Thursday, April 30, 2009

rawan..

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu
Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu
Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
Kau untukku


Jap lagi berakhir segalanya. Sebaik sahaja selesai segalanya...aku ingin putuskan segalanya. Aku tak ingin ada lagi sebarang ikatan yang hanya menjadikan barah dihati semakin merebak. untuk kebahagian semua pihak, semestinya juga utk hati aku....aku harap semuanya selesai dgn tenang.
Aku dah tak sabar...
tak sabar untuk semua ini berlalu....


Aku mahu tinggalkan segalanya..dan aku putuskan semua yang ada

Tuesday, April 28, 2009

Lelah minda...

hidup huru hara kebelakangan ini. Sibuk yang melampau2. tak dapat nak fikir nak susun ayat dalam blog.
minda dan badanku penat. Wan pun dah bebel...aku asyik demam.
nantilah..lepas settle semua, aku cerita pada kalian.
tunggu tau!

Tuesday, April 21, 2009

tolong doakan aku ye kawan2....


Esok..hari penentu. First and last paper. yang akan menentukan nasib dan perjuangan aku.
Study...masih byk lagi nk kaver. tapi...aku dah demam.
Ya Allah...aku ingin berehat seketika. semoga demam ni beransur pergi. Aku nk kena abeskan study + buat soklan past semester.

Kawan2 yg aku sayangi.....tolong doakan aku ye!

Monday, April 20, 2009

kekalutan (versi budak final semester berhadapan final exam)



Seminggu yang akhir di hujun april ini melihatkan aku yg kekalutan. Sama cam dalam gambar diatas. untuk seminggu ini....kekalutannya....ketakutanya....hanya Allah yang mengetahui.
Lepas ni aku grad. Harap2 tiada yang menghalang. Amin.

Aku kena study...

Sunday, April 19, 2009

Sepi itu indah?


entah kenapa org kata sepi itu indah. sepi itu adalah sepi...sunyi. walaupun aku sentiasa dikelilingi insan-insan tersayang...tapi hati aku masih juga sepi. inikah yang dikatakan sepi itu indah???

Alhamdullilah...keluarga aku dah boleh terima keputusan aku utk ke Portsmouth. tiba-tiba, rasa cam sedih pun ada.

kebelakangan ini...ada beberapa perkara yang aku simpan dalam hati. Tak mampu untuk aku luahkan. Dan perkara ini bagaikan barah yang sedang memakan diri aku. Aku ingin segera berlalu semua ini. aku ingin semuanya berakhir dengan segera.

untuk sementara ini..aku terpaksa berhenti menulis. mungkin utk satu tempoh yang agak panjang. Apa yang penting....aku erlu tumpukaan perhatian kepada pengajian aku. seterusnyaa...untuk master aku. Master in project management. sumthing yang aku tak pernah terfikir sblom ni.

erm..tetiba rasa nk menyanyi lagu wonderpet plak. hehehhe.....

Along dan aku...

Bila mama khabarkan along putus tunang...dan update semasa tentang along, aku jadi risau. aku tak suka along penatkan diri atau seksa diri untuk melupakan setiap kenangan yang terakam di kotak memori along.

aku percaya,setiap yang terjadi, ada rahmatnya. ada pertunjuk yang ingin Dia berikan. semalam...aku lepak ngan along. Dua beradik sahaja. Along luahkan segala yang terbuku di
hati. aku? sekurang-kurangnya..aku lega bila along luahkan segalannya. tidak memendam
apa-apa atau menyembunyikan apa dari aku. at least..aku dengar segalanya dari mulut along.
aku tak mamppu lakukan apa-apa. tapi aku doakan..along temui kebahagiannya.

Hujung tahun ni..nampaknya tak jadilah kenduri rumah aku.Tapi..insyaallah...aku,along ngan adik pakat nak buat kenduri arwh untuk sekalian arwah dan juga sempena permulaan perjuangan aku.
selagi tiada pangkat Dr di pangkal namaku...aku terpaksa ketepikan isu berumahtangga. Bukan aku menolak ketentuan takdir, tapi aku hanya mampu merancang dan Allah jualah yang menentukan segalanya.

Perjuangan hidup mesti diteruskan biar apa pun halangan yang melanda.

Friday, April 17, 2009

Grad...


Masa dah tinggal sikit je lagi. tak lama lagi....graduate la aku.
lepas tu...keje..then kumpul duit sambung master pulak. walaupun
untuk master ada sponsor..tapi nak gak ada duit sendiri.

aish cik kak..kalau malas study camana nk grad. Buku dah buka..tapi
asik hadap facebook ngan blog je? apa nak jadi...

angah..cuba pulas telinga in ni. degil sgt. hahahhaha.....

ok sambung study. hehehhe...sambung mende...mula pon blom

ganbattene!!!!



p/s : firdaus marzuki..aku dah sampai umah ni. ko taknak jumpa aku ke? hehehhehehe

Wednesday, April 15, 2009

masa...





Sahabat,
Kita makin terpisah dengan kesibukan diri dan singkatnya masa.
namun sayang dihati biar tak terlafaz,tapi tak mungkin terkubur.
doa kasih sayangku sentiasa mengiring kamu...

Saturday, April 11, 2009

Life.....

" It takes a thought to make a word
And it takes some words to make an action
It takes some work to make it work
It takes some good to make it hurt
It takes some bad for satisfaction

It takes no time to fall in love
But it takes you years to know what love is
It takes some fears to make you trust
It takes those tears to make it rust
It takes some dust to have it polished .........""

Thursday, April 9, 2009

well..we only human.....but one day if u might choose who u wanna be..then choose to cat in the heven....

Untuk hidup yang terlalu hectic....untuk semangat yang kian hilang pergi...
untuk keserabutan yg bersarang di hati dan minda aku..
Aku masih lagi berjuang, sebelum mengundurkan langkah kali terrakhir.
aku akan terus berjuang...walaupun nyawa jadi pertaruhan.

Susahnya hidup!!

Jom layan lagu Jason Mraz..only Human tajuk dia!!!


A squirrel in the tree is he watching me
Does he give a damn?
Does he care who I am?
I'm just a man, is that all I am
Are my manners misinterpreted words or only human?
I'm human
Murderous crow, hey what you know
What you reading about, what you hold in your toes
Is that a twig, are you a dove of peace
A black dove undercover, with another puzzle piece
Are you a riddle to solve all along?
Or am I over thinking thoughts of human after all
Only human
Made of flesh, made of sand, made of you and me
The planet's talking about a revolution
The natural laws ain't got no constitution
They've got a right to live their own life
But we keep paving over paradise
'Cause we're only human
Yes we are, only human
If it's our only excuse do you think we'll keep on being only human
Yes we are, yes we are
Only human, only human, only human
So far:
Up in the major's tree, the one he planted back when he was just a boy
Thinking 1923
Thirty meters and a foot, take a look, take a climb
What you'll find is the product of a seed
The seed is sown, all alone
It grows above, with a heart of love
Sharp and shelter of the animals of land and cold weather breathing
We're all breathing in
The planet's talking about a revolution
The natural laws ain't got no constitution
They've got a right to live their own life
But we keep paving over paradise
'Cause we're only human
Yes we are, only human
If it's our only excuse do you think we'll keep on being only human
Yes we are, only human, only human, so far, so far
And this place it will outlive me
Before I get to heaven I'll climb that tree
And I will have to give my thanks
For giving me the branch to swing on
If I ever fall in love
I'll have to give myself a baby
I will let my children have their way
'Cause we're only human, yes we are
Only human, so far, so far

Saturday, April 4, 2009

sakit

sakit gile bila pendam rasa....sengsara,azab sume terasa. tu belum lagi azab api neraka (masyaallah)

dah la...nak g basuh baju..!

moody yg keterlaluan..

terlalu banyak perkara yg kena diselesaikan sekarang yang menuntut tumpuan sepenuhnya dari aku...tetiba plak,aku demam. Bila demam...semua daya kekuatan aku lumpuh sekali. Di tambah pula dengan home sick...aku semakin teruk. Yep! teruk sgt. Perasaan benci selama ni..aku tak pernah tanam dalam hati...aku sebolehnya tak mahu membenci org atau apa-apa sebab aku tak mahu perkara benci membenci ini akan menghitamkan hati aku. dah la dosa byk...nk tambhkan lagi dosa?uisk...

cakap pasal benci..aku benci gile tekanan yg melanda. Aku benci tahap dewa ayat "repeat sem" di saat2 akhir semester. Kalau tak nak repeat, buatlah yg terbaik. Tapi kalau satu pihak je yg buat terbaik...yg lain tak bg bantuan.....bleh ke berjaya? tetiba aku nak kata camni plak...

wth!

wtf!

wth!

wth!

wtf!

Aku tahu..akan ada yg terasa hati...sama ada yg bersalah atau tak....tapi entry ini tak ditujukan pada sesapa. Tapi kalau dah nak terasa sgt...dah makan lada byk sgt..pergi matilah kan. aku peduli apa.

Tolonglah wei...jgn pandai bercakap....jgn pandai menyuruh....jgn pandai bg alasan dan menyalahkan org lain...tapi pikirlah sendiri. meh aku tanya ko apa yg ko buat sampai ko tak bersalah sgt..baik sgt tahap dewa...ckp lurus sgt...

i- apa sumbangan ko time project ni berjalan?
ii- waktu site visit, mana korang? apa alasan korang bg? nk buat assigment lain?
iii- kalau aku hantar mesej...korang tak balas...ada aku kecoh??? tapi aku tak balas mesej korang satu dunia kecoh macam anjing menyalak bukit... hanya semata aku demam...aku tak perasan mesej korang...mcm2 korang kata aku kan...
iv- utk sem ni la....sila tunjukkan apa keje yg korang dh buat utk project..utk membuktikan korang dh buat keje?tak byk pun progress..tapi kalau ada..sila la buktikan...selain dr menuduh org jd pretender..jahat..sebagainya..
v- kalau takde class...korang ada bgtau aku..walaupun aku dah sampai....dah tunggu hampir sejam..then finally bru tau kelas takde..ada korang bgtau aku? tapi selama ni aku ada kesah?? aku pun duk luar gak..bgun pagi gak...ko semata tak cukup tdo..nk kecoh cam dunia nk kiamat semata krn aku cancelkan jumpa supervisor. kalau nak g jumpa..bleh je...tapi ko nk tunjuk apa? muka korang tu? tolonglah...jgn buat aku jd skeptikal, jgn bg aku gelak!


malam ni plak..dinner mpg. dan aku paling malas nk g dinner ni. Malas gile nak tgk perangai! tapi aku kena g jugak. Aku gamble je walaupun aku tak suka gile. oh ya..aku tak suka dinner bukan sbb nk hadap muka sapa2..tapi sbb mmg aku tak suka g dinner. Aku dah bosan dengan dinner. suatu masa dahulu..bukan je dinner agong tau menteri je ku dh attend..tapi majlis hari jadi menteri2 pun aku dah attend. so dh tak heran dah setakat dinner2 ni. byk sgt protocol!

erm...p/s here...minta keje sama ya...aku tak suka rosakkan majlis org....lain lah kalau korang memang jenis manusia yg tatau malu! kalau aku diam..bukan sbb aku bersalah atau aku kalah..tapi sbb aku takde suara nk bising2 dan aku taknk jd anjing menyalak tapi bukit tak runtuh!

Friday, April 3, 2009

Api,kalau kecil jadi kawan..kalau besar jadi lawan!!!

Aku demam. Bermula dengan selesema...aku terus demam. barangkali cuaca yg tak menentu. Lewat kebelakangan ini..aku sering pendamkan apa yg terbuku dihati. tekanan..takyah kata! aku memang tertekan specially dengan final project aku....rupanya pressure saat2 akhir bergelar mahasiswa ni mmg teruk.

tapi perkara paling teruk..ialah berdepan dengan perangai manusia. ada banyak kategori manusia..dan aku dah puas menangis kerana perangai manusia. satu-satunya perangai manusia yg aku dah lama sabar ni ialah perangai manusia yg sering mengakui "kawan" tapi akhirnya tikam dari belakang.

Aku diam..aku demam...aku tidur...semuanya aku yg salah. tapi kalau dia sakit...dia terlewat bangun...atau dia mahukan apa2 dari aku..semuanya dia yg terbaik...dia peraih simpati terhebat. barangkali..seniwati saloma pun tak sehebat lakonan dia.

entahlah...aku malas nk komen lebih2....cakap lebih pun salah..pendam diam2 pun salah... kepala aku dah serabut..pening.....selesema aku tk berkurangan. Makin teruk adalah. suhu badan aku pun mkn meningkat..jap l aku kena g pusat kesihatan. at least amik time slip la...kalau tak...ada plak yg kata aku buat2 demam. Nak tagih simpati lah....entah apa-apa.

setiap manusia..semua ada salah..aku juga buat salah....aku mengaku aku ada buat salah. tapi sebelum tunding jari kata org lain salah...sendiri betul..silalah ikir terlebih dahulu tentang kesalahan masing2. tapi.kalau species yg memang tak paham bahasa...aku rasa...mmg takkan paham sampai bila2. waalaupun umur dah melangkaui suku abad....tapi permikiran jumud gile!

argh lupakan...aku bukannya ada satu "kawan" je...yg lebih penting,aku ada beberapa sahabat daripada kawan yg ibarat "touch and go" atau teman tapi mesra.