Friday, April 3, 2009

Api,kalau kecil jadi kawan..kalau besar jadi lawan!!!

Aku demam. Bermula dengan selesema...aku terus demam. barangkali cuaca yg tak menentu. Lewat kebelakangan ini..aku sering pendamkan apa yg terbuku dihati. tekanan..takyah kata! aku memang tertekan specially dengan final project aku....rupanya pressure saat2 akhir bergelar mahasiswa ni mmg teruk.

tapi perkara paling teruk..ialah berdepan dengan perangai manusia. ada banyak kategori manusia..dan aku dah puas menangis kerana perangai manusia. satu-satunya perangai manusia yg aku dah lama sabar ni ialah perangai manusia yg sering mengakui "kawan" tapi akhirnya tikam dari belakang.

Aku diam..aku demam...aku tidur...semuanya aku yg salah. tapi kalau dia sakit...dia terlewat bangun...atau dia mahukan apa2 dari aku..semuanya dia yg terbaik...dia peraih simpati terhebat. barangkali..seniwati saloma pun tak sehebat lakonan dia.

entahlah...aku malas nk komen lebih2....cakap lebih pun salah..pendam diam2 pun salah... kepala aku dah serabut..pening.....selesema aku tk berkurangan. Makin teruk adalah. suhu badan aku pun mkn meningkat..jap l aku kena g pusat kesihatan. at least amik time slip la...kalau tak...ada plak yg kata aku buat2 demam. Nak tagih simpati lah....entah apa-apa.

setiap manusia..semua ada salah..aku juga buat salah....aku mengaku aku ada buat salah. tapi sebelum tunding jari kata org lain salah...sendiri betul..silalah ikir terlebih dahulu tentang kesalahan masing2. tapi.kalau species yg memang tak paham bahasa...aku rasa...mmg takkan paham sampai bila2. waalaupun umur dah melangkaui suku abad....tapi permikiran jumud gile!

argh lupakan...aku bukannya ada satu "kawan" je...yg lebih penting,aku ada beberapa sahabat daripada kawan yg ibarat "touch and go" atau teman tapi mesra.

No comments: