Friday, October 2, 2009

Seadanya Aku...


Adilkah,jika....
  • Kita berpura-pura menyintai pasangan kita,tapi hakikatnya,sikit pun kita tak ada rasa cinta dalam hati sebabb kita sebenarnya cintakan orang lain?
  • Kita mengahwini orang yang menyintai kita..serahkan kehidupan kita pada dia tapi sebenarnya hati kita tak pernah kita ikhlas berikan padanya?
  • Sanggup berlapar,berhutang,bergadai sebab nak penuhi permintaan orang yang kita sayang?
  • Kita sukakan seseorang itu...tapi dalam masa yang sama kita pendamkan rasa hati dan menjadi shoulder to cry on bila dia kecewa dgn pilihan hatinya?
  • Kita terpaksa berkorban demi kebahagian orang lain padahal diri dan perasaan sendiri terkorban?
  • Kita kena mengalah..menjaga melayan ego dan emo orang yang kita suka dan sayangi padahal dia tak amek kesah pun kita?
  • Menangis bagai nak rak...tapi org yang kita suka dan sayang tu buat tak tau je ataupun langsung tak peduli?
  • Memendam perasaan bila pasangan yang kita suka itu memaki hamun,mengherdik,memarahi, meninggi suara membuat sesuka hati tanpa pernah memikirkan perasaan dan hati kita. dan kita hanya diamkan sebab kita sayangkan dia?

Bahagiakah kita,jika..
  • Kita katakan kita bahagia melihat orang yang kita cintai gembira dan berbahagia dengan pilihannya sedangkan kita sendiri berduka?
  • Kita berpura-pura menyintai pasangan kita yg sebenarnya kita takde langsung perasaan terhadap dia?
  • Kita menipu hati kita gembira padahal kita sedih?
  • Kita sanggup buat apa sahaja,korbankan kebahagian dan kesenangan sendiri demi orang yang kita cintai, tapi dia tak pernah peduli dan hargai apa kita lakukan. Namun kita masih menanti dengan penuh harapan?
  • Asyik perlu mengalah tak kiralah kita salah ke tak...tapi balik-balik kita juga kena mengalah?
  • Cinta itu tak semestinya memiliki?

Gilakah kita,jika...
  • Kita sanggup ketepikan kesukaan,minat, hobi dan kawan-kawan kita hanya kerana dia tak suka apa yang kita suka?
  • Kita sanggup berubah...sanggup berdiet ikat perut..semata nak memenuhi kemahuannya..tak jd diri sendiri hanya kerana nak gembirakan pasangan kita?
  • Berjanji menggapai bulan dan bintang, tapi sebenarnya kita tak mampu pun nak laksanakan apa yg dijanjikan?
  • Kita sanggup lakukan apa saja..demi mengejar cinta yang kita ingini walaupun digelar gila,psiko,mereng,gatal,tak tau malu, terhegeh2 dan sebagainya?


Kalau itu ialah dikatakan cinta.....maka cinta itu tak seindah mana. Cinta bukankah memberi dan menerima seadanya serta melengkapkan sebahagian dari kehidupan kita??? Napa kita perlu seksa hati pasangan kita..dan dalam masa yang sama menyeksa diri dan hati sendiri?

Seadanya aku...

"Tak dapat ku kotakan
Seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang

Tak mampu ku berikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia..."




*okeyh,entry emo lagik! ^_^

1 comment:

s.c.h.u.l.t said...

oh yes. cinta itu adalah luka. :D

btw,watdahek dengan cinta. watdahek. HAHAHA (oi! jangan nak buat perangai syud. ni bukan blog ko) oke oke. tak merepek T__T

merujuk pada status yang pernah lya buh dulu 'love is seeing an imperfect person perfectly' tapi itu applicable hanya jika kekurangan itu sesuatu yang tidak boleh diimprovekan. :)

apapon, berdoalah untuk yang terbaik. selainnya?

tadahkan dan pohon pada DIA sebanyak-banyaknya. :D