Saturday, February 28, 2009

tiada tajuk yg sesuai..baca je,dan selami hati aku..

i.
Hp aku hilang. kena pick pocket time tgh ramai-ramai berebut naik bus shah alam.Fatah kata benda dah jadi. jgn sedih lagi. Sementara itu, Fatah bagi aku pinjam hp dia dulu. Tapi, hp tu problem gak ngan bateri. Asik kena charge. Bagus la drp takde. tapi yang tak bagusnya....semua no tel kecuali no fatah dan mama je yg aku ingat. yang lain semua hilang.Sial betul sapa yang curi. Aku sumpah dan doakan ko..mati kena gilis lori kayu balak. (walaupun ustazah kata tk baik doakan kejahatan!)

ii.
Semalam aku timbang berat badan. Berat turun. Agak banyak! Barangkali aku byk berjalan. Kena jimat duit. Jadi, aku berjalan berkilo-kilo meter, bukan sebab nk kurus je, tapi yg sebenarnya nk jimat duit bas atau train atau cab. Makan? sama jugak. Aku hanya makan nasi tghari je. tapi..tu pun kalau tak sibuk. Kalau sibuk..aku takkan makan. Hanya dgn menyibukkan diri...aku akan lupa seketika ttg makan. Malam, mkn roti. Kecuali, kalau budk rumah masak..then bru aku rasa nasi waktu malam.

Bukan aku tak mahu minta duit pada abah dan mama...tapi abah tak sihat. Kesihatan abah terganggu lagi baru-baru ini. Se"seorang" itu pulak asyik kuarkan duit untuk tampung aku. Kesian dia berkerja ,berusaha susah payah. Aku seboleh-bolehnya tak mahu guna duit dia...tapi kadang-kadang, aku terpaksa juga amik. Aku ni bebankan dia ke? selalu aku pikir hal ni...

aish...tak lama lagi kena byr duit umh dan internet. Tu je dah tiga empAt ratus ringgit.

iii.
Aku baru je menghabiskan RM50 ++ utk proses mencari keje. Buat resume..print...hantar(pakai pos), fotokopi sijil dan mende lgi la. waktu walk in interview CAIREX, Semua aku minta. Petronas, Dell, CCM, CRC HKL, Bank Negara dan apa sahaja yg diiklankan dalam suatkhabar.Jap lagi...lepas basuh baju dan mengemas apa yg patut..aku nk mulakan sessi menghantar resume ke company2 yg memerlukan pekerjaan di dlm The STAR rini.
Aku dah usaha..dari jawatan SA sampai seketari dan promoter kedai pun semua aku minta. tak tahu lah..pasni bape lagi duit nak habis lagi. kalau tak dapat keje...aish...memang la tak patut sgt.

iv.
aku selalu tanya pada seseorg itu...siapa aku pada dia. Dia tampung perbelanjaan aku.Tapi..dia juga selalu mendiam..selalu menghilang. Dia selalu kata dia sangat sayangkan aku. Tapi, aku selalu je rasa tak disayangi.ok..statement..aku tak rasa "dia" benar-benar sayangkan aku. Susah sgt ke kalau aku minta dia berusaha utk tunjukkan perasaan sayang dan ambil berat dengan kerap dan ketara? Susah sgt ke nk sms atau telephone sekali sehari? Aku sangat down skrang...dan aku perlu dia. Tapi..dia menghilang. Aku tak suka. Aku tak suka dianggap cam kaki kikis yg mengabeskan duit dia...ataupun cam perempuan simpanan....jumpa...sekali sekala then bila nak guna duit....check je kat dlm akaun,pasti ada....aku selalu berperasaan begitu (walaupun dia tak pernah pikir cam tu..)

v.
Baru-baru ini..aku mimpikan seseorang yg penting juga dalam hidup aku selain keluarga aku..fatah dan angah. Keesokkannya, aku jumpa dia. Kami keluar berborak..dan di hujung senja sambil menantikan aku pulang ke rumah...(time tgh tunggu bas) dia bgtau dia akan pergi. Pulang ke tempat asal dia yg agak jauh dari kehidupan normal aku. Tiba-tiba sahaja airmata bergenangan di tubir mata. Tapi aku cuba gak control airmata aku. ketika dia bgtau dia akan pergi...aku teringat Angah Faiz. 3 ramadhan tahun lalu...dia kata dia akan dihantar ke Korea. Angah Faiz memang benar-benar pergi. Bukan utk 3 bulan..bukan utk sethn..bukan 3 thn..tapi utk selamanya. aku sangat kehilangan.Lalu..aku cuba kuatkan diri aku. suatu masa dahulu...lama dahulu...seorang KAWAN pernah bgtau aku..mana mungkin aku kehilangan sebab
aku tak pernah memiliki. Jadi..kalau seorang lagipergi....aku tak perlu gusar dan bersedih hati. sebab aku tak penah memiliki.

vi.
aku macam lagu nyanyian exist..hilang dalam ramai!! (uh..dah biasa dah...)
Ku hilang dalam ramai
Di kala hujan renyai
Tangis ku tahankan berderai
Ku hilang dalam ramai
Tanganku hulur longlai
Hasratku simpan tak tercapai (tergapai)
Kau berpaling dan pergi
Membuatku sangsi
Bunga mawar bersusuk duri
Kau berpaling dan pergi
Mencuri nurani
Ku berpaut bayang sendiri
Uhh..hilai ketawa
Tak terdengar
jelas sempat terakam
Deru tangisan
Rintihan panjang
Entah dari manakah...datang
Uhh..bagai gelombang
Menghukum aku...tanpa kasihan


vii.
Aku dah demam selesema. aku rasa...aku perlu berhenti sekarang!!

Tuesday, February 24, 2009

Glen Hasard dengan Marketa Inglova nyanyi satu lgu utk aku..untuk kau juga!

Ketika berlegar-legar di pejabat
pentadbiran di fakulti aku...aku
jumpa poster ni. Based on addres
url yang ada kat situ..aku pun meng'google'.
lalu terjumpalah ia...eehheh...
sangat mendalamkan??????!!!!?!!

Sunday, February 22, 2009

Ku pinjam satu bintang - Alya feat Riz




Kurindukan Dia
Kumahu Belaian Manja
Ku Ingin Selalu…..Disisinya

Hooo Huuoo
Inikah Bahgia
Inikah Kasih Asmara
Bernyanyi Lah Hatiku Dengan Cinta

Ku Tak Ingin Lagi Berjauhan
Usah Kau Hampiri Perpisahan
Seharusnya
Kau Mengerti Kasih
Hanya Engkau Dihatiku
Andai Mampuku Menyentuh Awan
Akan Kupinjamkan Satu Bintang
Dan
Ku Pancar Seriang Gemilang
Itu Kasih Kewajahmu

Kuberjanji Sayang

Ku Menunggu Dikau Pulang hei..hei

Membawa Cintamu Yang Terindah
Dengarlah Kata Hatihoo..huooo

Kurindukan Kasih Dia

Kumahu Belaian Manja

Takkan Kulupa Cinta Pertama

Cinta

Ku Tak Ingin Lagi Berjauhan
Usah Kau Hampiri Perpisahan
Seharusnya Kau Mengerti Kasih
Hanya Engkau Dihatiku
Andai Mampuku Menyentuh Awan
Akan Kupinjamkan Satu Bintang
Dan
Ku Pancar Seriang Gemilang
Itu Kasih Kewajahmu..hoouooo

Kuberjanji Sayang

Ku Menunggu Dikau Pulang

Membawa Cintamu Yang Terindah

Dengarlah Kata Hati

Dengarkanlah Kata Hati
Dengarkanlah Bicaraku

Friday, February 20, 2009

Mimpi...

aku dengar berulang kali lagu matahari
nyanyian Agnes Monica. Aku tanya hati
aku tiba-tiba tidak yakin apa aku buat
sekarang. Kosong. dan perasaan sakit.

"Tertutup sudah pintu, pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau
Berjuta warna pelangi di dalam hati
Sejenak luluh bergeming menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi
Dengarkanlah matahariku, suara tangisanku
Kubersedih karna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu menaklukkan waktu.."

rinduku pada rumah...pada abah menjemput aku
pulang. Biar seketika...biar sejenak...biar tiada
duit...

aku mimpi abah..aku mimpi angah...fatah..mama
adik dan along....semua dlm mimpi aku..
sakit..
perasaan sakit bila aku ingat mimpi tu...

mimpi itu bukan datangnya sekali..
berkali-kali setiap malam..
hingga aku nekad pulang ke kampung
biar poket hanya tingga berapa sen


seperkara lagi...aku dan kawan-kawan
sedang berusaha untuk mulakan perniagaan
betul kah apa yg aku lakukan ini...
aku tahu aku boleh..
tapi mampukah aku...


Doakan aku ya!!

Thursday, February 19, 2009

kegilaan dan Penyakit Gila...

Beberapa ketika ini..aku sedang dilanda penyakit.
ya...penyakit seperti tajuk entri ini. aku memang sedang
gila.
bagaikan aku sedang mengembara di dalam hutan.
mencari cinta ada dua mutan yang akan membahayakan
diri dan cinta aku. menyeksa aku dengan cinta mereka.
Aku tak mampu memilih..antara dua. Cinta si penghisap
darah yg setia ataupun binatang kejam yang tegas.
Argh..aku memang gila. aku dah hanyut dalam pembacaan
aku.
Dah dua novel Stephanie Meyer aku habiskan. sekarang
dah masuk novel ketiga, Eclipse. Cuma tinggal breaking
dawn je. Kemudian, aku tak tahu....mampukah
aku kembali dalam khayalan..atau tetap dalam illusi
cinta si vampire kacak atau cinta si warewolf.

pengaruh betul....



ini bukan sahaja penyakit gila..tapi satu kegilaan!





sgt gila....




gilakan mu...



cesss la gila....

Saturday, February 14, 2009

Kekasih...

"Are you really here or am I dreaming
I can't tell dreams from truth for it's been so long since
I have seen you
I can hardly remember your face anymore ..."

Esok hari kekasih..aku teringat kata seseorang
pada ku..."kita tak perlukan satu hari untuk
beritahu kita sayangkan orang itu..sedangkan
setiap hari kita boleh hargai dia...bgtau dia kita
sangat cintakan dia..sangat sayangkan dia..."

Aku angguk, cam burung terkukur. Betul kata dia!

" When I get really lonely
and the distance causes our silence
I think of you smiling
with pride in your eyes a lover that sighs..."

..dan ada seseorang juga pernah berkata pada aku..
"awak tak perlukan kekasih..kerana dah dalam hidup
kamu..telalu ramai yg telah menjadi "kekasih" hati k
kamu..yg boleh membahagiakan kamu lebih dr kekasih
sebenar.."

Aku masih mengganguk. betul. Ramai "kekasih" hati aku..

abah.. mama...
along..kak sarah...
adik....
fatah..
.angah....

aku sangat sayangkan kekasih-kekasih aku yg satu-satunya ini...
keluarga yg amat aku sayangi..aku kasihi...


dan juga...untuk mereka-merekan yang amat aku kasihi...
susah senang aku bersama mereka..

Aku sentiasa sayangkan mereka..sepenuh hati aku..
terutama..dua wanita comel di sisi aku...

angah..aku rindu angah..uhuhu..




" You're my everything and nothing
Really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and the day
I need you close to me
You're my everything
You never have to worry never fear ........."

...seseorang itu juga.....
yang pernah pinjamkan aku kebahagian..walaupun seketika..
yang menjadikan aku wanita yang amat bahagia di sisinya
yang membuka mata aku tentang kehidupan

tapi akhirnya, meninggalkan aku dalam sebuah kepahitan
yang terlalu panjang
dengan hirisan luka yg terlalu dalam

entah bila..aku tak pasti...
luka ini akan sembuh seperti sediakala..

biarpun begitu, aku tetap mendoakan kebahagian kau..
biar dari jauh...
dari kejauhan yg semakin jauh setiap masa...

Tuesday, February 10, 2009

"stuck.."

Aku tahu, entry aku kali ini pasti melukakan
hati sesetengah pihak. Atau lebih tepat, hati
insan2 yang amat menyayangi aku. yang
pastinya, angah pasti marahkan aku. Tapi
aku tak mampu menghalang perasaan ini.

Aku lihat blog dia...aku lihat fs page dia.
Setelah lama..aku tinggalkan semua itu.
Entah..hati ini dipagut sayu sangat.

20hb di KPS, UM..Yuna akan perform.
sempena hari Bahiyah. Penyanyi fav aku.
satu tarikan elastik utk aku pergi. Tapi..
mampukah aku bertahan? Pastinya..
dengan yakin..aku akan bertemu dia.
Bukankah dia org kuat UM sekarang??

Aku tak suka lihat gambar dia di blog.
Melukakan hati aku. Meniupkan kembali
perasaan rindu aku padanya. Ye aku rindukan
dia sekarang. Cinta....aku tak tahu. Yang ketara,
sakit yang ditinggalkan amat pedih lagi. Masih
berdarah. hingga kini biarpun telah ada yg
sudi mengubatinya.

sedikit masa lagi...dia dan aku..sama2 habiskan
pengajian. Dia akan konvo...sama sahabat baik
aku Elly. maklumlah..satu faculty. satu uni.
Dalam tempoh masa sesingkat itu juga...dia akan
berangkat ke Kanada. aku? Kembali terluka kah?

kenangan itu melukakan aku...pedih! Siatkan isi
hati aku yg sedang membengkak. Aku bahagia..
gembira, tapi masih ada secebis ingatansedih itu
menyinggah, mengetuk pintu hati.

Pergilah....
pergi jauh-jauh. kerana aku sakit. Terlalu sakit
dengan kelukaan ini.

stuck!!

" I can't take it
What am I waiting for
My heart's still breakin
I miss you even more
And I can't fake it
The way I could before
I hate you but I love you...
I cant stop thinkin of you..
It's true, I'm stuck on you.."


When you're gone?!?!!! tidak.....

oh ya lupa...sok aku interview. Di KLCC Convention
centre..doakan aku berjaya ye!

Monday, February 9, 2009

hati yg sangat melankolik....

Emosi aku terganggu. Kembali melankolik!
terlalu mudah sangat perasaan aku terkuis.
terusik.

bagaimana aku boleh berdiri? Di saat...aku gembira
kelihatan orang2 yang telah berlalu meninggalkan
aku sekian lama dulu, kini menjelma kembali di
hadapan mata aku. orang-orang yang aku rasakan
telah lama membuang aku jauh-jauh..rupanya masih
lagi berada di hadapan aku melihat aku dari kejauhan.
Aku terluka. Pada aku..mereka kejam krn suatu masa
dahulu mereka telah membuang aku. namun,dalam
tempoh masa yang sama...aku masih merindui mereka
itu.

Marah, sedih silih berganti. perasaan aku berkecamuk
hinggakan lewat beberapa hari ini...air mata tak henti
mencurah.

Oh ya...ditambahkan pula khabar duka dari rumah..
aku bertambah sedih. tapi, aku cuba untuk terus kuat.
terus mencuba untuk bertahan. Padahal..aku hampir tersungkur.
air mata..merembes lagi entah untuk ke berapa kali...

Aku buat salah lagi. Ya...aku buat salah lagi tanpa aku sengajakan.
Aku kini sedang memusnahkan masa depan aku. Kurang dari
2 bulan lagi..aku akan menamatkan pengajianku. tapi..
melihatkan keaadaan aku sekarang, sgt teruk. Tak terurus.
tenggelam dengan lautan air mata.

bait lagu when you're gone..masih bermain dalam kepala otak aku.
aku sangat terganggu...


" When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now

When you're gone
The pieces of my heart are missin' you
When you're gone
The face I came to know is missin' too
When you're gone
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok
I miss you..."



p/s : hp aku rosak..jd tak dpt hubungi aku sementara waktu. tak tahu la sampai bila..

p/s 2: aku sangat rindu rumah specially abah!

p/s 3: aku mash tak dapat siapkan article review yg dah bertimbun nih!

p/s 4: aku tgh pening...out of cash!

p/s 5 : aku masih dengar lagu when you're gone by Avril Lavigne.

pen-off!

When you're Gone...

" I always needed time on my own
I never thought I'd need you there when I cry
And the days feel like years when I'm alone
And the bed where you lie is made up on your side
When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now

When you're gone..
The pieces of my heart are missin' you
When you're gone..
I came to know is missin' too

When you're gone
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok
I miss you.... "


Dah terlewat aku kira...
Dah tak mampu untuk aku berikan kemaafan
Hati aku dah keras...
dah tawar untuk segalanya..
Sakit, pedih...
Kamu terlalu pentingkan diri kamu..
Jadi, aku telah singkirkan kamu dari dlm hati aku
yang tinggal..hanya sisa-sisa kemarahan yang tak mampu
aku tuturkan dalam kata

Argh..ulang lagi lagu When you're gone...

Persetankan...
Aku tak perlukan kewujudan kamu
terlalu menyakitkan..
menghayutkan aku dalam mimpi
dan kata manis kamu..
kamu pendusta..penipu
aku tak mungkin mampu lagi memaafkan kamu

aku tak percaya lagi kata sayang kamu
tak perlu lagi kamu melihat aku dari kejauhan
dah tak ada ruang kosong untuk kamu
aku telah isikan ruang itu
aku lihat kamu kosong
aku melihat kamu dengan ekor mata yg sinis
dengan muka tanpa perasaan
tanpa hati yg sedih lagi
sebab apa yg aku tahu
aku telah singkirkan kamu

siapa kamu?
tak perlu lah berlagak sebagai kekasih terbaik
yang aku tahu,kamu sialan picisan
yang merosakkan kehidupan kamu dgn kehadiran seketika kamu

kamu ingat..masihkah ada cinta buat kamu?

sudahlah...jgn perasan!

"So, so what I'm still a rock star
I got my rock moves
And I don't need you
And guess what
I'm havin' more fun
And now that were done
I'm gonna show you tonight
I'm alright
I'm just fine
And you're a tool so
So what
I am a rock star
I got my rock moves
And I don't want you tonight..."


So what? Blah la bodoh!@$#%&^*&&%###$%$&&_*&%$

Kapasitor apresiasi seni dan maya...

Ketika apresiasi sastera dan maya kapasitor sempena ulangtahun ke-4 kapasitor di Annexe, CM aku telah mengambil bahagian mendeklamasikan puisi dan aku bergandingan dgn Syud ketika itu. Jom tgk pic majlis tersebut.


Bagi sapa yg nk tgk persembahan aku ritu yg entah hapa2? sila la klik di sini: kekasih.

Sunday, February 8, 2009

Wajah baru...

Rasanya...terlalu banyak yang baru.
barangkali..pembaharuan itu jauh lebih baik
dari apa yang ada skrang.
Alah...Rasulullah pun berhijrah jugak.
Tapi aku tanya diri...aku ini berhijrah dari
baik kpd lebih baik..atau sebenarnya
dari baik menjadi jahat?lebih teruk drp
sblom ini?

entahlah...

yang pasti..setelah lama berura-ura mahu
blog ini berwajah baru...akhirnya, rini terlaksa
juga. tapi sedikit kepelikkan...kenapa pulak momentum
kesedihan yg aku lagukan?

Ya, aku mmg sedang bersedih. Tapi..kesedihan hati aku
biarlah aku sahaja yang mengetahui.

Sedih ini..terlalu sakit. Sakit yg tak mampu aku gambarkan..

Friday, February 6, 2009

keje oh keje..aku tgh sibuk cari keje...

Dikalangan rakan-rakan aku, mereka pelik bila tiba-tiba aku meletakkan jawatan sedangkan aku amat menyukai tugas yang aku pikul selama ini. Tugas yang dah jd sebahagian dari nyawa aku. Tapi hakikatnya, aku lebih sayangkan diri aku sendiri. Aku tak mampu bohongi diri..aku tak dapat terus berkerja hanya dengan karenah pegawai atasan yang seolah-olah tak berakal dan tidak matang. Ye..aku akui aku juga masih keanak-anakkan. Tapi, aku tidak pandai untuk menjatuhkan maruah serta mengaibkan maruah org lain di khayalak ramai. mereka cerita yang tek pernah wujud semata melindungi nama dan kebodohan sendiri. Aku nak melaung sahaja rasanya... aku rasa nak menjerit. tapi..aku masih ada insan-insan tersayang yg banyak memberi kekuatan. Memeluk aku di saat aku kehilangan kekuatan. kesannya..aku masih berdiri. masih bersedih walaupun telah berhenti menangis.

Kesan paling ketara..aku demam! Paycheck aku di hold! Aku running out of cash.
apa aku nak buat dengan bangsa aku sendiri yg suka menjatuhkan bangsanya? ataupun golongan ini sebenarnya bukan bangsa..tetapi bangsat jalanan yg suka bertepuk tangan setelah menjatuhkan orang lain?!

takpe..doa org teraniaya dimakbulkan! kita lihat sahaja nanti...

em...petang ini jam 5ptg, aku ada appointment pasal keje. tolong la..i'm out of cash dah ni! euchhh...

Sunday, February 1, 2009

bercerita tentang kesedihan.

Semalam aku pulang ke Cheras. setelah sekian lama....aku tidak pulang ke Cheras. Aku rindu kenagan di Cheras, terutama rumah di Jln Ikan Ayu. Bila malam menjelma...kami berjalan ke Jusco Maluri, membawa si kecik Firash Irfan melihat ikan di kolam bawah rumah, hujung minggu berjogging dan berlawan badminton kami adik beradik di Taman Tasik Permaisuri dan kalau malas-malasan memasak makan tengahari, singgah saja di Food Court Velderom,Cheras. Tapi semuanya telah berubah, sebagaimana berubahnya semalam menjadi hari ini, dan sebentar lagi malam mengambil tempat menggantikan siang untuk esok berlabuh.
kelmarin,satu lagi perubahan berlaku. sebentar sahaja..tapi sudah cukup melukakan hati aku. Sekejap sahaja pertemuan sudah terlalu banyak merubah sejarah kehidupan aku. Aku berdiri di pentas...sesaat aku rasakan. Di seblahku Syud...kami dendangan sebuah cerekarama bersama gentar dada yang tak surut di hadapan pentas. Akhirnya...aku simpulkan dengan cebisan yang keluar ikhlas dari hati. cerita tentang penantian.
Penantian...sakit rasanya akal mendefinisikan erti penantian. Sakitnya sebuah penantian. Akhirnya, aku tersadai di hadapan padang yang indah sambil duduk bersila di atas lantai rumput padang lalu menangisi tentang diri. Aku kesedihan. Air mata merembes lagi di saat aku cuba kuatkan diri untuk berhenti menangis.
Saat ini...aku sakit. Terlalu sakit. Hanya itu aku mampu singkapkan di sini. Rasa sakitnya...aku tak mampu gambarkan biarpun mengunakan metafora atau apa sahaja gaya atau laras jenis bahasa. Andai kata org..kecewa dan sedihnya aku ini seperti kaca terhempas ke bumi...sakit lagi perasaan aku dai pecahan-pecahan kaca yg berkecai kecil di lantai. Jika kata org sakitnya bagai luka yg di taburkan garam...aku tak mampu beritahu garam gred apakah yg terlalu pedih ini.
Sakit..terlalu sakit!
Aku keterlaluan penat, dan aku ingin berehat sekejap. Melelapkan mata dan melepaskan lelah yang terbeban di hati.