Wednesday, December 31, 2008

tahun 2008 kian berlalu,2009 mengambil alih....


Pejam celik..pejam celik..tahun 2008 dah hampir berlalu....hanya tinggal beberapa jam dari skrang. Saat ini, aku di opis.
Aku kira terlalu banyak kenangan yang aku lalui tahun ini. terlalu banyak pahit dari manisnya. rentetan dari kepahitan itu, blog ini jadi saksi. tempat aku meluahkan segala rasa isi hati yang terbuku di jiwa. Gembira,suka dan duka...tangisan semuanya disini. Malam ini..bila aku tidur, aku di tahun 2008 dan sebaik sahaja aku membuka mata, aku berada di tahun 2009.
2009..aku harap bawa satu perubahan...satu anjakan paradigma.
banyak perkara aku akan hadapi secara keseorangan mula ari ini. Tapi perkara itu semua bukanlah sesuatu yang akan membuatkan semangat dan keazaman aku berhenti setakat ini. perjuangan ini akan aku tetap teruskan...walau banyak halangan yang berada dihadapan. Insyaallah..dengan izinNya..aku percaya2009 bakal membawa banyak perubahan..insyaallah..harap2 camtu la..
2009..terlalu banyak impian dan harapan aku anyam..
dan seseorang aku sayang itu...aku masih menantikan mereka-mereka yang amat aku sayangi.

ok..sebagai satu pembaharuan...patut atau tidak aku tukar blog skin??apa pendapat anda?

Sunday, December 28, 2008

senyum

Gila..gila..gila......! tu je aku boleh kata.
Aku sedang tersenyum. Aku sangat rindukan dia!
Tu je boleh aku kata saat ini....

dan aku..masih lagi tersenyum, sejak bangun tido tadi...


ahhh..semua hanya khayalan. Tu la..byk sgt pengaruh persandingan mawi ngan ekin!

Friday, December 26, 2008

R-A-N-T-A-I


Aku dah mula menulis novel. Baru dua chapter. Tajuk novel ku rantai. Gambar di atas adalah cover untuk novel aku. tagline aku untuk novel ini:

Mengapa harus bertemu, jika akhirannya satu perpisahan???

Jawapan pertemuan itu ada pada kamu...
Pilihan perpisahan itu ada pada kita...
Penantian bukti setia..
akhiran Dia yang menentukan...

Cerita ini aku berikan penekanan pada watak utama, Najihah, seorang budak kampung. Kisah ini semua tentang pertemuan dan perpisahan..seperti yang aku bagitau angah. Angah ketawa bila aku bagitau,aku akan selitkan juga kisah angah..walaupun tak semua perkara aku tahu tentang angah. aku baru mula dua chapter,aku harap lepas ni aku akan lebih disiplin dalam menulis dan menyiapkan novel pertama aku ni. kan cita-cita aku nak jadi penulis.

semoga berjaya hendaknya.!!! Amin.

bagi yang nak membaca kisah Rantai... klik la kat cover novel di atas.


Peringatan : cerita ini hanya satu rekaan, jika terjadi persamaan dari segi nama, watak adalah secara kebetulan belaka. Tiada kaitan,antara hidup atau mati.

Selamat mengikuti rantai!

Happy Birthday dear!!!!


Dah lama aku tak update blog. mesti ramai yang dah mula tanda tanya. aku seperti biasa...sehat. gembira? entahlah..seolah-olah tiada jawapan untuk itu. selagi aku boleh ketawa dan bersenyum, aku akan terus ketawa dan senyum. Oh ya.....terima kasih kepada para sahabat dan rakan-rakan yang mendoakan kegembiraan dan kebahagiaan aku pada hari lahir aku hari ini. si kembar,fatah seperti biasa..im,joni,caha,aisyah, ain, izan, fairuz,ahnep, elly,qai, syud, taufiq yang jauh di US, angahlinda, Zar,yumi,kamal,abang din dan semua-semualah yang tetap mengingatiku. oh ya..juga tak di lupakan amy (dewi muse) thanks....! Pada mama dan abah,terima kasih kerana melahirkan aku ke dunia ini. hadiah paling istimewa aku adalah mempunyai ibu dan ayah yg sebaik seperti abah dan mama,serta mempunyai abang dan adik yg sgt menyanyangi dan memahami ku. Syukur,alhamdullilah.

Kala aku menulis ini,aku berada di kampung di Penang. Aku pulang jumaat lepas,sebab kenduri kak fara yang juga buat di rumah aku. Aku dan kak fara serta adik beradik kami membesar sama-sama, kemudia bersekolah rendah sama-sama. Kak fara dah macam kakak aku, ekceli kami mmg ada sangkut paut pun..sepupu sepapat gak la. Kenduri kak fara sangat meriah, ketika aku tiba di rumah, majlis berinai sedang dilangsungkan dan aku dengan 'gamble'nya selamba je g majlis berinai pakai jeans dan cardigan hitam pastu tudung fav aku. hari sabtu keesokkannya pula, majlis walimah di mulakan dengan marhaban,kemudian persandingan dan makan beradab dan acara potong kek. sangat meriah..apatah lagi di meriahkan dengan karaoke dari Pak Teh. Sebelum acara berakhir,abang zan dan kak zie menyampaikan dua buah lagu secara berasingan dan acara di tutupi dengan nyanyian dari pengantin dengan lagu senja nan merah. ehehhe..cute bangat akak aku ni!!! terlalu pantas masa berlalu...cuti pun dah nak abis. Aku akan segera pulang ke Shah Alam. Class dah nak mula selasa ni, lepas tu kembali bercuti. Oh ya..syukur juga, keputusan peperiksaan aku naik kali ini. Semoga ia kekal naik hendaknya dan kini...aku sedang meninjau beberapa universiti di US. antaranya....aku dah tgk Lancester,Wincosin dan WDC Uni. tinjau dulu....insyaallah,kalau ada rezeki tahun depan aku akan sambung master pulak kat sana. oh ya...bila Amy (dewi muse) sms aku...buat aku teringat pada Firdaus (Le eden) agaknya..dia dah abes blaja ke blom ek?? semoga mereka berdua berbahagia selalu. Daus, aku tak pernah buang kau dalam hidup aku. kau tetap kawan aku selamanya!!!

again...thanks for all the wishes!!

p/s: also hepi besday to u kembar,FATAH!!!!

Wednesday, December 10, 2008

Kau takkan mengerti kerana aku Bella Swan yang terpaut pada Edward Cullen...





Down to you,
You're pushing and pulling me down to you.
But I don't know what I,
Now when I caught myself, I had to stop myself.
I'm saying something that I should have never thought.
Now when I caught myself, I had to stop myself.
From saying something that I should have never thought of you.
You're pushing and pulling me down to you,
But I don't know what I want,
No I don't know what I want.
You got it, you got it,
Some kind of magic.
Hypnotic, hypnotic,
You're leaving me breathless.
I hate this, I hate this,
You're not the one I believe in.
With God as my witness.
Now when I caught myself, I had to stop myself,
I'm saying something that I should have never thought.
Now when I caught myself, I had to stop myself,
From saying something that I should have never thought of you.
You're pushing and pulling me down to you.
But I don't know what I want.
No I don't know what I want.
Don't know what I want.
But I know it's not you.
Keep pushing and pulling me down,
But I know in my heart it's not you.
Now when I caught myself, I had to stop myself,
From saying something that I should have never thought.
Now when I caught myself, I had to stop myself,
From saying something that I should have never thought of you.
I knew, I know in my heart it's not you.
I never know what I want, I want, I want,
Oh no, I should have never thought.


kerana aku telah biasa dengan kegelapan...maka aku ingin terus dalam kegelapan.biarpun disimbah cahaya kegembiraan,aku lebih selesa kaku dalam kegelapan ditemani kebaikan dan keburukan diri sendiri.
Bukan aku tak mencuba..tapi aku dah penat mencuba,dan buktinya kau juga menyisihkan aku jauh.Dari sayang...kuasa kegelapan itu buat aku jadi mual melihat kamu..langsung aku menyampah dengan bodoh sombong kamu..diam dan hanya berani berkata belakang!
Salah ke jika aku ingin menjadi bella swan memiliki cinta edward cullen yang mustahil? Kalau kamu ingin ketawa dengan angan aku...lalu aku ingin kata..betapa bodohnya kamu. kerana ia impian dan angan aku..siapa kamu untuk mengata,menyindir aku tentang impian dan angan-angan aku. barangkali kamu akan kata aku keji...tapi aku rasa kamu lebih keji....pendusta. sekurang-kurangnya..diam aku berasas dari kamu yang memungkiri janji.
kalau kamu rasa..kamu sudah cukup hebat bersama...aku boleh katakan..jelek aku mendengarnya...kelakar. hentikan lawak bodoh kamu...aku dah tak tahan nak ketawa!

Monday, December 8, 2008

Erti pengorbanan...


Aidiladha menjelma lagi. Memandangkan pengarah akan ke UK selama sebulan, office menjadi kelam kabut dan banyak tuntutan pembayaran serta perlantikkan pemangku tugas perlu di laksanakan. Apatah lagi,minggu depan aku akan mula bercuti panjang sebab kenduri kahwin kak farah dan kak dzu, maka aku tidak dapat bercuti. Minggu ni office kosong..dan aku terpaksa menjaga pentadbiran office. Pendek kata,pengarah tak ada...aku la pengarah besar. ehehehe.....

Mula-mula aku rasa, tak ada apa sangat kalau tak balik raya ke kampung di Penang. Bebudak umah sume dah balik kampung sejak cuti semester lagi. Cuma aku je yang berkerja,maka aku masih di rumah. Malam raya, terasa keheningannya. Hati dah mula syahdu. Tapi mujur,ada rakan-rakan di kapasitor dan seseorang yang jauh di France menamani malam aku di internet. Ye, dia juga tak dapat balik raya. Bukan sahaja aidiladha..bahkan aidilfitri dia pun di sana. Sekurang-kurangnya...dia ada 12 orang rakan-rakan senegara yang menemani dia di sana.

pagi ini bila aku bangun, aku rasa sangat syahdu. Mesej ucapan hari raya silih berganti. Aku cuma tersenyum..pura-pura kuat! kalau ikut plan asal, aku boleh je pergi marathon movie kat panggung wayang. Tapi entah napa malas sangat nak pergi. ketika itu lah aku mula teringat...saat dan ketika ini pastinya aku sibuk membantu mama di dapur masak nasi tomato. kemudian seawal pagi, aku akan mengisi kuih dalam balang untuk saudara-mara yang datang..kemudian menonton tv bila keluarga aku ke surau utk tgk upacara korban. aku tak boleh pergi..sebab nanti kalu aku dah mula menangis tengok lembu tu dikorbankan...susah nak henti. petang pula,daging korban akan di agihkan, so time tu boleh la dengar macam-macam plan nak buat dengan daging tu. namun yang pastinya, mama akan masakkan aku nasi daging. nasi daging mama sedap. gulai daging, then air asam campur tomato. (aiyak..perut aku dah berbunyi...)

aku selalu merungut pada mama. banyak betul yang aku bebelkan sampaikan adik tergelak dengar aku membebel setiap kali balik beraya. tapi hari ini...aku keseorangan dalam umah ni. sedih...takde mama,abah,adik dan along. tak ada kuih raya..tak ada nasi himpit yang merupakan satu kemestian ketika beraya,rendang ayam...sedihnya. aku tak tahu dah bape kali aku sebut perkataan sedihnya.

Sekarang aku mengerti perasaan dia bila dia kata sedih tak dapat beraya ngan mama,papa,adik-beradik dia. aku juga mula rasa kenapa parcel dari malaysia itu amat bemakna pada dia...betapa rendang ayam kegemaran dia itu amat dinanti pada hari raya...semuanya amat bermakna pada mereka yang berjauhan dari keluarga di hari raya. Tapi...itu lah erti pengorbanan. Berkorban...dan kita pasti akan lebih menghargai ahli keluarga kita.

syahdunya perasaan ini...agaknya bagaimana perasaan nabi ismail(betul ke nabi ismail??) ketika mengorbankan anaknya dahulu. pastinya maha hebatkan.....aku sendiri pun terasa syahdu berjauhan dengan keluarga tercinta. tahun depan,aku tak peduli..mesti balik raya juga. tak kiralah...raya aidilfitri ke..aidiladha...raya gongxi fatt chai atau depavali sekalipun. Krismas ni aku akan berada di kampung. Untuk bersama insan-insan tersayang pada hari lahir aku.

wei..airmata..berhentilah mengalir!!!!!!!!!!!!

Sunday, December 7, 2008

cuba kosong!

Aku kekurangan idea nak menulis....dan juga sedang sibuk mengukur dan menganggar kedai-kedai yang menjalankan megasale. yup! cuci mata...sebagai alasan untuk mencuci hati yang sedang amarah terhadap seseorang!
dan..lagu Faizal Tahir yang tersenarai dalam Juara Lagu kategori Balada,bertajuk Cuba itu bermain di kepala otak aku!!!

coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau anggap
bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati
dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar senang kau merasa
siapa sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu
coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata kau
bila ku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa
maafkan kerana ku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat ke mataku



argh! emosi lagi.

oh ya..tak lama lagi hari lahir aku. aku dah tak sabar menghitung hari....

Friday, December 5, 2008

being tag again!

Aku di tag oleh incik Jojo. 10 perkara tentang diri aku!

ok la....
1- unpredictable person.buat ikut suka hati je.
2- kalu tgh sedih suka cuci kain...ahahhaha
3-sangat sensitip dan manja
4- addicted to internet specially kapasitor and blog
5-twilight la satu2 cite yg lya g tgk kat muvie sampai 2 kali..insyaAllah..sok lusa nk tgk lagi pastu beli DVD dia!! so suka gile cite twilight ni!
6-suka gile warna hijau. dlm 20 helai baju kurung dalam almari...2 je kaler biru,1 warna itam, 1 warna purple..lain sume hijau!
7-paling tak suka sayur tauge ngan bubur nasi
8-tak makan MCD kecuali aiskrim ngan fries je.
9- suka dengar lagu.kalu nk study kena dengar lagu kalu tak..mmg tak jalan
10- paling benci PHP dan coding programming..ahahhahah

seterusnya, saya akan petik nama 10 orang pula untuk meneruskan tulisan ini. Orang-orang yang saya pilih selepas ini sila tulis 10 fakta tentang diri anda. Ni untuk suka-suka aje.. kalo busy macam mana pon, kena tulis jugak! Lepas anda tulis tentang diri anda, sila petik 10 nama yang lain pula. Sesiapa yang telah dipetik namanya, tak perlu buat untuk kali ke-2 :D

so now time for petik2 plak ek...
1-aisyah1987
2-zinggof
3-enarif
4-xr
5-kapitan
6-fairuz ftmsk
7-didi
8-apei,budak kampung
9-angahlinda
10-abang firdaus,pakwe angahlinda...

agagaga.....

Thursday, December 4, 2008

Disember sepatutnya menjadi bulan kegembiraan ku...

Percutian yang singkat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, kunjungan rakan-rakan silih berganti..kisah luka yang ditinggalkan...secebis ingatan dari cinta lama yang tak kesampaian...silih berganti mencengkam hati aku. Patutkah aku membenci kamu?atau saja bencikan diri ku.

betul kata seseorang,kalau hidup boleh di draft,kemudian draft yang sempurna boleh di publish...yang kurang sempurnanya akan kekal dalam kotak draft, manakala...yang penuh kecacatan,akan di humban ke dalam thrash bin. kalau la hidup semudah itu...

Aku tidak terlalu sebuk, tetapi mencari kesibukkan dalam kesenggangan. Aku tidak mahu kelukaan memenuhi ruang minda dan hati ku, lalu membunuh jiwa aku.

Aku semakin tahu apa yang aku mahu dan inginkan...aku semakin jelas apa yang aku perlukan...biarpun masih kelam dengan pencarian sebuah jawapan yang aku nantikan selama ini...

Disember,mungkin bukanlah bulan yang menggembirakan beberapa pihak...tapi pada aku,aku sangat sukakandisember.Tapi tak lama lagi, hari lahir aku akan menjelang...dan disember gak, salji akan mula berguguran di beberapa tempat.

Aku bahagia..dalam kesedihan...
Aku gembira..dalam keriuhan...

oklah...need to bed. ngatuk gile.sok keje!