Tuesday, November 3, 2009

hey ladies...


***************************************************
HEY Ladies!

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
Kalau patah hati siapa mau nolong
Seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey ladies jangan mau di bilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur

Hey ladies sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati dan juga rugi waktu
Bila dia merayumu ingat semuanya bohong

Memanglah tak semua laki-laki busuk
Namun ladies tetaplah harus waspada
Semogalah kita semua akhirnya
Mendapatkan cinta yang tulus

Sudah kubilang jangan terlalu yakin
Mulut lelaki banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisanya nangis


***************************************************
Teringat perbualan menerusi YM dengan seorang kawan di zaman MPP dulu. Dah lama kami lost contact..kira-kira dua tahun jugaklah. Maklumlah...masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Dia skrang dah keje....jadi cikgu. Cikgu Bahasa Melayu di sebuah sekolah di Desa Pandan. Aku pulak? muka pengganas antarabangsa..apa lagi..mengganas lerh. haha... Okeyh..detik perkenalan antara kami tercetus ketika di Kem PLKN Tanjung Tuan,Port Dickson. Opss.... jangan salah anggap! Aku antara yang terkecuali dari attend PLKN sbb time tu tahun aku abes SPM,program PLKN belum diperkenalkan lagi. (Puhh! Selamat!). kami bertemu di salah satu program atau kursus kepimpinan majlis perwakilan pelajar/mahasiswa IPTA Malaysia bagi penggal 2006/2007. Mula-mula, aku sangkakan dia adik kamal aku..sebab persis giler muka dia dengan Kamal...tapi rupanya aku silap. Kerana tersalah menegur....maka, aku mula mendapat perhatian dia. Ceih buat malu je sepanjang kem tu. dah la time kursus tu bleh sekumpulan.

Aku tak nafikan dia memang hensem and adorable. Tapi..sayangnya..dia bukan 'taste' aku. Berkerjaya...datang dari background no bad gak la loaded...ada rupa..pandai berpantun...rebutan ramai. bak kata complete package la. Tapi aku mmg tak minat abes....walaupun ada kwn kami nak match kan kami berdua..erk..harap maaflah. Tak minat aku. Takde sebab yg specific..tapi mmg aku hanya anggap dia kawan. dan petang tadi sekali lagi buat aku hampir2 jelak dengan dia....bila soalan2 dia tu cam lawak bodoh. Perbualan aku camni la dengan dia :-

Z (bukan nama sebenar) : You keje mana skrang?
Aku : keje kat ampang park.
Z : oooh...dekatlah. I kat Kg Pandan. You weekend suka keluar tak?
Aku (dengan jujunya..) : tengoklah...tapi boleh kata weekend mmg tak lekat umah.
Z : mana you selalu pergi??
Aku : tak tentu..tgk mood. kadang-kadang BB, Curve,Mid atau KLCC. belasah je. Y?
Z : oo..saja je tanya. you suka tgk live band?
Aku : suka jugak.
Z : Uncle's chillies makan tak?
Aku : (dlm hati....apa jenis soalan ni??) layan je...tapi bukan selalu. Napa tanya soalan2 camtuh?
Z : oo..takdelah..i suka makan uncle chillie's..
Aku : cam gitu pulak...
Z : You dah ada pakwe ke???
Aku : Belum. maintain single setakat ni. (dlm hati "maintain la sangat...ritu meraung tak hengat dunia putus cinta..." hahaha)
Z : baguslah. Nanti senanglah nak keluar sama. u single..i single!
Aku : erk?? (dlm hati " H*R*M tul..ckp good??bukan nak doakan aku dapat pakwe cepat.ceih!)

Lepas tu...aku dah malas nak layan. better aku siapkan dokumen2 yang perlu untuk handover tugas since aku akan henti rini. macam ini punya orang pun ada, ceih!!

No comments: