Dah puas jalan-jalan, balik lepak bilik. Then, sampai jam 8.00 mlm, Bob dan Ridho call....semua dah tunggu kat bawah. kelam kabut sungguh siap..then turun bawah. Lucky Ben tak sampai lagi. so..we have to wait few minutes...then Ben pun sampai. Seterusnya..kami pergi makan secara berkonvoi 2 buah kereta ke Dataran Ipoh. As usual..makan nasi goreng ayam. memang happy habis. Cuma kalau ada kacang, Remy dan Walter..mesti cukup family kami malam itu.
Lepas makan....kami terus ke JJ Kinta City. Lori delay la.... part timers lari la sbb dah tunggu lama. macam-macam hal. Tapi jam 12.30 am kami berjaya juga mulakan aktiviti loading dan setup. Semuanya berjalan dengan keadaan lancar dan siap setup pada pukul 7.00 pagi. OMG..penat giler. Aku kena susun Enid Blayton punya stock..sampai tertido2 kat atas kotak..bawah meja sebagai. lepas siap..pukul 8.30 pagi lebih balik bilik...penat tak terkira. sempat tido dalam sejam pastu kul 11.00 pagi gerak ke JJ balik semula..then dari sana...botak hantar kami ke KTM Ipoh.
Train kami pada pukul 1.25 petang dan lucky sbb train sampai awal. naik atas train.semua pun bantai tido..sebab terlalu penat. Sampai KL Central pukul 4.30 petang. Amik komuter..then sampai dlm pukul 5.00 petang kat kawasan umah..tapi trap plak kat Komuter sebab hujan.Lepak mamak dekat Taylor's...makan2 apa yang patut then dah renyai hujan terus balik umah. sampai dalam kul 5.30 petang kat umah..then mandi2 terus makan ubat dan tido.
Hasilnya..pagi ni...aku bangun pada jam 9.30 pagi. pergh..puas dapat tido. Petang ni pulak keje shft petang. huhuhu..tapi aku paling tension la..tadi ada sorang staff kat tempat aku ni call..tanya pasal ST aku amik. Padahal tu keje aku..pandai la aku buat. Tak payah nak bising2. lagipun..bos tak kecoh..yang dia bising sangat tu pehal. Busy body. kalau ikutkan..dari segi pangkat..aku lagi tinggi dari dia. sama la juga pasal hal gaji..dia bising gaji dia tak cecah 4 angka...padahal gaji aku dari tinggi dari gaji head outlet. tak habis-habis bising dan menyemak tempat aku. mau je aku nak cakap.... pelajaran aku sampai mana..ko belajar sampai mana. hidup ni kalau asyik merungut tak sudah2...bila nak senang. belajar la hadapi kenyataan. dan dari situ kita perlu berubah. Bukan aku tak pernah kerja dgn gaji RM600. Tapi aku tetap buat kerja dengan gembira dan ikhlas. buat kerja sikit dah merungut..pastu nak kerja senang je. Camana nak dapat gaji tinggi! aiyoo....teruk ar punya perempuan. memang menyakitkan hati dan telinga je. Tunggu je la report aku ke HR..mmg masuk la nama budak ni dlm report punya...
bak kata walter..aku kena sabar je selama aku dipinjamkan ke branch ni. mmg tension dgn perangai perempuan ni!
No comments:
Post a Comment