Monday, April 8, 2013

Awan Nano


Music Background : Sad touch by No Min Woo. 


Terlalu banyak rasa sedih hinggakan satu pun tak terkeluar.

Kepada yang mendoakan,aku harap kalian terus doakan kesejahteraan dan kekuatan "awan nano" aku.
Supaya dia terus kuat untuk berjuang. Supaya dia cepat bangun dan berdiri. Supaya dia cepat bercakap..berdiri..berjalan dan berlari.

Aku rindu puding jagung awan nano.

Aku rindu kena marah dgn dia pasal jodoh.

Aku rindu kena perli sebab sibuk berkerja.

Aku rindu jadi perlarian di rumah sewa dia.

Aku rindu nak study dengan dia.

Aku rindu nak peluk dia....tidur sebelah dia sambil bercerita sehingga ke pagi. Bergossip, bergelak pasal MIL.

...dan kerana dia, aku kena kuat supaya dia juga kuat, kerana dia juga aku kena berhenti menangis dan sentiasa senyum supaya dia terus kuat.

Ya, kerana dia..aku kena kuat walau macam mana pun.







No comments: