Saturday, January 12, 2013
12 hari
Hari kedua belas dalam tahun baru, dan merupakan tahun ke-lima bg blog ni.
Dulu, mula-mula aku menulis di sini selepas aku menjalani pembedahan. Diam tak diam, dah lima tahun la juga berlalu. Tak perasan sungguh.
Cuma,setahun dua ni, semenjak aku sangat berkerja dgn aktif di salah sebuah syarikat suratkhabar berbahasa inggeris di negara, aku semakin sukar menulis. Banyak perkara yang aku,aku lebih rela diamkan daripada menulis di sini. Satu perubahankan?!
Mula-mula, aku ingatkan kerana kesibukkan,aku jarang masuk ke sini. Tapi bila dilihatkan kembali, jika ada masa senggang pun..aku tetap tak banyak menulis. Banyak perkara yg berlaku dalam kehidupan,yang aku rasa lebih baik di diamkan sahaja dari berkongsi. Ataupun,sekadar berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan terdekat.
Kebelakangan ini juga, aku sering teringat kenagan-kenagan lalu dan betapa aku dan kawan-kawan sudah jauh melangkau dari zaman kami bersekolah, zaman university, zaman cinta monyet...cinta yang menyakitkan,alam perkerjaan dan alam berkarier. Antara begitu banyak masa dan zaman, majoriti kawan-kawan aku sudah melangkau zaman berumahtangga dan ada begitu bertuah sudah bergelar ibu dan bapa sepanjang tahun 2012 yang lepas.
Antaranya,
Sue Hafiz
- Dah selamat dgn 2 anak,anugerah dari cinta pertama dan terakhir dia.
Nurul Huda
- expecting and insyaallah due bulan March ni.
Faezah Farah, Zuwairi, Ain
- Engaged and counting days and nights
Adda Naziri, Firdaus
- Selamat sudah meng"upgrade" status sebagai "isteri"seseorang.
Along Qaira
- Dah jadi papa kepada si cute Firra Nur Kayissa dan automaticnya aku upgrade status jd Auntie Lya! LOL
Aku pula. sibuk dengan kerja dan aktiviti aku seharian. Macam biasa. Cuma sekarang aku melangkah lebih laju dan jauh dengan kerjaya aku. Syukur,alhamdullilah..dengan adanya keluarga dan kawan-kawan tersayang. Harap-harap aku boleh melangkah lagi jauh lagi.
Dalam kesibukan ini juga, syukur keatasNya,aku dapat melepaskan bayangan Abang Amer sepenuhnya.
Sesungguhnya, dia tidak ditakdirkan untuk aku kerana kemungkinan ada yang lebih baik untuk aku menanti dihadapan. Dan untuk itu, aku pasarahkan sahaja pada Allah s.w.t. Aku doakan Abang Amer berbahagia dan bergembira hendakNya. Cukuplah dengan segala kesedihan yang dia dah lalui. Dia sepatutnya bergembira :)
Untuk kesemua rakan-rakan dan orang yang mengenali aku, bersempena tahun baru ini...aku ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga di atas segala yang terjadi..baik dari segi kata dan perbuatan yang sengaja atau tidak disengajakan.
Kepada yang aku pernah sakitkan hati..yang pernah aku mainkan perasaan, aku susun ampun dan maaf.
Aku harap, tahun baru ini, insyaallah akan ada banyak perkara baik yang menanti aku dan seisi sekeliling aku.
Aku tinggalkan entri kali ini dgn video dari BigBang. Ops,jangan salah paham...aku bukan peminat fanatik BigBang. Tapi makna disebalik lagu ini..yang buatkan aku suka lagu ni.
Lagu ini..dan situasi aku kini..sekarang,tak banyak bezanya.
Bye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment