Tuesday, May 31, 2011

// Years from now...




....

What will I be years from now
What will I wear, how will I look
I think too much, I think too much

Sometimes it is scary over thinking
What you have or haven't done
You think too much, you think too much

Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And the star much shine
The colours seem so blurry

Will I end up all alone
Without a shoulder to cry on

What will I be years from now
I have answered them but none have answered me
And when my time has come
I hope my last seconds in this life will have you
Will have you

Will the rain smell the same
Will our loosing treacherous game
And neglect most people who
Seems so worthy

Monday, May 30, 2011

// i am




Floating....trippy!

Terasa mingu yang panjang di sebabkan demam panas! Hari ni dah MC...mayb esok EL lagi..bergantung kepada keadaan. Tapi badan macam tak ok sangat..boleh pitam dekat mana-mana. Tak berani nak push sangat!

tak tau nak post apa...just doakan aku baik demam dgn cepat!

bye.




Tuesday, May 24, 2011

//Along

Lagu tema: Creep (Radiohead)


Aku lahir dalam keluarga yang miskin adik-beradik. Aku cuma ada seorang abang yang aku panggil "Along" dan seorang adik lelaki yg aku panggil "adik". Yerp, aku satu-satunya anak perempuan dan anak kedua.Justeru itu, tidak hairanlah aku memang rapat dengan adik-beradik aku.

Along aku, tidaklah berpendidikan tinggi seperti aku...dan juga tidaklah banyak cakap seperti aku. Along memang abang yg sangat pendiam. Contra abes dgn aku dan adik. along seorang penyabar..which is aku langsung tak. Aku dan adik lebih kurang ar...panas baran, pemarah..mmg contra dengan along.

Tapi satu yg pastinya..along mmg berbakat dalam music. Dia boleh main bermacam-macam alat music...gitar..keyboard..piano. Cuma violin....saxophone...Er hu...sape... je la kot tak bape nak boleh.

Lepas tamat belajar, along mula berkerja di Genting Highland. Bila berjauhan..kami mmg rapat. Jarak mengajar kami menghargai satu sama lain. Selepas 5 tahun along di Pahang, then along nekad balik semula tinggal bersama kami. Sepanjang aku belajar, along antara yang paling banyak membantu aku dari segi kewangan. Maklumlah..nak beli macam-macam..nak minta abah takut. Waktu aku belajar..abah mmg garang dan tegas habis dalam soal pelajaran dan makanan. Bukan boleh beli sebarangan barang je. Tapi along..rakan kongsi gelap terbaek setiap kali aku nak makan apa-apa..nak g mana2..atau nak beli apa2. Along memang abang yang terbaik!

Tahun lepas...along kahwin selepas beberapa kali putus cinta dan pernah putus tunang...along berjumpa jodoh dengan orang Johor. Waktu along kahwin..aku dah melangkah ke alam perkerjaan. Baru menyesuaikan diri dgn dunia kerja. Tak banyak yang aku boleh bantu..bahkan waktu akad nikah along juga aku tak dapat pergi memandangkan aku tak dapat cuti. Sedih..cuma doa je mampu aku kirimkan. Selepas along kahwin dan belum sempat nak tarik nafas lega dah berhabis duit utk majlis kahwin, Allah kurniakan Aisya Fatihah dalam kehidupan kami. Si kecik yang adorable dan gedik tu. Cuma sayangnya, Along dalam keadaan menyesuaikan diri dengan kehidupan perkahwinan. Segala simpanan habis kerana belanje kahwin. Kemudian, Fatihah pula lahir tak cukup bulan. Kuasa Allah...6 bulan setgh,..tapi Fatihah mmg nampak cam baby normal. Sihat dan berat! Along mmg strungle habis dengan kehidupan. Macam-macam masalah timbul. kadang-kadang aku tak tahu macam mana nak tolong.

Bila aku tgk kehidupan along selepas kahwin...aku jadi takut. Aku taknak jd macam along.. mentally..yes along bersedia utk kahwin..tapi dari segi tanggungjawab, aku rasa along masih lagi dalam proses mencari diri. adakalanya along seakan-akan floating. melihatkan along...buatkan aku banyak terfikir. Fikir tentang kehidupan.

Dunia sekarang...segalanya tentang duit. Dan aku rasa...aku masih lagi terkapai-kapai mencari diri. Aku masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dgn perkerjaan aku. Aku masih belum bersedia nak pikul tanggungjawab utk berkeluarga. Aku rasa banyak lagi perkara dan tanggungjawab aku yang masih terhutang. Justeru itu..aku taknak sia-siakan masa yang ada. Aku taknak aku menyesal kemudian hari. Bukan isunya aku memilih..isunya tanggungjawab. Ya, tanggungjawab perlulah di tanggung..atau kemudian hari terpaksa berjawab di akhirat!


Kahwin mmg seronok..tanggungjawab tak seronok. Sebab yang pasti..aku tak sanggup nak buat pengorbanan. Perkahwinan itu menuntut pengorbanan! Aku belum bersedia lagi utk itu..aku tak puas lagi bermanja dengan mama & abah dan buat masa sekrang..aku senang macam ni. Aku bukan menolak cinta & perkahwinan..cuma aku belum ke arah itu buat masa sekarang.


Apa yang aku nampak ialah dari sudut pandangan aku. Mungkin berbeza dengan sudut pandangan orang lain. Aku tak kata mereka salah. Di sini, isunya aku bukan mereka atau sesiapa.


Walau apa pun...along adalah abang yang terbaik yang aku ada! Dan aku bersyukur pada Allah..sbb dikurniakan abah...mama...along....dan adik yg sentiasa menyanyangi aku walau dalam apa pun keadaan!



Saturday, May 21, 2011

Kehidupan

Hai...

Apa khabar?! Aku?? Hati aku sihat..sejahtera.


Untuk seketika ini aku hidup sebagai manusia normal. Rutin aku seharian seperti biasa bangun tido-keje-lunch-keje-balik-dinner-tido. dan weekend pula akan menjadi sungguh bermakna bila diisikan dgn aktiviti tido, makan dan mengemas rumah. Bila dapat gaji, keluar shopping..jalan-jalan, amek gambar dan membeli buku. Start June, jadual aku pack sikit sbb aku akan bizi dgn class aku.

Kisah hati? Pun sama juga. Buat masa sekarang ni..aku senang begini.


Kerja..erm...aku tak ada masalah dengan rakan-rakan sekerja.Alhamdullilah..semua pun membantu. Tapi aku masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan tugas aku skrang. Bukan senang bila aku sorang kena in-charge utk satu pullout yg kita panggil supplement. Mana nak ingat segala kod class..date..sub-editor,yg itu yg ini...Ya Allah. Moga Allah bagi aku kekuatan dalam mengharungi tugasan aku.


huh...update yg bosan kan ttg aku? Well...

Tak tahu dah nak tulis apa. Aku tgh tunggu July datang. Lepas July..dah August! Aku dah tak sabar nak cuti raya panjang2. hahahahhahaha....

Sunday, May 15, 2011

Warni-warna...





Kehidupan penuh warna-warni....

Sunday, May 8, 2011

Al-fatihah

Sila klik di sini sebelum membaca entry ini: Three Soldiers killed in car crash.

Aku rasa...ramai yg dah tahu pasal kes ini. Malah medapat liputan semua siaran berita di televisyen dan juga suratkhabar.

3 lelaki yang terkorban...salah satunya ialah saudara terdekat aku dan keluarga.Budak perempuan yang bersama mereka yang dilaporkan masih koma,telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir petang td.

Jenazah arwah Din dah pun selamat dikebumikan petang tadi. Aku tak dapat balik...jadi dari mama, aku dapat tahu keadaan jenazah mmg teruk. Nak buat camana, itu janji dia dengan Allah. Dah sampai masanya dia kembali menghadap penciptaNya. Semoga arwah di cucuri rahmat hendakNya.


Al-fatihah kepada arwah Afdhaluddin Azahari.








* Aku rasa...aku rindu sangat pada mereka2 yang dah lama tinggalkan aku kerana mengadap panggilan Ilahi....!!

Tuesday, May 3, 2011

//makna hidup

Penat sangat. First day and first time berpuasa di office. Hidup lintang pukang hari ni. meeting..restructure itu ini...macam-macam la! Tak terkata!

Saja terpikir nak ganti puasa...lepas tu kalau ada rezeki dan di panjangkan umur.,.nak buat puasa sunat..then sambung puasa sunat rejab,syabaan diikuti puasa wajib ramadhan dan last puasa 6. Suddenly rasa nak kejar pahala...sambil belajar mencari makna hidup.

Walaupun hampir nak pengsan petang tadi, tapi berjaya gak puasa sampai habis. Dah la bersahur pun dua gelas fresh milk dgn meggi...pastu buka puasa pun ngan fresh milk again. Alhamdullilah! Syukur dengan apa yang ada.

Bila berpuasa ni...bukan sahaja bagus utk kesihatan, tapi mengajar diri menjaga kuat..mental dan fizikal. ajar jadi penyabar. so..banyak pahala yang kita dapat berkat dari puasa. selain itu, ia juga bagus utk menurunkan berat badan dan menyimpan duit!

Aku tak tahu apa yang orang lain rasa...tapi pada aku bahang ramadhan tu makin dekat. Ramadhan kali ni..insyaallah..aku nak cuba khatam al-quran dan juga taknak miss terawih. Mudah-mudahan!

Yeay! tak sabar nak tunggu ramadhan!

Sunday, May 1, 2011

//Ingatan


Banyak perkara nak tulis..tapi dah mula rasa pelik sangat nak menulis.


Cuma, teringat pada beberapa manusia yang pernah singgah dalam hidup aku. Amy dah bahagia dgn anak sorang,Syidi..masih lagi mencari cinta sejati...C-Vy akan berkahwin cuti sekolah ni...Niz entah hilang ke mana.....Hasif gembira dengan cinta yg dimiliki setelah lama menanti, dan semestinya aku tak boleh lupakan Abang Ame. kejap tak kejap...dah beberapa tahun berlalu, abang Ame pun semestinya dah bahagia dgn Si kurus Natalie. aku? entahlah..nak kata tak bahagia, bahagia la juga..tapi macam ada sesuatu yang terkurang dalam kehidupan aku.

Aku teringat saat aku dgn Abg Ame..rasa hidup sangat gembira. Penuh gelak tawa. Setiap pagi ada panggilan telefon kejut subuh..setiap dalam perjalanan mesti ditemani dgn panggilan supaya aku tak keseorangan bila balik ke rumah. Masa lunch...pasti ada tukang bebel suruh makan padahal diri sendiri pun makan bihun goreng sebab nak diet! Malam pulak ada phone call, webcam dan lain-lain. Jadi manja sebab terlalu dimanjakan.

Sayangnya cinta tu bukan milik kami...aku tak mungkin lupa, 1 Ogos...semuanya berubah. Berubah sekali bila semuanya berakhir macam tu sahaja. Aku tahu hati dia sakit..bahkan hati aku juga sakit. Tapi, mungkin itu yang terbaik buat aku dan dia. Malam tu, aku lari ke rumah cik Indah kat Serdang sebab nak rawat hati luka. 3 jam berendam dalam kolam renang umah Cik Indah sebab kononnya taknak menangis. 2 ari aku kat umah Indah, mmg lah takde apa2 sebab umah orang. Malu dowh nak nangis kat umah makcik dia... Tapi ari ke-3, mmg burst giler. Sampaikan Mr Bos Encik Azrin pun dah naik takut ngan aku. Masuk kereta je nanges, tgh buat keje pun nanges...hadap pc pun nanges. Paling teruk bila dengar lagu I'll be-Edward Mccain. Giler babi aku boleh menangis. Sampaikan bos bawa makan cendol nak pujuk. hahaha..last-last sekali, aku amek keputusan berhenti keje je.

Macam-macam perasaan aku rasa sewaktu bersama Abang Ame. kelakar...sedih tawa pilu sendu. Tapi jauh disudut hati aku, aku syukur....aku diberikan kebahagian biarpun sekejap saja dgn abg Ame. Entah kenapa....arini secebis ingatan melayang buat abang Ame. Sekadar ingatan dan aku harap ingatan itu tak menggangu kebahagian abang Ame dan Natalie. Mungkin sbb byk sangat dengar lagu Kisah hati sampai teringat-ingat kat Abang Ame.

Aku rasa....cukuplah takat ini ingatan aku pada abg Ame. Lagi lama..hati sendiri yang parah!

perlu tido dengan segera!


oh ya..Remy Ishak sangat hensem sehari dua ni di mata aku! hahaha