Tuesday, August 18, 2009

Pergi..

Untuk seketika....atau mungkin untuk satu tempoh masa yang agak lama...aku akan pergi. Berlalu dari ruang sempit yang menyesakkan nafas aku. Yang menjadi tempat aku melepaskan lelah...menangis dan ketawa.

terlalu pantas masa berlalu...dan kesibukan membuatkan aku hilang Lost in track of life! *Huh..perkataan yang acapkali aku guna kebelakangan ini.*

Aku pergi bukan sebab aku benci...kerana sayang...kerana terlalu sayang dan terlalu luka..dan demi masa depan aku. Mungkin mereka boleh kata aku hipokrit...atau mungkin menuduh aku berada dalam comfort zone..tapi apakah yang membahagiakan...jika berada dalam comfort zone sedangkan hati menangis??

Insyaallah....gonna be better in time.

Masih ada sedikit ruang masa setelah siap berkemas beg besar untuk bekalan tempoh waktu pemergian...dan..masih lagi sempat bersantai-santai menghadap blog kesayangan. Entah,selepas permegian ini..kesibukkan belum pasti menjanjikan aku mampu meng'update' di sini lagi. Barangkali terbengkalai juga..seperti mana hati aku.

Semalam,sempat meluangkan masa dengan angah kesayanganku. Shopping! hahah..shopping keperluan yg mahu aku bawa ke sana. angah...segalanya bagi aku. kasih sayang aku pada sorang kakak...penuh aku berikan pada angah. tempat aku menangis..tempat aku ketawa..tempat aku bercerita segalanya. Angahlah kakak aku..sahabat dan teman aku dunia akhirat.

apa yang datang dan pergi..biar dia terus pergi. jangan dikenang lagi. Kalau dah jodoh tak ke mana kan?Walaupun aku dan dia saling benci antara satu sama lain? walaupun aku mengaku bagai nak rak...aku meluat kat dia? muhaha...

kalau benci..takkan lah aku menyanyikan lagu yang sama lagi....lagu kita..lagu kau dan aku...
biarpun lagu itu buat aku menangis..sampai buatkan si Pupus tak senang duduk tgk aku menangis..sampai cik Chal dan Cik Ilah sentiasa berusaha menenangkan aku. No worriesla..biar aku terus menangis...asalkan kemudian hari aku bahagia.

Ok...dah sampai masa rasanya....aku tamatkan dulu tulisan ni. Beg kedua perlu di pack..dan notebook kesayangan aku yg masih setia menemani aku susah dan senang...dan menjadi saksi apa yg aku buat. Biarlah org hilang kepercayaan aku..tapi Allah tahu aku tak salah..dan tak buat apa-apa. Penghitungannya..kita buat kemudian.Bersaksikan Dia.


ok..ok...dah..dah...cukup..cukuplah aku merepek.


btw...jgn baca entry ni dengan kesedihan..sbb aku menulis dgn gembira. *wink wink*




p/s :oi pencinta wanita...aku sayangkan ko,bengong! kamu hidup baik-baik ye! hahaha

No comments: