Monday, October 31, 2011

Weekender

Ahad - Oct 30th :Whitesnake Live in KL,Malaysia. Win 2 complimentary tix from JS then Ivan gave another 3 extra tixs. hoyeay!



Sabtu- Oct 29th : Road trip to Malacca.


Well..thats it! Closing for this weekend. October also soon to end up and November just at the corner.




Shall it be November rain after trajedi Oktober? Well..anyhow still looking forward for My December.

*wink*

Thursday, October 20, 2011

Lagi



Perjalanan...

Satu lagi kehilangan yang di rasai. Tapi kali ini cukup dalam untuk diceritakan.
Aku perlu kekuatan.

Hingga itu....hanya Al-Fatihah yang mampu kirimkan di angin lalu.

Sunday, October 16, 2011

Surat Hati


Selamat Pagi Hati,

Semalaman begitu sukar untuk aku melelapkan mata dan dalam masa yang sama, aku cuba untuk bertahan untuk tidak menangis. Hati, kau tak tahu apa yang aku rasa. Aku rasa bodoh;aku rasa takut; aku rasa keliru. Adakah kau rasa seperti mana yang aku rasa hinggakan membuatkan engkau berpaling dan mendiamkan diri dari aku??

Hati,
Aku tahu aku berbohong. Aku berbohong kerana menaggangap kau sebagai kawan dan saudara. Padahal,hakikatnya aku menyayangi kamu melebihi aku menyanyangi diriku. Aku menyanyangi kamu sebagai sebahagian dari diriku. Bersama kamu adalah perkara yang sangat menggembirakan hidupku.

Tapi Hati,
Baru-baru ini, aku mendapat beberapa perkhabaran.Khabar yang aku tidak mampu terima. Kehilangan demi kehilangan. Kematian...keguguran.Banyak perkara yang kamu tidak tahu tentang aku. Terlalu banyak. Aku pernah kehilangan..dan itu aku rasa kamu tahu. Saat aku menangis di sisimu dalam perjalanan pulang kerja. Kamu terdiam dan tak mampu kata apa. Aku tahu,sbb kamu juga pernah rasa kehilangan. Tapi sekurang-kurangnya...mummy masih lagi dekat denganmu.Sedangkan aku keseorangan di sini. Baru-baru ini juga,orang yang aku sayang dan anggap kakak,keguguran. Dia bercerita denganku tentang rintihannya tak sempat nak dukung baby. Aku jadi sedih. Hati,aku tahu kau tahu aku pernah menjalani operation. Tapi apa yang Kau tidak tahu,apa yang kawan sekerja kau lalui..aku dah lalui. Berbulan-bulan aku berkurung diri tak mampu terima kenyataan yang suatu hari nanti,aku tak mampu menjadi seorang ibu kesan dari pembedahan yang aku jalani dan bertapa potensinya aku untuk kehilangan sebelah lagi rahim aku. Kau tak pernah tahu,hati.Sebab aku tak tergamak nak bagitahu kau. Aku tau,kau sangat sukakan budak-budak dan aku pernah terdengar cerita kamu tentang anak-anak. Aku jadi sayu..da aku sedar aku tak layak untuk kamu kerana kekurangan aku.

Hati,
Aku masih lagi manusia biasa,biarpun aku tepis perasaan ini.Aku masih lagi cemburu bila kau bersama perempuan-perempuan lain.Kalau aku tak kenal,aku tak kisah.Tapi aku paham dan kenal jenis perempuan yang kau mula rapat.Perempuan yang mengata macam-macam pada diri kau sebelum kenal diri kamu yang sebenarnya. Bila aku bertanya, kau menafikan dan mula membuat jurang dengan aku. Hati,kau tahu betapa teruknya aku dengan tindakan kamu. Semalam, Iqi kemalangan. Aku mahu kamu berada di sisi aku,tapi...aku tahu,kamu tidak mungkin lagi akan bersama aku. Kamu telah mencipta jurang yang sangat besar untuk kamu dan aku. kamu mahu ruang, yer..aku akan belajar untuk memberi ruang yang kamu mahukan itu.

Hati,
Aku kecewa dan sekali lagi aku menangis. Aku harap selepas ini, aku akan benar-benar berhenti menangis dan dengan tegas sekali aku mampu membuang kamu dari kehidupan aku. Maksud aku...antara kita cuma kawan. Yer,kawan semata.

Hati...
Aku sentiasa mendoakan kegembiraan dan kebahagian kamu. Cuma itu saja yang mampu aku beri dari kejauhan. Semoga kau gembira hati. Untuk segala yang telah kau lakukan untuk aku, untuk setiap kegembiraan yang kamu kongsikan dengan aku,aku ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

Sekian.



Yang benar,
-Seseorang yang mencintaimu seperti lagu cinta -

Saturday, October 15, 2011

Iqi's bad day

Oklah..satu demi satu perkara melanda. Hari ni mmg Iqi's bad day. Kesian Iqi.
Aku tak payah kata..tgk Iqi,hati sebak giler. Bape lama la pulak nak merepair sbadan dia..entahlah.
Nak tak nak..sepanjang petang aku kat IPK buat report..amek gambar..lalalala sebab nak merepair si dia.

Ya Allah,banyak sunggu dugaan yang Kau bagi sekarang ni?Aku terlalu senang..atau Kau terlalu sayangkan aku sampai setiap minit Kau hadiahkan aku dugaan supaya aku terus mengingatiMu?

Sedihnya tengok Iqi..lagi sedih daripada eksiden aritu.Esok last ada class..then nak anta Iqi kat service centre untuk repair. Tapi sementara nak tunggu insurans approve.......nak tukar itu dan ini... berjanggutlah jugak. nak kena menapak la gi office lepas ni.

Dulu g kerja je naik bus....balik tumpang pakcik Ben. skrang ni,orang tu macam hangin je kat aku...malas nak cakap banyak. Lagipun,dia nak ruang masa dia sendiri.

Entahlah...rasa cam nak berhenti je keje. Senang! Takyah sakitkan hati dia..dan hati sendiri pun tak sakit. Rasa cam nak quite..then sambung belajar full time. Huhuhu..pastu matilah jenuh nak membayar rumah la..bil..kad kredit ...kereta..lalalalalala.... Jenuh! mati mak den!

Hah! hati gelisah sungguh! betul la kata Abang Madi...mcm2.

Thursday, October 13, 2011

2012

Kepala dah sangat nak pecah. Planning untuk 2012 baru nak mula. Sungguh haru biru kehidupan.

Antara aku dan Ben,suddenly macam ada jurang antara kami. Pelik, tapi entah kenapa semakin hari,aku semakin janggal dengan dia. Mungkin perasaan aku saja kot.

Namun,aku tak nafikan...aku rindu masa bersama yang kami luangkan...Rasa sunyilah bila dengan keadaan begini.

tengoklah keadaan ni camana nnt. Buat masa ni...aku nak siapkan dulu tugasan aku. errrkk!

Wednesday, October 12, 2011

"The pieces don't fit here anymore..."

"Oh, it tears me up
I tried to hold on but it hurts too much
I tried to forgive but it's not enough
To make it all okay.."





Cuma doa yang mampu aku kirimkan di angin lalu buat Abang Am. Bohong kalau aku kata,kalau saat ini aku nak saja berada di sisi dia. Tapi itu adalah mustahil selepas apa yang terjadi. Aku yakin...apa yang aku rasa,itu juga yang Abang Am rasa. Namun, tiada apa yang boleh diperbetulkan lagi.

Aku telan rasa kesat ni. Aku tak tahu mana kekuatan aku hilang. Air mata mudah sangat mengalir.Banyak perkara yang mengingatkan aku pada Abang Am..semuanya aku cuba hindarkan.

Hari ni, aku ada hati ke hati dengan sorang brother kat Office aku. Aku tahu aku unfair..dan aku banyak moody lately. Tapi aku jadi janggal. Aku tak boleh biarkan rasa itu bertunas dan bertumbuh mekar. kalau boleh biar jer mati kat tengah jalan.

*Diam

Tetiba teringat kat Abang Am, waktu dengan Abang Am...aku mmg turun giler berat badan.Makan kurang sebab sesama diet. Pastu badminton la..futsal la.. mcm2.Skrang ni..hahaha..semua malas.

nampaknya kena amek balik semangat dengan Abang Am. Cukuplah semangat. Yang lebih tu..aku rasa dah sampai masanya aku lepaskan. Aku nak Abang Am gembira dan bahagia walaupun dengan siapa skrang ni.

Aku macam ni la. Aku bahagia. Cukup bahagia dengan kenangan sekejap dengan abang Am. Aku dah lepaskan dengan tenang. Cukuplah aku serabutkan diri aku dengan keje2 supplement aku.

Oklah..nak tido. Esok takmo sedih2..marah2. Nak tenangkan jiwa je.

bye!



Monday, October 10, 2011

Morrisey mode!


“I can chase you, and I can catch you,but there is nothing I can do to make you mine.”― Morrissey

It's totally trueeeeee!!

Okie dokie! too much of Morrisey and Cobain! Also too much of Axl Rose! Sikit-sikit Garry Moore, Bon Jov,Richie Sambora dengan Kasiser Chiefs. Lepas tu boleh plak pi melayan Patinggo ngan The Smith. memang mood ting tong ting la sikit.


Entahlah!

Thursday, October 6, 2011

Complimentary Items

Ok..dapat complimentary Colla Plus for 2 months...

and 2 tickets complimentary to Westlife Gravity Tour 2011, 7hb ni kat Bukit Jalil.
alahai..dah dekat sangat rumah munckhin aku yg sorang ni tapi dia pulak ada hal family. Sorang lg plak tak layan band2 lagu2 budak2 camni. katanya la. Myra plak nak pergi ..tapi dia ada project ngan kakak dia malam tu. Since semua pun bizi..aku pun cam malas la nak g. Biar jer la...

sayang sungguh...complimentary tickets tu. Orang lain susah payah nak beli..tapi yg dpt free malas plak nak g.

Nasib la...

Tuesday, October 4, 2011

Cinta Dalam Hati...



"Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku..."