Thursday, October 29, 2009

konvo gak akhirnya..hahaha...

hai...
dah lama tak update blog. Rindunya aku dengan blog aku. Kebelakangan ni aku sangat sibuk. Keje di pejabat bertimbun sangat..dgn dateline liferay yang tak menentu sebagai. memang hectic hidup. Walaupun hadap internet hari-hari, tapi serius memang takde masa nak update blog aku. Tapi bukan bermakna aku dah lupa blog kesayangan aku ni. okeyh..few updates dari aku tapi terpaksa update ala kadar je sebab aku di cyber cafe. kat umah aku tiada kemudahan internet sekarang.

sekarang ni aku kat rumah di Penang.beberapa hari yang lepas ialah hari graduation aku. hehe, akhirnya konvo gak setelah penat jerih selama 3 tahun setgh..siap kena extend semester sebab aku operation... Macam-macam suka duka aku dah tempuh sepanjang menjadi mahasiswa UiTM..dan hari ini dengan rasminya, aku ialah Alumni UITM. hehehe....waktu konvo...mama,abah ngan adik datang dari Penang. Angah yang memang dah kat Shah Alam pun datang. Dari mama,aku dapat sejambang bunga mawar putih. ada 3 kuntum tanda kasih sayang mama,abah dan adik padaku. Dari angah pula aku dapat sekuntum mawar merah dan seutas rantai tangan manik berbentuk mutiara. Cantik sangat! Tak lupa juga....dari Thalasiah dan Am, aku dapat sekotak choclate. Selain dari itu..ucapan-ucapan dari kawan-kawan.Thanks sume aku ucapkan. Oh ya..kembar aku..Fatah juga konvo sama aku di Istiadat Konvokesyen ke 71 ni...cuma hari yang berbeza. aku konvo pada 26 Okt and Fatah pulak pada 27 Okt. satu hari konvo dengan penyanyi Yuna. hehehe....oklah beberapa pictures hari konvo!

keduanya..dalam kelam kabut konvo dan keje ni..aku telah terima jawapan untuk proposal thesis untuk kemasukkan aku ke UTM. Alhamdullilah..telah diterima. Dah tak sabar dah ni nak masuk belajar balik. nak jadi student balik. Kali ni...janji takmo main-main dah cam sebelum ni.
heheh.. okeyh2 aku ngaku..aku sangat main-main2 time buat degree dulu..so now,kena betulkan balik. hahahaha.....
Ketiga...aku telah ditawarkan jawatan baru di sebuah company baru. Cuma bezanya...aku berkerja sebagai salah seorang staff di bidang perhotelan. masih lagi menggunakan kelulusan aku yang majoring dalam sistem ni..cuma tak lagi dalam bidang ICT. Empire group ada offer aku utk jawatan admin di Hotel yang akan dibuka Januari nanti. Gaji yang lebih sikit dari apa yang aku dapat sekarang..benefit dan elaun yang banyak juga...working hours pun tak seteruk cam skrang. kalau sekarang...adakalanya aku stay back sampai 2 atu 3 pagi untuk siapkan project. masa kerja aku tak menentu di company sekarang. baru minggu lepas aku dapat surat tawaran untuk jawatan Application Development Executive kat company skrang...kemudian dua hari lepas tu..offer dari Empire Group. Hati aku memang berbelah bahagi..apatah sekarang ni aku dengan projek liferay...tapi memandangkan aku akan kembali menjadi pelajar..aku terpaksa memilih sesuatu yang lebih stabil. Yeap..stability tu penting..kalau tak..membazir je aku membayar yuran mahal-mahal untuk sambung master. So...dengan tawakal..pasrah dan nekad..aku terima jawatan tu dan akan mulakan tugas ditempat baru pada awal tahun baru nanti. Yosh!!! hehehehe...
Seriusly..aku memang tgh belajar move on. Sampaikan..aku sanggup tinggalkan laptop aku kat kawan aku..utk make sure aku tak selalu online internet...aku takkan tgk pics and updates cite pasal 'dia' yang dah bahagia dengan makwe kesayangan dia... aku doakan dia bahagia.,...dan aku juga harap aku bahagia..walaupun untuk sementara...tiada cinta dalam hati. Cukup-cukuplah apa terjadi. Sekarang...time aku nak bina kerjaya aku dulu,ok??!!! F-I-N-E!! I can do it. hahaha

Untuk semua yang aku lalui untuk sepanjang tahun ni...terlalu banyak sangat kenangan pahitnya. Aku harap...tahun yang mendatang nanti akan bawa lebih banyak kegembiraan. opis baru..keje baru....life baru...status baru...enviroment baru..harap-harap..itulah yang TERBAEK untuk aku! hehehehe..Ganbatte!!
okehlah..need to go. kalau balik umah je...sah2 jadual aku hadap astro je. claim sume cite yang aku tak tengok time kat umah aku di Shah Alam. hahahaha....rasa malas sungguh nak balik KL terutama sekali malas sangat nak balik keje. Tapi apakan daya...bos sudah bersuara suruh balik. huhuhu......
All rite guys and gals....gotta go.
till then...will be back later . Adios Amigos~~~~

Sunday, October 18, 2009

Open house dengan BEST TEAM di rumah Kak Sue.

Bila raya..mestilah tak lekang dengan open house kan? Dalam kesibukkan keje... sempatlah juga aku memenuhi jemputan umah kak Sue (kak suliati). tu pun...dah bising dah bebudak BEST TEAM pesan suh aku pergi sama. Lagipun kak sue dah jemput aku. Siap pesan lagi suh gi. hahaha....

So meeting point kat umah Walter..pastu bertukar plak ke Petronas dekat segi college tu. Ramai gak la...ada dalam 5 atau 6 buah kereta. botak ngan boy satu kereta..aku,ahnep ngan walter satu kereta,ben,michael,remy-masing2 satu kereta, marina and the geng satu kereta...then kacang, abe Joe ngan Bob masing2 bermotorsikal. Meriah terasa berkonvoi. dah macam nak gi wedding. hahaha...

Kat umah kak sue..mcm2 hidangan tersedia, tapi aku segan plak nak amik gambar makanan kat dalam rumah tu...malu plak org tgk. Tapi...kat luar plak ada BBQ. So...aku snap amik pic BBQ je. cam biasa..aku tukang amik gambar..tukang makan je. Keje sume geng2 BEST Team yang settle kan. Walaupun..ada yang lebih muda dari aku dalam BEST TEAM...stil diorg consider aku budak kecik. hahaha...nasiblah. hahaha




Walau apa pun..memang bestlah kat umah Kak Sue. Cuma slack sikit..sbb bleh plak terkena makan daging kambing BBQ. adoi! pening kejap kepala aku. Bukan tak tau...aku ngan kambing tu kan musuh ketat walaupun mempunyai ciri2 yg sama iaitu pemalas mandi. hahahahaha....

okeyh makan sampai tak hengat dunia..balik umah...semenatara nak menanti housemata aku settle mandi....akuyang pening2 kambing tu...dah boleh 'ter'nyenyak tido. sedar2 dah kul 10 pagi. hahaha...lawak giler. subuh entah kemana!

Tuesday, October 13, 2009

When raccon bcome crazy jeebon! ^_^

Toda...such a busy date. submission utk assestment lifefray esok tapi progress slow sikit. However...ada gak improvement. Thanks kat Izwan Muhamad. Bakal colleague aku kat HTSB. Sekarang ni...hari-hari balik lambat. adakala kena stay up opis. Alhamdullilah..sikit sebanyak, aku dah boleh lupakan tenuk tu. Itu yg terbaek kan???

Malam ni..ingatan aku bagai dijemput2 mengingati dia. Lepas opis hours,aku teman bos buka puasa. Pastu...kami menghala ke Cyberjaya untuk settlekan keje ngan Izwan. Hari ni...cik Sal temankan aku. yeah! banyak betul benda yang mengingatkan aku pada dia. lagu Mccain..... kenangan nanges bawah meja pas kecewa....macam-macamlah yg menyayat hati aku. Tapi alhamdillilah..Air mataku sikit pun tak terasa nak menanges. tapi sebaliknya....lil raccon changing becoming crazy jeebon who laughed all the time. Izwan pun surrender ngan lawak we all. Apa ah punya malang bos....dpt anak buah nakal cam we all. Asyik gelak je. Dia yg mendengar....turut sama ketawa (walaupun tak paham) hahahahha..

banyak benda yang lawak dah terjadi. Bos tu cam dah terpengaruh ngan kenakalan kami. Sempat lagi membahan2 time meja makan. padahal..bos tu pangkat abang2 aku je, Tapi boleh buat lawak sengal sampai aku tahan perut! hahaa...kejinya bos. tak tunjuk teladan. tapi aku sayang bos aku..Dia baik sangat2. hiks!

oklah...dah ngantuk ni. sok ada amanah perlu diselesaikan. Sok gak nak ikut bos g Low yat. beli brg utk company. hoooyeay!!! cayang best. hahahahha

Sunday, October 11, 2009

Wishlist...

Sejak ada hobi baru ni....hidup memang tak aman. Ini sume salah si Cikgu Nur Thalasiah,kawan aku nan sorang tu. Time berkampung di kampung tempoh hari menenangkan jiwa, boleh pulak terpengaruh dengan terapi minda yang diberikan. Apa lagi... S-H-O-P-P-I-N-G! kalau sengkek sekalipun, window shopping jadilah. hihihi..janji ada perkataan SHOPPING tu. haha... Gaji hujung bulan ni...takleh joli sakan..sbb tu utk konvo aku. Tapi gaji bulan depan..dah nampak dah apa yg nak dibeli. ngeeee..ngeeee......
Ritu berjalan-jalan ke Midvalley. ada butik Charles and Keith baru buka. Damnn..ada satu handbag dia yg dah masuk masuk dalam mata aku. So, gaji bulan depan adalah untuk mebeli handbag baru itu. Harga?? Erm..harga tu sepasal juga la...tapi since sudah dpt greenlite,maka dptlah membelinya. ngeee ngee lagi~~ harga dia RM154.90. mahal tapi branded and berkualiti tinggi (ye ke??? org kata camtuh....hehhe..) Lagipun handbag tu handbag kulit beb! ehehe...

Satu lagi...aku nak beli thumbdrive. isk kemana plak la menghilang thumbdrive aku. takkan nak usung external..malas la . Risau kalau external kena virus. sekarang ni dah la banyak penternak berjaya kat ofis baru aku ni, ngeee ngee... So far aku pakai lappy mister bos(gelaran baru utk bos aku!) aku kat pejabat. (p/s: aku bukan anak manja bos okeyh!)

apa lagi eyh...nak beli perfume DKNY yg kaler pink yg baru tu. Floral punya bau. erm..tu pun sepasal gak. menelan duit yg banyak jugak. Tapi kalau beli takleh bawa balik penang. Dah la adik aku tu pesen (fesyen) cam mandi perfume je kalau belasah perfume aku. Kalau perfume dia..reti plak saving2 pakai. ngok ngek punya adik. hahaha....nnt aku dah kaya aku beli dia satu. skrang gaji baru 'ngam ho' utk aku je dulu. Mana nak bayar PTPTN, sewa umah,phone, broadband, buku,kereta,nak saving utk perbelanjaan sampai gaji berikutnya.nak kasi family aku lagi. Takkan la takmo kasi mama abah rasa duit gaji setelah penat lelah mama ngan abah besarkan aku..didik aku sampai aku jd aku arini! Insyaallah by Disember,insyaallah..kedudukan aku stabil sikitlah..insyaallah. erm..insyaallah juga,disember ni sebelum aku mula kelas master di UTM(insyaallah kalau takde aral melintang) ....aku akan ke Singapore. Bercuti! aku ni mmg hectic habis. Perlukan sangat cuti untuk ubah hangin aku. Cukuplah..2009 dah banyak sangat kenangan yg survivor habis la menguji kesabaran hidup aku.


oh ya..lupa juga....sudah berjanji...dapat gaji mau berbelanja di IKEA. Ya Allah..jin apa merasuk aku ni taktau la. Giler sangat shopping. Please la. tolonglah...masyaallah! (ceih..mulut je..tapi tetap gak gi shopping cam tak hengat dunia bila sampai masanya. dusssh!)


eh...dah kul 5 pm lebih...so kena siap2. nak solat pastu dah janji mau window shopping (adoiya..lagi???) kat SACC Shah Alam je. Sebagai mencuci mata sebelum berbuka puasa. dah janji nak buka puasa sesama dengan kwn baik aku rini.


okeyhlah..adios amigossssss..ahlan wah sahlan dear readerss...nanti kalau 'berukband' (broadband) aku tak meragam....keje aku on time settle....sume perfectly goes..takde 'something wrong goes somewhere' bak kata mak cik mary zoela tu...i'll be back menulis. till then....cayalah. byeee. ngeeeee~~~~



*sejak bila ngeee~~ ni jd trademark aku pun tak tau la! hiks* ^_^









"Me and my Heart we got issues...don't know if i should hate you or miss you!!"


Dah lama tak update blog. Sejak dah masuk keje kat Ampang Park...balik je dah penat sangat. Sibuk dan penat adalah terapi terbaek untuk kehidupan bila nak lupakan seseorang yang pernah berada di hati. Okeyhlah....nak cite apa eyh?

Ok..aku mula dengan kat ofis aku. hehe....ada satu trainer baru merangkap junior yg masuk di pejabat aku time aku masuk keje di opis ampang park. nak jdkan cite nama panggilan kami pulak sama. Maka peninglah satu pejabat bila org lain yg dipanggil orang lain yg menjawab. Sampaikan ada title "alya senior" dan "alya junior" kat dalam pejabat. Bila kedua2 pergi presentation, langsung nama sama. Bos pun pening..inikan pulak org luar. hehe...Alya junior ni budak terengganu. kat pejabat aku buat praktikal utk network. Tapi..aku ngan dia bergandingan buat lifefray now. budaknya ok je..setakat ni boleh masuk kepala la. hehe...agaknya sume nama Alya ni mmg sengal camni tak? hahaha....

Pasal lelaki itu.....secara rasminya dia telah pun ada pengganti aku. Bahkan...dia melayan perempuan tu sama cam dia layan aku. lagu...webby kat ym sebelah malam dgn muka manja sebagai.....bahkan,lagu yg sama dia bagi aku..diberi pada perempuan tu. F-I-N-E!! Enufflah. buat aku menyampah. Pasni...apa nak jd kat ko..nak beranak pinak nak apa pun..LANTAK KAU la. aku malas nak amik port. buat Intan...Robot...Saleha,encik Azrin, Dayya, Zuwairi,Moto moto, Ilah..Sue dan semua kengkawan aku yg byk bagi aku semangat utk terus berjuang...tima kasih byk2. Aku dah cukup baik utk teruskan kehidupan.wlaupun adakalanya....air mata ni mudah meleleh...bila ingatkan sume tu. Namun, hidup perlu diteruskan. Caiyok..caiyok!!! ^_^

sekarang ni..aku tgh best dok bc novel yg aku beli dkat the curve last week. Tajuknya, Baju Pengantin Mak Andam. Baca novel ni buat aku gelak sendiri je. watak utama novel ini ialah Aleeya. dan caranya pun lebih kurang cam aku gak. cuma kejadian dlm cite dan konflik yg ditimbulkan comel sgt. ada yg sipi2 plak kena kat aku. haha...gelak je la aku membaca. hahaha....

start rini...aku dah mula puasa. pertama..sbb aku nk buat puasa 6. rini pun dah bape syawal .dah nk abes dah pun.....hihi...pastu aku kena ganti puasa aku yg byk tu sbb aku demam! puasa ni bgus...bukan je bleh saving duit...tapi bleh membantu aku. melatih aku menjd lebih sabar. lebih kuat dgn ujian dan dugaan yg mendatang. specially perkara2 melibatkan hati ni. ngeeeee~

oklah....pg td tdo jam 5 pagi. dah la lepas balik interview sime darby g kat sek seri bintang selatan lepak ngan BEST TEAM...then g lowyat....pastu time dah otw blik..boss plak ckp ada discussion. Damn Last minute call....terkocoh kacah aku ke seksyen 7. Seb baik housemate aku sudi mendrive thru aku ke sana. then tup tup...kena g ofis kat ampang park. waduh2..penat syial. haha...Stay office sampai jam 3 pagi. Pergh...almost gak buat style intan..cium meja. pastu gedik plak p masuk fb kat opis...thentgk pic manja2 stock geli2 kekasih gelapku yg tak bape glap tu dgn awek baru dia..hahahaha.....akibatnya,sepanjang perjalanan dari ofis sampai umah aku (bos aku hantar as usual kalau aku kena stay up.sgt adik kesayangan bos ka????!!!! hehehe..) , mata aku merah tampung benteng air dari bah. hehe...Tapi boleh plak bos aku buat lawak super antarabangsa...nak ajak aku g karaoke jam 3 .30 pagi. ayo..buang tebiat apa bos aku?! kot ye pun nmpk aku leleh cam overdose....takyahlah buat lawak antarabangsa ujang . Penat otak aku nak tolong gelak dia. hahaha...cuma part boleh claim gaji dan OT utk malam ni..memang best la. ni buat aku sayang kat bos aku merangkap driver sambilan aku meangkap tukang belanje aku makan merangkap tukang pujuk aku dan merangkap abang aku kat office ni. abang je tau. walaupun chenta hatiku dah lari..takde maknanya aku nak mengatal ngan laki org. haha...

weyh, aku rasa..aku masih lagi tak cukup rehat. Maunya tak..seminggu ni....aku sibuk keje..pastu atur keje part time ngan karnival megasale malaysia. KLCC,The curve, Jusco Maluri,OU, Midvalley..Ikea..Ikano...sume aku melawat. sampai boros belanje bulan ni. hehe..... so..aku ingat..aku nak topup tdo rini..menantikan petang karang aku nak g buka puasa. heheh...*pemalas punya anak dara* haha


okeyhlah..korang yg bc entry aku...jgn gelak k! nmpk sgt aku tgh bluppp bluppp...ala2 poker face lady gaga (okeyh skrang aku addicted ngan gaga ok!) haha

mau ciao chin chow...daa! muaaahxxs (versi gedik) ^_^
daaaaaa...

Thursday, October 8, 2009

Recently in KL

Lately....penatnya melampau2. Sejak aku kena masuk Hatching bantu utk lifefray,lagi laaa memenatkan. Nak ulang alik ke Ampang lagi...euchhhh..cost a lot of money and energy!! Balik umah je dah flatt.....mandi..kemas apa yg patut sikit2..then tdo. Yuran konvo pun tak sempat nak g bayar lagi. Hopefully....rini pas presentation kat Skali Website,aku boleh bayar.Facebook pun dah tak aktif sgt this few days.....blog pun ni bru dapat update. Updates dari blog2 yang aku follow pun tak dapat nak baca. So sorry sangat2.
Dalam kesibukan keje ni...sempat juga la aku attend interview2 kat tempat lain. haha..tak senonoh sungguh! hiks. Baru-baru ni kat PJ Hilton untuk position business centre coordinator. Gaji dia..not bad. Utk Empire Hotel punya new branch. Aku tak bajet pun nak g interview...dah kengkawan kasi semangat..aku pun belasah je la. Open walk in interview je pon. And aku ngan selambe gile...pakai jean ngan cardigan pink je ritu...sekali asuk kat ruang menunggu nama...mak aih. sumenya ngan tie...kemeja. memang aku jd attention la kat situ. hahaha....mayb sebagai contoh attire paling teruk time interview. wahaha.....aku pun ad hoc kot g tu. Kul 2ptg bru g sana. mana la boleh bajet. Ngan muka tak bermekap...seb baik tak berminyak muka aku ptg tu. hahahha......
oooo..it's time tu siap. aku kena ada kat ampang b4 kul 10.30 pg. Ganbattene! hehe

Sunday, October 4, 2009

Taman Syurga~

Sampai je umah Shah Alam pagi semalam, blogging pastu main facebook then unpack barang. Pastu terus siap2 keluar. 9 pagi..lepak kat sek 2 dulu..sarapan dengan Pak cik Ramly. Dah lama tak jumpa pak cik Ramly..so apa lg,pak cik ramly belanje la makan. hehe.. then pastu tu,amik U80 terus ke KL Sentral. Then amik Putra ke Kelana Jaya. Dari station Putra Kelana Jaya, amik cab g ke Desa Park City berdekatan ngan Bukit Maluri dan Bandar Manjalara. Lepak Waterfront dengan bebudak BEST TEAM. Serius...memang cantik sangat Waterfront!! Dan aku sangat suka. Shopping..takde apa sangat untuk di shoppingkan di sini. Tapi view dia memang sangat cantik!! Kat sana..keje makan je sepanjang masa. Janjan and ice-cream dari jepunla menjadi santapan! Rosak diet ku...! Lunch kat Steamboat Ketam Village. memang best,sedap dan murah tapi puas sgt makan!Petang.. aku lepak kat taman tasik belakang waterfront tu. memang lawa...sambil lihat orang main layang-layang kat situ. Enjoy sangat view kat situ. Hilang segala masalah aku. senja...view dia lagi cantik. Aku terasa betul-betul cam kat Kameido,Jepun (Tapi tasik dia pula...membuatkan org ingat aku kat Aussie plak) Plus, melayu kat situ boleh dikira dengan jari je. Mostly chinese dan foreigner.

sebelah malam pula....selain aku sibuk membantu BEST TEAM, aku berjalan-jalan bak kata org nite walk dekat taman tasik tu sambil meriah melihat lantern atau tanglung yang pelbagai dan menarik tu. Maklumlah....org cina sambut perayaan tanglung malam itu.Tapi yang bestnya...ada satu chinese guy yg handsome ni..siap hadiahkan aku lantern kaler hijau lagi. Yeah!!! bestnye. So..aku pun berjalan-jalan sambil bawa tanglung tu. best sangat. Bukan mudah nak jalan bawa lantern tu dalam keadaan berangin begitu...! Dah penat berjalan..aku lepak kat Bambu Bench sambil baring melihat ke bulan purnama yang mengambang dikelilingi langit kelam. Punyalah asyik tengok bulan..sampai terlelap kat atas bangku batu tu. Yelah...dgn angin yg sepoi-sepoi bahasa...bulan yang cantik..pemandangan indah...memang best sangat.

Hilang segala masalah. Hilang segala perasaan sedih bila si tenuk tu buat pengakuan pada aku yang dia dah ada pengganti aku iaitu perempuan yg dia crush sblom aku. Takpelah..asalkan dia bahagia. Aku malas nak pikir. Lepas terjg dari lelap yg sekejap tu..lepak kat coffee bean pekena ice-blended black forest. nyummyyyy....Pas settle sume...then balik. Sampai umah dekat jam 1 pagi la. Penat...tapi puas hati. Sampai umah...mandi terus tido.
Hari ni...bila bangun..aku mmg fresh sangat. best gile!!!
Alrite...enuff story. tgk pics pulak! muwaaahahahha......


Rasa best sangat. erm..nanti bila ada masa...nak g lagi kat sini. ehhehe... dan part yang tak boleh blah ialah..boleh terberangan..ada org nak propose kawin kat sini..siap ada bunga api....then bunga ros dgn candle terapung atas tasik. uwaaaa....bestnya kalau terjadi seperti itu. tapi semestinya..itu adalah mimpi semata. hehe..

oklah....dah penat! mau rehat!
wish me the best for my life,okeyh! Bye....

Saturday, October 3, 2009

Kembali Pulang


Sepanjang malam di teman purnama dan serakkan bintang-bintang dilangit tinggi. sejuk,dingi membeku dalam perjalanan yang seakan panjang dengan hati yang penuh duka dan lara mengenang hati yang remuk redam. Kehilangan paling besar,aku tinggal di belakang dengan mimpi indah semalam.

Yang pasti, sudah kembali ke destinasi. Hidup perlu diteruskan. Kisah baru perlu bermula dengann penuh ceria. Coba jangan lagi menangis.Itu pasti!

Semoga dia bahagia dengan pilihannya. Itu terbaik untuk dia dan aku.Aku ikhlas doakan kebahagiaan dia. Dia layak untuk kebahagiaan hakikat.

Tak pelru lagi dikenang perkara yang dah lepas. Perlu teruskan hidup!

okeyh,mau siap. Nak unpack barang pastu g waterfront.
bye. ^_^

Friday, October 2, 2009

Seadanya Aku...


Adilkah,jika....
  • Kita berpura-pura menyintai pasangan kita,tapi hakikatnya,sikit pun kita tak ada rasa cinta dalam hati sebabb kita sebenarnya cintakan orang lain?
  • Kita mengahwini orang yang menyintai kita..serahkan kehidupan kita pada dia tapi sebenarnya hati kita tak pernah kita ikhlas berikan padanya?
  • Sanggup berlapar,berhutang,bergadai sebab nak penuhi permintaan orang yang kita sayang?
  • Kita sukakan seseorang itu...tapi dalam masa yang sama kita pendamkan rasa hati dan menjadi shoulder to cry on bila dia kecewa dgn pilihan hatinya?
  • Kita terpaksa berkorban demi kebahagian orang lain padahal diri dan perasaan sendiri terkorban?
  • Kita kena mengalah..menjaga melayan ego dan emo orang yang kita suka dan sayangi padahal dia tak amek kesah pun kita?
  • Menangis bagai nak rak...tapi org yang kita suka dan sayang tu buat tak tau je ataupun langsung tak peduli?
  • Memendam perasaan bila pasangan yang kita suka itu memaki hamun,mengherdik,memarahi, meninggi suara membuat sesuka hati tanpa pernah memikirkan perasaan dan hati kita. dan kita hanya diamkan sebab kita sayangkan dia?

Bahagiakah kita,jika..
  • Kita katakan kita bahagia melihat orang yang kita cintai gembira dan berbahagia dengan pilihannya sedangkan kita sendiri berduka?
  • Kita berpura-pura menyintai pasangan kita yg sebenarnya kita takde langsung perasaan terhadap dia?
  • Kita menipu hati kita gembira padahal kita sedih?
  • Kita sanggup buat apa sahaja,korbankan kebahagian dan kesenangan sendiri demi orang yang kita cintai, tapi dia tak pernah peduli dan hargai apa kita lakukan. Namun kita masih menanti dengan penuh harapan?
  • Asyik perlu mengalah tak kiralah kita salah ke tak...tapi balik-balik kita juga kena mengalah?
  • Cinta itu tak semestinya memiliki?

Gilakah kita,jika...
  • Kita sanggup ketepikan kesukaan,minat, hobi dan kawan-kawan kita hanya kerana dia tak suka apa yang kita suka?
  • Kita sanggup berubah...sanggup berdiet ikat perut..semata nak memenuhi kemahuannya..tak jd diri sendiri hanya kerana nak gembirakan pasangan kita?
  • Berjanji menggapai bulan dan bintang, tapi sebenarnya kita tak mampu pun nak laksanakan apa yg dijanjikan?
  • Kita sanggup lakukan apa saja..demi mengejar cinta yang kita ingini walaupun digelar gila,psiko,mereng,gatal,tak tau malu, terhegeh2 dan sebagainya?


Kalau itu ialah dikatakan cinta.....maka cinta itu tak seindah mana. Cinta bukankah memberi dan menerima seadanya serta melengkapkan sebahagian dari kehidupan kita??? Napa kita perlu seksa hati pasangan kita..dan dalam masa yang sama menyeksa diri dan hati sendiri?

Seadanya aku...

"Tak dapat ku kotakan
Seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang

Tak mampu ku berikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia..."




*okeyh,entry emo lagik! ^_^

Thursday, October 1, 2009

sakit.

Nak update blog. Ingat nak cite pasal pembolehubah dan pemalar. Tapi...kena KIV dulu. Kaki sakit. Luka,terbelah disebabkan kena kayu. sakit sangat. sedap sangat mengumpat kat facebook, sampai tak sedar kaki terkena kayu yang terkupil. dah la mata pun dah ce'mey,kata org utara. Sepet sebelah cam anak cina sbb sakit mata. Alergik ngan habuk tadi. isk isk isk....

Gile bisa pepagi hujan camni.

*sad*

*takde mood*

p/s: kan best kalau dia ada. Boleh nak mengada manja. Mesti dia akan pujuk. *sad+gedik*