Tuesday, December 28, 2010

My birthday..and weddings in December.

26 December 2010- just a day after my birthday...such a happy day. Congratesss kat Kak Diah Hanum and Abang Yat.

takyah banyak cakap. just tgk pics je la. bak kata perpatah...a picture describe 1000 words. Credit and thanks kat jurugambar rasmi kak Diah,juga kawan kak Diah...dan juga consider as kawan aku gak la...sbb Kak Diah intoduce kan la. Kalau nak tgk pics yg cantik atau nak amek official photographer...bleh la tgk2 blog saudara kita ni. www.jusrijumi.blogspot.com.





Damn nice kan!! hehehe..


Tapi best sangat...sbb time wedding tu..dapat jumpa Fatah...CheNor.. Loko dan wifey serta pengantin baru,Kamal dan wifey. fun sangatttt dapat lepak2 borak2....eventhough a bit awkward sbb aku bawa Fiq sebagai teman.anyhow..thanks to Fiq sbb temankan aku.

wedding kamal vs Nuur Fatimahtul Zuhra dan wedding Amir vs Salmalina aku tak dapat attend disebabkan kengkangan keje. But how ever..special attribute for them as well. Wedding Kamal dan Amir..pics sume aku grab je dlm fb. hehe...jgn marah.


wedding Kamal and Nuur Fatimahtul Zuhra...



wedding Amir and Salmalina Salleh:-



Congratess untuk semua....semoga berbahagia hingga ke anak cucu.

My turn? hahah.....entahlah wallahualam. skrang ni pun dok pikir sedia ke tak nak pikul tanggungjawab lagi. Ahahahaha...

Insyaallah....soon to be la kot. skrang adalah masa utk perbaiki diri dahulu.

oklah..aku rasa...ni update terakhir tahun ini. Insyaallah tahun depan..another new year utk aku. 25 December...baru je lepas birthday aku. Thanks for those yg ingat dan wish. Hadiah takyah cakap la kan...hahahaha.. Damn fun!

Ok la..til here. Jumpa lagi tahun depan.

Selamat tahun baru...dan dengan azam baru. tahun ni punya azam pun aku dah lupa...hahahahaha....

bye.

Wednesday, December 15, 2010

Semi-officially..she's yours....

Ok...speechless abes.

Diam2 makcik sorang ni dah selangkah maju ke depan. Congratess and i'm so happy for u, cik dzulieza and Reez. Diam2 sungguh...last gath dulu...nampak sangat aku yg akan bertunang dulu..skali tup-tup dia yg tunang dulu. Anyhow..congratessss sangat2 la.

Tak sabar nak makan nasi minyak cik kak sorang ni.

5 years back...hujung tahun 2006, kami mula kenal. Dia kawan sebilik aku ketika orientasi atau Minggu Mesra Siswa kat UiTM. Masa tu kami sama buat degree kat Shah Alam. Aku amik MIS dan Lieza amek Physic.

walaupun berbeza course.fakulti dan kampus..persahabatan kitaorg tetap kukuh..apatah lagi lieza sama faculty ngan angah aku.

Lepas abes blaja...kami keep in touch by FB,Phone atau blog. melalui kemudahan teknologi ni...persahabatan kami masih kekal biarpun Lieza di Kuching,aku kat PJ..masing2 sibuk dan tenggelam dgn arus masa dan kesibukkan.

oklah..ni dua fav pic waktu lieza tunang yg aku grab dari fb dia. comel kan??





oklah....last but not least..lagu ni utk cik Dzulieza Halib. semoga dia berbahagia dan semoga tempoh pertunangan ni..semuanya berjalan lancar bagai yg dirancangkan.Amin.




Saturday, December 11, 2010

Updates...

Kerja dan kerja dan kerja....tu rutin seharian aku. Nak online pun cam lambat je..nak update status ni..tuhan je la tau. bercinta sungguh.

Life tak banyak berubah....biasa melainkan kerja yg tak pernah abes. most probably..aku akan tukar department. Masuk Corporate dept. Tapi tu pun..aku tak decide abes2 lagi. see how first.
Cite pasal keje....ada satu kejadian berlaku baru-baru ni. Seorang graduan dari UiTM jurusan Accounting. lelaki...baru je mula keje kat tempat aku. ada la dalam 3 minggu. Starting dari 1st day dia kerja...aku dan staff yg lain selalu monitor dia. masyaallah..dia punya kerja memang palinggggg slowww habis. pada aku tahap lembap teramat-amat. Aku dah settle kan beberapa kerja dia masih lagi terkial nak abeskan satu kerja. Bila tanya paham ke tak...angguk je. tapi cam tak paham je lagaknya. nak tunggu dia bertanya..haram! takdenya nak tanya. At least setelah banyak sangat complaint...maka aku pun tegurlah dia. bukan tegur sbgai bos dgn staf...tapi cam tegur adik2. Dengan nada yg abes lembut..aku cakap cam ni.." Saya tengok awak ni lambat sangat buat keje. boleh tak cepat sikit..." apa yg jadi lepas tu...dia menangis...dah esoknya dia tak datang dan kemudiannya di susuli dengan surat resign. Aku dan staf2 lain dah kaw2 gelak...tegur sikit pun dah menangis macam mati laki... pastu staff yg sorang tu pun cakap..dia anak mak. So..kalau anak mak takyah keje??? aku pun anak mak gak..anak ayah juga. ramai je kat luar tu anak ayah anak emas mak...tapi boleh je keje. dahlah bangga gile dgn ijazah dia...tapi keje haram takleh buat...lelaki menangis sbb kena tegur. Bukan kena marah k..kalau kena marah tu lain la..ni kena nasihat je. sorry la...dgn segala hormatnya...aku tak perlukan staff yg lembik camni. sabar je la ngan graduan2 skrang. pantang kena tegur.

sorang lagi praktikal trainee kat tempat aku. Belagak tahap nak mampus. bajet belajar International Business...ada org kisah kat ko? sedangkan kat tempat tu..ramai lagi ada master. entahlah...tak paham aku dengan graduate skrang ni.

ok stop cite pasal tempat keje. perut dah lapar..mau g makan.


daa. nnt update lagi. hehehehe

Saturday, November 27, 2010

Stability..

Dah sampai masa....aku kira.

Follow je la flow!



oh ya...sudah dapat advanced birthday present. hahaha...
Gembira overboard. Thanks ye. hehehe....

Friday, November 26, 2010

scrap book mode...


Sekarang mode tgh rajin giler buat scrap book. Banyak betul gambar nak di lekat2 kan..pastu dengan marathon Ghost Whisperer start dari season 1 sampai latest season and episod...then the PS2 nak completekan Aragon's Quest (Lord Of The Ring)..pergh mmg buat dunia aku happening.


Tapi dalam masa yang sama.....aku rindu sangat dengan si kecik Aisya Fatiha.

Oh ya...abg Rizwan(sepupu) aku akan kawin next week..tapi too bad aku tak dapat balik. hehehe....Oh ya...gambar wedding dik nor pun aku tak upload lagi. Nanti la bila senang...


hehehe...blog pun dah lama tak jenguk. Nasib la..sejak cik lappy buat hal...dan sementara aku nak beli lappy baru..bercinta la nak buka internet.

Apa pun....aku still akan posting blog juga.cuma mungkin dah tak cam dulu la kot..


hehehe....

Wednesday, November 17, 2010

Apple Pie Sugar Plum Darling..

Here we go...end up, aku dapat juga upload my first official anak sulung. After 3 months... finally... hahah.

Kata orang tua-tua...baby kalau baru lahir tak elok amek gambar..tetambah la this small princess ni lahir tak cukup bulan.

Only 7 months..alhamdullilah..sihat dan nakal..




Nama diberi Aisya Fatiha..now dah 3 to 4 months. Ok..ini tuan puteri sangat emosi melampau... membuli dia adalah sangat best. Even dia baru nak masuk 4months...tapi dia aktif and pandai. She so full with trick specially kalau nak kasi dia tidur. Suppose to be baby by this age asyik tidur je..tapi si Aisya Fatiha ni asyik nak main je....

Pastu pandai demand plak. Kecik2 dah pandai demand...ceih...

Anyhow....so happy to have her. May Allah bless her always and she become a good and intelligent princess in future so.

oklah mi querida..sugar honey...love you always Tiha.



Monday, November 1, 2010

BEST Team dalam kenangan..

Bila mendengarkan atau terbaca tentang BEST Team..mesti ramai tertanda tanya. Apa tu BEST team..best sangat ke?? BEST Team ialah salah satu divison dalam company aku. atau lebih tepat ialah Bookfair,Exhibition,Training and Seminar Team.

Department ni tidak lah besar mana...cuma 13 orang sahaja...dan setiap seorang mempunyai karenah masing-masing. Tapi karenah dan perangai masing2 tu lah menjadi sumber kekuatan dan mengeratkan lagi kami bersama selama ini...

Dibawah..adalah sebahagian ahli BEST yang sudah menjadi sebahagian keluarga aku yang berkongsi suka dan duka aku bersama. Menjadi penyeri...racun dan penawar dalam kehidupan aku...yang menjadi sahabat dan rakan sekerja... yang mengajar aku erti hidup susah dan senang bersama...

Mereka adalah mereka yang tidak pernah berpura2 menjadi orang lain..dan mereka menerima seadanya aku...



-Benjamin Leow ( Ah Ben atau Ben 10)
Berpangkat senior executive. Baru sahaja menamatkan zaman bujangnya. Seorang bos yang baik...yg sentiasa lead by example. Takde masalah nak lepak ngan staff bawahan..mmg hampeh punya bos. Dikenali dengan nama Ben Leow, Ah Ben atau Ben 10. Tapi latest name setelah berkahwin ialah Apek. hahaha...

- Raymee Azlan (Raymee)
Bekas supervisor BEST. Baru sahaja menamatkan zaman bujangnya baru-baru ini. Mulut yang sangat bising...suka bebel mengalahkan mak nenek, tapi seorang yang sangat baik hati dan bersifat ke "abang"2an. Sabar je la.... Walaupun dah lama meninggalkan BEST, namun dia tetap BEST Team sejati...tak lokek hulurkan bantuan jika memerluan.

-Mohd Faiez Hassim (Kacang)
Menjawat jawatan sebagai supervisor. Mesra dikenali sebagai kacang. Kalau ditanya kenapa nama panggilan kacang..jawapannya adalah..."panjang ceritanya...." hahaha. Masih muda dan single mingle...seorang yg kelakar, penjimat dan nakal. kalau tengah susah hati..lepak ngan dak kacang ni..sure ilang sume stress sbb gelak je keje.


- Botak (Harul Razimi)
Jawatan yang disandang adalah asst supervisor. Bila ada event, dia akan bertugas sebagai chief cashier. Seorang yang panas baran...tetapi kalau dengan perempuan pemalu habis. Walaupun dikenali dengan nama Botak, tapi beliau tidak botak orangnya.
-Joe (Joe chak...)
Ok..yang ni aku lupa nama betul dia. Tapi lebih mesra dikenali sebagai Joe Chak. juga seorang B&E Asst. Berasal dari kelantan...and sorry not longer available. Juga bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.
-Mohd Ridho (Ridho )
Berasal dari Kelantan. sangat patriotik dgn negerinya. Baru sahaja bertunang dan dijangka akan menamatka zaman bujangnya tahun hadapan. Position B&E asst dan kadang2 jadi driver lori kalau time2 takde transport. hahahaha..

- Bob
Yang gagah perkasanya ni dikenali sebgai Bob atau Abang Bob or B'Bob Bob atau juga Bob the builder mahupun abang sideburn macho. Position selaku B&E Asst. Nampak garang...tapi dalam hati ada bunga.
-Mohd Fadhil (Zek)
Masa banyak merubah segalanya. Zek adalah orang paling baru dalam Team kami. Mula-mula, memang susahlah nak melayang karenah dia. Cakap asyik nak menang. Tapi, dalam apa pun situasi susah dan senang dia masih bersama BEST. Dan perlahan-lahan dia mula berubah kepada lebih baik dan kini beliau sebahagian dari keluarga BEST. Position disandang B&E Asst.

-Mohd Aqib B Yusof (Akib atau Along)
Hero Pantai Dalam yang comel. sebaya adik bongsu aku..bahkan aku dah anggap dia sebagai adik aku sendiri. Pemalu orangnya...tapi kelakar sangat. Nak rapat ngan dia mmg amek masa...tapi lama kelama2an boleh la kawtim. Asalnya dia budak HD tapi lepas tu dia tukar masuk ke BEST. Not longer with BEST tapi dia tetap sebahagian keluarga BEST Team.


-Muhammad Zurin (Zurin)
Berasal dari Petaling Jaya,Selangor. Anak sulung...sangat kelakar dan baik hati. mempunyai senyuman yang manis. umah aku ni..dibuat macam umah dia..bahkan mak bapak aku pun dah macam mak bapak dia. walaupun sekejap sahaja dia bersama BEST Team...tapi dia tetap BEST seumur hidup.
-Walter Tan
Bekas chief cashier dan senior executive BEST. Happening..baik hati. Even dah macam abang aku. sangat sayangkan aku...tak tau la nak cite. Tapi dia mmg dah cam abang aku. susah senang sama-sama. Too many things kami berkongsi..suka dan duka...tak retilah nak cite cam mana..pendek kata...mmg cam adik beradik la. berasal dari Melaka,keturunan Baba Nyonya...kalau kenal dia..sume pun akan suka dia sbb dia sangat baik.
-Muhammad Hanif Selamat.
Last but not least, Ahnep atau big speaky guy. seorang yang penyanyang dan kelakar. Kami masuk kerja sama-sama..cuma time tu..dia masuk dalam BEST terlebih dahulu dari aku. Seorang yang penyanyang..kelakar dan bengong.


Maskot adalah sebahagian dari kerja kami sume..hahaha....

Pertandingan Futsal inter-company...menang di tempat kedua..tapi yang paling penting, kami menang sorak!!!! Last lunch together as BEST Team. Tak cukup ahli...tapi cukup menggembirakan.

Move out time...kerja-kerja terakhir sebagai BEST Team.


1 November 2010, telah menjadi satu tarikh yang sungguh memilukan bilamana...pada hari ini...BEST Team telah dibubarkan atas alasan2 yang tidak dapat dinyatakan. Walaupun tiada lagi BEST Team, namun tidak bermakna....hubungan ini sampai setakat ini. Kami tetap juga akan bersama..suka dan duka. Hanya Allah sahaja yang mampu memisahkan kami....


Sesungguhnya...aku mmg kecewa dan terluka dengan keputusan ni. Tapi,things happen for reason. Aku harap disebalik semua ini..ada hikmah tersembunyi.

Terlalu banyak perkara terjadi lewat keberlakangan ini...aku benar2 perlukan rehat. Tambahan pula...exam pun dah dekat. Apa yang penting sekarang, aku harus tumpukan perhatian pada kerja dan exam aku. Banyak tajuk yang aku kena cover dan banyak pembacaan aku kena buat. Ya Allah..berilah aku kekuatan utk semua ini...

Sunday, October 24, 2010

Berus Gigi Sunyi - 浜崎あゆみ..."




Soalan kepada beberapa pembaca senyap yang mengikuti blog aku kerana seekor "lalat ". Nak tahu soalan aku, kena paham betul-betul lagu ini.

Oh ya..tentang persoalan yang Fairuz tanyakan aku tidak lama kemudian tentang siapa bakal tunang aku...aku akan jawab setelah balik dari Colmar. Sian,dah banyak kali tanya..tapi aku tak jawab juga sampai skrang.

Cuma satu je aku bleh cakap...Fairuz boleh berbangga sbb aku dapat orang sebelah negeri dia je. hahah... Tak jauh mana pun..org Colmar la juga. Tapi bukan Colmar yang dekat oversea tu..ni Bukit Tinggi Colmar kat Pahang je.Orang Pahang tapi membesar di Melbourne. huhu

Tidak dilupakan utk kawan-kawan yg tiba2 bertukar profesion jd stalker kat blog aku ni... hahaha..aku tak suruh pun korang baca blog aku. Nak baca...baca je. Tak payah propa atau spekulasi lebih. Cakap cam korang kenal sangat2 aku je..padahal korang bukan tau pun. Buat faktap je lebih!

Utk rakan blogger lain serta rakan-rakan MPP UITM..rakan2 penulisan..akak2 dan abg2 frinjian.. sorrylah...dah lama tak men"join"kan diri dgn aktiviti bersama. Maklumlah,nak kawin terpaksa kerja keras sikit. Sampai bila nak duk takuk lama. Orang lain nak kawin biarlah dorang kahwin..kita tumpang gembira. Sekurang-kurangnya aku dijemputlah juga memeriahkan majlis mereka. Dapatlah makan free daripada sesetengah orang yang tak dijemput tapi sibuk mengalahkan orang kena jemput.

Skrang,selain dari sibuk dengan kerja...kuliahan master,mengajar sbgai part-time lecturer dan tak lama lagi akan come out ngan project baru..company baru. Insyaallah..mudah-mudahan Allah bagi rezeki. Betul la kata orang....bila nak bina masjid...satu persatu rezeki Allah limpahkan. Alhamdullilah...

So skrang,satu lagi persoalan..."Siapa sebenarnya masih di belakang??"

Bak kata Nabil, Lu Pikirlah Sendiri.. hahahaha.....

Friday, October 22, 2010

a piece of peace...


Badly need rest. Lewat kebelakangan ni..rindu juga semakin mencengkam.

then...from Bangkok, changed to Colmar. Yep Colmar! His place!

Want to find a piece of happiness here..walaupun aku tak tau boleh ke tak. Hopefully takde ingatan yang menggangu aku sepanjang percutian aku.

Saturday, October 16, 2010

post pre-reunion BEST gath.

1st wedding BEST goes to our supervisor,Rayme Azlan. Congratesss. Memang havoc habis la rombongan pengantin lelaki. Dah jadi 1 Malaysia wedding. ada cina,india..melayu.. portuguese yg jd antara barisan pengikut pengantin lelaki.

pasni pakat amek turn la.



30 oct ni pre-reunion gath we all. Semi official gath utk pembubaran BEST. sedih...tapi apa nak buat. we all stil family no matter where we go.

semuanya...hampir jd sejarah.

Tuesday, October 5, 2010

MOVE FORWARD...


Entah kenapa,arini buat ingatan aku kembali ke saaat dulu. Zaman belajar dan kemudian satu persatu aku mengenali orang2 yg berada dalam kehidupan aku.Di mana aku kenal Amy...Wan H...abang Amer....Shrek dan ramai lagi.

Amy...dah selamat dgn anak sorang...Ami Haikal. Shrek pun dah nak settle down this year. Abang Amer?entahlah...aku tak tau nak cakap.

Aku bahagia dengan keadaan aku skrang. Tapi entah apa kurangnya sampai ada masanya aku rasa....masa silam aku walaupun tidak sebahagia sekarang...tapi lebih indah dari sekarang.

Entahlah.....


Sesungguhnya...aku sangat rindukan BEST yg dulu. Keluarga besar kami....



Aku perlu terus bergerak ke hadapan!

Monday, October 4, 2010

Tiring Weeek....

Mode skrang ni ialah penat tapi fun! Semalam, berakhir sudah..majlis makan-makan 2 dalam 1. Sempena hari raya dan juga house warming. Thanks for coming pada yg datang. Tak ramai jemputan...bebudak BEST......SPY (khaty...Gina and Khaty..) then jemputan VVIP yg paling spesel skali ialah angah, farah da sukhbir!!!! Damn fun walaupun penat memasak seorang diri.

Menu of the day....
1. Nasi minyak..ayam inai dan air asam..
2. bihun goreng..
3. puding marble...
4. kek batik..
5. tembikai..
6. kerepek kari..
7. Air oren/ribena dan teh o panas.


sebahagian dari menu..

rumah dah macam nak buat majlis tahlil...hehehe


Gambar berikutnya adalah gambar sewaktu jamuan hari raya di branch utama midvalley..fun walaupun terpaksa bangun seawal 5.30 pagi utk siap pergi kerja tapi........


Fun!!! and sangat kenyang!!!!

Apa pun....this few weeks memang penat giler. Badly need a rest!!

Sunday, September 26, 2010

Open House..close heart~

Still dalam mood raya...dan juga kesibukan kerja.

Terasa beza giler time belajar dengan zaman kerja. Yelah..time belajar kat uni...lepas raya je sibuk ngan exam dan sibuk meng"attend" open house sana sini. Tu tak termasuk lagi jemputan VVIP.

Tapi bila dah kerja...sibuk dengan kerja...sabtu ahad pulak diisi dengan open house rakan-rakan sekerja yg berdekatan. Kadang-kadang risau juga, takut2 kalau kawan-kawan yg lain ingat aku dah lupakan diorg. tapi masalahnya...masa kerja yg berbeza yang dan kebetulan open house rakan-rakan sekerja pun bertepatan waktu kerja...sebagai contohnya..

  • open house umah Gina last week pada hari selasa jam 11.00 malam....
  • open house umah Kak Saadiah pada jam 9.00 malam sabtu(semalam)..
  • dan hari ni..open house umah kak sue yg sepatutnya pada kul 3.00ptg tapi ditunda khas ke pukul 8.00 malam kerana kami semua sibuk berkerja

Rumah Gina dan Kak Saadiah memang buat aku kenyang habis...sampai tak boleh buka mata dah. asyik suruh makan..makan dan makan....huhuhuhu..umah kak sue pun malam ni tak boleh blah gak. Nasi minyak, macroni bakar,spaggeti,sate..roti jala...wah!!!! kembung perut....

okeh!! kosongkan perut dulu!! hehehe...

Lupakan kejap pasal makan....ni pasal close heart. Baru2 ni....dah berlaku kejadian jejak kasih antara aku dan kawan ku yang senget sorang ni. Member time uni...sapa lagi brother alleycats"terima kasih" sorang ni... memang best abes la bual ngan dia...tapi spoilt sikit..bila mana dia sebut pasal anak dato sorang dari kelantan ni..... Damnnnn! Tak sukanya!!! dah lama giler aku tak dengar cite and aku rasa aku dah hampir berjaya lupakan si Wan H. Memang mood aku habis giler. Akibatnya..sepajang hari aku hingga rini aku teringatkan dia. Mungkin dia pernah singgah dalam hidup aku sekejap...tapi sukar betul untuk aku lupakan dia. Mungkin dia cinta pertama aku walaupun cinta monyet. Tapi dia pernah bertakhta dalam hati aku agak lama...

Sungguh spageti goreng sungguh!! Arghhhhh!!!!!!

tension!! ok...sbb depress dan tension..mau makan.



p/s: sorry angah...in tau in janji nak lupakan dia...tapi ntah la.....


Wednesday, September 22, 2010

sakit entry..

Betul la kata org....org sakit ni mengidam macam2. Demam...selesema..and backpain. Cukup alasan utk aku mc today.

dan bila sakit ni la...rasa nak makan half boiled egg la...nk tgk wayang la...

masa sihat...langsung tak terlintas. Padahal keje pun dalam mall je...

isk isk isk..teruk tul!

Tuesday, September 21, 2010

Depression entry...

Lately...too many things happen. Berada di dept baru..mmg memenatkan. Penat otak..penat akal...penat badan dan sebagainya. Tapi, kena juga stay strong. Aku tak boleh mengalah.

Keadaan kesihatan agak terganggu. Mungkin aku agak baru dengan waktu berkerja di depart baru. Tapi...sungguh menyedihkan..di dept baru..aku betul2 lonely. Memang la aku kenal bebudak kat dept ni..tapi entah napa.....apa yg berlaku pada papa Lua membuatkan aku lebih suka menyendiri. sekurang-kurangnya beban tu kurang sikit.

Masih menjadi misteri...di mana papa Lua menghilang. Cuma..skrang ni..semua pun pretend cam takde apa2 jadi. Papa Lua dah buat confession kat Balai Polis. Mengaku dia yang bertanggungjawab bakar HQ. Tapi..sejauh mana kebenarannya..only him and God know.

BEST pun skrang terkontang kanting. Takde pengganti. Nasib masingt-masing pun tak pasti lagi. Bebudak BEST dah cam family aku..sekurang-kurangnya...aku tak rasa keseorangan disini. Kalu dulu di Shah Alam..aku tak rasa sangat. Aku ada fatah...ada angah...ada Izan...ada kwn2 yang berada di Shah Alam. Tapi skrang....dengan kengkangan kerja..belajar sebagai....hanya inilah kawan yang aku ada. Susah senang!

oh ya..dalam mood yang tak bape best skrang ni....semalam..kami buat suprise party utk Gina. Actually ni sume idea Hussen... Lepak umah Gina kat USJ..sambil celebrate birthday dan beraya ngan Gina dan family dia....mmg best. Gelak je sentiasa. Hilang sekejap rasa gundah gelana dalam hati. Anyhow...Happy Birthday to Gina. May Allah bless u always. nnt dah dapat pic kat umah Gina..aku upload. cam dah lama dah tak upload pic sendiri yang terbaru.

Aku rasa...aku patut masuk tido. dengan keadaan kesihatan yang tak bape ok sangat..sok nak bangun pagi g keje....harap2 Allah bagi aku kekuatan utk teruskan beberapa ari lagi kat dept ni. Training aku akan habis bulan nov...dan sehingga itu...aku kena sabar and pretend like nothing happen. Tuhan je la yg tau.

Doakan aku ye...

Saturday, September 11, 2010

Wonderwall..



Tgh addicted ngan WonderWall by Oasis.


yosh..i want my wonderwall...huhuhuhuhu...

Friday, September 10, 2010

raya rant (1 syawal)

Definisi untuk 'the other half'?
When we're better when we're with them.

Quote from Hlovate. Baru lepas mengabiskan "Rooftop Rant..." Dan aku suka dengan definisi "the other half..", soulmate dan sebagainya la.

Syawal adalah seperti biasa. Kebetulan,cuti pun tak lama. Perbezaan syawal kali ini ialah...kalau selalunya aku yang terima duit raya, tapi kali ini aku pulak kena keluarkan duit raya. Syawal kali ini pun....ramai dah tiada. Arwah Achik dah almost 10 years tinggalkan kami...namun setiap kali malam raya, mesti terasa seakan-akan arwah masih hidup. Kami masih menanti kepulangannya di malam raya. Raya tahun ni jugak...Pak Long pun dah takde. Dah setahun paklong pergi...selalunya pak long la orang yang tak pernah missed bagi duit raya walau dah besar gajah.

Alhamdullilah, perjalanan puasa aku kali ini amat menggembirakan. Tak memenatkan aku..walaupun dalam kelam-kabut sibuk dekat outlet...then dengan warehouse sale lagi sampai seminggu. Ramadhan pertama pada aku berbuka beramai2 ketika berkerja. Mujur ada Gina, Khaty, Farah, Hussen, Mag, Kak Suzie, Guna. Kalau kat Warehouse sale...ada kacang, joe, ridho, botak..ben..walter dan yang lain2. Kena bergilir2 makan... adakalanya time buka dengan air je...sampi kul 10.30mlm baru dapat makan nasi. Punyalah sibuknya.

Dan di akhir ramadan juga...banyak perkara yang tidak dijangka berlaku. Papa Lua is quitting as GM. It mean...we're going to get a new GM for BEST. Sedih sungguh sampai speechless..tak mampu nak kata apa bila Papa Lua ckp dia dan handover resignation letter and tunggu nak handover task pada new person in charge. Same goes to Kak Irdah..she also quit. Tapi tak menyedihkan sangat sebb dah lama dia menyanyi nak berhenti..so semua org pun dah expect dia henti.

And..a very surprising..keesokkannya pula...selepas papa Lua buat pengumuman mengejutkan tu..kami dikejutkan lagi dengan berita HQ terbakar. Mujurlah..time kejadian,we all semua tgh buat removal selepas warehouse sale. Alhamdullilah..nobody get injured. pada rakan-rakan yang antar sms tanya khabar dan doakan kesejahteraan aku tu..thanks so much. Alhamdullilah...aku tak terlibat dalam kebakaran tu..termasuklah budak2 BEST yang lain. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Syukur atas rahmatnya.

Lepas raya ni...iaitu lagi 3 ari dari entri ni..aku akan masuk kerja semula. Kali ni..aku tak lagi di outlet. Tapi aku dah kat office. Sebulan lagi untuk aku lengkapkan training aku. Kemudian sibuk dengan report2 segala bagai. Dalam masa yang sama...next week aku dah start mengajar semula kat UiTM. Penat tapi...insyaallah..aku kena gak berusaha keras. Nak kena beli laptop baru...maklumlah laptop lama dah rosak. huhuhu....

Bukan sahaja sebab tu...tapi skrang pun dah start kena kumpul duit. Nak bayar hutang kengkawan yang dah banyak tolong aku teruskan hidup.

Selain itu..insyaallah kalau takde aral melintang pihak dari pahang akan datang hujung tahun ni. sekarang ni masih nak kena cari tarikh yang sesuai nak kumpulkan semua2. hujung tahun ni insyaallah..kenduri along juga. kalau boleh taknak clash la...

haila...pejam celik..pejam celik...hari berganti hari...tahun berganti tahun. Umur semakin meningkat. Mungkin dah sampai masa untuk lebih serius dalam komitmen..haila..haila...

Well,people change....so do i...


haila...dah tua sudahhh...huhuuhu

Wednesday, September 8, 2010

pre-raya mode entry...





Dah lama tak update blog. sibuk dan sentiasa kepenatan. And as usual...living in the own space. dah mcm antisoc dah.

Sekrang ni tgh "gian" Mr Men dan Little Miss!! hehehe...Dalam masa yang sama sibuk menghabiskan banyak novel2 kat Mutiara Minda.

okeh dah lama sangat tak menulis. dah tak tahu nak menulis apa... so...layan je la lagu raya kat bawah ni. huhuhuhu