, anda baru perasaan manusia yang anda katakan sempurna itu rupanya seekor raksasa atau dalam Bahasa Inggerisnya, monster. Sanggupkah anda terus bersama?Atau minta saja putus di tengah jalan?

Bersyukurkah kita dengan apa yang kita ada...atau sebenarnya, kita yang terlalu mendambakan kesempurnaan sehingga kita tidak mampu menerima kenyataan, hakikat akan ketidaksempurnaan?

Cinta yang dibina pada hari pertama...adalah cinta yang sama pada tahun kedua, ketiga....walaupun pada tahun ke 50. Tapi,kenapa rasa cinta itu boleh tawar dek masa dan ketidaksempurnaan?

Kita yang menipu cinta atau cinta yang menipu kita?



Cinta itu, tak semestinya dimiliki bukan?!   :)