Hati aku, fikiran aku sekarang memang dah macam beat lagu kat atas. Kelam kabut, bersepah,penuh kekeliruan tapi gembira-la.
Baru-baru ni aku terfikirkan sesuatu. Betul ke boleh demam di sebabkan rindu?? Well, jujur aku cakap...aku kalau demam mesti pasal aku banyak main panas dan hujan.Aku ni sensitif sikit kalau bab lama-lama berpanas dan berhujan. Memang cepat la dapat demam.
Tapi bila kau rindu seseorang sampai demam panas. Wujud ke situasi tu?? Boleh sesiapa berikan relevannya kat aku?
Oh ya...jangan fikir bukan-bukan. Memang aku demam panas sekarang. Tapi bukan pasal rindu kat sapa-sapa. Punca aku demam adalah sebab main hujan lama sangat waktu kenduri rumah Kak Noris. Siap basah melampau redah air. Lepas tu ber"air-cond" pulak ke BTS. Memang la aku cepat sangat demam.
Dan bila officemate aku mengusik aku yang aku ni demam rindu kat seseorang..then mula aku terfikir. Wujud ke situasi ni. Btw,aku tak ada yang dikatakan "seseorang" tu nak rindu2. Paling-paling pun nak rindu..mak ayah aku. Tapi tu agak mustahil la kan sebab baru je balik dari cuti panjang kat Penang =)
Cuma...ada satu manusia ni di satu hari dia cakap kat aku yang dia terasa nak demam juga pasal tgk aku demam dan tak aktif. Nak tergelak pun ada...nak sambung demam pun ada. Hehe....
anywa..aku nak cari seorang kawan lama. Yang dah lama terpisah. erm...aku ada hutang nak selesaikan dgn dia. (oh ya...jangan baca macam bunyi yakuza nak cari pasal). Ni memang betul2 hutang yang aku dah berhutang dgn dia.Walaupun..hutang budi dibawa ke mati...aku harap aku dapat buat something kat dia. Macam mana boleh lost contact, erm..sbb sesuatu berlaku dan aku pulak dapat temporary amnesia. dan sekarang...ingatan tu semakin menganggu hidup aku.
Muka kawan aku ni..saling tak tumpah.....sama macam Kenta Kiritari( sila google image kalau nak tahu siapa Kenta). Graduated dari UM. Aku harap dia still ada kat Malaysia lagi.
Erk..kesan dari temporary amnesia, aku macam kena possessed.. kemaruk lagu2 kpop. ekekkeh....gurau jer!
Ok lah...nak kena off dah. Nak siap jumpa Mak Uda dekat Coffee Bean.
Yosh! Bye.
No comments:
Post a Comment