Saturday, August 30, 2008

Log Perjalanan seminggu...

25 Ogos 2008- Isnin
Tetiba masuk class...ade midterm test SA. pergh...dah la tak study. tapi syukur....tajuk yg diwajibkan menjawab, antara topik yg aku hafal and can be considered easy topic for me la. Aku cukup tenang hari nie. mujurlah 2 soklan jawab dalam class and ada take home test and submit hari Rabu before jam 5 ptg. Fuhh! lega. hari nie penat sikit. class sampai malam. tapi class malam mmg best.class strategic planning.

26 Ogos 2008-Selasa
Selepas class ITPM, kitaorg ke Seremban. Ade seminar Oral History kat Dewan Pemuda UMNO Seremban sempena karnival membaca anjuran Perpustakaan Negeri kat sana. Perasaan aku..sukar nk digambarkan. serabut tapi aku nekad. aka terus berjuang dan sabar. Sepanjang seminar, aku rapat ngan mimie..budak class Oral aku. oklah..kitaorg jalan2 kat Seremban...at least menghilangkan sikit perasaan gundah aku. Balik dari Seremban..sampai puncak jam 9 mlm. and aku mmg mental block. terlalu tertekan...aku call angahlinda and nangis kat angah. Lega rasanya...Nadia datang umah aku. kitaorg bincang ttg multimedia PR. dahla submission dekat 2 september plak tue. stresss bertambah! esok..insyaAllah..sum plan and effort must be taken!

27 Ogos 2008-Rabu
kul 9 pagi dah kuar umah. Nak wat pinjaman video cam...tape la..dll. tapi pej faculty plak tutup. so terus jumpa puan azah macam dah janji semlm. kebetulan Pn Hjh Kamaliah pun ada. alhamdullilah..niat murni di restui. sok hantar storyboard kat inovasi. dah settle ngan Pn Azah...lepak library. cari material jawab soklan take home test. dah la petang nie kena anta. kena tulis tangan plak tue. nadia ngan Norain bantu wat storyboard and cari source.Pastu dapatkan tandatangan utk pinjam ABM. then nk submit test script answer. ehehhe...kena reject. so...kena re-writer balik asgment tue. Puan Aliza kata muka aku aku pucat. tp mmg aku letih pun. sgt letih berkjar sana sini. dah sign submission take home test. balik...masih sempat singgah makan.sbb aku tak makan dr pg sbb tak sempat keja itu dan ini.tapi singah klink dulu nk amik GL. doctor kasi mc class petang nie sbb tak larat. so aku tak masuk class..kebetulan plak, Ayu MASCOMM datang pinjam cd..so sembang ngan ayu. and then...cite pasal umah sewa. insyaAllah..aku mayb akan sewa skali nga diorg bulan 11 nie. InsyaAllah..ehhe. makan pas solat.sambung keje and tdo. budak 2 sms aku. ok..one step positively. rini gak wish hepii birthday kat iman coz hari ni birthday dia.

28 Ogos 2008- Khamis
td pagi bangun.rini nk kena submit storyboard kat unit inovasi. dia send storyboad thru ym. and we have heart to heart disscusion. alhamdullilah...aku dah bgtau pendirian aku.aku tak mahu lagi di kaitaka dengan dua nama itu dan dia hormati pendirian aku.aku minta maaf segala kesalahan aku and hope antara kami bleh mulakan kembali. aku tak mahu kehilangan kawan baik. and...bak kata aku pada abg aizudin...tutup buku lama dan bukak buku baru tanpa dua nama yg tak sepatutnya tue. yg mengkucar kacirkan idup aku. Gi Pusat Inovasi tak sangka ade walk in interview. tapi aku lepak ngan puan azah. kat sinii...aku berpeluang melihat sessi bagi setiap jenis interview yg dijalankan. interview yg organised by TNB agak scary and banyak method falsafah. isk..isk..seronok bila aku berpeluang interview dan berbual-bual ngan Pn Ramlah, HR di TNB tapi bhgian POWER distribution and generation. pastu..aku jugak berkenalan ngan Cik Najwa Khairi..dr bahagian pengambilan pekerja PETRONAS. yg best...aku plak diintervew dan di minta utk menghantar resume bg mengisi kekosongan bahagian project management. ahaha..kelakar sgt. dan byk betul perkara membahagiakan. pas settle kat Inovasi...aku ke PPUM. Jumpa Dr Rafael.pas discussioni, kitaorg g makan then dia drop by aku kat LRT Bangsar. then amil LRT ke Masjd Jamek..cari beberapa barang then carikan beg utk mak aku. hadiah birthday mama aku. eheh..sampai umah dalam jam 9.45 mlm. and jumpa wawa...dia bgtau submission project PR second week of september bukannya 2 september. cet..sakit hati je. oh ya...datin gak postpone interview hingga selasa depan jam 10 pg.

29 Ogos 2008-Jumaat
Seharian cover recording and shooting kat Pusat Kaunseling Kerjaya. dari jam 11 pagi hingga 5 ptg. waktu henti solat jumaat....kiitaorg sempat ke seksyen 17. beli tiket bus raya. dapat pun. tak sangka jumpa sarah,housemate angah kat sana. pas setlle cover sume, farah drop by aku ngan henni kat seksyen 2. kitaorg amik cab ke KTM. Henni turun kat Subang Jaya dan aku terus ke KL. henti kat KL Central tukar baju then terus tukat train ke Plaza Rakyat. amik bus jam 8.30mlm. mak ai..tiket sampaii RM60.mahal siot.eheheh..tak kesah la...janji dapat bersahur,berbuka dan sambut kemerdekaan dengan org tersayang.eheheh

30 Ogos 2008-Sabtu
sampai tol juru jam 2pagii. Raja ngan Dayah amik aku kat tol juru. singgah KFC 24 hours kat auto-city makan. then balik.sampai umah jam 3 pg,oh ya..raja kasi sourvenir dari australia. cute sgt.suka!!!!! balik lepak sembang ngan mama..sampai jam 4.30 pg sambil2 laan YM then tdo. bangun awal pagi...abah dah kalut tiket bus balik KL habis. ehehhe...aku relax je. ehehhe...selepas bersusah payah abah ke sana ke sini..akhirna dapat gak tiket bus hari isnin jam 11.15mlm balik ke shah alam. sbb selasa ade interview ngan datin. ehehhe...
Aku nk manfaatkan masa cuti nie yg tak berapa hari nie sebaik mungkin. tak sabar tunggu 1 ramadhan.
angah byk bagi sokongan moral kat aku.aku sayang angah aku.lupa plak..rini birthday raja. hepi birthday. wishing the best for raja.ehehhe.. esok 31 ogos..birthday mama and....hari kemerdekaan negera yg ke 52. selamat hari kemerdekaan dan selamat berposa!!! ehehhe....

Monday, August 25, 2008

Monolog Hati

Keletihan. Semalam...semalaman sukar melelapkan mata. Hati sangat sedih. sayang nya tak mampu di rungkai kesedihan hati. lalu..aku pun posting la kat kapasitor bahasa..monolog hati.
Biarpun diri di kuasai kesedihan yang mendalam...kecewa kerana perasaaan hasad dengki manusia yg bernama sahabat...Aku masih mampu tersenyum Terima kasih kepada fatah..yang tak jemu2 mendengar luahan aku. Angah Linda..biarpun angah pun kucar-kacir ngan masalah dan fyp pokok dia..namun angah masih tetap menemani aku berbual. buatkan aku ketawa dengan lawak2 cumel beransur nasihat dia tue. Izwan dan Faiz juga..yg membantu aku, memujuk dan memberi kekuatan. sian kat faiz..dalam kesibukkan dia..masih lagi ada ruang masa mendengar aku membebel. ehehhe...
Minggu nie aku cuba mensibukkan diri sesibuk mungkin. Aku dah jumpa timbunan keje yg telah aku asingkan disebelah meja kiri ku nie. Aku akan cuba selesaikan malam nie. Sok, aku akan ke Seremban. untuk menghadiri program Oral Tradition and Oral History.
oklah keje yg pending:-
1) take home test-submit Rabu
2) PR-multimedia documentary (still zero action) submit 2 September
3) Oral History-final project-nak kena contact respondence and wat pinjaman barang pastu documented kan.
4) complete kan form ITPM dan SA
5) study web programming- tukarkan template ke XML dan baca CSS gak serta wat notaa
6) strategik planning..cuba cari idea utk case study...wahahahha
so far...tue antara keje yg aku dah kenal pasti aku kena settle kan minggu nie. terpaksa korbankan masa cuti serta harapan nk balik sambut posa kat umah ngan mama dan abah. aduhai hati..sayu nya. Pertama kali aku menyambut posa luar umah. sedih2...
selain itu...aku juga kena:-
- 27 Ogos nie birthday sesorg..so antar online wish sudey kat fs dia
- 31 Ogos nie birthday mama..kena cari sumthing and call mama on her birth eve.
- call Dr Rafael- appointment ngan doctor. (tue kalau ada masa lagi la minggu nie...ehehhe)
- posting kat kapasitor lagik.ehehhe...aku cam addicted ngan kapasitor skrang. ahhahah...
oklah..aku nk kena siap nie. jap lagi ade class strategik. takmo Emy tertunggu2 plak. sambung lagik kemudian. mmmmmuaaaah!

-entry off-




Mencari C-I-N-T-A

Mencari cinta,
Haluan sempurna,
Mencari cinta,
Namun ku tak ketemunya,
Mencari cinta,
Devosi jiwa,
Mencari cinta,
Belum ku ketemunya.
Ku mencari bayangmu dalam kerinduan,
Amat payah ku harungi perjalanan,
Untuk ku melihat,wajahmu sebentar,
Bisa terlerai segala keresahan,
Aku kehilangan,
Aku kelemahan,
Jiwa yang layu ku kesilapan,
Dan akulah abdu'h yang merindu,
Sinarilah Harapan Baru.
Mencari-cari erti cinta,
Rahsia pada pengorbanannya,
Jiwa yang suci kau turuti,
Tenanglah dikau naluri murni,
Dan sabarlah kasih yang kurindu,
Kuncinya iman ada di kalbu,
Mencari rahmat kesempurnaan,
Buatmu mu teman jiwa beriman.
dan sabarlah kasih,
di dalam,
Mencari-cari erti cinta,
Rahsia pada pengorbanannya,
Jiwa yang suci kau turuti,
Tenanglah dikau naluri murni,
ku cari cahayamu,
dalam gelap dalam terang,
dalam suka dalam duka,
ku carimu pada tiap rasa.
Bimbingku dalam mencarimu,
bimbingku pasti ku temuimu,
kerna ku tahu,
itulah yang ku mahu.
rasa tinggi kita damba,
selama ini kita hina,
lemah serba-serbi mahu itu mhu ini,
lupa sintusi dunia dan realiti,
bimbingku dalam mencariMu,
bimbingku kasih pasti ku temuiMu,
Kasih...
Di mana Kau berada..


Mencari cinta...tajuk entry aku kali ini. cam nama rancangan mencari cinta plak..alah rancangan mencari jodoh tue. Actually, aku takder la nk cite bab cinta pun. Bila terdengar lagu bertajuk Mencari cinta nyanyian kumpulan D'Votees.. and terbaca entry cik syud kat kapasitor bertajuk acute love, i came across to rite about it. erm...
Quote to what shakespear said, love its not a new thing but it's always new in life. Cinta nie bisa membuatkan dua dunia jadi satu...bahkan bisa menjadi kan dua dunia yang aman damai berpecah belah. betapa hebat kuasa cinta...
Cinta yang hakiki..tentulah cinta pada PenciptaNya. Cinta yang abadi..cinta pada Rasullulah..cinta yg tiada ternilai..cinta pada kedua ayah dan ibu. Selepas cinta...hadir pulak perkataan atau istilah kasih. kasih sejati..pada saudara nya, kasih abadi pada sahabat dan kasih pinjaman pada sesama makhluk. Kenapa aku kata kasih pinjaman...sbb kasih sesama manusia tanpa ikatan nie..atau kasih kepada bukan mahramnya nie kasih bermusim. Ia datang tanpa di duga...ia pergi tanpa di pinta. Kadang2, sebaik mana kita menjaga dan menbaja kasih sayang itu..namun ia tetap berlalu meninggalkan kita. Akhirannya, kita sendiri ygtertonggeng-tonggeng sedih.Pepatah ada mengatakan...cinta itu buta..tapi betulkan cinta itu buta? Atau kita yg membutakan diri bila dihadiri cinta. hinggakan terlupa pada tanggungjawab dan amanah. Cinta yg sejati..mestilah cinta yg datang dari keikhlasan, berlandaskan tanggungjawab,amanah dan diberkati Yang Esa.
Aku dan cinta..entahlah...sukar nak katakan. Ahamdullilah...aku memiliki cinta sejati ayah dan ibu, kasih abadi saudara ku..serta kasih sejati sahabat-sahabat aku. Yang sentiasa bersama aku susah dan senang. Yang memegang tangan ku ketika aku kesakitan, yang memeluk aku ketika aku kesedihan, yang meminjamkan aku bahunya ketika aku berduka. ..yang memberikan aku kekuatan ketikan hilang semangat. Aku bersyukur sangat.
Suatu masa dahulu, aku pernah mencintai seorang insan. Tapi sayangnya...kasihnya pada ku hanyalah kasih pinjaman. Walaupun sementara dia hadir dalam kehidupan aku...walaupun banyak kedukaan dari kegembiraan..tapi sebenarnya jauh di sudut hati..aku amat bersyukur kerana mengenalinya. Kerana kehadiranna, byk membawa perubahan dalam kehidupan aku. sayang sekali, jodoh kami tak kesampaian. Atas banyak sebab, kami perlu berpisah. Amanah yg diberikan, tanggungjawab...dan lain-lain...akhirnya kami berpisah jugak. namun, aku masih mengenang nya hingga kini. hinggakan aku rasakan aku terlalu sukar menyerahkan hati dan cinta ku pada orang lain. At least..aku hanya melukai hati org atau berterusan memainkan hati org lain yang tak bersalah.
Sahabat-sahabat dan saudara ku selalu suruh aku terus berjalan ke hadapan tanpa menoleh ke belakang..tapi dugaan demi dugaan membuatkan aku masih lg menoleh ke belakang mengingati dia, Aku mendoakan kebahagian dia bersama wanita yang dipilihnya,
Itu kisah cinta aku yang lalu. yang masih aku kenang...namun tak lagi melukakan hati aku. Aku bahagia..namun mncari pengganti nya..mungkin belum masanya. banyak lagi tanggungjawab yang perlu aku laksanakan sebagai khalifah terpilih di muka bumi nie. kepada Allah ku panjatkan doa semoga diberikan kekuatan,kecekalan,ketabahan serta petunjuk menghadapi segala takdir, halangan ang mendatang, Semoga perjalanan aku mencari cinta ini dipermudahkan dan diberkatiNya.Amin!!



p/s:melankolic plak entry aku kali nie. jiwang tgh2 pagi nie..ekekkeke!!!




Saturday, August 23, 2008

Back to Campus

Naik bus dari station bus jam 9.30 pagi dan tiba di Hentian Puduraya jam 2.30ptg. Tak sangka...satu bus dengan Nur Alia Adnan,anak kepada Mak Cik Ayu dan Pak cik Nan. actually,aku dan Alia Adnan adalah sepupu jauh la (orang kata..dua tiga pupu la..ahahha). So,sampai puduraya..tak lah keseorangan. dengan alia adnan ke KL Sentral dan kami berpisah di KL Sentral. Alia Adnan ngan aku di universiti yang sama mengambil jurusan Fisioterapi di fakuti Health Science,Jalan Othman atau Jln Klang Lama. Dia muda aku 3 tahun dan pada aku dia sangat cantik. dulu time kecik, kitaorg duduk bertentangan umah je..and dia memang comel.eheheh..bila besar cantik,berbudi bahasa,lembut dan sgt bersopan. aku suka dia..tapi kini dia dah pindah ke kawasan perumahan yg lain. tak lagi tingal dkat umah aku. cuma adakalanya,kitaorg masih bertemu specially di kenduri kendara.
Aku sampai di Shah Alam jam 4.30 ptg, fairuz amik kat KTM then gi makan KFC kat PKNS. tak sangka plak jumpa En Kamil, Pendaftar Akademik fakulti aku yg comel dan aku selalu kacau tue. ehehhe...mmg cute org nya. Dia siap dah senyum2 tgk aku. wahhahha..abis lew saham aku nk tackle dia. wahahhaa..pas makan, kitaorg merayau jap kat PKNS cari barang. then beli McFlurry Oreo (waaaa..aku cam addicted ngan McFlurry plak skrang..ehehhe) then terus balik Puncak Perdana. letih tue...mmg la letih. tapi tak terasa sangat..
Alhamdullilah...aku rasa tenang sangat kala nie. kat Puncak pun cam tak ramai lagi yang balik.
Azam aku balik kampus..aku nk fokus lebih kepada pelajaran..cuba perbaiki lagi entry kat kapasitor bahasa..dan menguruskan badan. ehehhe kata Doctor...aku taklah gemuk pun..BMI aku just nice. cuma,ntah kenapa gatal nk kuruskan badan. ahahaha....
teringat kata Matt..hehhe kalu nk kurus kena patah hati...byk berlari...kurang makan nasi dan elak makan malam. ehehhe.....btw, puasa pun dah dekat. minggu depan je. bahang puasa pun dah terasa. aku rasa...berdebar menanti puasa nie. masyaAllah...semoga ada sinar yg menanti di hadapan. Amin!!
oh ya...nak solat, pastu gayut phone ngan kak hana jap then tdo,

Friday, August 22, 2008

One Happy Bee!!!

Setelah hampir seminggu berada di rumah seepanjang cuti semester nie..akhirnya 22 ogos 2008...aku berpakat dengan adik sepupu aku, hazwan nak g makan angin pusing-pusing Pulau Pinang. memang lah setiap kali balik aku akan merayau.tapi kali nie..kitaorg dah setuju untuk menaiki bus dan berjalan kaki ke destinasi yg di pilih. so...bangun seawal 6 pagi...siap2 mandi pastu setting rambut (al-maklumlah..aku skrang nie dah berambut kerinting...eheheh)..sarapan pagi dengan nasi kerabu. then jam 7.30 pagi dah tunggu bus sambil denga mp3. naik bus menghala ke jeti Pengkalan Sultan Abdil Halim (butterworth) sbb adik wan dah tunggu aku di jeti. Jam 9.00 pagi..tiba di jeti dan memulakan perjalanan kami. ketika tiba di jeti..feri pun baru je sampai. cam tau-tau je...ehehhe tambang feri RM1.20. perjalanan feri mengambil masa hampir 25 min utk tiba di jeti pengkalan Raja Tun Uda. tiba di Jeti Raja Tun Uda, kami menaiki bus rapid Penang dengan tambang RM1.50 menuju ke Ayer Hitam iatu di mana terletaknya Bukit Bendera. perjalanan mengambil masa hampir sejam (sbb bus byk henti). tiba di Penang Hill sekitar jam 11 pg. tapi sayangnya...perkhidmatan kereta kabel ketika itu mengalami gangguan. malas nk menanti..maka aku ngan adik wan mengambil keputusan utk melepak dan berpusing di bawah je. Pas abis amik gambar..kitaorg pun kembali ke Pekan Ayer Hitam menuju ke Kek Lo Si Temple. Pagi-pagi camnie kalu berjogging memang best. ehhehehhe..so..tiba di Kek Lok Si kitaorg pun terus la explore seluruh kawasan. dari pekan Ayer Hitam..berjalan kaki mengambil masa 10 minit sahaja. ketika kami tba di kemuncak Kek Lok Si..upacara sembah budhha baru sahaja selesai di jalankan. Dari puncak Kek Lok Si, kami dapat lihat seluruh kawasan Ayer Hitam. cantik sangat. Posing sana..posing sini...amik gambar. Cuaca kat sini nyaman sangat. maklumlah..atas bukit. ehehhe...Peluh mencurah-curah cam air terjun.tapi itu tidak mematah semangat kami,
Settle sudah begambar..kami kembali menaiki bus rapid Penang menghala ke KOMTAR. Dari KOMTAR, kami ke Prangin Mall di sebelah je KOMTAR untuk menikmati McFlurry, mencari DVD baru dari Jepun atau atau Korea yang terbaru. Pastu, beli papa roti then lepak kat fav spot aku..apa lagi kalu tak secret recipe. ehheh...melepaskan penat di samping menanti hujan berhenti. Selepas hujan berhenti..kitaorg pun terus lah meronda di sekitar Penang Road. Kat Penang Road, kitaorg masuk bazar...usha kain ela utk wat baju kurung. Alang-alang..raya pun dah dekat. ehhe...aku pilih 3 pasang kain hela utk di buat baju kurung. 2 untuk aku dan satu untuk bakal kakak ipar aku. kaler?tue rahsia..kena tunggu siap karang! Kalu korang nak tahu gak...dekat Penang road nie ade satu bazar di kenali sebagai Chorostar. kat bazar nie lah di jualnya macam-macam jenis jeruk dan salah satu yg specialnya ialah jeruk pala,ambra a.k. kedondong. favourite aku iala
h jeruk salak dan buan naun. sdap sangat. pergh..ehehhe...dah abis pusing penang road...kitaorg pun berjalan menuju ke Muzium dan Balai Seni Lukis. kat muzium nie aku tengah mencari exhibit utk kajian aku. pusing seluruh muzium dan balai seni lukis. Kat sini...di paparkan semua berkaitan Pulau Pinang. Dimana bermulanya sejarah awal pulau pinang yang telah diambil oleh Sir Francis Light dari kerajaan negeri Kedah. Pada awalnya...Pulau Pinang dan seberang Perai di serahkan kepada Syarikat Hindi Timur berdasarkan satu perjanjian dimana pihak kompeni inggeris kena bayar 30 000 dollar sepanyol sebagai ganti kepada kerajaan Kedah disamping melindungi kedah dari ancaman Burma dan Siam. Namun, pada 1876 Sir francis Light telah mendiami dan mentadbir Pulau Pinang tanpa memberikan keputusan kepada penjanjian yg dinyatakan. ehehhe... kat muzium ini juga..ada mencatatkan tentang cara hidup dan masyarakat setempat yg mendiami Pulau Pinang. Selain melayu, Cina dan India...ada juga golongan India Muslim atau di kenali sebagai mamak. yg paling best...kat sini juga pengunjung boleh mengetahui sejarah tempat di sini..antaranya Lebuh Bishop, penang Road, Lebuh Chulia, Ayer Hitam, bayan Lepas dll. Sejarah tentang asal nasi Kandar, Boria dan istiadat perkahwinan kaum di Penang. interesting!!!
Selesai di Muzium, kitaorg pun teruskan perjalanan ke Port Corwalis di Padang Kota Lama. Perjalanan hanya memakan masa 10 minit je..sbb Muzium ngan Padang Kota Lama boleh dikatakan bertentangan..cuma di terhalang pandangan dengan bangunan Kompleks Mahkamah Negeri dan Bangunan SUK negeri Pulau Pinang(pandai-pandai lah korang imagine,,,ehehhe) Port Corwalis nie merupakan sebuah kota tinggalan Inggeris yang menghadap ke Pulau. Cantik.kat sini...kitaorg sibuk berposing amik gambar..ehhehhe...

Abis berposing sakan kat Port Corwalis, kitaorg pun menghala ke food court Padang Kota lama..dekat je dengan port cornwalis. kat sini best place nak pekena pasembor. mmg sedap. tapi..kali aku pilih makan keow teow goreng mamak ngan laicikang. pergh...sedap dan menyegarkan. tambah-tambah lagi...makan tepi laut. terasa bahagia sangat...wahahhaha.........Selesai makan...kitaorg pun lepak kejap kat Padang Kota Lama amik angin laut petang. seronok...rasa ilang semua masalah dan kerisauan. Pas lepak...kitaorg pun melalui bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menghala ke bus stand berhampiran menghala ke jetty pengakan Raja Tun Uda. naik ferri dan balik ke Jeti Butterworth. Aku sampai di umah jam 7.45 malam. Letih tapi happy sangat arini. rasanya..bape kilo lah lemak aku terhapus rini. ehehhe...best sangat...so guy..kalu nk tenangkan pikiran..aku cadangkan Penang sebagai destinasi percutian yang best. yeah~~~. well...sabtu nie dah nak balik ke KL.

Tuesday, August 19, 2008

Ayat2 Cinta vs Andai itu TakdirNya..

Berada di rumah, membuatkan aku sgt selesa. Home sweet home beb!!! Lately..angah pun banyak temankan aku. A week holiday kat umah...even though it's not a longest holidays but it already make my live better. Facing those coming days without knowing the uncertainty waiting..so i av to make dis holidays worth. Dah beberapa hari terperap di umah..sangat selesa. Aku tak bawa balik apa buku utk ulangkaji..sbb betul2 nak maanfaatkan cuti nie ngan rehat. keadaan kesihatan aku pun much2 better. Alhamdullilah...walaupun tak bawa balik buku, tapi aku ada bawa balik novel. Dua buah novel. satu bertajuk Ayat-ayat cinta dan satu lagi Andai itu takdirNya.
Actually..Andai itu takdirNya karya Siti Rosmizah keluaran Buku Prima..aku dah banyak kali ulang cite tue. Buku tue aku beli ketika Pesta Buku Negeri Selangor kat PKNS bulan lepas. Cite berkisarkan cerita cinta syed aizril dan aleeya. waahaha..nama aku tue beb. tapi takmo lah aku kisah cinta cam dalam novel nie. Seksa seblom bahagia. tak sanggup. Takder kekuatan cam tue.
Novel yang kedua ialah ayat-ayat cinta, salah sebuah karya Habiburrahman El Shirazy dan merupakan pemenang award novel terpuji nasional 2005.Aku baru mula membaca beberapa helai muka nie...tapi..cam takder mood nk membaca. Aku dah tengok dah filem ayat-ayat cinta sebelum balik ritu. Even jalan cite dalam novel dan buku tak sama..dan dikatakan novel lebih best dari muvie. tapi mmg takder mood sangat nak baca. jalan cite ayat-ayat cinta nie lebih kepada cinta dan pengorbanan dalam islam. Adus cik kak..apahal la tak semangat nk membaca. leka sangat tengok tv. Nie pun tak tdo lagi..sebab meneman kan adik aku tgk rancangan si Nabil...pikirlah sendiri. tapi, aku malas nkk tgk..sambil menulis entry nie..aku layan lagu Riahanna Shut Up and Drive. Oh yeay babe!!!
For the moment nie..aku kena balik berpegang kpd arahan Kak Mel. aku tak dibenarkan membaca novel cinta melayu nie. tue arr..sapa suh break promise ngan Kak Mel.Sendiri gatal..sendiri tanggung. waa..windu la ngan kak mel. lama tak borak ngan kak mel. sure kak mel bzzz sgt skrang. maklumlah..since back from cardiff dan menjawat jawatan tertinggi di OUM..tambah plak karenah anak2 yg makin membesar..betul2 menuntut kesabaran. Aqhwa yg semakin mudah terpengaruh ngan persekitaran di malaysia...Amirah yg banyak mulut sampai tak terjawab mama dia..dan Amir si kecik yg mula membesar dengan buas dan pandai berkawan tue. Aku windu la ngan diorg. erm..tapi, ade sesuatu yg membuatkan aku lebih selesa jumpa Kak Mel kat opis je.malas la nk ingat apa...
Aku dah mengantuk. erm..sok pagi nak g jogging. waaaa...tdo dulu. sweet dream!!

Sunday, August 17, 2008

Bisikan Hasrat Hati

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatan ku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati
Kini tinggal hanyalah kenangan
Di kau hilang di mana gerangan
Tiada berita ku dapati
Hanya ingatan ku di masa yang lalu
Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajah mu terbayang
Ampunkanlah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu
Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatan ku tetap bersemadi
Walaupun kau kii telah mungkir janji



Dah dua ari aku terperap dlm rumah di kampung yang tak bape nk kampung nie..ehehe. aktiviti aku..hanya tgk tv..layan internet dan petang g jogging. Hati aku..alhamdullilah. setakat nie, hati aku dah sikit ok. Apa yang terjadi pada hati aku,,,erm...begini,,,
Hari khamis -14 Ogos...ak tgh bersiap2 utk pulang ke kampung, Ketika sibuk berkemas dan menanti fairuz datang ambil aku di Puncak, aku ym ngan angah dan kawan Shrek. Aku tak sangka kawan Shrek akan add add aku kat YM..so kitaprg pun sembang je la. Borak punya borak...sekali cite part bf and gf, maka..terlepas lah cerita tentang sikap shrek. shrek pernah putus cinta...dan sejak dari tue..dia tak bape percayakan perempuan. Disekeliling dia mmg banyak perempuan..dan dia pulak jenis yg mudah cair dengan perempuan. No wonder la apa yg kawan aku bgtau tue. aku pun dah tau..tapi apa yg menyakitkan hati aku,,,,bila kawan shrek bgtau...actually shrek dah ade gf. yakni..junior dia yg kini belajar di UK. sedangkan semlm ketika bercakap ngan dia..dia mati-matian mengaku dia single. what the fuck man!!!! aku paling benci manusia pendusta begini..time tue..hati aku sebak je. Mujurlah fairuz cepat sampai. aku cuba sembunyi kan perasaaan aku walupun sebenarnya...air mata aku menitik gak.
Aku kuar makan ngan fatah,chenor dan fairuz kat big mug sblom naik bus kat seksyen 17. sepanjang perjalanan..aku banyak berfikir. sampai tertido. Alhamdullilah....perasaaan sakit tue kian menghilang.

dalam masa yg sama..aku cuba bangun dari kesedihan..ex-bf aku pulak muncul. bertambah-tambah lah pedih hati nie. Aku doakan dia bahagia. Mujurlah..aku ada angah yg menemani aku dua tiga hari nie. bergurau senda ngan angah..membuatkan aku benar-benar lupakan sekejap apa yg terjadi. oh ya..nnt dalam entry berikutnya...aku akan cite pasal angah aku yg kiut miut tue. sapa yg tgk sure berkenan nk wat menantu. kontra sekali ngan aku. ehehehehe...

Oh ya...aku sengaja taruk lagu bisikan hati nyanyian siti nurhaliza. Actually lagu asal nya dinyanyi kan oleh Allahyarhamah Datin Rafeah Buang, Lagu nie cam kena kat aku je....
well..it's already the time i shud be like metal. keras dan teguh seteguh nama yg diberika aku. time to moved forward and no more turning back. watever i do and did after dis...takkan involved org lain. aku seboleh-boleh nya nk independent. kita tgk dan lihat la....apa jd pasnie...
walau apa pun..back kepada niat asal aku di UITM..aku nk blaja. maka...sekrang masa sepenuh nya pada pelajaran dan kehidupan yg enjoy. bukan soal hati dan perasaan. bleh je idup takde bg nie. tarak hal la....
time for revenge beb!!! (ayat poyo jaa...ahahaha). time to move forward!!!!!!!!!!!!


" In the book of life, the answers aren't in the back..." - Charlie Brown


Tuesday, August 12, 2008

Mesej....

terlewak ke class pagi nie. Mujur lecturer masuk lewat. lecture hanya sejam. Pas kuliah, terus balik ke bilik dan baru nk makan. On diet..rini..insyaAllah..kalu masih tak sentuh nasi..so kire dah hari ke-4 aku tak makan nasi. dalam process mendietkan diri. sampai hujung tahun nie...insyaAllah...aku akan cuba capai apa yg aku cakap pada Luke. we will see...eheehh...
sambil makan, buka email dan check friendster. Aku dapat satu mesej dari seseorg yg aku tak kenali..tapi aku approved dia as my network friend. mesej nya bertulis seperti berikut.

Date : 08/12/2008 3:14 am
subject : alya
message : dont be fooled. think twice.

Pelik mmg pelik... Aku tak tau apa motif atau amaran atau mungkin juga peringatan utk aku.. think twice..and dun be fooled. fooled by what????aku tak pasti...tapi it must be sumthing about la...erm...sapa yerk org nya. ketika aku tgk profile org nie...nothing. takder apa2 yg boleh aku kaitkan dengan sekeliling aku buat masa ini. ade kah sbb shrek???
aku reply mesej tue...tanya kan org tue. fooled by what?neway thanks for advice. pastu..aku terus borak ngan kawan-kawan aku. bila aku buka friendster semula..dia mesej aku lagik. kali nie berbunyi seperti ini.

by him. u know what i mean.

Bertambah plak kepelikkan aku nie. isk..isk.. aku reply tanya dia..sapa him tue. tapi tak berbalas pun.
pening kepala aku pikirkan.

aku tanya pendapat kak sue...kak sue bg pendapat dia..hampir sama ngan aku. mesti sbb shrek. kepala aku dah berdenyut. aku nk rehat kan otak dr berfikir seketika. Ya Allah..berikan aku pertunjuk Mu!!

Monday, August 11, 2008

Shrek dan Sal...???

08.08.08-Jumaat
ku tak tau nk buat apa...hujung minggu yg panjang dan membosankan. lalu..jumaat aku kuar. dan unexpected...aku kuar ngan Mr Shrek. fatah kata kat aku..sapa tau..arini ari bertuah aku.wahhaha... lebih kelakar...aku ingat si shrek nie takkan kuar ngan aku..sekali dia call time tue aku kat Plaza rakyat nk beli tiket balik kampung cuti semsester nie bgtau kata dia ok..bleh kuar. Rasa tak tertelan apa yg ada kat mulut aku. dengan berbaju kurung...letih berkejaran..nk ke KLCC?? tempat yang aku benci tue??erk...tapi bila aku call dia jam 3.30ptg (sbb tepon dia kena terminate sbb lmbt byr bil..ahahha) dia dah on the way ke KLCC. Adeih...sedangkan time tue aku dah mula berkira-kira nk balik Shah Alam je memandangkan tak dapat tiket bus. ehehehehhe...takpe lah demi Shrek...aku g la jugak KLCC. ahahha...
Bila dah sampai KLCC..isk..pehal la aku rasa berdebar. padahal..aku dh nekad tadi. nk tgk perangai si shrek. sama ada dia kesah ke tak aku akai baju kurung. Adieh tak selesa plaj..terasa lutut aku dah tak mampu bertahan. Dia suh aku tunggu kat news.com. aduss..satu lagi keluhan aku. nasib baik adik Syam baik. Dia lah jadi mangsa utk aku berborak sementara menenti kan mr shrek tue tiba, dekat 15 min gak la menanti org tua tue....ahhaha...nervous???ehehhe..aku dh siap mengucap awal2. apa nk jadi...buat muka tembok besar cina je. ahahhaha...nekad kamikaze nie!!! tak pernah aku senekad camnie.wahaha..amazing! Dia datang,,aku nampak dia dr jauh. takder la tinggi sgt so betul lah apa aku kata kat member dia..yg dia nie pun species ayam katik gak. ahahaha...oklah..sama tinggi.. Disebabkan heel aku 3 1/2 inchi maka..aku lah lagi tinggi dari dia. eheheh..bangga pulak. Dia plak sendar yg aku tinggi dr dia..siap kuarkan statement "i rendah kan..." dalam hati aku dh gelak2. kalah icon gelak guling2 kat YM tue. tapi dengan muka cool plus aku tgh sakit tekak..aku pun menjawab,.."takde lah..i yg pakai heel 3 inchi.."wahahaha...dat's not sound like me. ahaha....
Dia cakap aku pendiam..tak byk cakap. Sengal! Aku nie baru je nk baik demam. suara takder.nie sume sbb dlm train ckp phone ngan Sal sampai ilang suara,wakakakak....apa lgi..time nie lah aku nk berlagak macho. dia ingat aku nie suka berbual dlm YM..dlm phone..kat luar pun ramah tamah gak ke...bak kata nek ita dalam cite misi mustahak..."tgk kaki la.."ahahhahah....Dia ajak aku g minum. mula2 dia ajak masuk chinoz...gile arr. kalu aku tau taste dia camnie....jgn harap aku nk pakai baju kurung. better pakai jeans. tapi..baju kurung cantik apa. kalu dia nk aku..accept aku sebagai diri aku. sebagaimana..aku tima dia sepenuh hati aku.cis...ayat tak bleh blah. ahahha..memandangkan rini jumaat dan aku takmau kelihatan sexy..dan entah apa yg dia pikir..maka dia bawa aku g minum kat Dome depan tasik bertaman tue. adeih..tak romantik betul..seat dua...depan taman...duduk bertentang mata...kalu dipandangkan seat mmg la romantik. tapi..aku pulak cam malas nk melayan. bila waiter datang amik order..dia minta strawberry milkshake. dan aku plak...walaupun tekak aku takleh blah...amik lah iced lemon tea. dia yg beria sgt nk belanje. adeih...amik je la. yg aku tak suka...dia smokkig, bab nie...aku kena reconsider balik. dia cakp dia baru mula smokking.dlm setahun...kawan-kawan dia yg smokking pun yg french je. yg lain tak. isk..isk..pengaruh barat betul budak nie. daripada sessi perkenalan yg di buat..(dia yg excited nk buat sessi perkenalan...ahahha..aku layan je..) baru aku tau,dia nie merupakan anak kpd seorg anggota tentera.sure berpangkat...sbb baru2 nie ayah dia baru naikpangkat lagi. manakala mama dia pulak seorg guru besar. em..ayah dia asal dari Kuala kangsar..manakaala mak dia melaka. Dia pun asal melaka..tapi dah lama tinggal kat selangor. so...so...sweeet! Aku suka sangat degar suara dia...bisa mengkhayal kan...wahahh...futhermore..dia cute. ahahha...sedap mata memandang. Aku suka pandang dia..tapi curi2 je lah. pas minum..kitoorg sambung lagi berjalan...masuk kinokuniya...dia menghilang.entah masuk department mana aku tak tau...tapi aku masuk bhgian multimedia. tgk2 buku ttg autodesk maya dan 3D. Aku rasa..lama gak aku belek buku2 kat situ sampai dia call aku cari aku. pas bgtau lokasi aku..dia datang kat aku dengan muka manja dan mengantuk. Ya Allah cik adik..jg pandangan mata mu. ahahhaha...
tgk kat dia yg sgt cumel tue...aku pun ajak dia blah. jalan2..pastu aku ajak dia masuk toycity.....cute la. dia tue mmg bebudak sgt. Aku suka sangat..cuma panas baran dia...sikap belagak dia...dia mesti cute sgt, Ala..bajet berlagak tue cam bagus la...nk tunjuk cool laaa tue. padahal..dalam hati dia tue..terlalu sensitif. Alah takyah hipokrit pretend la cik shrek oi. ahahha...cuma sekrang aku nk tau..sapa aku di hati ko. tue je...semain sombong ko...semakin aku ingin dekati ko. walaupun apa cara sekalipun.. oh ya..sambung pasal toycity...masuk toycity seronok je...tapi bila aku duk borak2 ngan saleboy tue..dia datang siap senyum2 lagik. pastu...dia blah entah kemana. bila cari kat dalam kedai rupanya2 dia dah kat luar kedai ngan muka g masam. cet..bleh pulak dia kata dia ingat member aku yg keje kedai tue. kurang asam..aku tau la aku tak kaya...so takyah nk sindir2 aku camtue. sekalipun kalu kawan aku yg keje kat situ..diorg nk cari pendapatan yg halal. asyik bercakap dr satu side tanpa pikirkan hati dan perasaan org lain je.nyampah gak kadang2 aku ngan dia nie. cakap main pakai suka hati je. redah je. balik...aku balik sendiri. aku sendiri lebih selesa balik sendiri walaupun dia tanya aku sama ada nk dia anta balik ke. sengal tul..tak gentleman....kalu nk anta...anta je la. nk tanya2. tue pun tak paham2. tapi better aku balik sendiri. dah mula rimas. tekak aku pun dh semacam dah. isk.. balik amik train dari KLCC ke KL sentral. tapi entah napa..air mata nie nk je meleleh. benci2! pastu...dari KL sentral...naik komuter ke padang jawa. dan fairuz amik aku. cam biasa..kat fairuz laaa aku cite segalanya. erm...fairuz gak teman aku beli tiket bus balik kg. pas g makan nasi ayam kat seksyen 11..terus balik puncak. waaaaa..leganya dapat berada di rumah. ehhehe..penat sgt..pas mandi terus tido.


09.08.08 - sabtu
sabtu..walaupun letih tetap bangun awal.sbb dh janji nk kuar ngan sal.dan jugak..nk jumpa adik syam. time aku sampai kat midvalley..sal tak sampai lagik. so terpaksa lah aku melayan diri sampai sal tiba, Jam 1ptg aku jumpa sal kat depan watson. pastu kitaorg g jalan2. ukur kedai..masuk pameran. then perut dah berkeroncong..masuk lah Sushi King. al-maklumlah pensyarah Muda nk belanje. eheheh.....kuar ngan sal paling best. tak cam ngan shrek..bosan.asyik aku senyum sorang2 tgk perangai dia. kalu ngan sal...mesti best nye.ceria je...sayang kat sal. jam 3 ptg...adik syam sampai ngan diba. teman diorg makan McD. pastu aku ngan Sal sibuk bergambar kat dalam pameran royal arts. wooooo..aku mmg kagum ngan model royal aircraft yg di tunjuk kan. tue mmg kesukaan aku dari kecik dan jugak..kapal laut cam KD samudera, KD inderaputra, KD Tuah, KD jebat dan byk lagi KD la. so..bertambah2 la koleksi gambar aku kat friendster, bahkan..otw nk kuar dari pameran nk gerak balik....sempat lagi bergambar ngan teddy enfa dari program enfa grow kids. ekeke..takleh bayangkan aku dan sal g mencuba susu utk isteri2 org yg sudah merancang utk dapatkan baby. belasah je..tapi sedap. bleh plak wat sengal2 aku ngan sal. mmg kelakar habis. satu ari yg menggelabah dan satu hari yg gembira, sesuai la....ahahhahh...balik, lepak kat KL sentral jap. sal belanja McFlurry Oreo. pastu amik bus...balik ke shah alam.sampai shah alam jam 9mlm then dah ade bus puncak. so naik bus restu barakah balik ke puncak. sampai umah...dah penat sangat. ehehhe...


Wednesday, August 6, 2008

S-A-H-A-B-A-T

Aku rasa..aku lah yang paling bertuah sekali di dunia..kerana..aku ada ramai kawan dan insan-insan yang amat sayangi aku dan aku sendiri sangat menyanyangi mereka..walaupun, aku tak pernah lafazkan aku sayangkan diorg. kali nie..aku akan tulis tentang insan-insan yang berada di sekeliling aku nie.
Aku mulakan dengan manusia yang paling terapat dengan aku..dalam blog aku sblom nie..aku pernah cite ttg dia. sapa lagi..kalu tak lain dan tak bukan...Abdul fatah B Ham
bali. di lahirkan pada december 22. iaitu beberapa hari awal seblom aku. menuntut di tahun akhir..sama cam aku gak namun dalam fakulti farmasi. Aku rasa..takyah nak cite berbanyak ttg fatah...kalu sapa2 nk wat calon menantu utk anak dara diorg..aku bleh bgtau...fatah mmg klass...5 bintang calon utk bakal menantu terbaik. wahaha..bukan bodek tau. Aku memang sayang sangat kat fatah nie....sbb dia lah sahabat aku, kawan baik aku, member aku, teman aku, kembar aku, ahli keluarga aku, financial advisor aku, penasihat undang aku, penasihat ilmu agama aku. pendek kata..serba serbi lah dia. Tapi jgn salah anggap yer..fatah bukan pak we aku atau bakal suami aku. Ramai yg salah anggap..apatah lagi...member class aku juga selalu nmpk aku kuar ngan fatah dr org lain. biarlah...aku tak kesah. but fatah mmg paling close ngan aku.
orang kedua close ngan aku..juga yang aku sayang..nama dia Nurul Yumiza Yusof atau yumi(gambar sebelah kanan ni). org dia cumel..anak cikgu. Juga sama praktikum and class ngan fatah. Amik farmasi...aku rasa...bertuah hospital yg dapat farmasist cumel dan rajin nie. Yumi nie..atau kadang-kadang aku panggil ayumi ..ala2 penyanyi ayumi hamasaki tue..ekekke...mmg seorang yg rajin. kire cm fatah gak la...bakal menantu perempuan yg baik dan cumel. sapa dapat cik yumiza nie...mmg bertuah badan la. ekekke..agaknye bebudak faculty pharmacy nie mmg cumel2 blaka tak??wahahhaa....
seterusnya pulak..ialah fairuz. jejaka berasal dari kelantan nie..kelulusan sarjana muda networking dari FTMSK. sekrag dh keje dah mamat nie sebagai system engineer kat company di seksyen 22. aku selalu gak buli dia...sbb dia nie species baik2..and alim2 gitu...ahahhah..muka innocent dia tue aku takleh blah..wahahahha....kadang-kadang sian gak..bila dia selalu jd mangsa tempat aku lepaskan tension and marah, tapi..alhamdulillah...sekrang nie takder lah aku buli dia lagi camtue. almaklumlah...dia kan dah abis blaja. suka la tue...nyampah tul! wahahahha...
selain yumiza,fatah dan fairuz....chenor atau nama sebenarnya Mohd Noridzuan jamil juga antara yg sangat rapat ngan aku. Chenor dari sarjana muda kejuruteraan
mekanikal dan merupakan budak PALAPES. hensem dia pakai baju pentauliahan kaler putih tue...kirenya skrang nie dia dah berpangkat Leftenan Muda la. Chenor nie baik org nye...selalu jadi bahan ketawa and buli aku. tapi aku sayang dia sebagai kawan baik aku. Chenor ngan aku ade hobi yg sama..iatu suka karaoke. erm..kalu turun padang karaoke tue...rajin gakk la kitaorg duet. pernah sekali dia ngan Sal..nyanyi kan lagu Aleeya maisarah utk aku. kih..kih..takleh lupa time tue..kelakar sgt.wahahha....
Seterusnya pulak..agak rapat ngan aku gak...nama dia Norfaizan. tapi aku
panggil dia izan. sangat sibuk je org nya..maklumlah..orang kuat UITM. Izan nie mmg aktif dlm persatuan dan kegiatan universiti. kecik dan tinggi org nya. masih blaja dalam jurusan sarjana muda matematik di FTMSK UITM. Berasal dari Kluang Johor.... nampak je bertudung labuh, tapi gila-gila.caya lah izan..go izan..go...ekekkek...pernah satu masa dulu..aku demam teruk,izan lah yg banyak bantu aku. bawak aku g klinik la...aku mmg sayangkan izan.
seterusnya..akak kesayangan ku...wahahha...walaupun dia tua dari aku tapi cet perangai
sama je cam aku. mmg sekutu kesayangan aku..kalu sapa buli aku..aku akan report kat dia suh babab org tue. byk kenangan dia ngan cik kak nie...nama dia Thalasiah..tapi lebih commercial ngan panggilan sal atau saloma. asal batu Pahat, Johor...mmg close ngan aku. Bab cintan-cintun,aku mmg suka berdebat ngan dia. kalu ngan Sal nie...aku tengah marah..naik hangin mengamuk...bila sembang ngan dia..bisa bikin sakit pankreas ketawa. Cik saloma indah nie...dah grad. merupakan graduan sarjana muda matematik..sama cam izan gak...dan sekrang menjawat jawatan sebagai pensyarah di sebuah kolej (aku lupa nama kolej dia...) di Batu Pahat.nie pun salah sorang geng sekutu karaoke gak nie. wahahha...best la..bile lagi nak karaoke erk sal??wahahhah..
next...gambar yg bertiga tue..yg tenah tue nama dia Siti Farah. farah asal dari KL je..dekat je..dekat Keramat je. Manakala yg sebelah kanan sekali ialah henni Osman atau pun aku panggil dia cik clapika.henni berasal dari Kota kinabalu,sabah. farah sangat meminati kereta..specially bab drift2 nie..manakala cik henni nie...sgt addicted ngan jepun specially anime jepun. henni mmg pandai cakap jepun. No wonder la dia selalu score A dlm bhs ke-3 iaitu jepun. farah muda setahun dari aku..manakala henni tua setahun dari aku. kire sepadanlah kitaorh nie berkawan. ekekke..henni dan farah adalah classmate aku...bahkan team project aku dlm class di baawah satu bumbung faculty yg sama.

selain itu..antara yg sangat rapat
ngan aku...nama dia Azizi..tapi lebih mesra di panggil LUKE. berasal dari melaka..tapi sekrang dia tinggal di France. belajar di Ecole National D'Ingineur University dekat metz,France dalam sarjana Kejuruteraan Mekanikal. Dilahirkan pada 6 Februari dan berusia 26thn... dan bakal menamatkan pengajian nya pada tahun 2009 (sama lah cam aku..eheh). Orang nya sgt baik...good listener, ada sense of humour. baik lah...aku suka style dia. simpla but nice. Anak ke 4 dari 5 beradik. easy get along ngan dia.... Luke atau kalu aku nk menyakat dia..aku akan panggil dia abang zizi..wahahha..(sbb dia tak suka org panggil dia abg..) nie suka sgt main tennis dan melancong. hari tue gi scotland, then g bangkok la...g hongkong la...suka sgt berjalan sambil cuci mata katanya. wahaha....tapi..cam aku katakan...he is a nice person.
yang berikutnya pulak,aku kenali dia secara tidak sengaja melalui Luke. rakan seperjuangan di france.. nama diberi Imannueddin b Othman Baki. dilahirkan pada 27 Ogos 1984 dan baru berusia 24 tahun. Berasal dari rawang dan merupakan bekas ketua pengawas sek menengah bukit sentosa. Mula-mula kenal si iman nie...setiap masa gaduh je. tapi tak lama...then saling minta maaf. Orang nye sangat tegas...tapi kadang2 cam bebudak gak. Paling minat F1 ngan BMW specially 3 series.ahahha..mula-mula kenal si iman nie..mmg la asyik gaduh..tapi lama2 sayang plak kat dia. kalu tak gaduh cam tak besh plak..wahahha....satu perangai dia yg buat aku mual iyelah dia selalu perasan hensem. nyampah aku tgk...tapi kadang2 nk tergelak pun ade. Pada pandangan aku,iman nie sangat setia org nya. kenapa aku kata camnie..ahhaha..ade lah. tue rahsia aku.wahahahha..Anak sulung dari 3 beradik... erm,apa lagi erk. tue je lah kot pasal iman..tak leh citer lebih2..status..single ka available??erm..single kot.ahaha..tanya la dia sendiri.wahahhahaa....
Oklah...next person yg sgt rapat ngan aku gak..nama dia Mohd Firdaus Marzuki. Aku dan
firdaus nie mmg rapat sejak kecil. daus tinggal dekat umah aku je...and family kitaorg pun mmg kenal antara satu sama lain. dulu..time tadika kitaorg satu tadika..pastu sekolah lain2. then jumpa balik jap time form 1 before dia masuk sekolah sains BM. dalam gambar yg sebelah kiri...yg tiga manusia tue..dia berdiri tengah. tue la firdaus. skema erk??wahahha...firdaus ngan aku sebaya..dan insyaAllah kitaorg akan abis sama2 belajar thn depan. Daus dlm jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Toyohashi University dia Aichiken,Jepun. Time aku ke tokyo nak jumpa dia..dia pun sebuk nk nyambut aku. tapi sian plak..jadual aku mmg pack. setakat gayut phone je la. dia dah ade awek dah..aku kenal2 camtue je awek dia. yg aku tau awek dia satu sekolah ngan dia dulu then...sekarang budak tue kat Korea. tu jer..tapi sepadan lah dua2 manusia tue..ekekkeke..
oklah lepas Firdaus, Aku nk kenal kan faiz. faiz nie aku kenal dari kawan aku..Muqarabbin. alah yg panjat everest tue...a'ah,mamat sengal tue. faiz nie ade mirip cam ex pakwe aku dulu. Ahmad faiz nie kelulusan sarjana Kejuruteraan Mekanikal di Seoul University,Korea. dengan ketinggian 184cm..berdiri sebalah nya menyebabkan aku seperti si kerdil yg cumel. camana aku bleh rapat ngan faiz...erm..entah lah..aku pun tak tau..tapi, cara dia layan aku. Dia nie selalu manjakan aku. Apa lagi..kian berlemak manja la. wahahha...sebab tue kalu aku ngan faiz nie..aku ngada2 sikit.wahaha..sbb dia baik n suka melayan aku.ahahha....tambahan pula...sikap dia cam abang2 sikit tue buat kan aku hepi selalu. Faiz berusia 25 tahun dan dia skrang nie tgh sibuk menguruskan dan mengendalikan company nyer sendiri.waaa..cita2 nk jd jutawan lah katakan. aku doakan dia berjaya.ehem..ekekke...dah berjaya,jgn lupa budak kecik nie (sbb faiz panggil aku budak kecik.cet....)

Berikutnya...yg nie istimewa sikit. aku kenal mamat nie dalam karniawan 2007 tahun lepas kat UM. dia nie kalu tgk cam blur2 sikit...ade ke university aku yg bernama UITM di panggil nya kami UTM sbb dia ingat kami UTM. tue sengaja menempah penyakit la tue. Nama mamat disebelah
kanan nie...Abdul hafiz Abdul Rahman. Umur dia ngan aku sebaya.Dia merupakan presiden kelab usahawan UMP. Kitaorg mula rapat..since kat karniawan 07. pas karniawan silaturahim nie di teruskan. Kalu kalangan member2..dia dikenali ngan nama Fred atau Don Fred..perasan lah tue.tapi aku suka panggil dia Hafiz je. Dia nie..bab berposing...bab edit2 gambar nie..bleh serahkan kat dia. selain itu gak...dia kenal ex-bf aku. tue lah agaknya buat kitaorg rapat kot.ehehehhe...selalu jadi pakar penasihat cinta aku. tapi tue dulu2 la...sekrang nie..aku plak jd pakar rujukan dia. merupakan bekas presiden ahli kelab jiwa luka.wahahha..kelab yg aku ngan dia tubuhkan.ahahahha...Dia tinggal di Hulu Kelang je..tapi study kat UMP,Pahang dalam sarjana muda kejuruteraan elektrik elektronik. Tapi aku tak rasa mamat nie akan involved bidang engineering sebab pada aku..dia mmg champion dlm bidang bisne. apalah nk jadi ngan ko cik hafiz oi...wahahha...gambar dah la poyo!wahahahha....Ops...dia dah ade awek ok. kadang2..lawak tgk perangai dia ngan awek dia. tapi apa pun yg terjadi bhai..frenz wil remain frenz forever.insyaAllah...
seterusya...manusia yg banyak membantu aku. nama diberi Iqbal Mahashim.waaa.....org kuat uitm gak nie.sama cam Izan. merupakan penuntut di fakulti pengurusan perniagaan dalam bidang penangkutan. org nya sangat tegas...tapi penuh ngan lawak. Aku sangat rapat ngan Iqbal..bahkan Iqbal dah cam abang aku.sume tau kitaorg cam dua beradik. tapi..pakcik sorang nie sangat sibuk. susah tul nk appointment ngan dia. Iqbal berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan sangat aktif dalam bidang politik. Dia lah antara org yg mula2 aku kenal ketika baru belajar berpersatuan dalam UITM. ketika jadi mpp..dia banyak bagi tunjuk ajar pada aku.sangat supportive. tapi..kalu dia naik hangin..mmg scary la. lagi satu...dia takleh tgk aku nangis. pastu...nnt dia pun akan naik hangin dengan cepat. Iqbal seorg yg panas baran sikit dan bersikap protective. maklumlah..abang sayang adik,.ehehhe.
Individu berikutnya nie pun sangat penting gak dlm idup aku. sentiasa ad
a bila aku memerlukan. Aku kenal insan nie sejak tingkatan 5 ketika mengikuti program PROSTAR. Nama dia Zuwairi. Dah lama gak kawan...dan masih berkawan. Zuwairi sebaya aku dan berasal dari Perak tapi dah lama dia menetap di Penang. Dulu dia tinggal di Balik Pulau dan bersekolah di Sekolah Men Keb Seri Balik Pulau. Then baru2 nie family dia baru pindah ke Kepala Batas. Pak cik nie merupakan pelajar sarjana muda pendidikan TESL di KUTPM sekrang nie dah jadi MSU. sekrang nie dia tgh praktikal di salah sebuah sekolah menegah di Puchong. ajar bahasa inggeris. gaya dia...sure cam cikgu yg garang. ahahha...tapi zuwairi nie baik. ahahhaha..nampak sahaja garang.
Actually aku ada ramai lagi yg aku sayang dan sentiasa berada di hati aku. nanti aku akan tulis lagi pasal rakan-rakan yg lain. seblom aku tutp entry aku nie...setiap org di gambar bawah nie sentiasa di hati aku. kenagan bersama tak mungkin dilupakan sampai akhir hayat! aku sayang semua sahabat aku...

Tuesday, August 5, 2008

Keyakinan ku..

Demam. dari semalam lagi...sakit badan. tak sangka sampai demam. tak tau napa. pas class web programming, terus g klinik. Doctor bagi MC. balik..makan ubat. pastu tdo, sedar jam 6.06 ptg. tue pun sbb emmy mesej. rini ade presentation strategik. pas reply mesej emmy...aku yg still mamai di kejutkan dengan panggilan dari shrek. Dia baru balik main badminton. Aku tak tau apa motif dia...tapi..panggilan dia bg aku semangat. pas ckp phone ngan dia...cuci muka then siap g class walaupun dh lewat. Alhamdullilah..presentation berjaya hendaknya.
balik,makan...and makan ubat. pastu meseh incik shrek...aku nk call dia jam 12tghmlm. tapi..jam 12.30mlm baru aku call...coz dia kuar.as usual- lepak mamak lew tue. uexpected..dia view pic aku. mengejutkan..tapi sebenarnya..rasa excited pun ade.wahahha...gembira dan bahagia..walaupun sakit nie...
hurm..sakit nie anugerah Allah...utk menghapuskan dosa2 kecil. walaupun kepala berangin je. sakit cam nk meletup....aku gembira sgt rini krn dia.semoga aku cepat sembuh,ekekke...

Sunday, August 3, 2008

Cinta Embunan Pagi

Minggu nie betul-betul buat kepala aku sangat pening. so, aku benar-benar memerlukan rehat yg teramat sgt. sekarang nie pun aku rasa tekak aku nie perit.cam nak demam je. Jumaat ritu aku puasa sunat. nak kurus lah sangat konon. amik alternatif berpuasa.

Kelmarin petang,aku g PC Fair kat KLCC. Nak survey barang actually. Bertolak dari Puncak, naik bus jam 1ptg, tapi cam apa ntah...bus tue problem..then dekat jam 2 lebih baru bus tue gerak. Jam 2.45 ptg tiba di
shah alam. tunggu seseorang then amik komuter ke KL Sentral then amik Putra ke KLCC. Sampai KLCC, kitaorg g makan dulu kat burger king then merayau kat PC Fair. Niat asal takmo beli apa2 last2, aku sambar gak mp3 baru kaler hijau. harga pun murah..bentuk pun comel. and ade voice recorder. ok lah..bleh la wat teman aku dlm perjalanan yg membosankan setiap kali balik penang.

Dah habis pusing PC fair, terus kuar balik. naik train dari ke KL Sentral..then amik komuter ke shah alam. KLCC..mmg crowded gile. Mujur aku tak pakai heel...kalu pakai heel mau patah kaki aku. Penant tue..tak yah kata la kan.ahahha... Aku pulak sentiasa berhati-hati, peristiwa yang aku lihat kat bus stand Klang tue masih me
nghantui aku. Aku masih tak dapat nk lupakan kejadian tue.

Balik,tiba Shah Alam jam 9 mlm. Tunggu bus balik Puncak. sampai umah, rehat..pastu aku sambung membaca novel yang aku beli kat Pesta Buku Selangor dekat PKNS time kuar bukak posa ngan Fatah. Tajuk dia Andai itu takdir Nya. Kisah dia..memang menyayat hati. Kisah seorang perempuan yg pintar dan cantik bernama Aleeya yg menaruh hati kpd seorg anak org kaya bernama Syed Aizril. Syed Aizril gak suka kan Aleeya,namun kerana kesombongan dan kekayaan keluarga dia yg berstatus tan sri tue buat dia semakin ego dan berlagak. namun,sudah takdirnya...atas rencana jahat Faizal(kawan baik Syed Aizril),aleeya dan syed aizril diperangkap hingga di tangkap basah. kerana kesombongan
Syed Aizril terhadap Aleeya yang miskin tue...Syed Aizril telah bertindak merogol Aleeya sblom mencampak Aleeya ke tepi jalan. Aleeya trauma ngan kejadian itu,tapi mujur Umi atau umairah yg juga rakan sekelas dan best frenz Aleeya sentiasa membantu aleeya. Aleeya di dapati mengandung....Syed Aizril mula rasa bersalah. dan perasaan cinta terhadap aleeya mula mengigit hatinya, namun,ketika aleeya pulang ke banglo mewah tue...dia dipukul dan di hina macam anjing. hinggakan lafaz taklik di jatuhkan keatas aleeya. talak satu akan jatuh selepas Syed Aizril bernikah dengan syarifah emilin sepupunya, Aleeya juga di pukul dan kepalanya di hentak ke tiang seri umah banglo tue dengan kejam hinggakan aleeya sakit dan melahirkan sepasang kembar,dania dan Danish.
Biarpun begitu..perasaan cinta terhadap aleeya amat kuat hinggakan syed aizril membatalkan pernikahan nya dengan lin..lalu ketika dalam perjalanan,Dia kemalangan hinggakan lumpuh sebelah kaki. Atas pujukan ibu mentua Aleeya kembali ke rumah itu,apatah lagi dia mendapat berita bahaya dia menghidap barah otak. walaupun dibantah Umi,namun di sebabkan dania..dia kemabali ke rumah banglo tersebut. syed azril telah pulih..namu..penderitaan Aleeya tak abis hanya setakat itu. Pelbagai halangan dan rintangan yg hadir dalam rumahtangga syed aizril dan Aleeya...namun mereka pasrah jika itu takdir Nya.

Sepanjag aku baca novel nie....aku memang menangis sampai bengkak mata aku. sangat tragik. sedih gile...mmg au kasi 5 bintang.salah satu lagi novel yg aku rasa,tak nyesal beli setelah adam dan hawa.dalam novel nie jugak...ade satu lagu yang sangat aku suka. lagu dah lama.....tapi aku pernah dengar lagu nie before. nyanyian Azian Mazuan Sapuan..tajuk dia Cinta Embunan Pagi. (aku taruk lirik dia kat bawah)

lagu nie...memang lah sesuai ku tujukan utk seseorang. kalu dia baca blog aku nie sekarang..aku nk dia tahu aku sgt bahagia..gembira! Aku percaya..kerana keyakinan dan keteguhan di jadikan bersama..lalu aku kena teguh berpegang pada keyakinan aku. dan keyakinan aku itulah...Mr Shrek aku! Aku sangat penat..baru je lepas telan panadol, vitamin C. nak rehat...jap lg nk prepare utk presentation aku and nk study sikit.

semoga..kesihatan aku semakin baik. Penat nyer!!!!



Cinta Embunan Pagi..

berseri indahnya bagaikan pelangi
berkembang mekarlah bunga-bunga di hati
namun ku tiada duga begini
hujan turun melanda dan bunga gugur ke bumi

cinta mu sesegar embun nan pagi
semakin resah menanti terbit mentari
hangatnya yang membakar mengeringkan
segala keindaha yg penuh kepalsuan

engkau yang aku sayangi siakan diri ku ini
lautan madu ku beri kau racuni
ku sedari hina diri ini..
kosong tiada bererti
biarlah diriku pergi..ku ubati luka ku sendiri

ku cuba gagahi bahu sendiri
biarpun sayap ku telah tiada lagi
namun ku tak berdaya menghadapi
di dalam kegelapan bimbang tersungkur lagi

oh tuhan teguhkanlah keimanan
untuk ku tempuhi suratan kehidupan
walaupun di hati rasa terkilan
tapi apakan daya..semua takdir tuhan