Monday, November 23, 2009

Tapi bukan aku...

Erm..macam mana eyh aku nak mulakan entri blog aku ni. Okeyh..apa aku nak cite ni pasal seseorg yang pernah bertahta di hati aku. Lelaki ni ialah cinta pertama aku. Tapi cinta di zaman monyet la. Aku kenal dia lepas SPM. Time tu aku dekat Ipoh, on the way ke KL ke rumah kakak aku. Yelah lepas SPM, nak release tension. Perkenalan dengannya tercetus bila aku dan dia duduk bersebelahan di dalam bas. Bila sampai KL...dia tunggu sampai Kak Ya,kakak aku dan abg ipar aku,abang mirul datang amik. oh ya...itu 1st time aku datang ke KL berseorangan. Selalunya ngan mama dan abah. Dari perkenalan atas bas.....kami mula rapat dan sehingga setahun, time tu aku dah sambung STPM...baru dia luahkan perasaan dia pada aku dan aku...tak nampak apa kekurangannya, walaupun pada aku dia cakap dia hanya mat kilang.

Hubungan kami berterusan...dan aku selalu gak turun naik KL untuk jumpa dia. selalunya...aku dan dia akan berbuka puasa dan bersahur sama-sama bila aku turun ke KL. Kami gak selalu menghabiskan masa berjalan-jalan di Putrajaya menikmati pemandangan malam yg cantik di sana. Dia lelaki yang baik...matang. Family aku pun suka. Kemudian, aku ditawarkan sambung pengajian di UiTM..dan entah mana silapnya, dia mula menghilangkan diri. katanya, nak mengajar aku berdikari. Yep,aku mengaku...aku tak berdikari sangat. Dia biarkan aku terkontang- kanting. Time tu aku dapat tahu dia kerja kat HQ TNB. Suatu hari, aku kena buat assigment kat TNB...dan kebetulan, aku terjumpa kembali dengan dia. Dan hubungan berjalan seperti biasa. ntah mana silapnya...dia kembali menghilangkan diri. macam-macam alasan diberi. Panggilan aku tak lagi dijawab...sms langsung tak dilayan. Dan aku masih menanti...seperti biasa. Cuma, kali ini...Allah temukan aku dengan seorang lelaki yang baik. Sama-sama dalam barisan perwakilan pelajar . namun kami berbeza universiti. Dia lelaki yang baik. Sangat baik. Sayangnya...cinta antara aku dengan dia tak bertahan. Aku tak sanggup jadi replacement utk cinta yang tak sampai dia dengan kekasih kawan dia. walaupun aku muncul selepas perempuan tu...tapi hati dia masih bersisa pada perempuan tu. buktinya...selepas aku pergi mereka dah pun bersatu. Lagipun...aku bukan sekaum dengannya...biasalah..org kelantan..mestilah nak cari sama-sama puak diorg, Mungkin aku je terlalu menganyam tinggi sebuah mimpi,akhirnya berkecai..aku juga yg kecewa. Dalam aku cuba mengubati kekecewaan...cinta pertama aku muncul balik. Dia banyak bagi semangat pada aku...dalam masa yg sama bagi harapan pada aku. hubungan kami bejalan seperti biasa semula untuk setahun..dan usia pekenalan kami sudah pun menjangkau 4 tahun. kemudian....dia hilang lagi tanpa sebab dan alasan. Tapi kali ni..aku benar-benar perlukan dia. Aku akan menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di rahim. Aku perlukan sokongan dia. Tapi yang aku dapat hanyalah sebaris ayat yg menyentap hati aku. "What do you want exactly?" Itu je soalan yang betul-betul buat aku marah. kemudian, aku tak lagi pedulikan dia. Selepas pembedahan....dia hubungi aku. katanya pada aku, dia tak pernah pahami aku. Dia tak tahu apa aku nak. Dia juga cakap..aku tak pernah paham dia. Selepas tahun ke-4 aku mengenali dia...dia boleh kata macam tu??? dalam kesakitan...aku bagi kata putus. Masing-masing bawa haluan sendiri. Selepas itu...antara aku dengan dia..tak pernah lagi dengar sebarang khabar berita. Aku teruskan pengajian...dan dalam masa yang sama...tak putus-putus dengan ujian dan dugaan hati. hati aku sentiasa diisi. Bak kata perpatah, patah tumbuh hilang bergaaanti. hari esok ilang...lusa dah ada pengganti. Tapi hati aku tak bahagia. api bila Shrek...abg Amer muncul dalam hidup aku...semuanya berubah. Hidup aku ceria..tapi.. sume itu hanya itu mimpi yang sementara juga. Mungkin balasan untuk aku mempermainkan hati orang selama ni. Aku kecewa lagi. Kecewa dengan cinta dan persahabatan yang gagal antara kami bertiga. Sekali lagi....lelaki yang cinta pertama aku ini muncul lagi. Meminjamkan bahunya untuk aku menangis. Memberikan aku semangat dan keyakinan untuk terus berjalan..bercinta lagi. kerana dia ada di sisi aku. alhamdullilah..segalanya berjalan dengan selamat dan membahagiakan. Cuma,aku letakkan satu landasan pemisah...dia akan hilang lagi..seperti biasa.dan aku tidak mahu pergantungan. Dia yakinkan aku...dia masih single..masih menanti aku. semuanya indah..sehinggalah bulan puasa yang lalu. kemudian...dia menghilangkan diri lagi. Sukar nak menghubunginya. telefon tak dijawab...sms tak dibalas. Jawapannya mudah sahaja...HP dia rosak. Malas nak beli HP baru. dan aku seperti tergula dengan katanya....terima dengan mudah. semuanya masih berjalan dengan lancar...hinggalah semalam...ye semalam..

Terima kasih pada seorang kawan...kalau tak kerana dia..aku tak tahu lelaki cinta pertama aku tu..telah pun menjadi suami seorang wanita. kalau tak kerana gambar yang diberikan...tak mungkin aku tahu...lelaki itu menipu aku. Lelaki yang aku anggap baik. lelaki yang mengaku menanti aku. yang mengaku single tiada masa untuk berkahwin dan berkomitment...lelaki yang memberi harapan yang palsu. cantik sekali persandingan yang diadakan. Pelamin dan baju pengantin serba hijau impian aku. sama seperti yang aku pernah beritahu pada dia. Untuk dia..tahniah menjadi raja sehari menempuh alam perkahwinan. Tahniah juga sebab berjaya menipu aku...tahniah seribu kali tahniah. Sikit pun aku tak menitiskan air mata...terima kasih kepada kenyataan.....kenyataan yang menyakitkan tapi meleraikan segala kekusutan.

Untuk apa yang berlaku..membuatkan aku lebih kuat...membuatkan aku lebih cekal. Mungkin perangai dan perwatakan ceria aku menampakkan aku kebudak-budakkan. dan rupa aku menjadikan aku kelihatan seperti muda walaupun usia aku mencecah suku abad. Tapi tak bermakna....aku tidak matang dan tak mampu nak selesaikan masalah yang mndatang. Demi Allah..aku terlalu bodoh menilai kebaikan kamu,wahai lelaki cinta pertama aku. Tapi...hari ini...kau jadikan aku lebih kuat...lpenuh dengan perasa dan deria rasa. hari ini...bila aku lihat gambar persandingan kamu...tidak sedikit pun air mata aku menitis. Aku hanya tersenyum...dalam keadaan yang tak sihat. Kamu lihat.....3 bulan dari sekarang. yep...3 bulan dari sekarang...kamu akan tahu jawapannya. yang pastinya..tiada lagi perempuan yang berhati lembut dan cenggeng. Tiada lagi air mata yang tidak akan menitis. Cuma...jangan lah kamu menyesal dengan apa kamu lihat..kerana kamu yang menjadikan aku sedemikian keadaan.

3 bulan dari sekarang...Yup 3 bulan dari sekarang. Positif! aku dah tak sabar tunggu 3 bulan dari sekarang. Lihat sahaja la nnt....


Lelaki...kalau kamu rasa kamu kuat
kamu terlupa, kaum wanita itu bisa menggegarkan dunia...
kamu lupa..kamu juga lahir dari rahim wanita...
dan diayun serta dididik dari sebesar tapak tangan wanita..
Justeru itu...jangan terlalu berbangga diri wahai lelaki.

Jangan kamu risau...aku gembira. akan aku pastikan aku lebih gembira dari kamu.


Selamat Berbahagia, kamu!



entri off!




2 comments:

Anonymous said...

Leya, it seems that leya sng sgt jatuh hati...i dont knw u n u dnt knw me either, but i knw who 'shrek' is...dont ask me hw did i knw about it. i donno how far he treated u but it just not real.he was confused all the time.

well, that just an example...bcoz i used to knw him, so i talk abt him.

the thing is, be strong. dont easily jatuh hati ok. Coz u said that u sng dpt pengganti, tp u sndiri xtau ape yg u cari. believe me, i knw we need love but masa leya kecewa, perasaan sebenar tu xclear. so ape aja yg dtg masa lya kecewa, jangan terus jump into conclusion. kalau ade pengubat duka, jangan terus letak harapan ok?

i used to be in ur shoes, i understand what u feel...

mmg u ckp u xmnangis, tp jauh di sudut hati, i knw u terluka, berdarah. but be strong, ur sacrifation will be paid off, sooner or later. ingatlah, Allah selalu bersama orang yang bersabar...ok? :) may u have a great life ahead lya.

meelay said...

do u knw kalau shrek ade blog? i want to know the truth too..