Petang pulang keje...aku decide nak jumpa "dia". Bila aku sampai kat post laluan KL, aku tgk schedule keje "dia" dah habis. *sedihnya rasa dlm hati*
Dengan perasaan malas nak balik awal ke rumah, aku lepak ngan pak cik ketua post kat situ. Pakcik R1 tu mmg dah kamceng ngan aku. Dah cam ayah aku dah aku anggap. So, pakcik R1 ajak aku gi makan..hehhe..gi la makan. baru order bihun singapore...terpandang "dia" tgh lintas jalan menghala ke arah kami. hehehe..comel2~~ (sengih gatal)
Dia tak boleh lepak dengan kami sbb "dia" on duti..so dia terus settlekan duti "dia". lepas makan aku lepak kat pos...bak kata pakcik R1, cam pelesit "dia" buat keje. kurang dari 45min "dia" dah terpacak depan aku tersengih. So, "dia" lepak ngan aku sambil usha borang master aku. hehehe...
aku nak tukar bidang. Kemungkinan tinggi,aku tak sambung dlm project management, sebaliknya aku akan buat master MIS ataupun master in Intelligence System. Hehehe...tgh bincang-bincang ngan "dia"..bas pak cik J sampai. Memandangkan aku mmg kenal ngan Pak Cik J sbb selalu naik bus dengan Pak Cik J, so aku pun lambaikan tangan then terus continue borak ngn "dia".
Nak dijadikan cerita...bini pak cik J ada atas bus dan aku tak nampak. Terus mak cik tu turun dan attack aku kat bawah yg tgh borak ngan "dia". Kebetulan, pak cik-pak cik yang lain ada. Maka terjadilah perang mulut antara mereka-mereka. Aku masih blur. yeap sangat blur...mak cik tu plak cam machine gun sembur aku. last-last sekali si "dia" pun buka mulut:-
"akak....tak pikir ke? Dia (merujuk pada aku) ni mak we saya...tgh borak ngan saya. Itu pun bising. saya tak kesah pun dia angkat tangan. Orang angkat tgn tanda hormat!!" dengan suara yg tinggi.selama aku kenal "dia" mana pernah dia naikkan suara. huhuh~~
Bang~~ aku tergamam. Barulah aku sedar aku kena serang sbb angkat tgn kat laki org. Yang mak cik tu maki-maki sumpah seranah tu rupanya kat aku. aiyooo...sungguh aura si "dia" ni buat aku blur. dah la keje bawah bos yg blur...sekali aku pun jd blur. kih kih kih....
time-time tu gak rasa terharu..sedih dan malu. Kena attack kat kat seksyen 2 beb..tgh org ramai. pastu..terharu sbb ramai yg backup aku (by the way..aku mmg tak salah pun). Pak cik-pak cik yg lain tu memang dah bengang dah ngan Pak cik J. mana tidak..sentiasa bini ikut time duti. diorg dah muak asik tgk perempuan kena serang ngan bini Pak Cik J sbb tegur atau ckp ngan Pak Cik J. aiyoo...parah ni!
Mak cik..please use ur brain la..aku bukannya takde rupa paras...bukan takde pelajaran. Takdenya cetek ilmu mak bapa aku dah kasi sampai aku nak amik laki ko yg pendek serabai dan tak hensem cam tu. Bak kata Pakcik R1..tak guna otak punya olang~~ aiyoook!!
Kes kena serang dengan laki orang..mak we orang ni..aku dah tatau nak cakap apa. Dulu, time aku keje kat southern sblom sambung buat degree, pun sama. kena serang ngan bini one of client aku tu pasal laki dia selalu ada kat area office aku. Padahal..org tu datang office aku pasal bos dia suruh. Kali kedua, aku kena attack ngan makwe kawan aku..sbb kawan aku dok syok kat aku bagai nak gile dan aku plak tatau dia ada makwe. Aku ni layan je la..satu uni kot! sekali kena serang..tapi, sorry lah aku mmg takde hati dengan pakwe dia. berikutnya pula...dengan makwe orang...sbb dia ingat aku ada apa-apa dengan pakwe kesayangan dia. tapi yg ini aku mmg respect abis.Makwe dia ni takde la serang maki-maki. tapi sbb dia byk bermain ngan perasaan..aku rasa bersalah sgt. sampai sekarang rasa bersalah. terasa aku yg kucar-kacirkan kehidupan diorg. in fact, aku pun salah juga. dalam masa yg sama, seorang lagi makwe kawan baik aku serang aku sebab aku ni berkawan dengan bf dia. yang ni teruk gak kena maki. sampaikan kawan aku tu dah minta maaf segala tahap dah...siap nak putus kawan lagi sbb takut aku mengamuk.kih kih kih...lawak-lawak.
dan malam semalam..aku kena serang lagi pasal angkat tgn kat suami org yg aku respect cam pak cik-pak cik aku. aiyooo....
Susah sangat jadi orang comel ni kot..kih kih kih......
takpe-takpe..at least, aku ada pengalaman. Boleh cerita kat anak-anak aku nnt. HAHAHAH...
pengumuman di raja : kebarangkalian aku nak settle down hujung tahun depan adalah tinggi. Pada sesiapa nak masuk meminang aku..borang tender sudah dibuka. Sila hantarkan dokumen sebut harga anda bersama kenyataan tender kepada mak ayah aku di Penang. kih kih kih...
Doakan aku ye!~~ hehehehehe
2 comments:
heheh..
btol gk tu..sush gk jdi cumel kan..kalo xkena serng ngn bini/makwe org, kena ngorat ngn pakwe/laki org..hikhik
itu la pasal mr JMR. hehehehe
Post a Comment