(Mode : Melankolik... )
Apa yang boleh aku katakan...aku bahagia. Aku bahagia kerana di anugerahkan family yang sangat sayangkan aku walaupun kami bukanlah dari golongan kaya. sederhana! cukup makan.cukup pakai. Dan untuk itu..aku rasa diri aku sudah cukup lengkap! itu sahaja sudah cukup membuatkan aku gembira.
Kedua...kawan-kawan yang sentiasa gembirakan aku saat susah senang aku. Yang sama-sama membantu aku susah senang. Aku ada Walter yang dah macam abang aku....aku ada Zurin,Kacang, Aqib,Botak,Joe,Bob,Zek,Remy,Ben,Teo, Ridho, Kak Sue. Aku juga ada Fatah..Elly..Dayya..Taufiq...dan ramai lagi kawan-kawan yang sentiasa membantu aku susah senang. Untuk itu, aku rasa aku lengkap sebab aku tak pernah kesunyian walaupun adakalanya masing-masing kesibukkan.
dan dengan apa yang terjadi..dia tak pernah lekang dari sisi aku. Setiap duka aku..dia temani walaupun hatinya sendiri sakit. Dia korbankan segalanya...duit...masa..kerjaya semuanya kerana aku. Aku adalah kepentingan dia. Bila aku perlukan dia..dia akan sentiasa berada di sisi aku. Di pihak aku sendiri..aku juga ada terasa perubahan. aku tak kesah sama ada lelaki hot ke segala bagai yang menegur aku. Aku menolak untuk berkenalan dgn lelaki yang aku tak kenal...lelaki2 yang aku tak kenal...aku akan ignorekan dari facebook aku..dan aku mula mendelete lelaki2 yang ntah pape meng "add' aku dlm fb atau mana2 social network yang ada.
Dia...beberapa kali minta untuk tamatkan hubungan kami dgn ikatan yang sah. Cuma aku je masih bertangguh2. Aku masih tak bersedia. Aku takut. ye takut. banyak lagi tanggungjawab yang aku tak langsaikan. Tanggungjawab aku sebagai anak kepada mama dan abah aku..tanggungjawab sebagai seorang kakak kepada adik aku dan sebagai seorang adik kpd abang aku yang banyak berjasa untuk aku. aku takut aku tak boleh berikan komitmen sepenuhnya....dan yang paling menakutkan..aku takut aku tersalah pilih sebab dalam hidup aku..kahwin cuma sekali dan aku tak mahu menyesal seperti beberapa contoh terdekat aku yang menyesal dengan perkahwinan akibat terburu-buru.
Justeru itu...aku masih tak pasti dengan hati aku. telahkah aku bertemu dengan "the other part of me" yang akan membuatkan aku complete. cuma cukup la sekadar aku rasa..aku bahagia dengan situasi skrang.
Mungkin..ini masa yang baik utk membina kerjaya dan hidup aku dulu. Biar masa yang menentukan. Being 25 and not married is not a big deal.life is still far for me to achieve. Kalau ada jodoh...takkan ke mana punya.
So..that's the story bout my other half. aku tak mencari..aku tak menanti..dan aku tak pasti sama ada aku dah jumpa atau belum. Cuma bertahan je dengan kegembiraan yang sementara ini...itu yg terbaik.
Ok..nuff said bout this. Layan la video ni..mode melankolik..lagu pun lebih kurang la. huhuhu..
Renung-renungkanlah...dan selamat beramal.
-Putri-
1 comment:
wow...ermm itu laa soklan yg sering antui diri kt..samada kt da jumper the othr half or not..
hmm kadang kala ia datang dan pergi tanpa kiter ketahuinyer..after that kt ttp tidal boleh menoleh ke blkg mengejar sstu yg telah terlpas..
yg pasti kini melangkah ke hdapan..mengejar dan mencari dan trus melangkah hingga kt btol2 yakin itulah sbhgn part yg tlh kt jumper..:))
wallahulam..:))
Post a Comment