Sunday, October 18, 2009

Open house dengan BEST TEAM di rumah Kak Sue.

Bila raya..mestilah tak lekang dengan open house kan? Dalam kesibukkan keje... sempatlah juga aku memenuhi jemputan umah kak Sue (kak suliati). tu pun...dah bising dah bebudak BEST TEAM pesan suh aku pergi sama. Lagipun kak sue dah jemput aku. Siap pesan lagi suh gi. hahaha....

So meeting point kat umah Walter..pastu bertukar plak ke Petronas dekat segi college tu. Ramai gak la...ada dalam 5 atau 6 buah kereta. botak ngan boy satu kereta..aku,ahnep ngan walter satu kereta,ben,michael,remy-masing2 satu kereta, marina and the geng satu kereta...then kacang, abe Joe ngan Bob masing2 bermotorsikal. Meriah terasa berkonvoi. dah macam nak gi wedding. hahaha...

Kat umah kak sue..mcm2 hidangan tersedia, tapi aku segan plak nak amik gambar makanan kat dalam rumah tu...malu plak org tgk. Tapi...kat luar plak ada BBQ. So...aku snap amik pic BBQ je. cam biasa..aku tukang amik gambar..tukang makan je. Keje sume geng2 BEST Team yang settle kan. Walaupun..ada yang lebih muda dari aku dalam BEST TEAM...stil diorg consider aku budak kecik. hahaha...nasiblah. hahaha




Walau apa pun..memang bestlah kat umah Kak Sue. Cuma slack sikit..sbb bleh plak terkena makan daging kambing BBQ. adoi! pening kejap kepala aku. Bukan tak tau...aku ngan kambing tu kan musuh ketat walaupun mempunyai ciri2 yg sama iaitu pemalas mandi. hahahahaha....

okeyh makan sampai tak hengat dunia..balik umah...semenatara nak menanti housemata aku settle mandi....akuyang pening2 kambing tu...dah boleh 'ter'nyenyak tido. sedar2 dah kul 10 pagi. hahaha...lawak giler. subuh entah kemana!

No comments: