Aidiladha menjelma lagi. Memandangkan pengarah akan ke UK selama sebulan, office menjadi kelam kabut dan banyak tuntutan pembayaran serta perlantikkan pemangku tugas perlu di laksanakan. Apatah lagi,minggu depan aku akan mula bercuti panjang sebab kenduri kahwin kak farah dan kak dzu, maka aku tidak dapat bercuti. Minggu ni office kosong..dan aku terpaksa menjaga pentadbiran office. Pendek kata,pengarah tak ada...aku la pengarah besar. ehehehe.....
Mula-mula aku rasa, tak ada apa sangat kalau tak balik raya ke kampung di Penang. Bebudak umah sume dah balik kampung sejak cuti semester lagi. Cuma aku je yang berkerja,maka aku masih di rumah. Malam raya, terasa keheningannya. Hati dah mula syahdu. Tapi mujur,ada rakan-rakan di kapasitor dan seseorang yang jauh di France menamani malam aku di internet. Ye, dia juga tak dapat balik raya. Bukan sahaja aidiladha..bahkan aidilfitri dia pun di sana. Sekurang-kurangnya...dia ada 12 orang rakan-rakan senegara yang menemani dia di sana.
pagi ini bila aku bangun, aku rasa sangat syahdu. Mesej ucapan hari raya silih berganti. Aku cuma tersenyum..pura-pura kuat! kalau ikut plan asal, aku boleh je pergi marathon movie kat panggung wayang. Tapi entah napa malas sangat nak pergi. ketika itu lah aku mula teringat...saat dan ketika ini pastinya aku sibuk membantu mama di dapur masak nasi tomato. kemudian seawal pagi, aku akan mengisi kuih dalam balang untuk saudara-mara yang datang..kemudian menonton tv bila keluarga aku ke surau utk tgk upacara korban. aku tak boleh pergi..sebab nanti kalu aku dah mula menangis tengok lembu tu dikorbankan...susah nak henti. petang pula,daging korban akan di agihkan, so time tu boleh la dengar macam-macam plan nak buat dengan daging tu. namun yang pastinya, mama akan masakkan aku nasi daging. nasi daging mama sedap. gulai daging, then air asam campur tomato. (aiyak..perut aku dah berbunyi...)
aku selalu merungut pada mama. banyak betul yang aku bebelkan sampaikan adik tergelak dengar aku membebel setiap kali balik beraya. tapi hari ini...aku keseorangan dalam umah ni. sedih...takde mama,abah,adik dan along. tak ada kuih raya..tak ada nasi himpit yang merupakan satu kemestian ketika beraya,rendang ayam...sedihnya. aku tak tahu dah bape kali aku sebut perkataan sedihnya.
Sekarang aku mengerti perasaan dia bila dia kata sedih tak dapat beraya ngan mama,papa,adik-beradik dia. aku juga mula rasa kenapa parcel dari malaysia itu amat bemakna pada dia...betapa rendang ayam kegemaran dia itu amat dinanti pada hari raya...semuanya amat bermakna pada mereka yang berjauhan dari keluarga di hari raya. Tapi...itu lah erti pengorbanan. Berkorban...dan kita pasti akan lebih menghargai ahli keluarga kita.
syahdunya perasaan ini...agaknya bagaimana perasaan nabi ismail(betul ke nabi ismail??) ketika mengorbankan anaknya dahulu. pastinya maha hebatkan.....aku sendiri pun terasa syahdu berjauhan dengan keluarga tercinta. tahun depan,aku tak peduli..mesti balik raya juga. tak kiralah...raya aidilfitri ke..aidiladha...raya gongxi fatt chai atau depavali sekalipun. Krismas ni aku akan berada di kampung. Untuk bersama insan-insan tersayang pada hari lahir aku.
No comments:
Post a Comment