Saturday, February 28, 2009

tiada tajuk yg sesuai..baca je,dan selami hati aku..

i.
Hp aku hilang. kena pick pocket time tgh ramai-ramai berebut naik bus shah alam.Fatah kata benda dah jadi. jgn sedih lagi. Sementara itu, Fatah bagi aku pinjam hp dia dulu. Tapi, hp tu problem gak ngan bateri. Asik kena charge. Bagus la drp takde. tapi yang tak bagusnya....semua no tel kecuali no fatah dan mama je yg aku ingat. yang lain semua hilang.Sial betul sapa yang curi. Aku sumpah dan doakan ko..mati kena gilis lori kayu balak. (walaupun ustazah kata tk baik doakan kejahatan!)

ii.
Semalam aku timbang berat badan. Berat turun. Agak banyak! Barangkali aku byk berjalan. Kena jimat duit. Jadi, aku berjalan berkilo-kilo meter, bukan sebab nk kurus je, tapi yg sebenarnya nk jimat duit bas atau train atau cab. Makan? sama jugak. Aku hanya makan nasi tghari je. tapi..tu pun kalau tak sibuk. Kalau sibuk..aku takkan makan. Hanya dgn menyibukkan diri...aku akan lupa seketika ttg makan. Malam, mkn roti. Kecuali, kalau budk rumah masak..then bru aku rasa nasi waktu malam.

Bukan aku tak mahu minta duit pada abah dan mama...tapi abah tak sihat. Kesihatan abah terganggu lagi baru-baru ini. Se"seorang" itu pulak asyik kuarkan duit untuk tampung aku. Kesian dia berkerja ,berusaha susah payah. Aku seboleh-bolehnya tak mahu guna duit dia...tapi kadang-kadang, aku terpaksa juga amik. Aku ni bebankan dia ke? selalu aku pikir hal ni...

aish...tak lama lagi kena byr duit umh dan internet. Tu je dah tiga empAt ratus ringgit.

iii.
Aku baru je menghabiskan RM50 ++ utk proses mencari keje. Buat resume..print...hantar(pakai pos), fotokopi sijil dan mende lgi la. waktu walk in interview CAIREX, Semua aku minta. Petronas, Dell, CCM, CRC HKL, Bank Negara dan apa sahaja yg diiklankan dalam suatkhabar.Jap lagi...lepas basuh baju dan mengemas apa yg patut..aku nk mulakan sessi menghantar resume ke company2 yg memerlukan pekerjaan di dlm The STAR rini.
Aku dah usaha..dari jawatan SA sampai seketari dan promoter kedai pun semua aku minta. tak tahu lah..pasni bape lagi duit nak habis lagi. kalau tak dapat keje...aish...memang la tak patut sgt.

iv.
aku selalu tanya pada seseorg itu...siapa aku pada dia. Dia tampung perbelanjaan aku.Tapi..dia juga selalu mendiam..selalu menghilang. Dia selalu kata dia sangat sayangkan aku. Tapi, aku selalu je rasa tak disayangi.ok..statement..aku tak rasa "dia" benar-benar sayangkan aku. Susah sgt ke kalau aku minta dia berusaha utk tunjukkan perasaan sayang dan ambil berat dengan kerap dan ketara? Susah sgt ke nk sms atau telephone sekali sehari? Aku sangat down skrang...dan aku perlu dia. Tapi..dia menghilang. Aku tak suka. Aku tak suka dianggap cam kaki kikis yg mengabeskan duit dia...ataupun cam perempuan simpanan....jumpa...sekali sekala then bila nak guna duit....check je kat dlm akaun,pasti ada....aku selalu berperasaan begitu (walaupun dia tak pernah pikir cam tu..)

v.
Baru-baru ini..aku mimpikan seseorang yg penting juga dalam hidup aku selain keluarga aku..fatah dan angah. Keesokkannya, aku jumpa dia. Kami keluar berborak..dan di hujung senja sambil menantikan aku pulang ke rumah...(time tgh tunggu bas) dia bgtau dia akan pergi. Pulang ke tempat asal dia yg agak jauh dari kehidupan normal aku. Tiba-tiba sahaja airmata bergenangan di tubir mata. Tapi aku cuba gak control airmata aku. ketika dia bgtau dia akan pergi...aku teringat Angah Faiz. 3 ramadhan tahun lalu...dia kata dia akan dihantar ke Korea. Angah Faiz memang benar-benar pergi. Bukan utk 3 bulan..bukan utk sethn..bukan 3 thn..tapi utk selamanya. aku sangat kehilangan.Lalu..aku cuba kuatkan diri aku. suatu masa dahulu...lama dahulu...seorang KAWAN pernah bgtau aku..mana mungkin aku kehilangan sebab
aku tak pernah memiliki. Jadi..kalau seorang lagipergi....aku tak perlu gusar dan bersedih hati. sebab aku tak penah memiliki.

vi.
aku macam lagu nyanyian exist..hilang dalam ramai!! (uh..dah biasa dah...)
Ku hilang dalam ramai
Di kala hujan renyai
Tangis ku tahankan berderai
Ku hilang dalam ramai
Tanganku hulur longlai
Hasratku simpan tak tercapai (tergapai)
Kau berpaling dan pergi
Membuatku sangsi
Bunga mawar bersusuk duri
Kau berpaling dan pergi
Mencuri nurani
Ku berpaut bayang sendiri
Uhh..hilai ketawa
Tak terdengar
jelas sempat terakam
Deru tangisan
Rintihan panjang
Entah dari manakah...datang
Uhh..bagai gelombang
Menghukum aku...tanpa kasihan


vii.
Aku dah demam selesema. aku rasa...aku perlu berhenti sekarang!!

No comments: