Dah lama tak update blog..bukan sebab terlalu kuciwa merana punah lara..sebaliknya diulit 1001 percantuman rasa tak mampu diuraikan. Sakit,penat,geram,amarah dan sumenya minta untuk dilempiaskan serentak. Hasilnya, aku kepenatan hinggakan tido juga sudah berbantalkan lantai..dengkuran telah menjadi nyanyian menemani pekat malam.
kalu kamu mahu tahu, aku sedang sibuk berkursus profesional. Kursus jangka pendek yang sgt intensif ini membuatkan aku benar-benar tense dan pasif. tiada lagi aktiviti luar selepas pulang dari kampus lewat senja. Kelas ITIL (IT Infrastucture Library) bermula dari 9pagi hingga 5ptg selama 7 hari dan kelas PSM(Project Service Management) pun juga sama dan menyusul setelah selesainya exam ITIL esok pagi.(nampaknya malam ini kena tido awal..) Minggu berikutnya... disusuli soft skill. Seterusnya tamatlah aku untuk melangkah ke alam pekerjaan sebelum kembali menjadi pelajar sarjana Msc PM.
Mujur masih ada hujung minggu untuk aku bersantai..tapi sayangnya hujung minggu semalam berlangsung dengan keadaan yang amat melukakan. kenapa??
Sabtu lepas aku ke Bukit Jalil. Ye..ye..kamu pasti ketawakan aku. Ke Bukit Jalil sabtu lepas....tujuannya satu. kamu tahu itu. dan aku sedar..itulah bukanlah santapan jiwa kamu. Akademi Fantasia hanyalah satu akademi yang melahirkan remaja yg entah apa2 sebenarnya. tapi itu bagi kamu...
Tapi jgn risau...walaupun aku ke sana...bukanlah sbb aku peminat fanatik. tetapi kerana seseorang yang belanja aku tiket free. so..layan je la hujung minggu. Cuma...
cuma...sayangnya aku bertembung dgn org yg tak sepatutnya..dan nama yang aku cuba hindari itu....hinggap plak pada cuping telingaku. Pedih hingga menusuk hulu hati aku. Luka lama berdarah kembali. Lelaki itu..lelaki yg pernah satu masa dulu menyentuh hati aku...lantas melarikan hati aku entah kemana dibawanya..ada bersama dengan aku; i bawah bumbung bangunan yg sama.
Aku rasa cam mahu pengsan.
Oh ya...aku lupa....
erk?lupa..ekceli aku tak tahu pun...aku tak sangka sume bekas plajar AF7 akan dipanggil semula menyanyi di atas pentas hadapan...tapi bila aku terpandangkan teman sebiliknya yg sedang ligat menari2 gaya penuh keayuan sambil mendendangkan lagu abang beca ..baru aku teringat. Pastinya..selaku salah seorang tulang belakang dlm OFC, mestinya dia ada. siap dpt complimentary tiket tu. tak menahan. heheheh...
Tumpuanku cukup terganggu mlm itu.Sudahlah seat disebelah aku adalah anak-anak dara gedik fanatik terhadap Akim. tak ubah mcm kera dpt bunga melihat persembahan..padahal setiap musim tercongok depan stage(maklumlah..bapa keje kat studium bukit jalil...bleh masuk free setiap masa..seb baik tak angkut satu kampung cam kroni keluarga Isma hahaha)... dan dia...dia plak membayangi aku dan bila Akim keluar dengan lagu kedua...aku kaku! terdiam!
Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu
Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu
Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?
Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu
Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu
layan je la labu...~~
okay..hampir lupa nk komen..aku suka performance Aril...lagu Hafiz sume sedap2 (masih jelas dan bunga cintaku) also lagu kedua Akim..(BENCINTA)