apalagi aku.."
Kat meja makan..ketika berbuka puasa td, kuar isu di meja makan. Dan aku,dengan keadaan demam panas sejuk yang semakin kritikal...dan selesema yg makin menjadi-jadi selayaknya menjadi permerhati dan pendengar sahaja.
Dahulu..suatu masa dahulu...sebelum kami berpindah ke teratak yang sedang kami diami sekarang, kami sekeluarga tinggal di rumah tepi pantai , masih lagi di negeri yang sama. Waktu dulu, mama suka bawa along ke tepi pantai untuk mencari belangkas sewaktu petang. Kisah meja makan aku bermula bila adik keluarkan topik tentang belangkas.
Adik :
Adik suka kacau belangkas. nanti adik pisahkan yg jantan ngan yg betina,pastu nantikan...belangkas jantan tu mesti lari nak g balik kat yg betina. (sengih)
Mama : tak baik tau adik buat camtuh! Tuhan dah jd kan diorg berpasang-pasangan.
Adik :
Mama nak tau, ritu kan adik tengok..ada belangkas betina tu mati kena langgar kereta, tapi yg belangkas jantan tu sedih je dok kat sebelah. pastu adik amik lah belangkas jantan tu p bagi kat belangkas betina lain yg single. Dia takmo. Dia lari balik p kat sebelah yg betina dah penyek tu.(adik gelak)
Mama :
memanglah adik. kan depa hidup mati sama-sama. Kalau yg betina dah mati..mesti yg jantan tu nanti mati "ber-agan" (terseksa)
Adik :
Alah, mama nak tau...Ken(nama kawan adik), dia amik belangkas tu dia sepak masuk ayaq je.
Mama : kalau dah masuk ayaq..nanti dia berenanglah. nanti dia cari pasangan baru.
Perbualan seterusnya tak menarik minat aku untuk mendengar,sebab otak aku yang tepu ni berlegar-legar sekitar kisah sang belagkas.
Kalau haiwan boleh setia dengan pasangannya..kenapa tak boleh manusia? Kalau perangai buruk binatang...manusia boleh contohi,kenapa perangai baik binatang, tak boleh dijadikan teladan? Sifat setia si belangkas....mati hidup bersama. Sifat rajin semut berkerja.. Susah sangat ke nak ikut?Kenapa perlu ego..hanya kerana manusia dikurniakan akal untuk berfikir..lalu manusia jd sombong dan bongkak?
Untuk kawan-kawan aku yang terkejut tengok aku emo dalam entry sebelum ni...sebenarnya aku sangat tertekan dengan apa yg aku hadapi. Buat pertama kali..ikhlas aku kata...aku memang cintakan dia sepenuh hati aku. sepenuh hati..sampaikan tiada langsung ruang untuk aku menyintai diri aku. Tapi, salahkan kalau aku menjadi aku dan aku bukan seperti 'dia'. hati aku tak kering..tak sekuat mana. Aku menangis...aku meraung..jangan ingat dia je yg sedih..yg pasrah..yg terluka. Bahagia yang datang kejap je, tapi sedih yang ditinggalkan tu..terlalu dalam.
Tapi apa yang aku buat?
aku sibukkan diri. aku seksa diri aku...aku buat je sebanyak mana keje yang aku mampu. sampaikan,aku pengsan masuk wad..semata-mata aku nak dia tahu..aku takkan susahkan dia...takkan merayu keputusan dia dan takkan bagi dia sedih lagi dengan aku. aku nak dia bahagia dengan kawan-kawan,keluarga dan sapa sahaja yang mampu bahagiakan dia. aku tak mahu dia tahu..aku sedih.
Aku memang manusia yang ego sangat tinggi..kan?!!!
Hakikatnya,ego aku goyah semalam. Goyah bila aku dapat tahu..dia hangover dengan kawan-kawan dia di club. Dan yang paling best...gambar dia bagus punya dengan kawan-kawan dia dengan perempuan-perempuan..yg entah aku nak consider pakai baju ke tak. Aku berkemban nak g mandi pun..nampak jauh lagi sopan. Siap berpeluk..pipi ke pipi. memang terbaik! bernanah hati aku.
Dia pernah janji dengan aku...dulu dia pernah kecewa..sampaikan dia terbuat perkara tak septutnya. Dia jd lost dengan alchohol... dia amik drug. Tapi...itu kali pertama dan terakhir kerana kecewa. sekarang? dia buat lagi? aku tahu..dalam hal ni..aku yang bersalah. Aku yang lukakan hati dia..tapi bukankah dia yg buat keputusan utk melupakan aku?
aku tahu..aku salah sebab aku meragui kesetian dan cinta dia...dan yg paling aku kesali..aku mainkan cinta dia. Aku sedar aku serba kekurangan...jd bagaimana aku nak jd seperti mana dia mahu? Lalu, aku biarkan perasaan dia..sampaikan dia anggap aku tak sukakan dia. tak sayangkan dia..seolah-olah hanya dia menyintai aku sepenuh hati. seolah-olah dia bertepuk sebelah tangan. Kemudian aku curahkan lagi kata-kata yg melukakan hati dia.
Ya Allah demi tuhan..aku sayangkan kau..walaupun aku tak pernah lafazkan betapa aku sayangkan kau. Dan demi tuhan juga, aku cintakan kau. cuma...antara kita terlalu banyak jurang. Jurang tu lebih besar dari jurang marina di lautan.
Kawan-kawan yang tahu cite apa yg terjadi..selalu nasihatkan aku. Ramai yang kata..antara kami mmg ada jodoh,cuma aku kena bersabar. Just follow the flow. tapi..kalau dia rasa hanya dia terluka, dia memang silap. Aku juga terluka. sebab terlalu terluka lah..aku sanggup kuar dari keje di KL. Minta di tukarkan. aku nak jauh dari dia. supaya aku tak perlu lagi amik tahu tentang dia...supaya aku dan dia tidak bertembung secara kebetulan di sekitar-sekitar KL.
Dan aku juga menangis melihat bulan dan bintang.....sebab aku tahu..dia juga sedih melihat bulan dan bintang yg sama seperti aku lihat.
seperti mana dia kuburkan sedih itu sedalam-dalamnya , dan jdkan kegembiraan sebagai display pada kawan-kawannya...itu juga aku buat. sebagimana dia ketawa...gitu juga aku akan ketawa. Cuma...untuk arini....hati aku bebaskan dia pergi walaupun aku tak mampu. Biarlah dia bahagia...walau bagaimana pun dia mahu...sebagaimana pun cara...dia pilih, aku redha. aku takkan paling ke belakang lagi. walau dengan siapa..perempuan mana sekalipun...nak buat apa pun..buatlah. Hak kamu.
Untuk segala yang aku beritahu kamu sebelum ini...tak akan lagi sama. kerana, aku akan tukar haluan perjalanan aku. Terima kasih..dalam sesingkat ini...kau berikan aku kebahagian.
cerita kau dah aku..hanya setakat ini. Ye! sampai setakat ini sahaja.
aku lepaskan kau pergi dari hati aku.
" demi malam yang mungkin tidak sempat habis,
demi siang yang mungkin tidak sempat sampai,
sudah-sudahlah...
kerana,
Aku cuma sudah tidak larat menjahit mimpi di tiang tinggi...."
1 comment:
itu perkara yg terbaik lya..belajar memaafkan, belajar melepaskan..belajar menerima kenyataan. takpe kita telan semua kepahitan ini skg ;)
Post a Comment