Friday, November 28, 2008
Filosofi Empayar Anak Setan
Aku sedang meracau mencari nilai persamaan pada satu paksi simetri perhubungan
sayangnya, ia persamaan yang wujud hanya satu illusi maya paranormal
yang menutup dogma-dogma pembohongan bagi mengindahkan rasa hati
yang menutup selirat lingkungan rasa yang mula patah
patah dari tunasan dahan yang kian mula bercambah
bercambah dari cebisan picisan baja sedatif satu pengharapan palsu
kita jauh,terlalu jauh barangkali
terpisah dek perbezaan khalatulistiwa dalam garis horizon
berbeda pendapat,taraf kemanusiaan dan mentaliti kehidupan
biar kebarangkalian itu hanya satu nisbah sepuluh
hakikatnya,kita terpisah dalam lautan keegoan manusia
di mana landasananya bukan lagi get logik fikiran
hanya pengisian emosi jiwa tanpa haluan tetap
aku masih lagi berdiri memegang tanjak janji biapun hamparannya palsu
dan hambatan waktu itu bagaikan bersenda tawa mengejek kenaifan aku
setiap putaran detik maya itu sinis menyindir aku pada sebuah mimpi
percaturan yang terlalu sempurna anyamannya bagaikan tidak berpaksi pada putaran bumi,
hanyut berfantasi nikmat hidup yang hakiki dan fana
hinggakan lupa bahawa ciptaan kejadian alam
penuh tipu daya muslihat yang tak mampu di dalami akal
kembali pada logiknya, sang puteri
kau,aku dan mereka itu tidak mampu memahami lukisan hati
yang mana perbentangannya sedang kecewa terluka
tapi bertopeng pada kegembiraan dan keseronokkan duniawi..
sedangkan rawi dunia itu hanya sebentar persinggahan
tapi deritanya bagaikan seribu tahun penghidupan
dan aku tak mahu lagi kamu terjebak,
dalam satu lagi rantaian pemainan
di mana jawapannya kekalahan di sudut kiri kanan kamu.
bangkit,jangan lagi terus berharap tasbih tafsiran mimpi yang kosong..
sebelum lagenda anak setan itu kembali bermaharajalela membina empayar
mencipta lagenda filosofi maha hebat tak terbukti dek sejarah akal manusia!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment