Sunday, June 27, 2010
If can turn back time....
Rindu zaman budak-budak. Tak payah nak pikir banyak2. yang tahu..balik sekolah..balik mengaji al-quran, bleh main. Makan,pakai semua terjaga. dah besar..nak makan kena cari sendiri...nak pakai..kena pilih,gosok dan sediakan sume. Gi sekolah boleh jumpa kawan....tak seksa nak kena kerja cari duit sendiri. huhu...
Bestnya dapat balik zamana kanak-kanak. Takyah pikir banyak.
Bila pikir zaman kanak-kanak...rindu pada mama sangat menggebu. Kan best kalau dapat balik penang...dapat tido sebelah mama sambil sembang-sembang panjang ngan mama.
p/s : thanks for Jusri Jumi. Pic ni kidnap dgn kebenaran dari beliau. Cantik gila pic ni. Buat aku rasa tenang dan jeles nak balik zaman budak-budak. Haish~

Saturday, June 26, 2010
L-O-V-E's just another word I never learn to pronouce......
Kalau aku nyanyi....maka liriknya akan bertukar menjadi sebegini;
"They say bad things happen for a reason
But no wise words gonna stop the bleeding
'Coz he's moved on while I'm still grieving
And when a heart breaks
no it don't break even, even no.
What am I gonna do when the best part of me was always you
What am I supposed to say when I'm all choked up and you're ok
I'm falling to pieces, yeah
I'm falling to pieces, yeah..."
What the fuck!
Ok..recently..banyak sangat guna "F" word. Big bro dah tegur..jangan biasakan diri dengan "F" word. huhu... *sad face*
p/s: takde kaitan pasal honewdey.Tapi since 1 bloody moron sebut pasal "shrek" time aku nak tgk cite SHREK kat cinema..aku jd benggang jap. What the F***!
Thursday, June 24, 2010
Happy Aquarium...
Hobi baru..bela virtual aquarium. Pastu..letak nama mcm2. takat ni..ada 6 ekor..nama pun..nama Ben, Honeydew,Kacang...dll. hahaha....
Bahagia sungguh. Nak expand lagi aquarium ni...nak cari dolphin plak pasni. nak bela. hahahaha....
re- united gathering.....
Esok head meeting....
Esok juga..our lunch gathering. Mesti banyak gile cite nak share. Dem! have to admit...missed them badly bebudak ni pergi outstation ke Perak 1 month.
Caca marba la lunch date ramai2 sok. can't wait for it. B&E's family...will always be together.
i'm happy...so happy!!!!
oh ya...this gathering totally complete if Remy and Sohai..si Teo ada! hahaha...

Tuesday, June 22, 2010
Satu Nama...
Dalam mood bersamba damba seperti Portugal membelasah Korea......seperti biasa aku membuka facebook. dan pada satu status aku..ada seseorang yang memberi komen kemudian mendeletenya. oh! bukan seseorang tapi ramai juga yg suka memberi komen kemudiannya delete kembali komen itu. barangkali tiada keberanian.atau mungkin bimbang tersalah tekaan. Manusia..suka sangat berteka-teki biarpun telah jelas aku nyatakan disitu.
Tapi...dalam banyak2 komen yang di delete. Ada satu nama muncul. Ye satu nama yang aku tak ingin bangkitkan. Kalau si dia itu membaca blog aku..dia tahu sapa nama yang aku maksudkan. Dan kerana satu nama itu...aku bagaikan hidup dalam awang-awangan. Semalam..hampir jam 3 pagi aku baru mampu lelapkan mata.
Aku mahu kuburkan nama itu. sebab nama itu akan kembali mengingatkan aku pada Abg Ame. Ye..sebab Abang Ame. Aku tak mahu lagi ingat Abang Ame. dia dah bahagia...bahkan aku juga tak ingin dikaitkan lagi dengan satu nama itu, Biar nama itu berlalu seperti dirinya yang entah di mana-mana skrang ni.
Jadi..jangan kaitkan nama aku dengan dia lagi. Sebab...aku...Abg Ame...dia..dan Abg Jiji,,,dah cukup bahagia dengan kehidupan kami dan pasangan kami. Itu aku telah terangkan dlm entri aku sblom ini. Jadi..jgnlah buat2 tak paham bahasa.
Monday, June 21, 2010
the other part
(Mode : Melankolik... )
Entah kenapa...beberapa hari ini, ingatan aku kembali pada Shrek..Abang Ame dan Abang Jiji. Kemudian..disusulkan pula soalan dari aciq berkaitan the other part..sama ada aku dah jumpa atau belum. Susah soalan tu...
Apa yang boleh aku katakan...aku bahagia. Aku bahagia kerana di anugerahkan family yang sangat sayangkan aku walaupun kami bukanlah dari golongan kaya. sederhana! cukup makan.cukup pakai. Dan untuk itu..aku rasa diri aku sudah cukup lengkap! itu sahaja sudah cukup membuatkan aku gembira.
Kedua...kawan-kawan yang sentiasa gembirakan aku saat susah senang aku. Yang sama-sama membantu aku susah senang. Aku ada Walter yang dah macam abang aku....aku ada Zurin,Kacang, Aqib,Botak,Joe,Bob,Zek,Remy,Ben,Teo, Ridho, Kak Sue. Aku juga ada Fatah..Elly..Dayya..Taufiq...dan ramai lagi kawan-kawan yang sentiasa membantu aku susah senang. Untuk itu, aku rasa aku lengkap sebab aku tak pernah kesunyian walaupun adakalanya masing-masing kesibukkan.

Akhir sekali....aku ada dia. Ya dia yang aku panggil HoneyDew. Aku admit..antara aku dgn dia bermula sebagai kawan. Kawan yang sentiasa mengambil berat. Kemudian jadi sahabat baik...dan sekarang kami dalam perhubungan seperti dlm facebook "in relationship.." Aku mengakui..susah untuk menyanyanginya...sebab hati aku pada orang lain. Tapi,semakin hari aku lihat dia semakin serius dgn hubungan kami dan dia sentiasa ikut kehendak dan permintaan aku. Mungkin dia bukanlah lelaki yang perfect..tak seperti Wan atau Shrek...atau Abang Ame. Dia hanya dia. Berbeza dengan manusia lain. Bertentangan arus..tapi dia dan aku bagaikan saling melengkapi. Hinggakan....semua kawan-kawan yang mengenali kami..menggangap kami ni pasangan paling ideal..jd ikon utk diorg. Kelakar rasanya. Perlahan-lahan...aku belajar sayangkan dia..aku mula terima dia kerana tanggungjawab aku. dah terlanjur kata aku terima dia..aku kena buktikan aku terima dia seadanya.
dan dengan apa yang terjadi..dia tak pernah lekang dari sisi aku. Setiap duka aku..dia temani walaupun hatinya sendiri sakit. Dia korbankan segalanya...duit...masa..kerjaya semuanya kerana aku. Aku adalah kepentingan dia. Bila aku perlukan dia..dia akan sentiasa berada di sisi aku. Di pihak aku sendiri..aku juga ada terasa perubahan. aku tak kesah sama ada lelaki hot ke segala bagai yang menegur aku. Aku menolak untuk berkenalan dgn lelaki yang aku tak kenal...lelaki2 yang aku tak kenal...aku akan ignorekan dari facebook aku..dan aku mula mendelete lelaki2 yang ntah pape meng "add' aku dlm fb atau mana2 social network yang ada.
Dia...beberapa kali minta untuk tamatkan hubungan kami dgn ikatan yang sah. Cuma aku je masih bertangguh2. Aku masih tak bersedia. Aku takut. ye takut. banyak lagi tanggungjawab yang aku tak langsaikan. Tanggungjawab aku sebagai anak kepada mama dan abah aku..tanggungjawab sebagai seorang kakak kepada adik aku dan sebagai seorang adik kpd abang aku yang banyak berjasa untuk aku. aku takut aku tak boleh berikan komitmen sepenuhnya....dan yang paling menakutkan..aku takut aku tersalah pilih sebab dalam hidup aku..kahwin cuma sekali dan aku tak mahu menyesal seperti beberapa contoh terdekat aku yang menyesal dengan perkahwinan akibat terburu-buru.
Justeru itu...aku masih tak pasti dengan hati aku. telahkah aku bertemu dengan "the other part of me" yang akan membuatkan aku complete. cuma cukup la sekadar aku rasa..aku bahagia dengan situasi skrang.
Mungkin..ini masa yang baik utk membina kerjaya dan hidup aku dulu. Biar masa yang menentukan. Being 25 and not married is not a big deal.life is still far for me to achieve. Kalau ada jodoh...takkan ke mana punya.
So..that's the story bout my other half. aku tak mencari..aku tak menanti..dan aku tak pasti sama ada aku dah jumpa atau belum. Cuma bertahan je dengan kegembiraan yang sementara ini...itu yg terbaik.

Ok..nuff said bout this. Layan la video ni..mode melankolik..lagu pun lebih kurang la. huhuhu..
Renung-renungkanlah...dan selamat beramal.
-Putri-
Friday, June 18, 2010
the family..
Our big family is back. Happy. dua ari ni..asyik lepak je...penat sey. tu blom lagi bebudak outstation balik. dah balik nnt..lagi riuh rendah jadinya.
Aku dah pun balik kerja cam biasa. alhamdullilah..everything fine. Just nak completekan beberapa bulan ni..utk pilih department aku. untuk tempoh itu..aku kena banyakkan bersabar. Ya Ampun!Moga Allah bagi kekuatan utk aku habiskan tempoh percubaan ini.
Bulan September ini...bebudak ni buat bachelor party kat PD. Diorang ajak aku join..tapi mayb tak kot. Time tu aku dah masuk office. susah nk cuti even though i need a rest that time... ....huhuu.....
eh...aku ada asgment nk siapkan. asyik berangan je sambil layan astro. huhuhu....

Friday, June 11, 2010
Cinta Kasyah
Wujudkah cinta seikhlas dan sesetia cinta Kasyah?
Kalau ada...aku nak satu.
Yang macam dalam novel punya!
benci
Lately,honedew dan aku kerap gaduh. dan puncanya pun sikit. sume kerana kerja. Tapi ntah kenapa.....sakitnya sangat dalam lepas gaduh.
Aku tak suka keadaan ni.
Tolong la...
Aku tak suka keadaan ni.
Tolong la...
Thursday, June 10, 2010
mama...
Kelmarin, aku baru sampai dari Penang setelah emergency leave hari ahad yang lalu. Ahad lepas, waktu dalam kelas kat UiTM, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari abah dan adik. tanpa pikir panjang...aku terus minta kebenaran balik awal dari kelas dan pergi ke Hentian Duta amik tiket bus balik ke Penang. Dan pada bos, aku cuma telefon hp je bagitau.
Bus aku pada ari isnin jam 10 pagi dan aku tiba di penang sekitar jam 2 petang. sampai rumah..terus siapkan mama. badan mama sangat panas dan mama dah mula tak boleh berjalan. Sambil siapkan mama...airmata tak payah cakap la...berlinangan je. mama pun dah mula cakap merepek. Mujur Baie ada....so dengan pertolongan Baie...kami bawa mama ke klinik berdekatan. Mama kena injection dan doctor kata...kencing manis mama dah sangat tinggi. Aku risau sangat. dan Doc suruh bawa mama lagi esok utk injection lagi. Balik dari klinik, aku kena mandikan mama...suapkan mama makan. Dah beberapa hari mama tak makan. Takde selera katanya. Sejak mama sakit dekat2 dua minggu..abah yang masak dan mama tak selera nak makan abah masak. Mujur la juga....aku ni bergaji..jadi segala apa yang mama nak makan, aku suruh along belikan. malam....aku tak bape tido sangat sbb nak jd mama kat sebelah. Sampi tu aku letakkan tuala lembab kat dahi mama supaya panas mama turun. Airmata?? tak payah cakap..dah macam pili air.
Esoknya, mama dah bertambah sihat. dah tak panas. dan at least dah boleh duduk. Kalau sebelum ni,asyik berbaring je. sian mama. stil aku mandikan mama....siapkan mama...pimpin mama ke tandas..suap mama makan. tghari aku masak. alhamdullilah..mama dah start makan dengan agak banyak. satu perkembangan yg positif gak tu. Syukur pada Allah. Petang, bawa mama g klinik lagi. mama kena inject lagi dan doc pesan esoknya kena bawa mama lagi ke klinik. Balik dari klinik....aku ngan along nak g tukar tiket bus...tapi sayangnya tak boleh sbb sistem tgh down. maklumlah cuti sekolah sekarang.
So....esoknya....pagi-pagi aku dan abah bawa mama g klinik utk injection. Mujurlah tu ari last mama kena inject. Kalau tak...sapa nak bawa mama pergi lagi kalau aku dah balik KL. dengan hati yg berat dan airmata yang dah macam waterfall.....aku balik la juga ke KL. kesihatan mama...alhamdullilah. mama dah bleh jalan dgn laju, tapi stil need org pegang dia..sbb takut mama jatuh. lutut kaki mama stil tak kuat. kencing manis pun dah turun and tak demam dah lagi. cuma mama masih weak dan tak boleh buat kerja berat lagi.
walaupun aku dah sampai kat umah di PJ ni...sumpah aku cakap..tubuh aku je ada kat sini. hati aku....jiwa aku sume kat penang asyik risaukan mama. aku taknak apa2 jadi kat mama. aku takut sangat. aku tak kisah..walaupun aku tau..bulan ni...sekali lagi aku kena 'berpuasa' sbb dah habiskan gaji utk bayar bil2 umah dan bil klinik mama...tapi as long mama sihat...aku dah cukup rasa senang hati. Paling penting pada aku ialah mama......
dan aku sangat-sangat sayangkan mama....tanpa mama...siapalah aku. pada yang membaca entri ni...hopefully doakanlah mama aku supaya cepat sembuh ye.

thanks.
Wednesday, June 2, 2010
Bagpack to Kinta City
Seriously..it's good to be home. Setelah 2 hari ber"bag pack" ke Ipoh. Actually aku, honeydew, ridho, zek dan bob kena outstation menaiki keretapi tanah melayu ke Kinta City untuk setup event Book Exploration kat sana. Dan dlm masa yang sama..aku kena amik stock ST dari branch Ipoh. Perjalanan memang smooth...tapi kat sana...kamai terpaksa menunggu kelewatan trip Ben dan Botak sebab2 masalah yang tak dapat nak dielakkan. Sepatutnya masa yang terbiar tu..patut diisi dgn aktiviti tido yang mencukupi untuk bekalan malam hari..tapi ntah napa mata ni cam siot je taknak tido. So..aktiviti berjalan-jalan sekitar kawasan adalah aktiviti yang dipilih.
Dah puas jalan-jalan, balik lepak bilik. Then, sampai jam 8.00 mlm, Bob dan Ridho call....semua dah tunggu kat bawah. kelam kabut sungguh siap..then turun bawah. Lucky Ben tak sampai lagi. so..we have to wait few minutes...then Ben pun sampai. Seterusnya..kami pergi makan secara berkonvoi 2 buah kereta ke Dataran Ipoh. As usual..makan nasi goreng ayam. memang happy habis. Cuma kalau ada kacang, Remy dan Walter..mesti cukup family kami malam itu.
Lepas makan....kami terus ke JJ Kinta City. Lori delay la.... part timers lari la sbb dah tunggu lama. macam-macam hal. Tapi jam 12.30 am kami berjaya juga mulakan aktiviti loading dan setup. Semuanya berjalan dengan keadaan lancar dan siap setup pada pukul 7.00 pagi. OMG..penat giler. Aku kena susun Enid Blayton punya stock..sampai tertido2 kat atas kotak..bawah meja sebagai. lepas siap..pukul 8.30 pagi lebih balik bilik...penat tak terkira. sempat tido dalam sejam pastu kul 11.00 pagi gerak ke JJ balik semula..then dari sana...botak hantar kami ke KTM Ipoh.
Train kami pada pukul 1.25 petang dan lucky sbb train sampai awal. naik atas train.semua pun bantai tido..sebab terlalu penat. Sampai KL Central pukul 4.30 petang. Amik komuter..then sampai dlm pukul 5.00 petang kat kawasan umah..tapi trap plak kat Komuter sebab hujan.Lepak mamak dekat Taylor's...makan2 apa yang patut then dah renyai hujan terus balik umah. sampai dalam kul 5.30 petang kat umah..then mandi2 terus makan ubat dan tido.
Hasilnya..pagi ni...aku bangun pada jam 9.30 pagi. pergh..puas dapat tido. Petang ni pulak keje shft petang. huhuhu..tapi aku paling tension la..tadi ada sorang staff kat tempat aku ni call..tanya pasal ST aku amik. Padahal tu keje aku..pandai la aku buat. Tak payah nak bising2. lagipun..bos tak kecoh..yang dia bising sangat tu pehal. Busy body. kalau ikutkan..dari segi pangkat..aku lagi tinggi dari dia. sama la juga pasal hal gaji..dia bising gaji dia tak cecah 4 angka...padahal gaji aku dari tinggi dari gaji head outlet. tak habis-habis bising dan menyemak tempat aku. mau je aku nak cakap.... pelajaran aku sampai mana..ko belajar sampai mana. hidup ni kalau asyik merungut tak sudah2...bila nak senang. belajar la hadapi kenyataan. dan dari situ kita perlu berubah. Bukan aku tak pernah kerja dgn gaji RM600. Tapi aku tetap buat kerja dengan gembira dan ikhlas. buat kerja sikit dah merungut..pastu nak kerja senang je. Camana nak dapat gaji tinggi! aiyoo....teruk ar punya perempuan. memang menyakitkan hati dan telinga je. Tunggu je la report aku ke HR..mmg masuk la nama budak ni dlm report punya...
bak kata walter..aku kena sabar je selama aku dipinjamkan ke branch ni. mmg tension dgn perangai perempuan ni!

Subscribe to:
Posts (Atom)