Monday, November 30, 2009

Anak manja mama...


Malam ni..malam terakhir aku di rumah.Esok tengahari,aku akan bertolak balik ke KL dengan kawan aku,Zam. Entah napa...hati aku berat sangat. Hiba dan sebak silih berganti. Bukan berat dan hiba sebab nak balik ngan Zam, tapi...sbb nak berpisah ngan mama. Seminggu dah lepak umah selepas aku kuar wad tempoh hari. Seminggu ni...apa saja yang ingin aku makan sume mama masakkan. Bila pinggang aku sakit kesan dari operation..mama lah yang setia mengurut pinggang aku.

Mama dan abah ialah parents aku yang paling terbaik dianugerahkan pada aku. Kasih sayang aku sentiasa pada mama dan abah. Aku yan selalu sakit dari lahir sampai la besar. Aku yang selalu mendatangkan masalah...aku yang nakal..aku yg suka menjawab kata-kata..aku yg suka meninggikan suara bila keinginan aku tidak dipenuhi...dan aku yang suka merajuk dan marah kpd ibubapaku kerana tak mengikut kemahuan aku. Tapi masih...marah mereka kerana sayang...kerana cinta dan kasih pada anak yang satu ni.bahkan..kasih mama dan abah juga lebih buat aku berbanding adik dan abang.

Dah dua tiga hari aku pendamkan sebak hati..bila Zam ajak aku balik. Pertama kali aku rasa sebak nak balik. Pernah sekali aku rasa perasaan sebak camni..iaitu ketika kali pertama berpisah ngan mama dan abah. Sejak kecil aku tak pernah berpisah dgn mama dan abah. Kalau ada pun berenggan seminggu dua sebab aku ke rumah mak su..ke rumah kak ya atau ikut aktiviti sekolah je.Pertama kali berpisah ngan mama dan abah...time tu mama dan abah menghantar aku ke UiTM. Anak manja abah dan mama dah kuar dari kepompong. Semester 1, boleh dikatakan setiap minggu aku balik umah. bayangkan...5 jam dari KL ke penang. Tapi aku tak kesah.walaupun cuti sehari...aku tetap nak balik.

Tadi, aku baring atas riba mama sambil tgk cite kat Astro Oasis. Sambil berbaring, mama urutkan pinggang aku yang sakit ni. Usai urut, ditepuk plak bahu aku. Bertambah-tambahlah sebak dalam hati. Seb baik cite tu cite sedih..so aku menitik air mata pun..mama ingat sbb cite tu sedih.Padahal cite tu tak cuit pun hati aku. Time aku tulis entri ni pun...aku menitik air mata. aku sayang mama. Sayang sangat2.

Harap-harap perjalanan aku selamat hendakNya. 25 hari lagi..ialah hari jadi aku. harap-harap, aku dpt balik umah. Tapi pikirkan balik...lawak gak. Umur dah cecah 25tahun...tapi masih lagi manja2 tido ngan mama. sumpah..aku ni mmg anak manja mama. hahaha...

ma, akak sayang mama.

No comments: