Thursday, June 10, 2010

mama...

Kelmarin, aku baru sampai dari Penang setelah emergency leave hari ahad yang lalu. Ahad lepas, waktu dalam kelas kat UiTM, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari abah dan adik. tanpa pikir panjang...aku terus minta kebenaran balik awal dari kelas dan pergi ke Hentian Duta amik tiket bus balik ke Penang. Dan pada bos, aku cuma telefon hp je bagitau.

Bus aku pada ari isnin jam 10 pagi dan aku tiba di penang sekitar jam 2 petang. sampai rumah..terus siapkan mama. badan mama sangat panas dan mama dah mula tak boleh berjalan. Sambil siapkan mama...airmata tak payah cakap la...berlinangan je. mama pun dah mula cakap merepek. Mujur Baie ada....so dengan pertolongan Baie...kami bawa mama ke klinik berdekatan. Mama kena injection dan doctor kata...kencing manis mama dah sangat tinggi. Aku risau sangat. dan Doc suruh bawa mama lagi esok utk injection lagi. Balik dari klinik, aku kena mandikan mama...suapkan mama makan. Dah beberapa hari mama tak makan. Takde selera katanya. Sejak mama sakit dekat2 dua minggu..abah yang masak dan mama tak selera nak makan abah masak. Mujur la juga....aku ni bergaji..jadi segala apa yang mama nak makan, aku suruh along belikan. malam....aku tak bape tido sangat sbb nak jd mama kat sebelah. Sampi tu aku letakkan tuala lembab kat dahi mama supaya panas mama turun. Airmata?? tak payah cakap..dah macam pili air.

Esoknya, mama dah bertambah sihat. dah tak panas. dan at least dah boleh duduk. Kalau sebelum ni,asyik berbaring je. sian mama. stil aku mandikan mama....siapkan mama...pimpin mama ke tandas..suap mama makan. tghari aku masak. alhamdullilah..mama dah start makan dengan agak banyak. satu perkembangan yg positif gak tu. Syukur pada Allah. Petang, bawa mama g klinik lagi. mama kena inject lagi dan doc pesan esoknya kena bawa mama lagi ke klinik. Balik dari klinik....aku ngan along nak g tukar tiket bus...tapi sayangnya tak boleh sbb sistem tgh down. maklumlah cuti sekolah sekarang.

So....esoknya....pagi-pagi aku dan abah bawa mama g klinik utk injection. Mujurlah tu ari last mama kena inject. Kalau tak...sapa nak bawa mama pergi lagi kalau aku dah balik KL. dengan hati yg berat dan airmata yang dah macam waterfall.....aku balik la juga ke KL. kesihatan mama...alhamdullilah. mama dah bleh jalan dgn laju, tapi stil need org pegang dia..sbb takut mama jatuh. lutut kaki mama stil tak kuat. kencing manis pun dah turun and tak demam dah lagi. cuma mama masih weak dan tak boleh buat kerja berat lagi.

walaupun aku dah sampai kat umah di PJ ni...sumpah aku cakap..tubuh aku je ada kat sini. hati aku....jiwa aku sume kat penang asyik risaukan mama. aku taknak apa2 jadi kat mama. aku takut sangat. aku tak kisah..walaupun aku tau..bulan ni...sekali lagi aku kena 'berpuasa' sbb dah habiskan gaji utk bayar bil2 umah dan bil klinik mama...tapi as long mama sihat...aku dah cukup rasa senang hati. Paling penting pada aku ialah mama......

dan aku sangat-sangat sayangkan mama....tanpa mama...siapalah aku. pada yang membaca entri ni...hopefully doakanlah mama aku supaya cepat sembuh ye.

thanks.

No comments: