Thursday, July 30, 2009

aku..aku.....aku.....

Dah lama tak update blog. Hidup aku kucar kacir sikit lewa kebelakangan ni. tak tahu lah..okeh la..jom aku cite apa dok bermain dlm kepala aku.

Insyaallah, kalau takde aral melintang hujung tahun ni aku akan sambung master di UKM dalam bidang Intelligence System. Buat research dgn project paper method la.Dan insyallah jugak..aku sempat habis before septmber tahun depan, so aku boleh buat second master atau mayb aku akan terus apply utk buat PhD di UK nnt, Insyaallah...belajar tetap belajar. Sebab selagi aku takde title Dr. camana aku nak kahwin? (hahahha.....cam ye ye je kan??!?!)

Pasal keje..kelmarin selepas presentation Kat Rijal,Wisma Peters, officially serigala jadian, bos aku tu dah dapat surat resign aku dgn cik Lah dan cik Chal. Bila dia baca..dia tergamam giler and terus jd pendiam. Kami,takyah kata la. tapi..apa yg kami lalui..specially part yg pahit tu.....(malas nak ingat sebenarnya!) buat we all nekad utk resign. Bertambah memudahkan kerja..aku dah lepas temuduga kedua dgn HR di Prestariang. Aku plan..lepas raya,aku akan mula kembali bertugas...so sepanjang puasa dan raya..mmg nak spend masa kat umah je dgn family aku. Abah,mama dgn adik aku seronok giler dengar. Mana taknya..pas habis belajar,aku terus keje. tak sempat nk spend masa sgt dgn diorg. Cuti semester yg lepas pun aku tak balik..setakat balik kejap2 sbb wedding cousins aku je.

Tapi..melihatkan perangai serigala..dan dia sibuk dok counter attack kami supaya jgn berhenti...cam kesian plak. Tgk la camana...aku ngan cik Chal tgh buat consideration. Lgpon, dia cakap nak naikkan gaji as long kami tak blah dari sini. so..tengok je la camana...malas dah nk pikir panjang2....

so, just wait and see....follow je the flow. wish me luck ye!

oh ya..aku ngan dia? hahaha..biarlah dulu. masing-masing bzz sgt.

Tuesday, July 28, 2009

Penghujung jalan....

Secara rasminya, hari ini aku akan hantar surat perletakkan jawatan. terkejut? Aku ada banyak sebab...dan bak kata abah,angah dan fara, yg terbaik ialah aku berhenti sebelum terlambat. sejak kebelakangan ini, aku selalu sakit semula di tempat operation tu. kenapa, aku tak pasti..tapi aku mmg tak punya masa utk gi check.

aku akan sambung master dalam masa yg terdekat, tapi sebelum tu...aku nak balik berehat di rumah. dan aku ada misi utk dilaksanakan.

Doakan aku kawan-kawan. Insyaallah...walaupun perjalanan hidup ni semaki sukar dan getir, aku cuba juga hadapi. Insyaallah, Allah sentiasa bersama aku.

Aku perlukan masa...seminggu dua ni..banyak sangat ujian aku hadapi. Migrain dan gastrik aku semakin teruk nmpknya. dan aku perlukan rehat sangat2.

Sunday, July 26, 2009

aku.

kepala aku serabut beberapa hari ini. aku tak tahu nak update apa kat blog ni. Tunggu je la bila sume ni dapat diselesaikan, aku akan update kat sini.

Permintaan aku senang je...aku hanya nak jd diri aku.dan cintai aku krn diri aku.

Saturday, July 18, 2009

Ayam oh ayam..kenapalah kau buat aku gelak~~


Perkara ni berlaku ketika aku balik keje petang kelmarin. Aku,Ilah ngan Cik Chal balik awal dari office semalam since keje semua dah siap. Then, kami pun singgahlah kat Tesco Shah Alam utk makan hot plate. Si Ilah ni mengidam nak makan hot plate. heheheh.... Lepas settle makan and shopping sikit-sikit, kami pun balik. Then tunggulah bus.

Kebetulan jalan tgh jammed dan bas T528 laluan Sri Muda ada. Kami pun belasah je naik. sbb nak menyinggah lat PAS jap nak pass cd kat kawan aku. Kami terpaksa berlari naik bas tu. Cik Chal naik dulu..then duduk kat sebelah plastik yg ada 4 ekor ayam hidup. Sian ayam tu...badan dia kena ikat dalam plastik, then tinggal kepala dia je terconggok bengong dok usha kiri kanan. Bila cik chal dah tekejut ngan ayam tu..dia pun blah duduk tempat lain diam-diam. Then Ilah yg naik kemudian, selamba pi duduk kat situ,betul-betul sebelah ayam tu dan ayam tu tengok je kat Ilah. Time tu aku tgh bayar tiket bus. Then Cik Chal bgtau Ilah...sambil tunjuk kat ayam tu. Ilah terkejut, terus menjerit. Aku tergamam, then baru aku perasan muka tak bersalah ayam tu. Aku dah takleh tahan..terus jalan ke belakang bahagian bus dekat tangga nak turun sambil gelak.

Aku gelak kaw kaw punya...sampai terduduk atas lantai bas tu. Akak-akak yg lain dalam bus tu mula-mula tak berani gelak..senyum je sbb takut uncle india tuan punya ayam tu mengamuk. Argh..aku ngan cik chal peduli apa...kami gelak kaw-kaw sampai berair mata. Bila tengok kami gelak,akak-akak tu pun join sama la kami gelak. Cik Ilah control je. Malu punya pasal...diam je cover gelak.

Yang ayam tu plak..aku tgk muka innocent je tgk kami gelak tahap dewa punya gelak. Dah takleh simpan-simpan dah. yang paling best, bila statement keluar "ayam tu naik bus..dia byr duit tiket tak?" ceih..lagi la giler aku gelak. kah kah kah...

turun bas pun sambung gelak..sampai umah pun sambung gelak..tgk nasi ayam pun gelak...Bila teringat je aku gelak. Ni sambil taip entry ni pon..aku dah kaw-kaw gelak. sakit tekak aku!


HAHAHHAHAHAHHAHAH......



Gambar aku terpaksa amik pic hiasan dari google je. Sebab time aku nak snap pic ayam-ayam bermuka innocent tu...Cik Chal halang. takut tuan ayam tu marah. hahaha..

Friday, July 17, 2009

Kegiatan Masa Lapang bila Bos Takde...hihihi

Bos gi Indonesia..tak tau pasal urusan kerja atau gi sana kawin satu lagi. So aktiviti masa lapang aku adalah membela anak aku ni kasi besar. Nak berkenalan dengan anak aku, jom..jom aku kenalkan:-


Nama : Hyu
Usia : anggaran setahun setgh
Jantina : Perempuan
Hobi : Makan,minum dan berjalan rumah orang lain utk tambah point. Selain tu shopping brg rumah. hehehhehe


ni kat bawah ni semua pictures Hyu sedang bermain. Comel sangat. Bila aku hadap muka dia, rasa sejuk perut. Hilang semua resah gelisah duka lara. (sungguh mak yang baik kan? HAHAHHA..)


Hyu tgh main patung kepunyaan Jakiroo

dekat umah Jijaboom, kakak kesayangan Hyu.

Penat bermain rumah sapa ntah...sampai tertido-tido.


lepak kat umah JIjaboom....pose melaram dgn harta benda Jijaboom

Jijaboom datang rumah minum milk..yeah...Hyu suka sangat kakak dia datang.

Hyu yang sayangkan Jijaboom~~

practise lumba lari kakak-kakaknya, iaitu dengan Ke Ai dan Jijaboom.

Hyu dgn kakaknya yg sorang lagi, Ke Ai.

Hyu yang tertido dengan baju hadiah dari Jijaboom. comelnya~~~


Comel sungguhkan anak aku ni? hehehehe....



p/s : bila anak dia tido..mak dia pun tidolah jugak kat opis. kih kih kih~~

Thursday, July 16, 2009

Serang-menyerang

Lagi kisah pasal kelmarin dan semalam..pagi kelmarin, sewaktu on the way gi keje..aku nampak "dia". Alhamdullilah, lega rasa hati bila tau dia selamat. hehehe..so sepanjang hari aku di opis..dengan perasaan lega sambil tgh pikir camana nak pujuk kakak-kakak aku yg kena fire time aku moody bila dpt tahu pasal eksiden tu.

Petang pulang keje...aku decide nak jumpa "dia". Bila aku sampai kat post laluan KL, aku tgk schedule keje "dia" dah habis. *sedihnya rasa dlm hati*

Dengan perasaan malas nak balik awal ke rumah, aku lepak ngan pak cik ketua post kat situ. Pakcik R1 tu mmg dah kamceng ngan aku. Dah cam ayah aku dah aku anggap. So, pakcik R1 ajak aku gi makan..hehhe..gi la makan. baru order bihun singapore...terpandang "dia" tgh lintas jalan menghala ke arah kami. hehehe..comel2~~ (sengih gatal)

Dia tak boleh lepak dengan kami sbb "dia" on duti..so dia terus settlekan duti "dia". lepas makan aku lepak kat pos...bak kata pakcik R1, cam pelesit "dia" buat keje. kurang dari 45min "dia" dah terpacak depan aku tersengih. So, "dia" lepak ngan aku sambil usha borang master aku. hehehe...

aku nak tukar bidang. Kemungkinan tinggi,aku tak sambung dlm project management, sebaliknya aku akan buat master MIS ataupun master in Intelligence System. Hehehe...tgh bincang-bincang ngan "dia"..bas pak cik J sampai. Memandangkan aku mmg kenal ngan Pak Cik J sbb selalu naik bus dengan Pak Cik J, so aku pun lambaikan tangan then terus continue borak ngn "dia".

Nak dijadikan cerita...bini pak cik J ada atas bus dan aku tak nampak. Terus mak cik tu turun dan attack aku kat bawah yg tgh borak ngan "dia". Kebetulan, pak cik-pak cik yang lain ada. Maka terjadilah perang mulut antara mereka-mereka. Aku masih blur. yeap sangat blur...mak cik tu plak cam machine gun sembur aku. last-last sekali si "dia" pun buka mulut:-

"akak....tak pikir ke? Dia (merujuk pada aku) ni mak we saya...tgh borak ngan saya. Itu pun bising. saya tak kesah pun dia angkat tangan. Orang angkat tgn tanda hormat!!" dengan suara yg tinggi.selama aku kenal "dia" mana pernah dia naikkan suara. huhuh~~ (eh?tapi sejak bila declare jd pakwe-makwe ni? kih kih kih)

Bang~~ aku tergamam. Barulah aku sedar aku kena serang sbb angkat tgn kat laki org. Yang mak cik tu maki-maki sumpah seranah tu rupanya kat aku. aiyooo...sungguh aura si "dia" ni buat aku blur. dah la keje bawah bos yg blur...sekali aku pun jd blur. kih kih kih....

time-time tu gak rasa terharu..sedih dan malu. Kena attack kat kat seksyen 2 beb..tgh org ramai. pastu..terharu sbb ramai yg backup aku (by the way..aku mmg tak salah pun). Pak cik-pak cik yg lain tu memang dah bengang dah ngan Pak cik J. mana tidak..sentiasa bini ikut time duti. diorg dah muak asik tgk perempuan kena serang ngan bini Pak Cik J sbb tegur atau ckp ngan Pak Cik J. aiyoo...parah ni!

Mak cik..please use ur brain la..aku bukannya takde rupa paras...bukan takde pelajaran. Takdenya cetek ilmu mak bapa aku dah kasi sampai aku nak amik laki ko yg pendek serabai dan tak hensem cam tu. Bak kata Pakcik R1..tak guna otak punya olang~~ aiyoook!!

Kes kena serang dengan laki orang..mak we orang ni..aku dah tatau nak cakap apa. Dulu, time aku keje kat southern sblom sambung buat degree, pun sama. kena serang ngan bini one of client aku tu pasal laki dia selalu ada kat area office aku. Padahal..org tu datang office aku pasal bos dia suruh. Kali kedua, aku kena attack ngan makwe kawan aku..sbb kawan aku dok syok kat aku bagai nak gile dan aku plak tatau dia ada makwe. Aku ni layan je la..satu uni kot! sekali kena serang..tapi, sorry lah aku mmg takde hati dengan pakwe dia. berikutnya pula...dengan makwe orang...sbb dia ingat aku ada apa-apa dengan pakwe kesayangan dia. tapi yg ini aku mmg respect abis.Makwe dia ni takde la serang maki-maki. tapi sbb dia byk bermain ngan perasaan..aku rasa bersalah sgt. sampai sekarang rasa bersalah. terasa aku yg kucar-kacirkan kehidupan diorg. in fact, aku pun salah juga. dalam masa yg sama, seorang lagi makwe kawan baik aku serang aku sebab aku ni berkawan dengan bf dia. yang ni teruk gak kena maki. sampaikan kawan aku tu dah minta maaf segala tahap dah...siap nak putus kawan lagi sbb takut aku mengamuk.kih kih kih...lawak-lawak.

dan malam semalam..aku kena serang lagi pasal angkat tgn kat suami org yg aku respect cam pak cik-pak cik aku. aiyooo....

Susah sangat jadi orang comel ni kot..kih kih kih......


takpe-takpe..at least, aku ada pengalaman. Boleh cerita kat anak-anak aku nnt. HAHAHAH...


pengumuman di raja : kebarangkalian aku nak settle down hujung tahun depan adalah tinggi. Pada sesiapa nak masuk meminang aku..borang tender sudah dibuka. Sila hantarkan dokumen sebut harga anda bersama kenyataan tender kepada mak ayah aku di Penang. kih kih kih...


Doakan aku ye!~~ hehehehehe

Wednesday, July 15, 2009

kisah semalam...

i . perbualan telefon

aku : bzz ek?
dia : boleh tahan la. sorry td tak balas msg.kredit takde.
aku : balik kul bape?
dia : lambat. tak tau lagi..tapi lambatlah.
aku : ooo.....(diam)
dia : katne ni?
aku : kat shah alam la.
dia : tak keje ke rini?
aku : keje~~ dah sampai balik dah.
dia : oo..camana balik kampung?
aku : oke je. cuma, mama suruh balik stay kat penang.
dia : oh, baguslah. pilihan mama kan...kawin je la.apa susah~~(keras je bunyi)
*kat belakang..kedengaran kakak sekerja dia sibuk mengajuk lagu kawen*
aku : haa...kawin??sapa yang nak kawin??
dia : laa..bukan mama suruh balik penang kawin ke?pilihan mamakan? pilihan org tua selalu baik.
aku : isk..mmg la pilihan mama. tapi mama suruh balik penang keje. bukan kawin.
*tekan perut gelak...*

pastu talian pun putus..bateri kong~

***************************************************

ii. tgk tv on the way nak masuk bilik air mandi.

housemate 1 : wei...tgk tu..bus rapidKL eksiden.
*kecoh semua berlari depan tv termasuklah aku yg bertuala*
mangsa yg diinterview dlm tv: saya dari shah alam naik bus..bla bla bla....bla bla..

housemate 2 : uihh..dari Shah Alam...U80 la tu.....

Ya Allah..aku dah lemah lutut. nak pengsan dan-dan tu...

Dia selamat ke?
Selamat tak?
Nak call..tapi takde no telephone plak.

dia ke dalam tu?

selamat tak dia?



oke kot.....


insyaallah okeh....




waaaaaaaaaaaaaaaa..nak nanges.


malam tu..sapa tegur aku kat ym atau fb..sume kena fire!

**************************************************

Monday, July 13, 2009

LOVE SONG FOR NO ONE.

staying home alone on a Friday
flat on the floor looking back
on old love
or lack thereof

after all the crushes have faded
and all my wishful thinking was wrong
I'm jaded
I hate it

I'm tired of being alone
so hurry up and get here
so tired of being alone
so hurry up and get here

searching all my days to find you
not sure what I'm looking for
I'll know where
when I see you

until then I'll hide in my bedroom
just staying up all night just to write
a love song
for no one

I'm tired of being alone
so hurry up and get here
so tired of being alone
so hurry up and get here

I could have met you in a sandbox
I could have passed you on the sidewalk
could I have missed my chance and watched you walk away

I'm tired of being alone
so hurry up and get here
so tired of being alone
so hurry up and get here

you'll be so good
you'll be so good for me
I know you'll be so good
for me
for me




*song by John Meyer. hehehe...

Sunday, July 12, 2009

Wedding Baie dan Kak Shima..(yosh..good to be home)

what else can i say...when it's really nice to be home again. aku balik ke kampung sempena wedding Baie. Saudara dan juga merangkap jiran aku. besar sama-sama....mana boleh aku tak balik. 3 bulan awal lagi dah dibebelkan mak cik Ti sefamily. suh aku balik wedding abang aku yg sorang ni. hehehehehhe...

Tak banya benda yang aku buat selain dari menyambut tetamu....jd flower gurl dan melayan bebudak anak buah aku. ramai...and mostly hero plak tu. heheheh....tapi yg bestnya, anak Kak Ina nga Abang Zul, Ahmad Hairil Ikhwan. hehe...sampai mak ayah dia nak tunangkan dengan aku. Melekat je ngan aku. Bila aku hilang..mesti dia sibuk cari aku. Comel sangat. Umur baru 2 tahun setengah. geram tul aku tgk dia. cerdik sangat.hehehehe.....

Yang paling best gak..tak lama lagi..aku dapat lagi anak buah. Kak Farazila, sekarang tengah mengandung 5 bulan. Kak Iza lagi. erm..cam ramai lagi la hero2 dalam family ni. seronok sangat.
Bila dah lepak ngan mak-mak budak dan bakal-bakal mak budak ni..semangat nak kawin cam memuncak je. kih kih kih...gatal sungguh. HAHHAHA.. okeh la layan pics sepanjang wedding kat rumah pengantin perempuan dan lelaki. Oh ya..aku di sebelah pengatin lelaki.



dengan Amirah Hanum, anak abang Azan dan kak Wani

hero-hero kecil aku, dari kiri: Fir, Ikhwan,Aiman,abang (sambil pegang baby), baby Irsyad dan Aiman.


kawan adik aku, Balai dan entah sapa ntah sorang lagi ni.hihi


Kak Iza yang comel mengandung baby sulungnya...hehehe

mama yang sibuk melayan tetamu dan menjadi penyambut pengantin (aiyoo...kalah mak pengantin..heheh)

adik aku ngan bekas mak we dia..yg kini dah jd anak angkat mak aku....(complicated sungguh)

aku dan Siti Robaie...

aku dan bf kesayangan aku..hihih adik aku laaa....(sama tak muka?hehe)

Pengantin di atas singgahsana.. Baie dan Kak Shima...

aku dan bakal tunangan aku..hahaha..Ahmad Hairil Ikhwan..

wakil pengantin lelaki..rombongan dari pihak aku la tu..

meja makan aku..hehhehe...

Pengantin serba kehijauan....


Esok dah nak balik..waaaaaa..cepatnya masa berlalu. Rasa takmo balik la..tak puas lagi nak main ngan Ikhwan..hooooohohoho......


rasa cam best gile dua hari ni. hehehe....

Friday, July 10, 2009

setelah 5 tahun berlalu...

aku jumpa dia semalam..setelah begitu lama aku tak ketemui dia.sedar tak sedar, dah 5 tahun kami kenal..5 tahun terlalu banyak kami lalui..dan 5 tahun itu...terlalu banyak aku menangis kerana apa yg dia buat.

kelmarin,seperti biasa dia berdiri dihadapan aku. Senyum dengan mesra. entah kenapa hati aku berbunga-bunga. setahun dulu, aku tinggalkan dia sebab dia tak pernah pahami aku. Ya, dia tak pernah belajar memahami aku walaupun dia selalu katakan dia sayangkan aku. Dia tak pernah kata dia perlukan aku dalam hidup dia..cuma dia minta aku fahami dia. dan aku cuba memahami dia. tapi mungkin aku gagal...sbb tu kami berpisah.

Still feels like our first night together
Feels like the first kiss, its gettin better baby
No one can better this...
Still holdin on, youre still the one
First time our eyes met, same feelin I get
Only feels much stronger, wanna love ya longer
You still turn the fire on...
So if youre feelin lonely dont
Youre the only one I ever want
I only wanna make it good
So if I love ya a little more than I should
Please forgive me, I know not what I do...
...i cant stop lovin you
Dont deny me this pain Im going through...
...if I need ya like I do
Please believe me every word I say is true...
...our best times are together...
...touch, still gettin closer baby
Cant get close enough...
Still holdin on, still number one
I remember the smell of your skin...everything
...all your moves...you, yeah!
...the nights ya know I still do...
...one thing Im sure of is the way we make love
And one thing I depend on is for us to stay strong
With every word and every breath Im prayin
Thats why Im sayin...
...never leave me I dont know what Id do...


sebenarnya, aku salah. seharian aku tak makan..sebab aku tunggu utk mkn dgn dia. akhirnya, jam 4 pagi..aku tertido dengan kelaparan denagan berlinangan airmata pada
malam hari lahir dia.


ya..aku tersalah lagi. Dia tak pernah berubah!!!!


dan aku pula...


masih bodoh menanti, barangkali.





mata bengkak...nak gi keje pon malu.






p/s : tu lagu Brian Adam ye, yg bertajuk please forgive m. oke.. seize the moment! mau siap discussion ngan bos. petang ni nak balik penang.

Thursday, July 9, 2009

utk tenuk mangkuk!

this is a very special topic.....

mungkin kengkawan aku dan mereka yg bc blog aku akan terkejut..sbb selama ni cukup susah aku nak maki org walaupun aku pemarah orgnya...so...


this entry is dedicated to a guy that i called "tenuk gemuk tak sedar diri" (angah mesti tau sapa!)


hello Dr tenuk the stupid ugliest person i ever know,
if u think u are too smart and handsome in this world..i shall say..you are the most super duper stupidest ugliest person. and u dont deserve all those things u had now.
ko ingat..ko PhD holder..so ko bleh sesuka hati laki mak ko nak aniayakan hati perempuan???? senang-senangnya ko nak permainkan hati perempuan paling baik dalam dunia ni. eh idiot..ko tak layak tau. ko tu manusia paling hina dan keji aku pernah dengar. ko tu lebih teruk dari selesema H1N1 tau. u dont deserve any women on the earth la. ko tu species h1n1 tau. byk sgt kuman so perlu dijauhi!

aku doakan ko bahagia dan berjaya dlm hidup (tu pun kalau la boleh bahagia..sbb makhluk perosak species bangsat camtu..tak layak hidup bahagia!) muka cam tenuk cacat..bajet cam Farid Kamil. Sebelah seluar dalam Farid Kamil pun belum tentu pun ko tu bagus!

penipu!! bangsat!! penipu! jahat...

sanggup tipu ko punya scholar kena tarik..pastu keje part time..tunggulah.nanti Allah tunaikan..baru ko merempat tepi jalan.

pastu aku nak gelak kat ko puas2.pastu sedekah pisang kat pusat islam.

okeh enuff for that guy.


need to prepare. nak celebrate birthday someone. hehehhe...



p/s : fairuz..ko jgn plak terasa. ni entry ni utk manusia bernama Doc tenuk paling huduh tak sedar diri.....pembawa h1n1 yg tgh conference kat german tu. dasar penipu paling terhormat dan sangat siaman jalanan!

Wednesday, July 8, 2009

Perkara yang memalukan...

Pertama...rini aku blur so aku sampai awal ke sek 2 tunggu bus ke opis. then..abg yusri ngan pak cik ramli (rapidKL) kenakan aku suruh temankan abg Iqmal Hafizi, driver comel rebutan ramai tu. mak aih..malunya~~~~

kedua....angah putus cinta. dan demi menjalankan siasatannya terhadap si mangkuk hayun si gemuk yg dah kecewakan hati angah tu..angah meng"add" beberapa org di fb aku. Tapi yang tak boleh blah..angah dah tersalah add. Angah add org yg desprate nak kawen..org yg hensem..dan org tgh cri mak we. adoi....tau la umor aku dah melepasi tahap dibenarkan kawen...atau lebih tepat usia yg baik utk kawen..tapi..aku dah cukup serabut dengan keje..ni apatah lagi. Paling best..seorg doctor..lulusan moscow. siap mesej2 aku lagi. HAHAHA...

petang ni aku nak jumpa angah.buka puasa ngan angah.....nnt la. nak cubit angah. HAHAHA....



what ever it is..luv u so much angah! u're my only sister~

jodoh oh jodoh...

Kebelakangan ini terlalu banyak berlaku.banyak sangat...sampaikan kadang-kadang aku rasa otak aku dah sempit untuk berfikir. cam perlu buat R.A.C.I matrix je. hehehehehe. Aku memang sangat sibuk. Masa aku banyak aku habiskan dekat opis, menyibukkan diri dengan tugasan aku. Aku akan jd mellow bila aku ingatkan "dia" , jadi adalah yg terbaik aku sibukkan diri sementara dia sgt sibuk di sana. Kesibukkan aku terutama ketika aku dipertanggungjawabkan utk meyediakan tender utk sistem satu kementerian ni,membuatkan aku semakin rapat dengan dengan big bos. A lot of things we share. Bos aku ni a.k.a si hantu blur dah macam abang kitaorg bertiga...setiap hari bergelak,bahan-membahan. Nasiblah bos dpt anak buah cam kami... hahahaha... Bos aku ni byk la cite pasal time dia study dulu kat UK, mak we2 dia dulu...pasal wives dia..anak dia...family dia ngan we all.
Bila cakap pasal family...aku rasa...cam jodoh aku makin dekat je. Tapi bukan jodoh pilihan aku la. minggu lepas demam aku tinggi sebab seseorg ckp nak pinang aku. Orang Singapore. Mujurlah..berbekalkan nasihat dan panduan abang khaira..aku dapatlah membatalkan niat dia jumpa mak aku. tapi..dua hari lepas..kawan kepada kak sue plak memeningkan kepala aku. sibuk nak jumpa mak abah aku. ayat yang tak boleh aku tahan.."kita kawen dulu..pastu baru bercinta". sekali lagi aku nak kasi syarat puteri gunung ledang. siap hantaran RM 60k serba satu.Mamat tak betul ni plak selamber cakap..okeh on. dia serius apa sahaja aku minta. Kot ye pon anak org kaya..tak perlu la~~aku tak terbeli dengan duit ringgit. so sekarang, mencanggak la aku cri idea nak dia cancelkan nawaitu dia nak pinang aku. Aku siap suruh dia blanje aku shopping apa je aku nak...siap ngan brg2 housemates aku lagi aku suh bayar. But yet, dia ckp on. Takutnya aku...alasan dia..apa lah sangat duit ringgit,asalkan boleh dpt calon isteri yg baik. Damn! ko kenal aku pun tidak...just ko tau aku adik junior kak sue. Padahal bila tanya kak sue..kak sue pun tak sgt kenal dia. Bengong punya akak!!

kalau korang yang ada idea camana nak reject cara lain..bagitau ar. mungkin gak aku perlu kata aku HIV so dia akan blah jauh??sbb bila aku ckp aku takmo..banyak sgt helah ngan alasan dia. lemah semangat aku! plisss....


dan tadi..sekali lagi....aku ke Megan avenue kat ampang park utk hantar kertas keje tender tu, damn ar...nnt lah aku dah okeh aku cite kenapa aku meletup,ber-hangin kat opis tu. cam siot je buat sakit hati je pikir~

Lepas settle tender, aku gi makan then kwn aku yg juga kawan ex-bf aku kat UM tu ajak aku teman dia makan. Dia keje kat area2 situ gak.Property Avaluatin officer. Aish.....dia ni...actually dah lama aku perasan caara dia layan aku. tapi td kenyataan dia..ayat dia buat sampai aku langgar org kat situ. "Aku tgh kumpul duit. nanti aku masuk pinang ko...takyah cinta terus kawen.cinta lepas kawen,"

okeh..terus aku kenyang!

jgn tanya reaksi aku lepas tu....semuanya cam mimpi yang tak indah tapi tak gak ngeri.


cuma yg pasti, jumaat ni aku balik penang..dia temankan. dan kenduri ahad ni, dia akan datang jd tetamu aku.


okeh..aku blank~~~

mau tido....supaya sume ini hanyalah mimpi je. aku nak tido.ngantuk sgt semalam stayback opis smpai kul 2pg.



utk korang..layan lagu ni khas dari aku!


Monday, July 6, 2009

Je savais que je vous aime avant que je ne vous aie rencontrés

buka ym...

belek email...

tgk facebook....

check inbox.........

tenung telefon...............

jengah ym balik......

re-check email.......

peluk hp.........

refresh window facebook...


klik...klik..klik..


tapi



HAMPA!!!


Comment vous pourrait ? Comment osez-vous me faire vous manquent tellement.
Vous .. je vous détestez. Mais aimez-vous toujours! Oui! Je vous déteste .. tellement!


JAHAT!!


nak main mafia wars ngan pet society pun tak semangat!

Sunday, July 5, 2009

rutin hidup sekarang

Keje..keje..keje dan keje.....

sabtu pun keje...ahad pun keje...

keje la sekali boleh keje..asalkan..itu buat aku sibuk. buat aku tak perlu fikir banyak.Apa yang perlu fikir tender je...tender itu..projek ini..presentation itu..presentation ini..ke sana ke mari.
Dalam kesibukan keje...sempat juga gi swimming pagi tadi. Lokasi?? hahaha..adalah dirahsiakan.

tetiba cam ketagih plak nak mandi swimming pool..

hihihi...


okeh.sudah mengarut. nak sambung baca novel..pastu makan..pastu tido..pastu esok sambung keje lagi.

Friday, July 3, 2009

pelakon cina tapi dialog melayu...ermmmmm...

Lepas tengok cite Nur Kasih..aku diselubbungi tahap kebosanan yang melampau-lampau. Kalih ke tv2. ada cite cina.

aish..cite cina sekarang ni pun guna dialog bahasa melayu. hahaha....bagus-bagus. satu pembaharuan. Aku tgk cite kat tv2 ni..tentangan dendaman. Mula-mula nak tukar dah channel, tapi bila aku tgkkan junior aku jd pembantu pelakon cite ni..aku pun layan je la. Ak ah..junior aku dari sekolah. satu class ngan adik aku dari tadika. Min Jia namanya. atau lebih tepat Tan Min Jia. sekarang ni dah pakai nama glemer. MJ. ahahah..


Min Jia dari kecil lagi mmg suka bidang seni. Dulu dia ngan aku satu team koir sekolah and we all gak penah mewakili YAMAHA festival rekorder Asia di USM. time tu tahun 2004. hahaha...Sapa sangka..sekarang dah jd pelakon. Dulu, dia pernah berlakon dlm satu cite melayu dgn zed zaidi. Aku pun dah tak ingat dah tajuk drama tu. nak tau lebih lanjut bc artikel ni.hahaha....

sorang lagi yg paling aku suka dan sayang..Kak Im. Kak Im pon pandai gak berlakon. Kak Im pernah berlakon dlm drama dari novel Zaharah Nawawi.

oklah...1 big clap utk pelakon-pelakon cina..tapi berlakon menggunakan bahasa melayu.

kak Im..bahasa melayu dia lebih hebat dari aku kot. heheheheh.....

Thursday, July 2, 2009

Mon amour

Pourquoi l'amour est si dur de définir bien que nous rencontrions ce qu'et qui nous voulons ?Ce que nous voulons est la partie la plus dure pour l'obtenir même nous y sacrifierons tout.

aish..



La partie la plus dure doit à compris vous l'aimez mais vous pouvez l'affronter


aish...

Wednesday, July 1, 2009

kekasih gelapku..hahahha..

lama dah nak upload video ni....video ni dulu penah buat aku demam panas. Beberapa orang kat dalam video ni selain jimmy(pengacara) penah buat aku jadi mereng jap.




haaa..betul la tu...

Il est lui. Utilisé pour être ma personne importante. Et pourtant je stil l'aime til maintenant je devine

bukan si Subri tu..tapi org sebelah dia.
Penghuni billik 12-3-4 ( cam no bilik berhantu) hahahaha...



oh yeah..td dah 3G ngan mama. best2..heheh

cerita rini..

Demam aku dah baik..cuma batuk je cam takmo sembuh je. Batuk ni gak menyebabkan aku sukar nak tido. macam mana nak tido..bila baring je..batuk..dan batuk dan batuk..pastu muntah. Kalau dah penat sangat barulah tertido..pastu tertido kejap...then terjaga..batuk dan batuk sampai muntah.
Camanalah nak cure batuk ni...sume aku dah cuba. ubat batuk...barley panas..air cap badak. rasanya...kalau ada badak disuruh telan..mmg aku telan gak badak ke bapak badak pun.
Dalam masa terdekat ni...aku gak sangat sangat sangat sangat dan terlampau sangat rindukan mama ngan abah. gila sangatlah rindu sampai menangis aku kadang-kadang bila teringatkan mama ngan abah. hihihi...betul-betul anak mak. payah sapa nak kat aku ni..hehehe...
Aku dah bgtau mama..aku akan balik kenduri Baie. Aku harap sangat aku dapat bertahan sampai jumaat depan. sangat-sangat berharap. Mujur bos aku kasi cuti 13hb..sbb aku dah cuti panjang becoz of demam aku yg teruk ni. seminggu beb aku cuti baru-baru ni. Lagipon, keje tgh banyak. Aku pun sekarang tgh lead project DMS. sorang-sorang plak sementara menantikan kick-off project Ar-Rajhi. Pas kick off project Ar-rajhi, so programmer aku sume dtg balik. tapi dlm masa yg sama...aku gak cri free lancer utk support keje aku. GM aku suh standby free lancer. Bayaran..no problemo. hehehe..
cakap pasal boss...arini, aku kena assist general manager aku dan senior system analyst untuk presentation kop sekuriti PDRM dekat-dekat area Kg. Baru. Diorg request system payroll yang company we all kuarkan..dan lain-lain system. memang lawak..dah la rini big boss sendiri kena susun kerusi meja sebelum presentation...(memandangkan aku demam..ahahaha...so aku hanya bantu senior SA utk setup presentation workspace). Tapi benda paling lawak...pasal projector. Bila general manager ku tu call tanya pasal LCD projector, org kat Kop sekuriti PDRM ni cakap ada. sekali bila nak setup...kitaorg mmg tahan nak gelak je selain mmg dah terkejut gile. OHP projector..atau juga dikenali sbgai transparency projector. Alamak~ aku rasa time UPSR dulu la last aku guna menatang tu pastu bila masuk Seri Nibong, mmg pakai LCD Projector. Kat Uni takyah cakap...lagi la.
however..we all manage to get LCD Projector dari our nearby branch company,syukur alhamdullilah. Presentation berjalan dengan lancar. Dari kul 11.30 pagi sehingga 2.00 pm, termasuk Q and A session. Gile la...3 jam setgh...non-stop. Time tu,perut aku takyah cakap la..dah cam gila gedabak kebulur. Lepas presentation..sambung lag setgh jam sessi hardware nd customization brainstorming selain menjawab soalan itu dan ini...dan menjadikan 4 jam discussion? wa....time kat presentation final pun takde la sampai camni..hohohohoho.... KEBULUR!!!!
2.45 pm, kami kuar dari Kop Sekurity PDRM. Dalam kereta, bos aku seorang tu mmg bantai gelak la kaw2 dengan apa yg dah jadi sepanjang presentation tu berjalan..termasuklah kes pasal projector tu. Gile keji punya bos~~ tapi tu la yang terbaik ttg bos aku. Kitorg ni cam abang~ ngan adik-adik. selamber rock gile kalau bab membahankan orang. Kalau ada cik chal..mau lagi teruk la mengekek2 dlm kereta.hehehe...
pastu we all gi makan kat kampung baru..tempat lauk banyak tu. cam biasa..bos belanje. selera gile aku makan dengan ikan bakar sume. cam nak amik je pic..nak masuk dlm blog..tapi aku takmo la..segan. satgi tak pasal-pasal..bos aku tu jd pengikut blog aku plak. bukan bleh harap bos aku tu. setakat ni..seb baik dia tak add facebook we all je. Hari-hari tgk we all main fesbuk...ym. hehehe....
balik rumah..mmg penat gile. lepas presentation boss off to Kerteh, tgk mak dia masuk hospital. so..aku ngan cik chal apalagi..balik awal la. sampai umah..mmg penat sgt. tertido kejap. Ni baru bangun. Perut kenyang lagi. Makan td pun banyak and lewat...so, tak la rasa lapar. Cuma ngantuk dan rasa tak selesa sbb batuk je. Harap-harap batuk aku cepat baik. Bos dah suh gi SJMC. Kopak duit la ke sana..walaupun boleh cepat baik. huyoooo.....tu lambat sikit la kot. ahahahhahhaa....