Monday, August 31, 2009

dah pusa 10 hari beb!

it sound funny when i wrote my tittle like that..but that the fact. we already fasting for about 10 days. wow..time flies so quickly. My health..just being better from before.Alhamdullilah...dah stop dah bleeding and running nose. but i couldn't stand with heavy coughing ni. (Please..get well soon). This Wednesday i have to attend a test..so i need to be recover soon. so ganbattene!! hehehehe

Last nite....zuwairi, my best ever friend since school time..and me, we have some serious discussion. about what happened to me. Thanks soooo much to him!! He make me realized, i should not take any blame on me for what ever decision taken by that fella. (i address him fella coz i don't want to recall his name in my mind). love is about giving a space. If that fella could not accept the fact that i telling him..it's his problem not mine. both of us..made a mistake...but we still can change it to better if both of us can sit and discuss it together. But, if he already took the decision to banned me out...what else can i said dowh?

takpe la....aku redha. But after this...will be no more emo(ececeh..)..will be no more taking blame. Just wanna live in my life. being what am i...without regret. hei..i deserve happiness even he is not happy with his life. Do i need to care about him? (the answer is..tak payah. buang masa je aku nak amik tahu hal dia).

hahaha..very energetic entry. No exactly la...just took seriously what people advised me. i dont have to chance anything just wanna be with him. no. no need. Love is about accepting what u are..and love is about sharing everything.

what will i do after this? erm...good question. besides live on my life to the fullest way i can..my schedule are so and so pack. i need to start my thesis writing back. last nite..after borak ngan zuwairi...i aready found few articles which i think can assist my writting. Then, i gonna continue bck with my novel-Rantai (dah berbelit2 dah rantai aku ni..hahaha)..keje as usual...and selainnya, ENJOY!! horeayyyyyy....(this is sound like me...suka enjoy. haha)

oklah...i need to end it here. shall continue later. nak mandi la..ngeh ngeh ngeh..

Again, Zu..thanks. rant about life,rite? hell or high water...u choose! yeap..i'm choosing. if this the path that i shall move on...i take it as challenge. better than just wait and see rite? if this an omen or signal...the rest i shall left to Allah. He know well.

ok. gtg!


P/S; happy independence day. and happy birthday to my mama!

Sunday, August 30, 2009

Demam pada Ramdhan 9th

Usai aku sudahkan entry sebelum ini....demam aku semakin panas. sejuk yang melampau-lampau dan panas dalam yg terlalu tinggi. Hinggakan terlalu banyak darah mengalir dari celahan hidung dan bibir aku. Tapi aku redha. Mungkin inilah balasan untuk aku kerana melukakan dia..akhirnya membuatkan dia 'hanyut' kerana aku.
kata si kembar....tuhan bagi sakit untuk hapuskan dosa-dosa kecil kita. Maka, aku redha..walaupun sebenarnya sakitnya,hanya Allah yang tahu.
Semalam...antara tido-tido ayam, aku lihat adik masuk ke bilik aku. Kebiasaan sikap adik aku kalau balik aku balik ke rumah...mesti dia akan kerap menghabiskan masa di rumah dengan aku. kalau sekalipun dia kuar...bila pulang pastinya di cari aku. di dalam bilik ke..di dapur ke..pastinya soalan utama adik pada mama ialah "mana kakak?"
Berbalik pasal adik aku masuk ke bilik...bila dia lihat aku sedang tido...dia tak jadi masuk ke dalam bilik aku, sebaliknya..kata adik pada mama,"kesian kakak..kan ma?"
Hari ini....dah 2 tuala besar dan 2 tuala kecil aku penuh dengan darah. Panas badan aku masih tinggi walaupun badan aku mengigil kesejukan.Tapi aku masih tersenyum. Aku positifkan diri...ni sume dugaan Allah untuk aku. Sakit salah-satu cara penghapus dosa. Mungkin aku banyak sangat dosa pada Dia..dan juga dia. Lalu, aku redha juga.
redha dan redha...cam dah bosan aku ungkapkan ayat itu banyak kali.
dah ar..aku malas nk pk lagi. aku nak tido supaya sakit kepala aku ni berkurangan.

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan 8th: Kisah meja makan

"alangkan bulan terang hilang nyawa tanpa bintang,
apalagi aku.."



Kat meja makan..ketika berbuka puasa td, kuar isu di meja makan. Dan aku,dengan keadaan demam panas sejuk yang semakin kritikal...dan selesema yg makin menjadi-jadi selayaknya menjadi permerhati dan pendengar sahaja.
Dahulu..suatu masa dahulu...sebelum kami berpindah ke teratak yang sedang kami diami sekarang, kami sekeluarga tinggal di rumah tepi pantai , masih lagi di negeri yang sama. Waktu dulu, mama suka bawa along ke tepi pantai untuk mencari belangkas sewaktu petang. Kisah meja makan aku bermula bila adik keluarkan topik tentang belangkas.

Adik :
Adik suka kacau belangkas. nanti adik pisahkan yg jantan ngan yg betina,pastu
nantikan...belangkas jantan tu mesti lari nak g balik kat yg betina. (sengih)

Mama : tak baik tau adik buat camtuh! Tuhan dah jd kan diorg berpasang-pasangan.

Adik :
Mama nak tau, ritu kan adik tengok..ada belangkas betina tu mati kena langgar kereta,
tapi yg belangkas jantan tu sedih je dok kat sebelah. pastu adik amik lah belangkas jantan tu p bagi kat belangkas betina lain yg single. Dia takmo. Dia lari balik p kat sebelah yg betina dah penyek tu.(adik gelak)

Mama :
memanglah adik. kan depa hidup mati sama-sama. Kalau yg betina dah mati..mesti yg
jantan tu nanti mati "ber-agan" (terseksa)

Adik :
Alah, mama nak tau...Ken(nama kawan adik), dia amik belangkas tu dia sepak masuk
ayaq je.

Mama : kalau dah masuk ayaq..nanti dia berenanglah. nanti dia cari pasangan baru.


Perbualan seterusnya tak menarik minat aku untuk mendengar,sebab otak aku yang tepu ni berlegar-legar sekitar kisah sang belagkas.

Kalau haiwan boleh setia dengan pasangannya..kenapa tak boleh manusia? Kalau perangai buruk binatang...manusia boleh contohi,kenapa perangai baik binatang, tak boleh dijadikan teladan? Sifat setia si belangkas....mati hidup bersama. Sifat rajin semut berkerja.. Susah sangat ke nak ikut?Kenapa perlu ego..hanya kerana manusia dikurniakan akal untuk berfikir..lalu manusia jd sombong dan bongkak?

Untuk kawan-kawan aku yang terkejut tengok aku emo dalam entry sebelum ni...sebenarnya aku sangat tertekan dengan apa yg aku hadapi. Buat pertama kali..ikhlas aku kata...aku memang cintakan dia sepenuh hati aku. sepenuh hati..sampaikan tiada langsung ruang untuk aku menyintai diri aku. Tapi, salahkan kalau aku menjadi aku dan aku bukan seperti 'dia'. hati aku tak kering..tak sekuat mana. Aku menangis...aku meraung..jangan ingat dia je yg sedih..yg pasrah..yg terluka. Bahagia yang datang kejap je, tapi sedih yang ditinggalkan tu..terlalu dalam.

Tapi apa yang aku buat?

aku sibukkan diri. aku seksa diri aku...aku buat je sebanyak mana keje yang aku mampu. sampaikan,aku pengsan masuk wad..semata-mata aku nak dia tahu..aku takkan susahkan dia...takkan merayu keputusan dia dan takkan bagi dia sedih lagi dengan aku. aku nak dia bahagia dengan kawan-kawan,keluarga dan sapa sahaja yang mampu bahagiakan dia. aku tak mahu dia tahu..aku sedih.

Aku memang manusia yang ego sangat tinggi..kan?!!!

Hakikatnya,ego aku goyah semalam. Goyah bila aku dapat tahu..dia hangover dengan kawan-kawan dia di club. Dan yang paling best...gambar dia bagus punya dengan kawan-kawan dia dengan perempuan-perempuan..yg entah aku nak consider pakai baju ke tak. Aku berkemban nak g mandi pun..nampak jauh lagi sopan. Siap berpeluk..pipi ke pipi. memang terbaik! bernanah hati aku.

Dia pernah janji dengan aku...dulu dia pernah kecewa..sampaikan dia terbuat perkara tak septutnya. Dia jd lost dengan alchohol... dia amik drug. Tapi...itu kali pertama dan terakhir kerana kecewa. sekarang? dia buat lagi? aku tahu..dalam hal ni..aku yang bersalah. Aku yang lukakan hati dia..tapi bukankah dia yg buat keputusan utk melupakan aku?

aku tahu..aku salah sebab aku meragui kesetian dan cinta dia...dan yg paling aku kesali..aku mainkan cinta dia. Aku sedar aku serba kekurangan...jd bagaimana aku nak jd seperti mana dia mahu? Lalu, aku biarkan perasaan dia..sampaikan dia anggap aku tak sukakan dia. tak sayangkan dia..seolah-olah hanya dia menyintai aku sepenuh hati. seolah-olah dia bertepuk sebelah tangan. Kemudian aku curahkan lagi kata-kata yg melukakan hati dia.

Ya Allah demi tuhan..aku sayangkan kau..walaupun aku tak pernah lafazkan betapa aku sayangkan kau. Dan demi tuhan juga, aku cintakan kau. cuma...antara kita terlalu banyak jurang. Jurang tu lebih besar dari jurang marina di lautan.

Kawan-kawan yang tahu cite apa yg terjadi..selalu nasihatkan aku. Ramai yang kata..antara kami mmg ada jodoh,cuma aku kena bersabar. Just follow the flow. tapi..kalau dia rasa hanya dia terluka, dia memang silap. Aku juga terluka. sebab terlalu terluka lah..aku sanggup kuar dari keje di KL. Minta di tukarkan. aku nak jauh dari dia. supaya aku tak perlu lagi amik tahu tentang dia...supaya aku dan dia tidak bertembung secara kebetulan di sekitar-sekitar KL.

Dan aku juga menangis melihat bulan dan bintang.....sebab aku tahu..dia juga sedih melihat bulan dan bintang yg sama seperti aku lihat.

seperti mana dia kuburkan sedih itu sedalam-dalamnya , dan jdkan kegembiraan sebagai display pada kawan-kawannya...itu juga aku buat. sebagimana dia ketawa...gitu juga aku akan ketawa. Cuma...untuk arini....hati aku bebaskan dia pergi walaupun aku tak mampu. Biarlah dia bahagia...walau bagaimana pun dia mahu...sebagaimana pun cara...dia pilih, aku redha. aku takkan paling ke belakang lagi. walau dengan siapa..perempuan mana sekalipun...nak buat apa pun..buatlah. Hak kamu.

Untuk segala yang aku beritahu kamu sebelum ini...tak akan lagi sama. kerana, aku akan tukar haluan perjalanan aku. Terima kasih..dalam sesingkat ini...kau berikan aku kebahagian.

cerita kau dah aku..hanya setakat ini. Ye! sampai setakat ini sahaja.

aku lepaskan kau pergi dari hati aku.



" demi malam yang mungkin tidak sempat habis,
demi siang yang mungkin tidak sempat sampai,

sudah-sudahlah...

kerana,

Aku cuma sudah tidak larat menjahit mimpi di tiang tinggi...."

EMO!-Updated

AKU BODOH! AKU BANGGANG..
AKU LOSER.
AKU LOSER..
AKU LOSER..
LOSER... SIAL!!

AKU TAK PENAH PALING SEDIH CAMNI.
TAPI KALI NI AKU DOWN. AKU MMG DOWN
TAHAP BABI PUNYA AKU DOWN!

AKU MEMANG LOSER. AKU MANUSIA PALING LOSER!

FRAGILE AND LOSERRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

IT MAKES TO BE BROKEN,WHAT ELSE CAN WE SAID? THERE ARE NO DIFFER, WHY,
WHY MUST BE JUDGE BY BROKEN WAY!

MMG AKU SAKIT..AKU SAKIT JIWA DENGAN MANUSIA CAM GITU. AKU BETUL2 LOSER DAN TERASA DIRI BODOH. YEP! AKU SALAH!! SUME SALAH AKU..SAMPAI AKU RASA AKU PALING BODOH ATAS MUKA BUMI NI!!




memoir ramadhan 7th: thinking of you.

Kau dan aku,
Kita nyanyikan lagu yang sama...
dan kita sama-sama terluka, tapi mengapa?
sukar sangat ke nak mengaku?
Susah sangat ke nak terima?

Kata Aizawa,
"Biar bulan dan bintang tinggi.... cahayanya tetap ada. Biar cinta itu pergi, rasanya tetap tiba.."
sahut D'lia
"biar pelangi tibe waktu hujan reda...namun warnanyer tetap membahagiakan"

tapi aku..aku terluka. aku rindukan dia.aku sayangkan dia.

Hati aku pecah lagi! Aku patut lupakan dia. Antara aku dan dia...tiada lagi titik pertemuan. Aku harus belajar melepaskan ia pergi. terima hakikat. Aku dan dia.. tidak ditakdirkan bersama.

pergi la awak..pergi..pergi. Jangan toleh belakang lagi. Aku lepaskan kau pergi!

Friday, August 28, 2009

5th and 6th Puasa : Travelling Mode

Puasa ke-5
Permulaan yang sangat kelam-kabut. Pagi ni..sepatutnya encik pupus yang amik aku di rumah..tapi entahlah, apa lah dia ni mamai...last2 dia call aku suh take cab dari Shah Alam sampai ke Ampang Park. Dia tunggu aku di Ampang Park. Kelam-kabut aku siap. Then amik cab sampai Asia Jaya je sbb pakcik cab tu tak tahu camana nak gi ke Ampang. Lagipun, time tu takut jalan jammed. Presentation plak start kul 11.00 pagi kat Sentul. So...kuar umah pun dah kul 10.05 pg, then lebih kurang 10.55pg aku sampai kat Ampang Park. Dia dah tunggu tempat biasa kat Ampang Park.Then we all terus ke tempat presentation. Sampai kat sentul..company yg training ngan kitaorg tu ada. Damn! betul salah concept!!! sebiji cam apa aku kata kat encik pupus kelmarin time jumpa Fira. Tapi,dah lambat. Apa pun..kami "shoot" gak presentation. Walaupun tak ok..tapi...kami kena re-present balik xcessment yg dlm bentuk lifefray ni selasa ni. Tapi apa pun..design kami yg layout 1 dlm entri sebelum ni...mmg mendapat perhatian dari client. Plus, satu lagi mock design kami akan bg pada hari selasa ni. Pergh,.mencabar minda.
Settle presentation...kami yang penuh stress dan tension serta kepenatan ni...nak merehatkan kepala otak. Maka...menujulah ke Midvalley sbb encik pupus nak g SPA. Thai Odssey menjadi tempat destinasi. Bos nak buat SPA...sbb dia penat sgt. Hectic body... biasalah cara org kaya melepaskan penat tak sama dengan org yg takde apa2 cam aku ni. Tapi,yang bestnya..dia belanje aku buat SPA juga. cuma, aku amik foot massage. tak amik body massage. Aku taknak org pegang badan aku sebarangan. Nanti sakit badan! Mula-mula buat foot massage mmg la sedap..tapi bila dah buat shoulder massage (foc dlm package) ..mak aih..aku rasa cam badan aku kena karate je. sakit nak mampus. tension..nak nangis pun ada. Nyesal plak rasa walaupun org belanje. Sampai meletup2 tulang aku..walaupun cam rasa relaks dan sedap..woo..sakit woo.. Betul kata Ayu, mmg nangis la kalau massage sebenar. Selesai treatment selama sejam..aku pun tunggu bos aku.
Yang lebih kelakar..bos aku bila kuar. dia pun sama cam aku. Serik dah nak gi situ. katanya,dah cam wrestling time session tu. pergh! mesti sakit. Dia yang keras tough tu pun sakit. heehe...Pas g Midvalley, bos turunkan aku kat LRT Kerinchi. Aku terus ke KLCC. Buka posa dengan si kembar, Fatah dekat Nandos. Borak ngan fatah..sbb dah lama tak jumpa. Lama sangat. Dah rindu dah kat kembar aku sorang tu. Lepas buka posa...and fatah solat ...aku men'jamak' je solat( sbb dlm perjalanan kan..lagipun dengan badan berminyak..eee...tak selesanya!). . Lepas jumpa fatah terus amik LRT ke Kelana Jaya.Kat KJ ,walter,ahnep ngan Wan amik aku. We all lepak kat Murni ss2. Sampai dekat kul 11mlm..then walter hantar aku balik Shah Alam.
Pergh! full jadual aku.

6th Puasa.
rini, aku berpeluang rehat atas tilam kesayangan aku tu lama sikit. Bangun sahur, Hanis kejut..then makan nasi sikit then lepas solat terbungkang balik. Bangun jam 8.40 pagi..then siap2 g ke Puncak Perdana. Jumpa en Kamarul Azwan.lepak ngan encik Kam, pastu jumpa Encik Juwahir Ali. Jumpa pon pasal permohonan master aku tu je. Siap dapat suggestion untuk tajuk Thesis dan proposal lagi. hehehe...
Settle kat Puncak...aku terus ke PWTC. BEST TEAM ada kat sana. Siapkan display and loading barang utk CIMB Perfect Livin' 2009. aku pun tolong mana patut...then balik, gi beli tiket bus nak balik penang, Banyak lagi keje nak settle kat penang. Lepas dapat tiket, aku ngan ditemani Ahnep..terus ke Masjid Jamek ngan Jalan TAR. Shopping berbuka dan baju raya. meriah!! walaupun hujan.heheheh.
Pas shopping..terus amik train ke Pudu. Makan makanan we all beli kat pudu. On the way nak g platform..boleh plak terpandang mummy...yg dulu buka kafe kat Puncak tu. apa lagi,,,kecoh la kejap ngan mummy. Mummy buka kedai makan kat situ. nanti bila2 boleh la gi kacau mummy.
Lepas tu..terus gerak g platform. Bus dah ada. naik n terus lepak dalam bus. Sampai umah penang dalam kul 2.30 pagi. Lepak ngan mama..borak2....then terus sahur.
hehehe..

Wednesday, August 26, 2009

4th puasa...hehehe


Hari yg penat dan meletihkan. Hanya Allah yang tahu. bertungkus lumus aku buat translation term n condition tu sebagai...sampai jam 3.00 pg bru terlelap. Tu pun..moto moto tolong. Kalau tak..mestilah tak tido aku.
Kul 8 pg..aku terjaga. kelam kabut sungguh. nak kemas beg sebagai. Bus ke KL pukul 9.30 pagi. petang kul 5ptg..aku ada discusion. Kul 9 pg, bertolak ke Parit Buntar. Tapi..lebih menyakitkan hati..bas aku tu delay sampai jam 11pg. Jenuh aku mengamuk..bru diorg tukar bas. Naik bus 11 pg. Penat giler. Sampai Pudu dalam kul 2.45ptg. Tak tau nak ke mana...jalan sampai Pasar Seni then ke KL Sentral.
Lepas solat jamak kat surau KL Sentral..encik pupus suh g ampang park. So amik LRT ke Ampang Park..then dari Ampang Park ke Taman Teknologi Park,Bukit Jalil. Ada discussion utk presentation esok. Matilah sebab aku kena ganti Fira esok present design. aku ingat pupus memain je.rupa-rupanya..betul. Masyallah!!!!
Lepas discussion....pupus anta aku ke summit.Rini aku buka posa kat the summit dengan BEST team. Lepas buka posa..dalam kul 10mlm gak la....Walter ngan ahnep anta aku balik ke rumah shah alam selepas beli burger untuk sahur. sampai umah dah penat...tapi stil kena usha2 layout yg fira bagi tu. Ada dua jenis layout...and dua2 cantik dan interaktif. Cuma, tak menggunakan aplikasi lifefray. Tu yg jd cuak skit tu.
apa pun...good luck untuk diri sendiri yang dah gelabah. huhuhuh


aku taruk kat sini designs layout tu:-

Layout 1
Layout 2


Tuesday, August 25, 2009

3rd Puasa

"Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Aku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi... Sepi dan sendiri aku benci.
Aku ingin bingar. Aku mau di pasar.

Bosan aku dengan penat,
dan enyah saja kau, pekat!

Seperti berjelaga jika aku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh

Ahh.. ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya?
Biar terderah,
atau... aku harus lari ke hutan belok ke pantai?"

Terlalu banyak kata-kata yang aku kunyah dan aku hadam untuk sehari dua ini. Bahkan,
rantaian email dan mesej yang aku terima juga menjadi peneman aku sepanjang hari.
bayang-bayang dia..masih lagi sukar untuk aku padamkan dari hadapan mataku. Tertekan sangat
aku dengan situasi ini. dan kata-kata Fyn Jamal..sedikit membuatkan rasa hati aku lega.

" Aku cuma sudah tidak larat menjahit mimpi di tiang tinggi"

Mungkin aku terlalu bermimpi. Tinggi segala mimpi aku pasakkan di tiang tinggi tanpa mengukur
kemampuan diri. Antara aku dgn dia..bagai langit dan bumi. Jadi, mengapa harus aku terus beharap
dan bermimpi di siang hari.

alahai..entry sedih lagi??? ok..ok..tukar mood jap.

Keadaan kesihatan aku ok je. kejap demam..kejap ok..kejap selesema..kejap aku sejuk beku.
hahaha...tapi paling best rini....aku mg struggle gile nak siapkan translation utk projek website
veterinar tu. aduss...BI dia..hancus. siap kat page english tapi ada statement dlm bhs melayu.
Hancus..padahal website kerajaan. mmg bengong tol. alhamdullilah..aku dah dapat siapkan.
tapi itu pun,dengan bantuan moto-moto yang mengantuk. heheh sian moto-moto kena buli ngan aku.
Tapi takpe..sekembalinya moto moto ke Malaysia nnt, aku kena belanje moto moto makan sampai sedapur
punya kuantiti. hahaha..ok2. aku tau nk bawak moto moto mkn katner. mayb gi warung kita je. bleh la moto
moto makan nasi impit ketupat rendang. sbb raya kali ni moto moto sambut kat UK tak balik Malaysia.
Oh ya..esok pagi aku balik KL. ada presentation kat Skali. Padahal ari rabu ni aku ada test computer
kat Bkt Tambun. Layan kan je ar...
Puasa? aku ok je. makan cam biasa....sedikit berkurang limitnya. Kononnya jd badan la. bajet nak kurus siot
time konvo. tapi entahlah..tgk je la nnt.Jadual aku untuk beberapa hari ini akan padat dgn tugasan dan keje.
Oh ya..nak siapkan proposal thesis lagi. pening2. hehehe..
apa pun..aku harap aku mampu selesaikan dengan terbaik. Aite!

teruskan perjuangan !!!


Monday, August 24, 2009

2nd day puasa

hari ni..sume berjalan seperti biasa. cuma aku demam sikit. tadi petang..tgk cite soal hati. best2.
malam....aku borak ngan Ayie. tentang "dia" .serius aku rindukan dia. dan ayie plak...confident sgt aku ni ditakdirkan utk dia. begitu juga sebaliknya.
Entahlah..aku tak pasti. Tapi aku tahu..aku rindu kat dia. sangat2. walau sekejap sahaja dia singgah di hati aku, tapi apa dia buat untuk aku sangat menyentuh hati aku. sangat!!
malam ni..aku nak sibukkan diri dengan thesis aku. bak kata moto moto..jangan bagi ada masa langsung untuk aku ingatkan dia. insyaallah...aku cuba. aku nekad.
walaupun..aku tak mampu buang ingatan dia dalam diri aku..tapi aku juga tak mahu terus hidup dengan ingatan yg tah apa-apa ntah,
ganbattene!! huhuh...

Sunday, August 23, 2009

1st Day Puasa

Hari yang memenatkan...tapi aku tetap juga penuhi hari ini dengan senyuman. ;Pepagi lagi lepas sahur, aku dah menghadiriceramah KKP. Penat sangat. 6 jam. Tapi mujurlah penceramah dia, not bad la. kelakar.
Balik je..abah jemput. Kami terus ke pasar ramdhan. Beli ayam percik( juadah kemestiaan aku pada bulan puasa.....dan sikit kuih. Then balik umah....siap2 kemas and buat apa yang patut sampailah time buka puasa. Aku amik apa yg moto moto cakap semalam. aku kena penuhkan masa lapang aku. so aku takkan pikir apa yg tak patut aku pikir,walaupun dlm dok fokus tu....'bayangan' yang tak patutnya tetap menjelma. heheh... buka puasa ala kadar je. Lepas buku puasa...abah, adik dan abang takde. mama pun cam penat. So aku tak berterawih malam ni. Badan pun penat/ Kebelakangan ni...aku cepat sikit penat dan aku takleh pressure badan. Takut aku pengsan plak dekat masjid. So kat umah...menggaji depan mama. Jenuh juga kena tegur....bila banyak hukum tajwid aku buat salah. Tapi paling teruk kena marah dengan mama...sbb aku selalu curi nafas bila kat certain hukum tajwid. heheh...comelkan?!!!?!
Tapi rini...aku memang paling happy sekali.....buka puasa mmg meriah. Adik duduk sebelah aku. asyik gelak je kat meja makan. mmg nakal sungguh adik aku. Alhamdullilah..sederhana je aku buka puasa. Tapi meriah sangat.
Hampir lupa gak nak tulis.....balik dai pasar ramadhan, aku jumpa Azidawati..atau nickname dia Kak Ghee time sekolah2 dulu. huhu...rindu bangat sey. dah lama lost contact pas habis tingkatan 6.
oklah...got to go. Subuh dah sampai.
selamat berpuasa semua.

Saturday, August 22, 2009

Diskusi dgn moto moto..


Malam ni..hati aku runsing. Nasib baik moto-moto online. Memang,baik sungguh moto-moto melayan hati aku gundah gelana. Tapi hasil diskusi yg panas ini....apa yg dikemukan moto moto betul2 buat aku cam tak leh nafas sikit sebanyak.
kalau betul ar..this is a sign...well...what can i say..it indicate a bad sign for me. huru hara hidup woh!!

Friday, August 21, 2009

entah la..apa2 je la.

Sebetulnya,aku ingin menulis tentang perkara lain. Tapi,entah mengapa sejak petang tadi..fikiran aku sedikit melayang.
Esok, hari pertama puasa. dan aku dah selamat kembali di rumah. Tapi, yang menyedihkan...adik aku demam panas. Seperti biasa, aku dah jd cam baby sitter untuk adik aku yg dah berusia 20thn tu. Bila demam..atau sakit..biasalah..dengan aku la dia manja melebih2. Ala..kalau tak demam pun..dia tetap manja ngan aku. Tapi rini..demam dia..buat dia keterlaluan manja. Tido nak atas riba aku...makan dan minum nak aku suap. Sampaikan, aku terpaksa terperap sebelah dia..layan dia tgk tv sambil teman dia. Kadang2 dia terlelap..dan time dia terlelap tu la..aku amik kesempatan untuk solat, dan melayan buah hati aku..apa lagi kalau bukan laptop ni. hehehe...
Namun,dalam kesibukkan aku melayan adik aku....sambil sibuk nak mencari tajuk utk proposal thesis aku, entah kenapa...aku cam boleh tetiba tersenyum-senyum sendirian. otak aaku betul-betul melayang.
Tapi yang lebih teruk...selepas solat Asar tadi...lepas bg salam...aku berdoa. Boleh plak..time doa..aku jammed. Hang! dan Blur! Dan selintas..ingatan "dia" melintas di ruang mata aku. Rindukah aku? Padahal...baru je aku doa..aku minta.."andai ada jodoh aku dan dia..maka kau satukan lah kami dengan ikatan yang kau redhai. Permudahkanlah hubungan kami. Tapi sekiranya,dia bukanlah ditakdirkan utk aku...maka jauhkan la dia dari aku serta hilangkan segala ingatan aku padanya.." tak sempat nak aminkan doa...bayangan dia plak bermain dimata aku. Pastu malam ni..bleh plak jd jiwang..sengih2 sendiri sambil layan Secondhand Serenade. Padahal,aku tahu antara dia dengan aku..ada satu lembah yg memisahkan kami.Sejarah yg tak mampu nak dipadamkan. Tapi..kuasa Allah, siapa tahu? mungkin ada hikmahnya? Who knows kan?
Tetiba aku boleh jd terlalu positif plak. betul kata angah....aku ni swinging la. Sekejap cam gitu..sekejap cam ini. Sekejap tak kesah dia ada...sekejap sengih2 perasan sorang-sorang. Aiyoo..apa nak jd ni?super serious..aku rindu manusia itu!!
Untuk peringatan diri yang berada dalam kengkangan masa....Masa untuk aku mmg dah tak cukup. Jadual kehidupan aku dah padat untuk 2 tahun ni. Kalau boleh,aku tak mahu selitkan satu lagi agenda yg akan memenatkan dan merosakkan segala apa yg aku dah aturkan. Padahal..aku juga dah nekad..kan..nak belajar bercinta selepas bekahwin. isk..kalau yg ini pun aku tak tetap pendirian..abislah schedule hidup aku pasni. kena re-structure balik.
Pelik..aku tak sabar nak tgk kesudahan cite kehidupan aku. Kalau lah macam tgk DVD senanglah..boleh klik2 button back n forward suka suki. ni tak,aku yg kena lakonkan..padahal plot hadapan,aku pun tak pasti lagi apa bakal terjadi. Aku rasa..ni lah kot sumpahan yg kak Ya kata pada aku dulu time kitaorg sume stil bujang trang tang tang..(ops..sori ye kak ya..i stil bujang k. u yg dah ada anak sorang n k. bani plak coming soon. HAHAHAHA...riaknya aku jd single mingle). Sumpahanya ialah..bercinta dengan orang lain..bertunang dengan org lain..dah bekahwin dengan orang lain.uiks..simpang malaikat 44 beb!
Memang betul la...aku perlu terapi.Terapi otak..badan sume2 sekali. biar tak bengong..tak swing swang. cik kak....sila jgn rosakkan plan. Tolonglah~~ tolongggggggggggggggg~~
ala..mp3 aku ni pun tak menyebelahi aku....lagu pun cam sindir2 aku je. Ala..layan je la. ok jom,layan lagu.

This time I wonder what it feels like
To find the one in this life
The one we all dream of
But dreams just aren't enough
So I'll be waiting for the real thing
I'll know it by the feeling
The moment when we're meeting
Will play out like a scene straight off the silver screen
So I'll be holdin' my breath
Right up to the end
Until that moment when
I find the one that I'll spend forever with

'Cause nobody wants to be the last one there
'Cause everyone wants to feel like someone cares
Someone to love with my life in their hands
There's gotta be somebody for me like that
'Cause nobody wants to go it on their own
And everyone wants to know they're not alone
Somebody else that feels the same somewhere
There's gotta be somebody for me out there

Tonight, out on the street, out in the moonlight
And, damn, it this feels too right
It's just like dejaƂ vu
Me standin' here with you
So I'll be holdin`my breath
Could this be the end
Is it that moment when
I find the one that I spend forever with

'Cause nobody wants to be the last one there
'Cause everyone wants to feel like someone cares
Someone to love with my life in their hands
There's gotta be somebody for me like that
'Cause nobody wants to go it on their own
And everyone wants to know they're not alone
Is there somebody else that feels the same somewhere
There's gotta be somebody for me out there


You can't give up
When you're looking for a diamond in the rough
Because you never know when it shows up
Make sure you're holding on
'Cause it could be the one, the one you're waiting on

'Cause nobody wants to be the last one there
And everyone wants to feel like someone cares
Someone to love with my life in their hands
There has gotta be somebody for me
Ohhhhhh

Nobody wants to go it on their own
And everyone wants to know they're not alone
Is there somebody else that feels the same somewhere
There's gotta be somebody for me out there
Nobody wants to be the last one there
And everyone wants to feel like someone cares
Is there somebody else that feels the same somewhere
There has gotta be somebody for me out there

Wednesday, August 19, 2009

checklist..

1-siapkan draft thesis...then submit before 26hb Ogos.
2-siapkan keje2 yg terbengkalai sebelum raya.
3- nak full gi solat terawih...(walupun ada hari2 yg aku tak boleh pergi)
4-sedang melengkapkan diri untuk menjadi bakal isteri yg baik..(part memasak dan menjahit kena kasi up sikit skill..hahah)
5- nak mengurangkan kepingan2 "keju" di badan..
6-settlekan sume apa yg tertunggak utk konvo
7-shopping baju raya and baju konvo..
8-Nak jadi manusia...hihihi


ok.dah malas nak catat apa2 lagi.

Tuesday, August 18, 2009

Pergi..

Untuk seketika....atau mungkin untuk satu tempoh masa yang agak lama...aku akan pergi. Berlalu dari ruang sempit yang menyesakkan nafas aku. Yang menjadi tempat aku melepaskan lelah...menangis dan ketawa.

terlalu pantas masa berlalu...dan kesibukan membuatkan aku hilang Lost in track of life! *Huh..perkataan yang acapkali aku guna kebelakangan ini.*

Aku pergi bukan sebab aku benci...kerana sayang...kerana terlalu sayang dan terlalu luka..dan demi masa depan aku. Mungkin mereka boleh kata aku hipokrit...atau mungkin menuduh aku berada dalam comfort zone..tapi apakah yang membahagiakan...jika berada dalam comfort zone sedangkan hati menangis??

Insyaallah....gonna be better in time.

Masih ada sedikit ruang masa setelah siap berkemas beg besar untuk bekalan tempoh waktu pemergian...dan..masih lagi sempat bersantai-santai menghadap blog kesayangan. Entah,selepas permegian ini..kesibukkan belum pasti menjanjikan aku mampu meng'update' di sini lagi. Barangkali terbengkalai juga..seperti mana hati aku.

Semalam,sempat meluangkan masa dengan angah kesayanganku. Shopping! hahah..shopping keperluan yg mahu aku bawa ke sana. angah...segalanya bagi aku. kasih sayang aku pada sorang kakak...penuh aku berikan pada angah. tempat aku menangis..tempat aku ketawa..tempat aku bercerita segalanya. Angahlah kakak aku..sahabat dan teman aku dunia akhirat.

apa yang datang dan pergi..biar dia terus pergi. jangan dikenang lagi. Kalau dah jodoh tak ke mana kan?Walaupun aku dan dia saling benci antara satu sama lain? walaupun aku mengaku bagai nak rak...aku meluat kat dia? muhaha...

kalau benci..takkan lah aku menyanyikan lagu yang sama lagi....lagu kita..lagu kau dan aku...
biarpun lagu itu buat aku menangis..sampai buatkan si Pupus tak senang duduk tgk aku menangis..sampai cik Chal dan Cik Ilah sentiasa berusaha menenangkan aku. No worriesla..biar aku terus menangis...asalkan kemudian hari aku bahagia.

Ok...dah sampai masa rasanya....aku tamatkan dulu tulisan ni. Beg kedua perlu di pack..dan notebook kesayangan aku yg masih setia menemani aku susah dan senang...dan menjadi saksi apa yg aku buat. Biarlah org hilang kepercayaan aku..tapi Allah tahu aku tak salah..dan tak buat apa-apa. Penghitungannya..kita buat kemudian.Bersaksikan Dia.


ok..ok...dah..dah...cukup..cukuplah aku merepek.


btw...jgn baca entry ni dengan kesedihan..sbb aku menulis dgn gembira. *wink wink*




p/s :oi pencinta wanita...aku sayangkan ko,bengong! kamu hidup baik-baik ye! hahaha

Sunday, August 16, 2009

BEST team

Beberapa mingggu ini...aku tak dapat nak update blog. Pertama,aku sangat la sangat sibuk. kedua...aku juga pemalas...ketiga, oh..takde yang ketiga. hehe...
Aku masih lagi sibuk. Sibuk dengan ESSB. Aku dan ESSB tu cam dah ada saham dah. GM pun dah cam abang-abang suka menyakat mengusik aku. Cam sepanjang minggu lepas, aku dilanda emosi yang tak ketahuan. Asik nangis je. Sensitive je. Sampaikan GM pun dah cuak. Siap pujuk aku lagi..kasi semangat,buat lawak sebagai. alhamdullilah, aku cuba lupakan sekejap emo aku tu..nangis dan rajuk aku tu. cara dia? membizikan diri dengan BEST team. Yup..memang best berada diantara BEST Team. sebab dalam BEST Team...aku mcm adik manja kepada abang-abang,kakak yang sayangkan aku. Bob, Joe,Remy, kacang,botak,ben,teo, walter,ahnep,kak sue..uiks..ramai lagi. (oh ya..tak ketinggalan Mr Lua,kak ida dan kak saadiah gak) hehhe....Michael also.
Mmg aku bizi gila dgn BEST Team. ni kali kedua aku dengan BEST team. Tapi bila ada masa..lepas masa keje,aku selalu gak lepak ngan BEST team ni.
Tapi hari ini....mmg aku cipta sejarah. Pertama kali,aku pengsan ketika nak gi makan tengahari. Secara tak langsung.....menjadikan satu penemuan rekod baru..budak BEST Team pengsan time event. HAHHAAHAH...cuak semua.
Aku tak sedar..cuma aku tau..aku sangat pening dan terus rebah. Then,diorg angkat aku..(thanks to Michael) sampai kat office. pastu sume pakat usaha nak sedarkan aku. Bila aku sedar,aku mengigil kesejukkan. Sbbkan kesian tgk aku..kak su bawa aku gi klinik. Mula-mula gi Poklinik Anisa...pastu aku kena refer ke PPUM.
lama siot tunggu....akhirnya,dapat gak jumpa doc. Apa kata doc...biarlah aku saja yang tahu.

oh by the way..aku dah demam! hiks.

oklah,dah ngantuk sangat, nanti sambung tulis. hehhehe

Saturday, August 15, 2009

kebizian melanda lagi.

Hai.

Aku bizi sangat dua tiga minggu ni. Penat dan ketiadaan masa nak update apa2. Paling2 tidak..dapat buka email je. Tak dapat update blog dlm masa terdekat,sbb terllau sibuk. Juga tak dapat mengangkat pangilan dalam masa beberapa hari.

Oleh itu aku harap kalian paham. Kalau aku diam..bukan bererti aku sombong..atau aku sedang melupakan kamu sekalian..melupakan blog ni, tapi aku sedang sibuk. keje..keje..keje....draft..draft.. boleh gila aku tak lama lagi. Paling tidak, masuk wad sbb terlalu penat dan exhausted. Tapi apa pun,aku rasa bahagia. bahagia berada dalam dunia aku.

Cuma,satu aku minta....harap2 dunia aku tak terganggu lagi. Cukup2 lah apa aku dah kena alami..cukup2lah sume diletakkan atas bahu aku..semuanya nak salahkan aku...

so enuff for now.Aku mmg tahap bzzz giler punya la.

td balik keje pun walter yg anta sampai depan umah. Penat siot...


Oklah,mau tido.

Tuesday, August 11, 2009

cantik dan sakit...

Aku teringat kata-kata seorang kawan,suatu masa dulu..kalau nak kurus,cara yang paling mudah ialah putus cinta. Buktinya,dia berjaya menguruskan badan dalam masa yang singkat. Dulu,aku tak pernah percaya....tapi hari ini aku mengaku. Untuk kurus kita perlu tekad..dan untuk mendapat kekuatan dan tekad itu, perlukan usaha dan semangat. Semangat yang lahir dari kegembiraan..kebiasaannya sekejap je. Tapi kalau hasil dari kekecewaan, pastinya ia lebih jitu.

Camtulah aku..bukan mudah nak menurunkan berat badan..nak mengecilkan badan,walaupun ramai yang kata badan aku dah oke. Tak gemuk pun..cuma sikit berisi. Jauh lebih baik dari kurus kering. Tapi pada aku,entah kenapa lewat kebelakangan ini..ia bagaikan satu yang aku tidak senangi. Sesuatu yang aku jd risau. Hinggakan..aku benar-benar kurangkan makan. Dan lebih mengilakan..aku guna pakai kata Muadz. Aku amik supplement pills yang boleh mengenyangkan perut. Secara tak langsung,ia boleh menurunkan berat badan aku..dan mencantikkan aku.

Perit. Perit sangat time nak telan 3 biji kapsul ni..dah lah bau busuk.Tapi demi apa yang aku inginkan..aku nekad. Aku perlu berusaha. 2 bulan tu..terlalu singkat. Tapi,aku yakin aku mampu. Insyaallah.

Apa pun..tunggu je la 2 bulan lagi.hiks.

Sunday, August 9, 2009

yeah!

Dah lama tak update blog. Banyak sangat yang terjadi. Biar aku ringkaskan secara ringkas apa yg terjadi...

Aku kecewa lagi. Hampir seminggu aku menangis dan pikiran aku melayang sangat-sangat. Mujur ada Cik Chal dan Cik Ilah yang banyak membantu aku bagi semangat. Juga encik pupus tu. heheh... alhamdullilah, insyaallah. Aku dah ok.

Kenapa aku kecewa? Aku malas nak ingat atau komen apa. Sekarang, apa yang perlu..buat je macam Wan kata. Diam-diam dan pikirkan apa yang penting je. Dan apa yang penting itu ialah...
aku hanya ada kurang dari seminggu untuk siapkan draft thesis aku untuk dihantar. Kesibukan aku dalam keje dan sekarang dgn masalah ini, membuatkan aku mengetepikan draft thesis aku.

sekarang,aku dah resign..so ada la juga masa untuk cari bahan dan menulis. Tapi masalahnya,aku tak decide lagi.

So..aku perlukan bantuan. Any idea untuk ini?


i- Antara Advance Artificial Intelligence
ii-Financial and Accounting Information System
iii-Intelligence database

ok..aku kena siapkan draft thesis kurang 2 weeks. Nahas aku camni! aiyooo...


Btw,alhamdullilah..mama dan abah dah setuju aku sambung master kat malaysia ke overseas ke. Asalkan aku tak nanges..dan bahagia. hehehehe

Thursday, August 6, 2009

Melastik bintang yg rawan?

Allah berfirman: "Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaanyang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia" (Ar-Ra'd 13:11)


Semoga aku lebih kuat menjalani kehidupan seharian..tiada lagi airmata. Lewat kebelakangan ini aku terlalu murah dengan airmata...sampaikan,setiap detik,mudah sahaja ia mengalir laju. Untuk kesalahan lalu...mungkin tak dapat dipadamkan, tapi aku yakin ada hikmah disebalik apa yg terjadi.

Ya Allah berikan aku kekuatan. Dan gandakan kekuatan aku berhadapan dgn mukmin itu. 15 Ogos ni..Elly,kwn kesayangan aku tu convo. Bermakna..dia juga convo. Elly dah pesan suruh datang dgn sejambak roses. hahaha....

insyaallah..hati aku tgh terluka...kalau aku pergi.,dan terjumpa dia yg satu faculty ngan Elly,satu sidang plak tu ngan Elly...Ya Allah...bisa luluh hati ni. Cukup sudah hati yg telah terluka ni. Camana nak lastik bintang?Kalau hati sentiasa rawan???

untuk didi..thanks utk lagu yg kat entry ko tu..tapi lagu tu dah buat aku menangis selama seminggu ni. again, aku nanges lagi dgr lagu tuuuuuu.

ok..crazy entry...with crazy swingging mode. *lagu mode: Cinta terhalang-Bob*

hari ini dan semalam

Ya, aku sedang mencuba. mengasingkan setiap masalah yg timbul. Tima kasih pada Ami.Sekurang-kurangnya entrynya menyedarkan aku walaupun entrynya sebenarnya tiada kaitan dgn kehidupan dan pemasalahan aku.

Aku terlalu banyak menangis. Terlalu sebak minggu ini utk aku letakkan dalam perkataan. lalu, hanya airmata aku gantikan sebagai bicara emosiku. Cenggeng bukan?
Tak kisahlah..tapi airmata ini juga ada rahmatnya. ia buatkan aku lebih kuat tapi disedari. sapa kata menangis boleh melemahkan? Sesudah aku menangis..aku sedari betapa kawan2 aku sangat menyanyangi aku hinggakan menemaniku dikala susah dan senang. yang memeluk aku ketika aku menangis..memberikan aku semangat kala aku patah semangat biarpun masing-masing juga nasibnya tidak ketahuan.sahabat, aku sayang kamu sekalian. Boss..walaupun aku selalu panggi bos Serigala jadian la..pupus dan sebagai...awak mmg bos yg terbaik. Bila aku menangis, dia yg cuak lebih. Untuk bos...aku doakan anak dia cepat sihat. Insyaallah, si Afzan yg comel tu mesti cepat sembuh. Jangan risau k! anak kesayangan bos yg nakal admitted SJMC. teruk sgt lah tu. Aku yakin encik serigala mesti tgh risau bangat tu.

Ilah,Cik Cal,Ain dan Elly..thanks for being me with me. also to my housemate..thanks also to them. Oh ya almost lupa....Taufiq moto moto dan juga Amy. Thanks u guys. so kind both of u. specially thanks gak kat angah..walaupun bzzz ttp gak amik berat hal aku. In sayang angah..byk2.

Oh ya..aku sekarang sedang berintensif diet. erm...tgk lah..another 2 months okeh! mesti "hot" and "spicy" lah ni. hahahahah....takde la..aku gurau je. Ada sebab kenapa aku sedang berdiet,walaupun sebenarnya badan aku dah oke dah takyah nk diet. Aku cuma kawal pemakana je memandangkan keputusan pemeriksaaan kesihatan yg aku buat aritu agak..so and so la.....

Masa untuk bangkit semula,biarpun aku masih berkabung. Insyaallah..aku sedang berusaha. Jangan ingat aku diam..aku akan terus lemah. tak, aku tak akan menyerah kalah. Tidak sehingga aku menggapai segala impian aku.

Yosh..jom layan lagu???

eh..takleh la. aku tgh sebuk ngan lifefray. best woo buat lifefray ni. cuma yg tak bestnya.....ada kakak2 yg sama kursus ngan aku cam sengal sikit. Berlagak siot..padahal..aku buat tak ksah pun hal diorg. yosh!

ok..mahu sambung buat keje. Cik Ilah kat sebelah dah sibuk layan lagu Adam Lambert dia. hahahahhaha...(bosan lah tu)


aku harap..arini...aku tak menangis lagi...esok dan hari-hari berikutnya,insyaallah.

*doakan aku yep!*

Amin ya rabbal al-amin.

Tuesday, August 4, 2009

demoralized mood!



untuk dua hari ini...aku sangat2 demoralized. Aku sangat tertekan..hinggakan air mata menjadi peneman duka. Badan? dah mula panas sebab terlalu banyak menangis. Mujur,aku ada rakan sekerja yang sangat memahami dan sentiasa bersama susah dan senang. Bos yag baik. Dua hari ni...sangat mencuakkan dia. hehehe...sampaikan takde keje diberikan untuk aku. Bila dia tanya aku oke ke tak...aku mesti nanges. hehehe....
Yep.mood aku sway sangat. Mungkin gak..sbb aku tertekan dengan situasi sekarang. kemudian,aku pulak rindu sangat2 kat mama...dan minggu ni adalah minggu terakhir kami di ESSB. Jadi,perasaaan tu bercampur aduk. tentang interview di Prestariang tu, insyaallah. mungkin lepas raya. tapi apa pun...aku just tunggu offer letter je. tapi, sblom tu, aku ada satu misi aku nak kena selesaikan. demi masa depan aku juga. Misi tentang keje k! jgn pikir bukan-bukan.
Hidup aku sekarang hanya dilingkungi dengan keje dan keje dan keje kemudian sambung master. Aku tak mahu menyemakkan kepala otak aku dengan perkara yang tak sepatutnya.
Tadi,waktu boss hantar aku balik keje sampai umah....(mana taknya..aku dah lebam lencun menangis...dan boss sgt risaukan aku selepas aku mengamuk time meeting ngan Unijaya).
Otak aku mmg tak teratur sikit minggu ni, tapi insyaallah...segalanya akan pulih. Insyaallah. dalam masa yg terdekat. Aku akan okeh.
untuk si dia...thanks sbb jd pendengar aku. Jd pemujuk tangisan aku. walaupun aku tahu..dia pun penat. Penat ngan tugasan dia..apatah lagi dah naik jd org kanan dato. aiyoo...bertambah-tambahlah keje. dan semakin kuranglah masa untuk aku. tapi esok,insyaallah lepas training kat Skali, aku akan singgah pejabat dia. Tu yang buat aku bertambah semangat sangat2 nak jumpa dia esok. tapi malas nak berangan..sbb takut nnt terpaksa cancel last minute cam ritu. hahaha
okeh la..hope esok will be better and...cut it off tears. Jangan nangis lagi k! heheh

Monday, August 3, 2009

bisakah vs khatimah cinta....(versi jiwa lara..)

Daku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun?

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Naluri meminta ku ungkapkan kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta dihatinya
Percaya ku semula
Namun?

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rinduku ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah hatiku difahami
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu




Oh kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Oh bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Woooo... ooooo... ooooo...

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi