Sunday, October 6, 2013

Rain Sound


Kebelakangan ini, keresahan aku tidak dapat dibendung.

Apa yang berlaku sekarang, bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi untuk masa ini, adalah sesuatu yang sangat menakutkan dan mengelirukan. Aku jadi takut dengan perasaan yang dipinjamkan. Aku bimbang, keindahannya hanya sementara hakikatnya luka yang terhasil akan membuatkan ia lama.

Mungkin sekarang, aku dah dapat ruang untuk bernafas dari terus ingat Abang Amer. 5 tahun dah berlalu, aku rasa aku cukup kuat untuk tidak bepasak pada kenangan.

Tapi kenapa perlu ia datang lagi?  Dan datang dalam keadaan yang amat parah pula tu!

Aku tak mahu hanyut...sbb aku nampak tiada penghujung untuk ini. Aku perlu kuatkan diri sedaya-upaya yang mungkin. Aku  perlu letakkan penamat. Supaya tidak terluka lagi biarpun aku tahu jalan mana yang aku pilih, aku masih yg paling teruk akan terluka. Sekurang-kurangnya aku nak hidup dalam realiti. Bukannya fantasi atau kenangan. aku dah tak sanggup menangis lagi. Cukup-cukuplah!

So now,starting from today.....aku mesti elak dia. Sebaik mungkin!

Selebihnya, aku serahkan pada Allah.




No comments: