Dah lama aku tak update blog. mesti ramai yang dah mula tanda tanya. aku seperti biasa...sehat. gembira? entahlah..seolah-olah tiada jawapan untuk itu. selagi aku boleh ketawa dan bersenyum, aku akan terus ketawa dan senyum. Oh ya.....terima kasih kepada para sahabat dan rakan-rakan yang mendoakan kegembiraan dan kebahagiaan aku pada hari lahir aku hari ini. si kembar,fatah seperti biasa..im,joni,caha,aisyah, ain, izan, fairuz,ahnep, elly,qai, syud, taufiq yang jauh di US, angahlinda, Zar,yumi,kamal,abang din dan semua-semualah yang tetap mengingatiku. oh ya..juga tak di lupakan amy (dewi muse) thanks....! Pada mama dan abah,terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini. hadiah paling istimewa aku adalah mempunyai ibu dan ayah yg sebaik seperti abah dan mama,serta mempunyai abang dan adik yg sgt menyanyangi dan memahami ku. Syukur,alhamdullilah.
Kala aku menulis ini,aku berada di kampung di Penang. Aku pulang jumaat lepas,sebab kenduri kak fara yang juga buat di rumah aku. Aku dan kak fara serta adik beradik kami membesar sama-sama, kemudia bersekolah rendah sama-sama. Kak fara dah macam kakak aku, ekceli kami mmg ada sangkut paut pun..sepupu sepapat gak la. Kenduri kak fara sangat meriah, ketika aku tiba di rumah, majlis berinai sedang dilangsungkan dan aku dengan 'gamble'nya selamba je g majlis berinai pakai jeans dan cardigan hitam pastu tudung fav aku. hari sabtu keesokkannya pula, majlis walimah di mulakan dengan marhaban,kemudian persandingan dan makan beradab dan acara potong kek. sangat meriah..apatah lagi di meriahkan dengan karaoke dari Pak Teh. Sebelum acara berakhir,abang zan dan kak zie menyampaikan dua buah lagu secara berasingan dan acara di tutupi dengan nyanyian dari pengantin dengan lagu senja nan merah. ehehhe..cute bangat akak aku ni!!! terlalu pantas masa berlalu...cuti pun dah nak abis. Aku akan segera pulang ke Shah Alam. Class dah nak mula selasa ni, lepas tu kembali bercuti. Oh ya..syukur juga, keputusan peperiksaan aku naik kali ini. Semoga ia kekal naik hendaknya dan kini...aku sedang meninjau beberapa universiti di US. antaranya....aku dah tgk Lancester,Wincosin dan WDC Uni. tinjau dulu....insyaallah,kalau ada rezeki tahun depan aku akan sambung master pulak kat sana. oh ya...bila Amy (dewi muse) sms aku...buat aku teringat pada Firdaus (Le eden) agaknya..dia dah abes blaja ke blom ek?? semoga mereka berdua berbahagia selalu. Daus, aku tak pernah buang kau dalam hidup aku. kau tetap kawan aku selamanya!!!
again...thanks for all the wishes!!
p/s: also hepi besday to u kembar,FATAH!!!!
2 comments:
epy besday lagi~~
*since lya xmention nama syud.. *sob*sob* ngajuk ah :p
ok dah mention nama cik syud yg cumel..ihiks..sowi ye!
Post a Comment