Tuesday, May 24, 2011
//Along
Lagu tema: Creep (Radiohead)
Aku lahir dalam keluarga yang miskin adik-beradik. Aku cuma ada seorang abang yang aku panggil "Along" dan seorang adik lelaki yg aku panggil "adik". Yerp, aku satu-satunya anak perempuan dan anak kedua.Justeru itu, tidak hairanlah aku memang rapat dengan adik-beradik aku.
Along aku, tidaklah berpendidikan tinggi seperti aku...dan juga tidaklah banyak cakap seperti aku. Along memang abang yg sangat pendiam. Contra abes dgn aku dan adik. along seorang penyabar..which is aku langsung tak. Aku dan adik lebih kurang ar...panas baran, pemarah..mmg contra dengan along.
Tapi satu yg pastinya..along mmg berbakat dalam music. Dia boleh main bermacam-macam alat music...gitar..keyboard..piano. Cuma violin....saxophone...Er hu...sape... je la kot tak bape nak boleh.
Lepas tamat belajar, along mula berkerja di Genting Highland. Bila berjauhan..kami mmg rapat. Jarak mengajar kami menghargai satu sama lain. Selepas 5 tahun along di Pahang, then along nekad balik semula tinggal bersama kami. Sepanjang aku belajar, along antara yang paling banyak membantu aku dari segi kewangan. Maklumlah..nak beli macam-macam..nak minta abah takut. Waktu aku belajar..abah mmg garang dan tegas habis dalam soal pelajaran dan makanan. Bukan boleh beli sebarangan barang je. Tapi along..rakan kongsi gelap terbaek setiap kali aku nak makan apa-apa..nak g mana2..atau nak beli apa2. Along memang abang yang terbaik!
Tahun lepas...along kahwin selepas beberapa kali putus cinta dan pernah putus tunang...along berjumpa jodoh dengan orang Johor. Waktu along kahwin..aku dah melangkah ke alam perkerjaan. Baru menyesuaikan diri dgn dunia kerja. Tak banyak yang aku boleh bantu..bahkan waktu akad nikah along juga aku tak dapat pergi memandangkan aku tak dapat cuti. Sedih..cuma doa je mampu aku kirimkan. Selepas along kahwin dan belum sempat nak tarik nafas lega dah berhabis duit utk majlis kahwin, Allah kurniakan Aisya Fatihah dalam kehidupan kami. Si kecik yang adorable dan gedik tu. Cuma sayangnya, Along dalam keadaan menyesuaikan diri dengan kehidupan perkahwinan. Segala simpanan habis kerana belanje kahwin. Kemudian, Fatihah pula lahir tak cukup bulan. Kuasa Allah...6 bulan setgh,..tapi Fatihah mmg nampak cam baby normal. Sihat dan berat! Along mmg strungle habis dengan kehidupan. Macam-macam masalah timbul. kadang-kadang aku tak tahu macam mana nak tolong.
Bila aku tgk kehidupan along selepas kahwin...aku jadi takut. Aku taknak jd macam along.. mentally..yes along bersedia utk kahwin..tapi dari segi tanggungjawab, aku rasa along masih lagi dalam proses mencari diri. adakalanya along seakan-akan floating. melihatkan along...buatkan aku banyak terfikir. Fikir tentang kehidupan.
Dunia sekarang...segalanya tentang duit. Dan aku rasa...aku masih lagi terkapai-kapai mencari diri. Aku masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dgn perkerjaan aku. Aku masih belum bersedia nak pikul tanggungjawab utk berkeluarga. Aku rasa banyak lagi perkara dan tanggungjawab aku yang masih terhutang. Justeru itu..aku taknak sia-siakan masa yang ada. Aku taknak aku menyesal kemudian hari. Bukan isunya aku memilih..isunya tanggungjawab. Ya, tanggungjawab perlulah di tanggung..atau kemudian hari terpaksa berjawab di akhirat!
Kahwin mmg seronok..tanggungjawab tak seronok. Sebab yang pasti..aku tak sanggup nak buat pengorbanan. Perkahwinan itu menuntut pengorbanan! Aku belum bersedia lagi utk itu..aku tak puas lagi bermanja dengan mama & abah dan buat masa sekrang..aku senang macam ni. Aku bukan menolak cinta & perkahwinan..cuma aku belum ke arah itu buat masa sekarang.
Apa yang aku nampak ialah dari sudut pandangan aku. Mungkin berbeza dengan sudut pandangan orang lain. Aku tak kata mereka salah. Di sini, isunya aku bukan mereka atau sesiapa.
Walau apa pun...along adalah abang yang terbaik yang aku ada! Dan aku bersyukur pada Allah..sbb dikurniakan abah...mama...along....dan adik yg sentiasa menyanyangi aku walau dalam apa pun keadaan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment