Aku faham bagaimana rasa kehilangan insan yang paling disayangi. Apatah lagi..org yg pergi itu adalah org yang paling rapat dengan kita. Walau bagaimana pun hidup tetap diteruskan. Allah lebih sayangkan dia lebih dari kita. Jadi kita kena kuat dan jangan nangis meratap hiba Arwah mesti rasa sedih bila tgk anak-anaknya menangis,meratap dia pergi. Justeru itu,kuatkan semangat ye! (maaflah..aku tak pandai nak bg kata2 memujuk..sbb aku tak pandi pujuk org!)
************
Mula-mula aku membaca blog SOPPY, kerana seseorang. Aku tak perlu sebut siapa. Tapi yang jelasnya,org tu kini menjadi org yang aku sayangi dan telah aku lukai. Aku pasti...bila perkhabaran ni sampai ke pengetahuan dia. Dia mesti sedih. Aku pun sepanjang malam bila dapat tahu...hati aku jd tak keruan. serba tak kena! Sakit...sedih sume ada. Aku harap dia tak sedih. Dah banyak sangat kesedihan dia..sampaikan aku tak sanggup nak lihat kalau dia sedih lagi. Biar aku sedih..biar hati aku sakit, janji dia sentiasa gembira dan bahagia. Bukankah itu yang terbaik buat kami berdua?
Aku tahu aku kuat. Sebab tu Allah berikan ujian sebegini. Sebalik apa yang terjadi,pasti ada hikmahNya yang tersembunyi. Yang penting..aku perlu sabar dan kuatkan diri menghadapi semua ini. Pada Dia, aku serahkan segalanya. So sekarang..aku hanya perlu kemudi kehidupan aku dengan terbaik. Bukan hanya bertemankan airmata. Life goes on,kan!?
Malam tadi,tido aku sekejap je. Tapi,cukup buat aku tersenyum suka. Aku mimpi sesuatu. Indah sekali mimpi aku.Aku harap,mimpi tu jadi kenyataan,Ameen. (hah! perasan!) . oh..aku bukan mimpikan si singa tenuk tu, tapi aku mimpi sesuatu lebih indah. Arghhh..rindunya aku pada kawan-kawan. hehe..oklah...lusa dah nak balik KL. Semoga semuanya berjalan lancar. Ameen.
oklah.enuff for now. Nak breakfast la.cam lapar je. miuhaha.. (^_^)
**
p/s: buat semua pembaca blog aku..harap dapat bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Ameen.