Monday, October 27, 2008

Takdir,jatuh dan bangun......

" Cari aku antara lilin cair dan bayang malap. antara alun cahaya yang kecil seakan mahu saja terpadam terus. Dan bayang dekat dinding kayu yg juga gelap, kalau kau terjumpa sisa jasad antara duanya maka biarkan di situ menikmati kusam...

pinjam sebentar cuping, sebelum aku senyap ada wasiat mahu sampai ke jiwa kamu esok mungkin aku mati kawan, bantulah balutkan aku dengan kafan besi warnanya biar putih dan tebal sampai kali rotan dari dua malaikat sulamkan jawapan pada kayu lahad tentang Tuhan, tentang Agama, tentang Muhammad, tentang Quran, tentang Ka'bah, dan tentang Kawan......" -Zinggof



Aku mulakan entry aku dengan para puisi yang masih belum siap dari Zinggof, sahabat seperjuangan dalam arena puisi. Mungkin aku tak pandai berbicara dengan kiasan dan metafora, tapi....secara direct speech and write are the better way in order nak elak salah paham terjadi. Aku dah bosan..di tuduh..di kutuk sebarangan hanya kerana salah penafsiran akan tulisan aku. Aku tak mahu lagi...ada yang terluka hanya kerana tulisan aku...lalu membuatkan aku akan rasa bersalah untuk sepanjang usia aku.

ketika aku menulis ini aku sedang demam. suhu badan aku mula tinggi. Barangkali demam urat. Sabtu yang lepas, aku, elly dan ain kami bermain ice-skate. Untuk pertama kalinya kami bermain skate. Aku suka melihat orang bermain skate....kali ini aku ingin mencuba. Perasaan takut...mesti ada. Aku takut sangat jika jatuh, sbb ia akan effect kesan operation aku yang masih baru. tambah pulak, aku tak mengambil ubat mengikut skala yang sepatutnya. Aku tak mahu terlalu bergantungan pada ubat. jadi ubat-ubat itu aku simpan sahaja dan makan bila memerlukan.

Mula-mula masuk ke gelanggan ice-skate, nervous! tapi aku tiupkan juga kata-kata semangat. berani tak semestinya takut...dan aku nak lihat bagaimana rasanya jatuh dan bangun kembali...demi mencapai apa yang aku mahu. Matlamat aku..aku nak skate...dan proses jatuh bangun itu adalah sebahagian perjalanan utk mencapai matlamat aku. Yup...aku jatuh...bukan sekali..bukan dua...tapi berkali-kali. Tutor di situ bantu aku untuk bangun....elly dan ain juga tak lepaskan tangan aku ketika slide walhal kami sama-sama baru belajar sliding and skating. kat sini juga, aku kenal dan berbual dengan beberapa kenalan baru.

Apa perasaan jatuh?malu?
tak...Aku tak rasa camtue...dalam kehidupan ini ada byk yg kita bleh pelajari di luar bilik darjah. walaupun ada yg bertangganpan men skate nie membazir dan bodoh sebab tak reti pastu asik jatuh..tapi tak sume org ada kekuatan utk melawan ketakutan utk jatuh..kemudian...jatuh dan mencari kekuatan untuk bangun semula sama ada dengan bantuan org yg kita kenal atau tak..or bangun sendiri selepas jatuh. tapi, setelah kita berjaya bangun...adakah kita akan terus slide?atau berpatah balik dan quit dari main?atau give up begitu saja..suh strecher angkat?? pilihan ada ditangan sendiri...Aku tak rasa malu ..sebab dalam hidup aku sendiri..aku banyak kali jatuh. kemudian bangun dan bertatih kembali berjalan. bila dah pandai...dah bleh berlari..tapi tetap akan terjatuh. so, bila aku dah boleh mula skate..aku tak mahu elly atau sesiapa pegang aku...sebab aku nak berusaha. Aku tak mahu sentiasa ada org di belakang atau sisi aku utk membantu. Aku nak belajar independent

jelas dalam kehidupan aku..aku terlalu bergantung. kembar aku, fatah sebagai bukti..sangat manjakan aku..tanpa disedari sampaikan aku rasa tanpa dia aku tak mampu buat apa. tanpa dia..hidup aku sunyi. betul juga kata fairuz...aku terlalu manja tanpa aku sedari...bila berhadapan ngan masalah..pasti sahaja ada sesiapa di sini aku walaupun aku berjauhan dr keluarga. sampai bila? sampai bila aku akan bersifat keanak-anakkan.

percubaan pertama...jatuh, bangun, dan jatuh ketika skate..sekarang aku yakin aku bleh skate. Aku bleh bangun tanpa memegang tangan org...sekarang..apa yang perlu..aku mengetahui matlamat aku. Fokus pada matlamat..sama seperti aku fokus pada gerak kaki ketika skate. Kalu tidak fokus, aku akan jatuh. Mungkin sekarang aku jatuh...aku bisa lagi bangun dan skate kembali..tapi bagaimana kalu aku cuai...dan aku jatuh aku tak mampu bangun lagi....jadi bak kata Izwan, aku perlu lebih behati-hati setiap masa. InsyaAllah...

walaupun sekarang nie kaki aku berbalut bandage...tangan aku bengkak dan lebam sebab asik terjatuh...(paling tak bleh blah sbb jatuh ketika berdiri kat tepi gelanggang coz terberangan.. sampai ankle sprink) pastu...sesi tolak menolak ketika nak naik bus rapid..membuatkan kaki aku semakin teruk...lebam tangan takyah kata la....aku tenang. Aku senum dan ketawa dengan ikhlas. setelah apa yang aku pendam..aku luahkan...aku uraikan ia dan lepaskan dalam gelanggang ice-skate tue.

Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. jauh dari apa yang aku nampak sebenarnya...

thanks fatah...sbb bg aku 1 litre of tears. Banyak benda aku blaja dari 1 litre of tears.

well..rabu ini sudah final exam...aku nak study.....

buat pembaca blog aku..tima kasih... dan tima kasih sbb memberi aku kekuatan dan semangat. kehidupan..penuh dengan misteri yang tak terkupas. Hanya masa dan takdir menentukan....sehingga ia tersingkap dan terungkap...kita hanya mampu berusaha,dan Dia yang menentukan.

Aku akhiri entry ini...dengan lirik lagu Yuna Ito, Faith.

FAITH-YUNA ITO
I walk all by myself...
But I don’t regret
the things I decided back on that day
at times, the pain gets worse
Though I’m still in love
I will not stray the path I chose
If somehow, this time
a light called hope
could appear
then surely, we could be together
and I’d get the strength I need to live on
Those days of love, those times you loved me
its warmth, still has not faded
I can’t say anything to you
No matter what the words might be
I simply can’t bear to tell you everything
On the nights I can’t be with you, even though I want to
I lay in my room, hugging myself without sleeping
I still believe in love, so once more
I will believe, and I won’t give up, cuz I have
Faith in my future
Show me the way
To the days of yesterday
If they’re things that can be thrown away
then they’re just simple things
This kind of selfishness,
you answered it with kindness
because I needed an anwser
Caught in a mass of people
I feel shaken, and yet
there are some things that don’t change
So whenever I stop myself, I am reborn,
because my dream gives me the proof I need
Whether this freedom is eye opening
or mundane, I know I can’t rely on it
Don’t make it fade away to be
drained away
because it’s connected to my heart
On the nights I can’t be with you, even though I want to
I can hear your voice
I do believe in love, so I won’t let go
And I will hold on to the things I believe, cuz I have
Faith in my future
I will believe, and I won’t give up, cuz I have
Faith in my future....


bye!




No comments: