Friday, February 25, 2011
Road crossing and road users...
Sangat kelakar dan memalukan apa yg aku lihat petang tadi.Kejadian ini berlaku dalam dalam situasi yg tidak dijangka sama sekali....
*gelak lagi...*
Kebiasaannya..pulang kerja aku akan balik ngan Benji...tapi memandangkan Ben ada hal..maka dia terpaksa gerak dulu dari aku memandangkan Ben abes keje jam 5.15pm dan aku habis jam 5.30pm. Entah napa..aku tgk mood Benji macam tak best je rini..moody semacam..so malas aku nak kacau dia.
Maka,lepas tepat jer jarum jam 5.30 petang,aku pun bergerak ke station bus depan BHP. Bagi yang tak tahu....opis aku berdekatan dengan Eastin Hotel Damansara dekat Phileo Damansara,PJ Sek 16. Tgh dalam ramai-ramai berhimpit tunggu bus...tiba-tiba jd kecoh pulak dibuatnya. 2 orang minah "salleh" not bad la hot..bleh g selamber derk je lintas LDP. Dahlah time tu road traffic laju dan jammed sukar nak di predict... lepas dah berjaya cross ke seberang berdekatan petronas....semua org ingat dah takde apa-apa dah la. kemudian diorg berdua ni buat hal lagi....lintas semula ke arah kami yg tengah tunggu bus. Dah la dua palang yg sama tinggi dengan diorg..diorg main panjat je. Dammitt la..tak pikirkan keselamatan diri. Bila halfway...diorg nampak teksi...terus tahan. Maunya nak berhenti amek penumpang.Dah la tgh highway..jammed..siap buat lagak ngeri panjat palang.OMG....
*gelak..dan gelak..dan gelak lagi sambil tekan perut dan batuk-batuk koh koh koh...**
Finally..berjaya jugalah diorg melintas ke station bus. org semua dah ketawa tak boleh tahan tgk kebodohan mat salleh ni.Akhirnya,dorang naik bus sama dengan aku ke Asia Jaya.
Dalam perjalanan ke Asia Jaya melalui,jammed mmg la tak boleh blah giler. So...satu kereta ni sebelah kitaorg...Ya Allah buruknya pemandangan. Boyfriend and girlfriend la kot. Yg perempuan dok sebelah lelaki sambil kaki dekat tingkap pintu sebelah pemandu...then kepala terlentok manja dekat dada lelaki tu sambil main-main henpon. tau la awak pakai nokia xpress music..tapi tak payah la sampai camtu.Dahlah tak pakai seat belt..kalau emergency break..tak ke kelakar jd katak penyek!
*gelak lagi...*
Alahai...
Ada banyak lagi kisah road user yg aku hadapi arini...tapi abaikan je la. cukuplah dua kisah yg menggelikan hati ni...yg lain tu...lain kali lah cite.
ok..skrang tgh layan lagu "tamally maak" . Nak abeskan cite ulat-ulat cinta lakonan dak abang "kertang-kertang" tu tu...memang la sakit jiwa. Cam takleh nak teruskan je. Nampak sangat tak sejiwa. haha..padahal berangan lebih..hahahaha........oh ya..jgn hairan la ye..kalau tgk status aku cam pelik semacam dgn nama artis tu...nama artis ni...nak buat camana..level aku atas je daripada level editorial dept. artis yg buat obituari..requiem dan cheerish pun ramai gak. hahaha...
dah la.nak tido.sok ada kelas.
bye.
Monday, February 21, 2011
One In A Million
Cuma terasa lagu ini menarik.
Sangat sibuk dengan kerja.
Tak sabar nak balik kenduri abang Hairi.
Saja mengada nak suruh scroll bawah2. haha....
Sunday, February 20, 2011
Gila..
Gila tak kalau aku nak pakai gown Vera Wang untuk Annual dinner....?
tu bukan gila.tapi tersangat giler.
Yes...i am damn crazy for Vera Wang collection currently. Huhu...mana dapat penayakit ni pun tatau la!!!!
Dear God..help me cure it. Burn few months gaji semata nak beli Vera Wang. huhuhu....
Thursday, February 17, 2011
Budak level 10 dan ghetto event..
Dah seminggu aku mendaftar diri di level 10. dalam seminggu ini..banyak perkara yang aku kena catch up. sakit kepala..semua ada. Ari rabu (semalam) ada jamuan Gong xi fatt choi.. heeee~~ sukanya tart yg diorg served. heaven sedap. meriah sangat.....
Minggu depan...ada plak ghetto:" prince of persia ". kena stay back utk 1 jam setgh berlepak-lepak dengan staffs department aku. Tapi aku tak pasti level 10 sahaja atau level 9 juga..cuma yg confirm,dari team Bangsar pun akan turun sama.
Penat tak payah cakap la..tapi just go with a flow. Hope everything will be fine. Jangan sampai kena label "anti social" sudah.
dah ngantuk giler...nak tido. esok kena bangun awal!!!
Tuesday, February 15, 2011
Perjumpaan meng-update status bank..
Waktu zaman persekolahan dahulu...para ibu bapa..mak ayah akan sebuk bertanyakan anak-anak kawan mereka bersekolah di mana. Mana yang anak-anak bersekolah di sekolah berasrama penuh...MRSM atau sekolah Sains negeri, dengan bangga akan mendabik dada. Bangga dengan pencapaian anak mereka.
Pekara ini berlarutan setelah abis SPM, kemudian mereka akan tetap bertanya lagi..anak-anak kawan mereka dapat sambung di mana. Diploma...matrikulasi atau terus buat degree di luar negara. Pada mereka yang berjaya mendapat tempat di menara gading..akan terus lagi mendabik dada..pada yg sebaliknya..akan terus berdiam diri. Ada yg sebahagiannya menyambung pelajaran ke tingkatan 6 akan dikeji..kononnya masih lagi pakai uniform sekolah.
Tak perlu menafikan..itulah yg terjadi reality. Aku tak terkecuali. Aku bukanlah golongan yang pandai... ditawarkan sekolah berasrama penuh negeri..aku tolak. Alasannya aku tak mahu berjauhan dgn mak ayah. Kemudian aku memilih sekolah Bestari pertama di Pulau Pinang. Alhamdullilah...SPM aku tak cemerlang sangat...tapi aku ditawarkan diploma dalam bidang kejuruteraan awam di Politeknik Ungku Omar(PUO) dan diploma perakaunan di UiTM Pahang. Juga,aku tolak kedua2nya. Pertama..diploma di Pahang..sbb kawasannya terlalu jauh jd aku tolak. PUO pulak disebabkan keadaan kesihatan mama yang tidak stabil ketika itu. Justeru itu, aku pilih masuk ke tingkatan 6. Aku tau ramai yang mengata...mengumpat. Tapi mereka tidak tahu keadaan sebenar.
Tamat tingkatan 6..aku ditawarkan ijazah sarjana muda kepujian dlm bidang MIS di UiTM dan Ijazah sarjana muda Psikologi di UM. Tapi kali ini..mama dan abah yg pilih.Mereka hantar aku ke UiTM untuk melanjutkan pelajaran dan yg pastinya takde siapa jiran tetangga yang tahu di mana aku belajar.Hinggalah tahun akhir,mereka ingatkan aku sedang berkerja kilang di mana-mana saja. Aku ingat lagi makcik joyah,mak kawan aku dengan bangganya bertanya pada mak aku,"Nadia di mana skrang,Kak Nah? buat diploma di kolej mana??" Mama seperti biasa..yang tidak suka membesar-besarkan anak-anaknya yg sedia besar(gemuk..tembam dan seangkatannya) menjawab," Nadia buat ijazah kat UiTM Shah Alam" Setakat itu sahaja dia bertanya. sebab...sekurang-kurangnya aku di tahun akhir ijazah dan anaknya hanya sampai semester 2 diploma di UiTM Kelantan.Semuanya gara-gara anaknya sibuk nak berkahwin..
Abes zaman belajar..masuk pula zaman kerja. Semua berlumba-lumba tanya anak kerja apa. Bukan saja mak bapak...anak sesama anak pun bertanya juga.
"Anak kamu kerja apa?Anak aku gaji 4 angka. Jadi kerani Maybank kat Seberang jaya nuu.."
"Laaa...lama sungguh tak jumpa. Jom buat reunion. Skrang ni hang kerja apa?"
Kadang-kadang aku nak tergelak dengan soalan-soalan ni. Macam baru-baru ni, ada seorang kawan se-universiti tapi berlainan course bertanya pada aku ketika reunion yang diadakan...
"kau kerja mana skrang?"
Dan aku hanya menjawab,"kerja biasa-biasa je!"
Gembiranya dia menjawab,"ala...janji kerja. tgk macam aku ni..kerja TESCO je lepas tu dapat jadi cikgu KPLI." gembira kerana padanya aku tahap2 budak cashier tesco je.
dan dlm hati...bohonglah kalau aku tak menyumpah seranah dia. dan hatiku pun berkata,"ko ingat aku cam kau. baru dpt KPLI dah bising sekampung..."
Akan tetapi..aku selalu ingat kata-kata Hanif... biar keje biasa2..orang nak kutuk mengata...janji gaji lebih banyak. Ya,itu yg terbaik. Diam-diam sudah. tak perlu nak pukul canang aku kerja bagus...gaji aku banyak..aku kerja gomen..
dan oleh sebab itu..aku sangat menyampah dan ber-reunion! sbb tujuan berjumpa reunion hanyalah nak bandingkan kau kerja apa...gaji bape..apa jawatan..
Justeru..jangan hairan lah kenapa aku memilih giler nak pergi majlis kenduri kahwin kawan-kawan...dan segala bentuk perjumpaan reunion. hanya golongan tertentu sahaja yg menerima kunjungan aku di kendurinya.sebab..golongan tertentu ini..akan juga aku gigihkan diri nak pergi walaupun dalam kesibukan...banjir..ribut taufan.. kecuali kalau sakit mata..tgh operation atau nak mati,mmg la aku tak pergi! Nak jumpa aku sekadar nak tanya khabar..minum secawan teh atau kopi..anytime. reunion..sorry..aku perlu pikir sekejap perlu atau tidak perjumpaan meng-updates status terkini.
Perlu ke aku nak update yg aku ada 7 akaun bank..3 akaun kredit card dan salah satunya American Express.yg .bukannya calang-calang bank? What the F*ck la! Bullshit la..
Nonsense itu semua!
p/s: kalau nak minum kopi atau teh..aku biasa ke starbuck.tak kiralah orang kata sokong inggeris...penjajah atau segala bagai..yg penting jenama dan nama perlu jaga. barulah sesuai utk golongan2 jaga status.
p/s lagi: Ini adalah entri sarkastik..kalau masih kabur..jelas sekali anda seorang yg bodoh teramat.
sekian..terima kasih.
sila baca disclaimer sblom nak mengutuk..mengata dan meninggalkan komen.
bye.
Monday, February 14, 2011
Life..
Abes sudah masa bercuti...masuk kerja balik.
New mood...azam baru..table baru...kawan2 baru.
Aiyak! Ganbatte...
Nervous..
heyya....i'm not in the good mood.
well...i need luck..i am nervous...sad.... disappointed..frustrated...happy...scary...all in 1. Unable to say anything.
Please pray for me.
Dear God..Please help me. Pinjamkan aku kekuatan Mu.
Thursday, February 10, 2011
Beautiful Monster
Stil in recovering process. Dah almost a month aku free dari situ...but being honest, perasaan rindu tu masih ada. Buktinya...aku masih lagi melawat situ....sempat keluar makan dengan Katy, Gina..and Hussen,ex-colleague aku. Dengan Shamala...aku tak berpeluang lagi nak hangout...or mayb takkan berpeluang lagi. Sblom ni..just dpt sembang2 je sbb jadual dia selalu tak sama dengan Gina and Katy. Tapi semalam..aku dpt tau....si Shamala tu dan tender resign. Well..suprising.,.but if thats the best for her..y not la kan..
Arini...aku kena keje. Gila penat!!! 14 ni lagi gila la...sbb dah masuk keje balik. Habis sudah masa bercuti2 aku..huhuh... Oklah tu...badan skrang dah la tak bape betul. Asyik tak selera makan..kalau makan pun..hanya makanan tertentu...nasi pun aku cuma sentuh beberapa hari sekali..sbb ilang selera nak makan nasi. huhu....mmg la. berat badan aku pun dah bck cam aku time sekolah...huuhu..tak tau la nak kata apa. Hope dpt maintain. Jgn dah masuk keje balik nnnt jd kuat makan balik dah la.....huhuhu
Oklah..dah ngantuk.penat sangat rini. aku tinggalkan dengan lagu dlm playlist aku skrang...huhu
My playlist currently play this song:
enjoy babe!
My playlist currently play this song:
enjoy babe!
Saturday, February 5, 2011
demam
Not feeling well.
Nanti baru gossip pjg2. tentang wedding dan jemputan perkahwinan yg berlambak giler. dan oh ya...tahniah..kak wid dah dapat baby gurl.
dah makan ubat...tapi cam tade pape effect. makan pun tak selera..kepala berdenyut. Mesti kes main hujan pastu berpanas plak. cuaca tak menentu. Izwan pun dah bising suh jg kesihatan..seb baik dia dah de-actived acount fb dia..kalau tak sure dia bebel aku sbb tak jg kesihatan.
Ok .perlu rehat!
bye
Subscribe to:
Posts (Atom)