Sunday, October 16, 2011

Surat Hati


Selamat Pagi Hati,

Semalaman begitu sukar untuk aku melelapkan mata dan dalam masa yang sama, aku cuba untuk bertahan untuk tidak menangis. Hati, kau tak tahu apa yang aku rasa. Aku rasa bodoh;aku rasa takut; aku rasa keliru. Adakah kau rasa seperti mana yang aku rasa hinggakan membuatkan engkau berpaling dan mendiamkan diri dari aku??

Hati,
Aku tahu aku berbohong. Aku berbohong kerana menaggangap kau sebagai kawan dan saudara. Padahal,hakikatnya aku menyayangi kamu melebihi aku menyanyangi diriku. Aku menyanyangi kamu sebagai sebahagian dari diriku. Bersama kamu adalah perkara yang sangat menggembirakan hidupku.

Tapi Hati,
Baru-baru ini, aku mendapat beberapa perkhabaran.Khabar yang aku tidak mampu terima. Kehilangan demi kehilangan. Kematian...keguguran.Banyak perkara yang kamu tidak tahu tentang aku. Terlalu banyak. Aku pernah kehilangan..dan itu aku rasa kamu tahu. Saat aku menangis di sisimu dalam perjalanan pulang kerja. Kamu terdiam dan tak mampu kata apa. Aku tahu,sbb kamu juga pernah rasa kehilangan. Tapi sekurang-kurangnya...mummy masih lagi dekat denganmu.Sedangkan aku keseorangan di sini. Baru-baru ini juga,orang yang aku sayang dan anggap kakak,keguguran. Dia bercerita denganku tentang rintihannya tak sempat nak dukung baby. Aku jadi sedih. Hati,aku tahu kau tahu aku pernah menjalani operation. Tapi apa yang Kau tidak tahu,apa yang kawan sekerja kau lalui..aku dah lalui. Berbulan-bulan aku berkurung diri tak mampu terima kenyataan yang suatu hari nanti,aku tak mampu menjadi seorang ibu kesan dari pembedahan yang aku jalani dan bertapa potensinya aku untuk kehilangan sebelah lagi rahim aku. Kau tak pernah tahu,hati.Sebab aku tak tergamak nak bagitahu kau. Aku tau,kau sangat sukakan budak-budak dan aku pernah terdengar cerita kamu tentang anak-anak. Aku jadi sayu..da aku sedar aku tak layak untuk kamu kerana kekurangan aku.

Hati,
Aku masih lagi manusia biasa,biarpun aku tepis perasaan ini.Aku masih lagi cemburu bila kau bersama perempuan-perempuan lain.Kalau aku tak kenal,aku tak kisah.Tapi aku paham dan kenal jenis perempuan yang kau mula rapat.Perempuan yang mengata macam-macam pada diri kau sebelum kenal diri kamu yang sebenarnya. Bila aku bertanya, kau menafikan dan mula membuat jurang dengan aku. Hati,kau tahu betapa teruknya aku dengan tindakan kamu. Semalam, Iqi kemalangan. Aku mahu kamu berada di sisi aku,tapi...aku tahu,kamu tidak mungkin lagi akan bersama aku. Kamu telah mencipta jurang yang sangat besar untuk kamu dan aku. kamu mahu ruang, yer..aku akan belajar untuk memberi ruang yang kamu mahukan itu.

Hati,
Aku kecewa dan sekali lagi aku menangis. Aku harap selepas ini, aku akan benar-benar berhenti menangis dan dengan tegas sekali aku mampu membuang kamu dari kehidupan aku. Maksud aku...antara kita cuma kawan. Yer,kawan semata.

Hati...
Aku sentiasa mendoakan kegembiraan dan kebahagian kamu. Cuma itu saja yang mampu aku beri dari kejauhan. Semoga kau gembira hati. Untuk segala yang telah kau lakukan untuk aku, untuk setiap kegembiraan yang kamu kongsikan dengan aku,aku ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

Sekian.



Yang benar,
-Seseorang yang mencintaimu seperti lagu cinta -

No comments: