Sunday, August 3, 2008

Cinta Embunan Pagi

Minggu nie betul-betul buat kepala aku sangat pening. so, aku benar-benar memerlukan rehat yg teramat sgt. sekarang nie pun aku rasa tekak aku nie perit.cam nak demam je. Jumaat ritu aku puasa sunat. nak kurus lah sangat konon. amik alternatif berpuasa.

Kelmarin petang,aku g PC Fair kat KLCC. Nak survey barang actually. Bertolak dari Puncak, naik bus jam 1ptg, tapi cam apa ntah...bus tue problem..then dekat jam 2 lebih baru bus tue gerak. Jam 2.45 ptg tiba di
shah alam. tunggu seseorang then amik komuter ke KL Sentral then amik Putra ke KLCC. Sampai KLCC, kitaorg g makan dulu kat burger king then merayau kat PC Fair. Niat asal takmo beli apa2 last2, aku sambar gak mp3 baru kaler hijau. harga pun murah..bentuk pun comel. and ade voice recorder. ok lah..bleh la wat teman aku dlm perjalanan yg membosankan setiap kali balik penang.

Dah habis pusing PC fair, terus kuar balik. naik train dari ke KL Sentral..then amik komuter ke shah alam. KLCC..mmg crowded gile. Mujur aku tak pakai heel...kalu pakai heel mau patah kaki aku. Penant tue..tak yah kata la kan.ahahha... Aku pulak sentiasa berhati-hati, peristiwa yang aku lihat kat bus stand Klang tue masih me
nghantui aku. Aku masih tak dapat nk lupakan kejadian tue.

Balik,tiba Shah Alam jam 9 mlm. Tunggu bus balik Puncak. sampai umah, rehat..pastu aku sambung membaca novel yang aku beli kat Pesta Buku Selangor dekat PKNS time kuar bukak posa ngan Fatah. Tajuk dia Andai itu takdir Nya. Kisah dia..memang menyayat hati. Kisah seorang perempuan yg pintar dan cantik bernama Aleeya yg menaruh hati kpd seorg anak org kaya bernama Syed Aizril. Syed Aizril gak suka kan Aleeya,namun kerana kesombongan dan kekayaan keluarga dia yg berstatus tan sri tue buat dia semakin ego dan berlagak. namun,sudah takdirnya...atas rencana jahat Faizal(kawan baik Syed Aizril),aleeya dan syed aizril diperangkap hingga di tangkap basah. kerana kesombongan
Syed Aizril terhadap Aleeya yang miskin tue...Syed Aizril telah bertindak merogol Aleeya sblom mencampak Aleeya ke tepi jalan. Aleeya trauma ngan kejadian itu,tapi mujur Umi atau umairah yg juga rakan sekelas dan best frenz Aleeya sentiasa membantu aleeya. Aleeya di dapati mengandung....Syed Aizril mula rasa bersalah. dan perasaan cinta terhadap aleeya mula mengigit hatinya, namun,ketika aleeya pulang ke banglo mewah tue...dia dipukul dan di hina macam anjing. hinggakan lafaz taklik di jatuhkan keatas aleeya. talak satu akan jatuh selepas Syed Aizril bernikah dengan syarifah emilin sepupunya, Aleeya juga di pukul dan kepalanya di hentak ke tiang seri umah banglo tue dengan kejam hinggakan aleeya sakit dan melahirkan sepasang kembar,dania dan Danish.
Biarpun begitu..perasaan cinta terhadap aleeya amat kuat hinggakan syed aizril membatalkan pernikahan nya dengan lin..lalu ketika dalam perjalanan,Dia kemalangan hinggakan lumpuh sebelah kaki. Atas pujukan ibu mentua Aleeya kembali ke rumah itu,apatah lagi dia mendapat berita bahaya dia menghidap barah otak. walaupun dibantah Umi,namun di sebabkan dania..dia kemabali ke rumah banglo tersebut. syed azril telah pulih..namu..penderitaan Aleeya tak abis hanya setakat itu. Pelbagai halangan dan rintangan yg hadir dalam rumahtangga syed aizril dan Aleeya...namun mereka pasrah jika itu takdir Nya.

Sepanjag aku baca novel nie....aku memang menangis sampai bengkak mata aku. sangat tragik. sedih gile...mmg au kasi 5 bintang.salah satu lagi novel yg aku rasa,tak nyesal beli setelah adam dan hawa.dalam novel nie jugak...ade satu lagu yang sangat aku suka. lagu dah lama.....tapi aku pernah dengar lagu nie before. nyanyian Azian Mazuan Sapuan..tajuk dia Cinta Embunan Pagi. (aku taruk lirik dia kat bawah)

lagu nie...memang lah sesuai ku tujukan utk seseorang. kalu dia baca blog aku nie sekarang..aku nk dia tahu aku sgt bahagia..gembira! Aku percaya..kerana keyakinan dan keteguhan di jadikan bersama..lalu aku kena teguh berpegang pada keyakinan aku. dan keyakinan aku itulah...Mr Shrek aku! Aku sangat penat..baru je lepas telan panadol, vitamin C. nak rehat...jap lg nk prepare utk presentation aku and nk study sikit.

semoga..kesihatan aku semakin baik. Penat nyer!!!!



Cinta Embunan Pagi..

berseri indahnya bagaikan pelangi
berkembang mekarlah bunga-bunga di hati
namun ku tiada duga begini
hujan turun melanda dan bunga gugur ke bumi

cinta mu sesegar embun nan pagi
semakin resah menanti terbit mentari
hangatnya yang membakar mengeringkan
segala keindaha yg penuh kepalsuan

engkau yang aku sayangi siakan diri ku ini
lautan madu ku beri kau racuni
ku sedari hina diri ini..
kosong tiada bererti
biarlah diriku pergi..ku ubati luka ku sendiri

ku cuba gagahi bahu sendiri
biarpun sayap ku telah tiada lagi
namun ku tak berdaya menghadapi
di dalam kegelapan bimbang tersungkur lagi

oh tuhan teguhkanlah keimanan
untuk ku tempuhi suratan kehidupan
walaupun di hati rasa terkilan
tapi apakan daya..semua takdir tuhan

No comments: