Friday, August 22, 2008

One Happy Bee!!!

Setelah hampir seminggu berada di rumah seepanjang cuti semester nie..akhirnya 22 ogos 2008...aku berpakat dengan adik sepupu aku, hazwan nak g makan angin pusing-pusing Pulau Pinang. memang lah setiap kali balik aku akan merayau.tapi kali nie..kitaorg dah setuju untuk menaiki bus dan berjalan kaki ke destinasi yg di pilih. so...bangun seawal 6 pagi...siap2 mandi pastu setting rambut (al-maklumlah..aku skrang nie dah berambut kerinting...eheheh)..sarapan pagi dengan nasi kerabu. then jam 7.30 pagi dah tunggu bus sambil denga mp3. naik bus menghala ke jeti Pengkalan Sultan Abdil Halim (butterworth) sbb adik wan dah tunggu aku di jeti. Jam 9.00 pagi..tiba di jeti dan memulakan perjalanan kami. ketika tiba di jeti..feri pun baru je sampai. cam tau-tau je...ehehhe tambang feri RM1.20. perjalanan feri mengambil masa hampir 25 min utk tiba di jeti pengkalan Raja Tun Uda. tiba di Jeti Raja Tun Uda, kami menaiki bus rapid Penang dengan tambang RM1.50 menuju ke Ayer Hitam iatu di mana terletaknya Bukit Bendera. perjalanan mengambil masa hampir sejam (sbb bus byk henti). tiba di Penang Hill sekitar jam 11 pg. tapi sayangnya...perkhidmatan kereta kabel ketika itu mengalami gangguan. malas nk menanti..maka aku ngan adik wan mengambil keputusan utk melepak dan berpusing di bawah je. Pas abis amik gambar..kitaorg pun kembali ke Pekan Ayer Hitam menuju ke Kek Lo Si Temple. Pagi-pagi camnie kalu berjogging memang best. ehhehehhe..so..tiba di Kek Lok Si kitaorg pun terus la explore seluruh kawasan. dari pekan Ayer Hitam..berjalan kaki mengambil masa 10 minit sahaja. ketika kami tba di kemuncak Kek Lok Si..upacara sembah budhha baru sahaja selesai di jalankan. Dari puncak Kek Lok Si, kami dapat lihat seluruh kawasan Ayer Hitam. cantik sangat. Posing sana..posing sini...amik gambar. Cuaca kat sini nyaman sangat. maklumlah..atas bukit. ehehhe...Peluh mencurah-curah cam air terjun.tapi itu tidak mematah semangat kami,
Settle sudah begambar..kami kembali menaiki bus rapid Penang menghala ke KOMTAR. Dari KOMTAR, kami ke Prangin Mall di sebelah je KOMTAR untuk menikmati McFlurry, mencari DVD baru dari Jepun atau atau Korea yang terbaru. Pastu, beli papa roti then lepak kat fav spot aku..apa lagi kalu tak secret recipe. ehheh...melepaskan penat di samping menanti hujan berhenti. Selepas hujan berhenti..kitaorg pun terus lah meronda di sekitar Penang Road. Kat Penang Road, kitaorg masuk bazar...usha kain ela utk wat baju kurung. Alang-alang..raya pun dah dekat. ehhe...aku pilih 3 pasang kain hela utk di buat baju kurung. 2 untuk aku dan satu untuk bakal kakak ipar aku. kaler?tue rahsia..kena tunggu siap karang! Kalu korang nak tahu gak...dekat Penang road nie ade satu bazar di kenali sebagai Chorostar. kat bazar nie lah di jualnya macam-macam jenis jeruk dan salah satu yg specialnya ialah jeruk pala,ambra a.k. kedondong. favourite aku iala
h jeruk salak dan buan naun. sdap sangat. pergh..ehehhe...dah abis pusing penang road...kitaorg pun berjalan menuju ke Muzium dan Balai Seni Lukis. kat muzium nie aku tengah mencari exhibit utk kajian aku. pusing seluruh muzium dan balai seni lukis. Kat sini...di paparkan semua berkaitan Pulau Pinang. Dimana bermulanya sejarah awal pulau pinang yang telah diambil oleh Sir Francis Light dari kerajaan negeri Kedah. Pada awalnya...Pulau Pinang dan seberang Perai di serahkan kepada Syarikat Hindi Timur berdasarkan satu perjanjian dimana pihak kompeni inggeris kena bayar 30 000 dollar sepanyol sebagai ganti kepada kerajaan Kedah disamping melindungi kedah dari ancaman Burma dan Siam. Namun, pada 1876 Sir francis Light telah mendiami dan mentadbir Pulau Pinang tanpa memberikan keputusan kepada penjanjian yg dinyatakan. ehehhe... kat muzium ini juga..ada mencatatkan tentang cara hidup dan masyarakat setempat yg mendiami Pulau Pinang. Selain melayu, Cina dan India...ada juga golongan India Muslim atau di kenali sebagai mamak. yg paling best...kat sini juga pengunjung boleh mengetahui sejarah tempat di sini..antaranya Lebuh Bishop, penang Road, Lebuh Chulia, Ayer Hitam, bayan Lepas dll. Sejarah tentang asal nasi Kandar, Boria dan istiadat perkahwinan kaum di Penang. interesting!!!
Selesai di Muzium, kitaorg pun teruskan perjalanan ke Port Corwalis di Padang Kota Lama. Perjalanan hanya memakan masa 10 minit je..sbb Muzium ngan Padang Kota Lama boleh dikatakan bertentangan..cuma di terhalang pandangan dengan bangunan Kompleks Mahkamah Negeri dan Bangunan SUK negeri Pulau Pinang(pandai-pandai lah korang imagine,,,ehehhe) Port Corwalis nie merupakan sebuah kota tinggalan Inggeris yang menghadap ke Pulau. Cantik.kat sini...kitaorg sibuk berposing amik gambar..ehhehhe...

Abis berposing sakan kat Port Corwalis, kitaorg pun menghala ke food court Padang Kota lama..dekat je dengan port cornwalis. kat sini best place nak pekena pasembor. mmg sedap. tapi..kali aku pilih makan keow teow goreng mamak ngan laicikang. pergh...sedap dan menyegarkan. tambah-tambah lagi...makan tepi laut. terasa bahagia sangat...wahahhaha.........Selesai makan...kitaorg pun lepak kejap kat Padang Kota Lama amik angin laut petang. seronok...rasa ilang semua masalah dan kerisauan. Pas lepak...kitaorg pun melalui bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menghala ke bus stand berhampiran menghala ke jetty pengakan Raja Tun Uda. naik ferri dan balik ke Jeti Butterworth. Aku sampai di umah jam 7.45 malam. Letih tapi happy sangat arini. rasanya..bape kilo lah lemak aku terhapus rini. ehehhe...best sangat...so guy..kalu nk tenangkan pikiran..aku cadangkan Penang sebagai destinasi percutian yang best. yeah~~~. well...sabtu nie dah nak balik ke KL.

1 comment: